Kena Bayar Harga Mahal Untuk Kekalkan BN Dan Najib ini

on Oct 1, 2012







Najib setiap hari keluar berkempen memaki hamun semua parti-parti yang dalam PR dan kerajaan negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat. Bagi kita yang sudah berumur dan ada sedikit pengalaman berpolitik ini memahami apa yang ada di dalam hati dan sanubari pemimpin utama negara kita itu. Beliau gentar dan resah gelisah.

Cara beliau bercakap bergegar-gegar itu tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau amat gelisah dengan apa yang berlaku dikalangan rakyat akar umbi. Najib sedang panik dan masih tidak berkeyakinan yang BN akan mendapat mandat kali ini walaupun berbillion-billion ringgit telah dibelanjakan membeli hati dan jiwa rakyat sekalian.

Cara beliau berucap tidak menampakkan yang beliau seorang Perdana Menteri. Mungkin beliau terlupa sekejap yang beliau itu Perdana Menteri kerana selalunya pemimpin utama negara akan bercakap dengan nada yang rendah tapi meyakinkan. Di Pulau Pinang semalam Najib bercakap dengan nada yang begitu tinggi dan nampak jelas beliau terlalu banyak kelemahan yang beliau mahu lindungi dari pandangan rakyat. Beliau mempunyai banyak perkara yang putus yang perlu di sambung dan yang koyak untuk ditampal.

Setiap malam tidak ada orang lain dikaca TV selain dari Najib berkempen melaluinya. Bahan kempennya tidak lain hanya memperlekehkan pentadbiran semua kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Najib tidak nampak apa kebaikan yang telah dilakukan oleh PR di P Pulau Pinang, Selangor dan Kedah serta Kelantan. Najib amat resah dengan pengaruh kerajaan-kerajaan negeri dalam PR kerana kerajaan Pakatan Rakyat melakukan pembersihan segala politik dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.

Seboleh-bolehnya Najib mahu mengajak rakyat menafikan kelebihan berada di bawah tadbiran PR. Kejayaan PR mentadbir negeri-negeri yang di perintahnya amat menyulitkan Najib siang dan malam. Najib terpaksa mencemuh dan bergegar-gegar menempelak kebaikan yang di tunjukkan oleh PR di empat buah negeri tersebut. Tetapi bagi kita yang faham, jangan diambil pusing dengan apa yang dikatakan oleh Najib itu.  Kita faham yang beliau sedang berada di hujung tanduk. Beliau sedang terkapai-kapai meminta tolong dan merayu untuk diberi peluang kali ini.

Tetapi selama ini rakyat telah memberi peluang kepada BN sejak negara merdeka. Tetapi kebaikan rakyat selama ini di ambil sebagai kelemahan yang mereka boleh mengambil kesempatan ke atas mereka dengan melakukan perkara-perkara yang menjolok mata.  Najib sudah menganggap rakyat sekarang degil dengan kerajaan. Justru Najib sekarang sedang bertempur dengan rakyat dengan menghina pilihan rakyat dan ini adalah satu pencemaran kepada semangat persekutuan.

Orang yang menjadi sasaran Najib ialah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang serta Khalid Ibrahim MB Selangor. Najib amat aggressif dan mahu memaksa rakyat memberikan sokongan kepada BN. Usaha Najib dan BN untuk memecahkan perhubungan baik di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah gagal dan kegagalan beliau memecah belahkan komponen PR itu membuatkan Najib tidak lalu makan dan tidak lena tidur. Seperti biasa apabila tidak ada perpecahan UMNO akan hanyut.

Seperti ilmu matematik, cara memilih dalam pilihanraya dengan baik ada formulanya. Jika sesebuah parti dan pemimpin itu menjadi sasaran cemuhan yang kuat oleh Najib dan pimpinan BN, itulah parti atau pemimpin yang rakyat perlu sokong. Kalau di ikutkan formula ini maka yang perlu diberikan sokongan ialah mana-mana parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat.

