Jawapan Bodoh Dari Seorang Bertaraf Menteri

on Sep 30, 2012







Sebenarnya penulis tidak pasti sama ada jawapan yang diberikan oleh seorang Menteri mengenai pembinaan Hospital Bachok di Kelantan adalah hasil idea dan tulisan beliau sendiri. Jika begini jawapan yang diberikan oleh seorang Senator berstatus Menteri, penulis amat kecewa. Bagaimana seorang Menteri boleh menjawab pembinaan Hospital Bachok terpaksa ditangguhkan disebabkan dana berkenaan terpaksa disalurkan kepada kawasan yang menang di dalam PRU12.

Penulis boleh terima sekiranya pembinaan berkenaan membabitkan bangunan-bangunan komersial atau pusat perniagaan. Namun sekiranya ianya melibatkan pembinaan Hospital yang boleh memberi manafaat kepada Rakyat Kelantan dan Daerah Bachok khasnya, ianya wajar tidak ditangguhkan. Jangan menghukum Rakyat jika tiada sokongan. Tingkatkan mutu perkhidmatan dan elakkan sikap cah keting. InsyaAllah, sokongan Rakyat akan kembali.

Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, jangan sesekali memperjudikan nasib Rakyat sewaktu kamu berkuasa. Penulis adalah penyokong tegar BN dan DS Najib, namun jawapan Menteri di atas seperti yang diwarna merahkan memang penulis tidak dapat terima. Minta maaf.


http://khairulryezal.blogspot.com

Photobucket

1 comments:

Anonymous said...

Itu baru satu janji dalam bajet yang tidak ditunaikan, apa tah lagi bajet kali ini semuanya akan berkuat kuasa pada awal tahun 2013 ini bermakna jika UMNO/BN bawa tempurung/gulung tikar maka SEMUA JANJI DALAM BAJET tu akan dipindahkan kekawasan yang dimenangi saja itu pun kalau masih duduk di PUTERAJAYA, jika tidak PR pula la yang kena galas dan cuci taik mereka , oleh itu berhati-hatilah PR sebaik saja dapat mandat kemenangan sekat semua jalan keluar jangan biarkan mereka lari bawa keluar apa yang perlu.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List