Siapa MB Selangor Kiranya BN Menang

on Sep 30, 2012



NONE


Bila tengok pecacai-pecacai dan penjilat-penjilat Anwar Ibrahim dan Teresa Kok meroyan sakan tentang bakal Menteri Besar Selangor dari UMNO, rasa kasihan dan simpati pun ada. Bukannya apa, kalau sebelum ini, orang yang sama juga mengatakan UMNO dan Barisan Nasional tidak mempunyai peluang langsung di Selangor, sekarang ini sudah terbalik cakap.

Apakah pecacai-pecacai dan penjilat-penjilat Anwar Ibrahim serta Teresa Kok itu sudah terasa bahang kerana permusuhan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, hanya menyebabkan Pakatan Rakyat kehilangan kuasa di Selangor?

Beberapa isu yang cuba dipertahankan oleh mereka sebelum ini membabitkan perangai huduh Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sendiri, seperti skandal Talam, skandal Detum-Jelatik dan sebagainya, ternyata telah menjadi pisau yang menikam jantung sendiri.

Isu terbesar di Selangor iaitu AIR, sama ada AIR PERCUMA mahupun LOJI RAWATAN SUNGAI LANGAT 2, menambahkan lagi pening dan sakit kepala para pecacai yang dibayar gaji mahal untuk memutarbelitkan cerita tentang kebaikan Khalid Ibrahim dan DAP di Selangor. Walaupun PAS ada sekali dalam Pakatan Rakyat Selangor, fungsi PAS Selangor hanyalah sebagai pelengkap dan PAS tidak mempunyai peranan besar sekalipun PAS adalah penentu kewujudan kerajaan Khalid Ibrahim dan Teresa Kok.

Dek kerana itulah PAS tidak diberikan jawatan yang penting. Bahkan kesombongan mereka tentang autoriti agama pun, ditarik balik dan Khalid sendiri memegang peranan sebagai Exco Agama Islam.

Disebabkan tekanan yang sedang dihadapi oleh Khalid Ibrahim, PKR dan DAP di Selangor, para pecacai yang sebelum ini cukup sombong, mula mengalih taktik. Isu siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar dari kalangan UMNO pula dibuat seolah-olah ianya cukup penting dan hebat untuk menutup skandal penyelewengan kuasa dan proses pemiskinan Selangor yang telah dilakukan oleh Khalid Ibrahim menerusi siri penghapusan aset-aset negeri dan anak-anak syarikat negeri.

Walhal siapa pun yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, bukanlah perkara penting pun. Kalau mengikut kaedah Pakatan Rakyat dan corak pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, sesiapa pun boleh dilantik sebagai Menteri Besar. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai kecerdikan atau mampu mentadbir seperti Khalid Ibrahim, asalkan orang berkenaan mampu menjadi boneka dan tukang angguk, maka layak sangatlah dia jadi Menteri Besar.

Sudah tentulah UMNO dan Barisan Nasional tidak seperti Pakatan Rakyat Selangor yang bertunjangkan DAP, Teresa Kok dan Ronnie Liu. Siapa pun yang bakal dilantik menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya, UMNO dan Barisan Nasional berjaya merampas Selangor, sudah tentulah tidak akan sama sekali mengulangi corak Pakatan Rakyat yang lebih gemarkan pembonekaan.

Justeru, para pecacai dan penjilat Anwar Ibrahim serta Teresa Kok yang sibuk-sibuk tentang siapa yang jadi Menteri Besar Selangor dari kalangan UMNO-BN, seharusnya melupakan perkara itu terlebih dahulu. Sebaliknya tumpukan perhatian kepada usaha-usaha yang tidak memungkinkan Khalid Ibrahim dan barisan Exconya diseret ke muka pengadilan ekoran pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa yang telah dilakukan di Selangor sepanjang mereka menjadi Kerajaan.

Atau paling tidak pun, usahakan agar Khalid Ibrahim dan barisan Exconya mampu melupuskan fail-fail penyelewengan agar tiada sebarang bukti yang boleh menyeret mereka ke mahkamah selepas Pakatan Rakyat Selangor tumpas sewaktu PRU13 nanti!!!



orang ini ker   atau   yang ini ker    atau mungkin   dia ini


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List