SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebaha
gian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.

jawapan balas Fathul Bari
Fathul: Tak adil Asri dakwa ulama masuk Umno hanyut
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."
"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.
Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.
"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.
Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.
"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.

Ini tak adil.... Saya bukan saja hanyut...malah juga jadi bisu..
Salah kita sendiri bila di tegur kenapa tak boleh diterima,, masih nak dipertahankan,, masih nak komen macam dalam cerita 3 Abdul arahan P Ramlee,, Ini tak adil,,,,
Komen.....Rasuah politik aku tak pasti,, tetapi kalau dah jadi ulama bisu bagi aku dah tentu sangat dah,,, terang dan nyata...
0 comments:
Post a Comment