Anwar Ibrahim Terbang Ke Sabah...Kenapa...?

on Jul 28, 2012


Ketua perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Jaini, mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Lajim Ukin (Beaufort) dan Wilfred Bumburing (Tuaran).

Pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).

Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.

"Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah," katanya yang menambah, salah satu program itu akan diadakan di Tuaran dan satu lagi di Beaufort.

Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.

Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.

"Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya.

Ketua Umum PKR itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebentar tadi dari Jeddah, Arab Saudi setelah selesai mengerjakan ibadah umrah selama lima hari bersama Presiden, Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya, Azmin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang kini berada di negeri itu mewakili bosnya Najib Altantuya akan berada di Likas dan Penampang dalam usaha 'merisik' perkembangan parti dalam Pakatan Rakyat serta Parti Reformasi Sabah (STAR) yang diketuai Jeffrey Kitingan.

Berkemungkinan lebih ramai lagi pemimpin BN Sabah akan mengumumkan pendirian masing-masing dan pastinya kehadiran Anwar di sana akan menguatkan lagi spekulasi BN Sabah bakal kehliangan lebih banyak kerusi seperti yang dilaporkan beberapa hari lalu.

Seorang pensyarah UiTM menyatakan BN bakal kehilangan sehingga 14 kerusi sekiranya kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat tidak dapat disekat Muhyiddin mahupun Najib Altantuya.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List