Wan Azizah TKM 1 Pulau Pinang...?

on Jul 16, 2012




Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan boleh dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya beliau memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
           
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Md Ghazali berkata, jawatan itu mungkin boleh diberikan kepadanya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah negeri.
           
Katanya, cadangan berkenaan juga boleh dibuat sekiranya tiada calon ternama lain yang sesuai untuk jawatan itu.
           
“Setakat ini PKR negeri belum pernah membincangkan tentang perkara ini namun sekiranya ada peluang dan mengambil kira tiada calon lain yang ternama yang sesuai apa salahnya kita berikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya bagi mewakili PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
           
Bagaimanapun Amir berkata, ia juga bergantung kepada parti sama ada mahu meletakkanDr  Wan Azizah bertanding di Pulau Pinang ataupun di negeri lain.
           
Katanya, AMK memang amat mengalu-alukan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk kembali ke Pulau Pinang dan beliau yakin momentum sokongan rakyat kepada isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih lagi kuat.
           
Mengulas mengenai kenyataan Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendakwa tindakan Dr Wan Azizah yang mahu bertanding di kerusi Pulau Pinang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi selain bukan mahu berkhidmat kepada masyarakat, Amir berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.
           
Menurutnya, tindakan Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya adalah satu strategi PKR bagi menghapuskan Umno di kawasan berkenaan.

sinarharian
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List