Sebabnya mudah. Apa yang dikecewakan oleh BN dan Najib ialah rakyat sudah merasakan dan nampak dengan jelas yang PR boleh memimpin walaupun ditekan dengan hebat oleh kerajaan persekutuan yang di kuasai oleh BN. BN sedang cuba menggelapkan mata rakyat untuk tidak nampak apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kegagalan kepada BN  Itulah sebabnya Najib terpaksa berucap sampai terkeluar anak tekak untuk melindungi rakyat dari mengakui kewibawaan PR itu.

Itulah sebabnya rakyat wajar memberikan sokongan kepada PAS, DAP dan PKR untuk menguasai Putrajaya kerana jika PR dapat menguasai Putrajaya maka kerajaan–kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tidak akan di tekan dan mudah untuk melaksanakan segala dasar yang di gubal oleh kerajaan baru itu.

Jika Pakatan Rakyat memerintah maka kita boleh memberikan harapan untuk membina kembali semangat persekutuan yang telah di ranapkan oleh UMNO sejak Dr Mahathir memerintah dahulu. Saya secara peribadi berharap Pakatan Rakyat akan menghormati kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat itu. Cara untuk menghormati rakyat ialah dengan menghormati kerajaan-kerajaan negeri pilihan mereka kerana negeri-negeri itu adalah kepunyaan rakyat yang merdeka dan berdaulat.

Saya ingin mengulangi tidak akan ada kerajaan persekutuan tanpa kerajaan-kerajaan negeri yang berdaulat itu. Tetapi semangat itu tidak pernah dihormati oleh pimpinan persekutuan kerana mereka terlupa agaknya yang negara kita ini adalah negera persekutuan bukannya negara ‘unitary’ seperti Thailand dan Indonesia. Pimpinan di Putrajaya berfikir yang seluruh negara ini adalah kepunyaan ibu bapa atau datuk nenek mereka sahaja dan boleh memaki hamun rakyat yang selama ini telah memberikan mandat yang mereka lalaikan selama ini.

Apabila rakyat sudah mula sedar, maka mundar mandir lah Najib di setiap negeri dan daerah memaki hamun pihak lain dan sentiasa menyalahkan PR dan rakyat kerana kelemahan yang mereka wujudkan sendiri. Rakyat kini sedar yang kepercayaan yang hanya UMNO boleh menjamin masa depan rakyat itu hanyalah satu ‘myth’ yang dibina oleh UMNO dan BN melalui media masa perdana selama ini. Sekarang rakyat sudah sedar yang UMNO telah mengelirukan mereka dan itulah yang membuatkan Najib tidak kering peluh berjalan kesana kemari meminta tolong dan beliau tidak sedar yang beliau sekarang adalah seorang kembiri politik yang paling sibuk dalam sejarah politik negara.

Najib bercakap besar dengan nada yang tinggi seolah-olah beliau dan UMNO sahaja yang boleh mentadbir negara ini. Rakyat yang mendengar ucapan beliau dikaca TV setiap malam seolah-olah kita semua ini adalah ‘little cousins’ beliau. Rakyat yang mendengar itu kebanyakkannya adalah mangsa UMNO yang selalu mengelirukan mereka dan mereka tidak mahu lagi diperbodohkan oeh Najib dan pimpinan negara yang lain. “Enough is enough. No more listening to silly statements from Najib please!” kata salah seorang bekas Menteri yang bercakap dengan saya pagi semalam.

“Najib has over sold himself bro” kata seorang yang baru saya kenali dalam satu majlis hari raya beberapa minggu yang lepas. “Najib talks too much to an extent of clowning himself. The more he talks the more weaknesses uncovered from him. Najib is telling too much lies that he now believes his own lies” sambung kenalan baru saya itu..Saya hanya menjawab , “Let him tell lies about us, but we can tell the truth about him”.

Pendeknya Najib sedang sedaya upaya untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu peribadi yang sedang beliau hadapi sekarang ini. Yang menjadi mangsa di atas kesalahan beliau adalah rakyat yang ramai ini. Mahal betul harganya untuk mengekalkan Najib dan BN ini.




ASPAN ALIAS



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List