Tanda dan dalil untuk perubahan sudah nyata

on Oct 30, 2012






Sebelum satu-satu perubahan berlaku is akan bermula dengan tanda-tanda dan dalil yang kuat yang perubahan peristiwa besar akan berlaku. Semasa Tsunami tahun 2006 yang telah meragut hampir tiga juta nyawa manusia di persisiran lautan India banyak tanda-tanda telah dialami beberapa ketika sebelum peristiwa buruk ini berlaku.

Di persisiran pantai kedapatan banyak ikan yang selalunya didapati di tengah-tengah lautan dan jumlah ikan dan haiwan laut berada di persisiran pantai lebih banyak dari biasa. Banyak lagi tanda-tanda dan dalil yang kedapatan sebelum peristiwa yang menyayat itu berlaku. Peristiwa seperti itu juga membawa dalil yang akan berlaku di kawasan yang berlaku malapetaka itu.

Mengikut setengah kajian peristiwa seperti ini adalah petanda yang kawasan yang ditimpa malapetaka seperti Tsunami itu akan menjadi kawasan yang akan pesat membangun selepas tiga atau empat dekad. Negara Jepun dalam masa empat dekad telah mencapai kemajuan setelah negara itu menjadi negara padang jarak padang terkukur selepas bom atom telah digugurkan oleh pihak bersekutu di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945 yang lalu.

Begitu juga dalam hal politik sesebuah negara itu. Di wilayah barat Eropah, telah berlaku berbagai-bagai macam bencana alam yang ngeri dan menakutkan sebelum wilayah itu menjadi wilayah dan negara-negara yang maju dan moden. Peperangan di antara negara-negara berjiran serta tindakan Hitler menghalau kaum yahudi dari Jerman dan kesemuanya ini merupakan peristiwa yang sangat besar ‘consequence’nya terhadap landskap politik dan sosial dunia. Akhirnya setelah tiga atau empat dekad kawasan dan wilayah-wilyah di kawasan itu merupakan kawasan  termaju di dunia.

Pendeknya setiap kebaikan yang berlaku itu merupakan susulan kepada peristiwa-peristiwa yang buruk seperti bencana alam dan perubahan politik sesuatu negara atau wilayah itu.

Kalau kita lakukan aplikasi terhadap apa yang sedang dan akan berlaku di negara ini ia merupakan satu perubahan dan anjakan politik yang sangat penting untuk berlaku bagi menuju kebaikan di masa depan. Dalam proses perubahan ini kita harus bersabar dan melaluinya dengan penuh yakin yang arus perubahan ini adalah kehendak ‘nature’ yang mana tidak seorang pun terlepas daripada mengalami dan melaluinya.

Mana-mana pihak yang mempunyai kesabaran yang lebih akan berjaya. Itulah sebabnya saya selalu meminta semua yang menjadi agen perubahan ini bersabar lebih dari biasa bagi perubahan ini berlaku dengan baik dan tidak payah melalui kejadian yang membawa banyak nyawa dan kecederaan berlaku.

Bagi kita, kita telah mempunyai cara dan kaedah untuk melakukan perubahan itu dengan terhormat dan teratur. Kita hanya perlukan pemikiran yang baik dan tidak dicelarukan dengan elemen-elemen yang boleh merosakan sistem kehidupan yang kita sedia alami.

Seperti yang saya katakan tadi, peristiwa yang tidak disenangi oleh sesuatu pihak itu yang memungkin ada perkara-perkara yang kita tidak ingini berlaku, akan sentiasa disusuli dengan hasil yang baik yang akan dirasai oleh rakyat jelata, setelah kita melalui pahit maung untuk melakukan perubahan itu. Jika diizin Tuhan kita akan sampai ke peringkat di mana kita semua akan hidup dalam aman dan sentosa bersama pembangunan negara yang kita kehendaki berlaku dengan sistem yang baik dan sempurna.

Sementara perubahan sebenar itu sampai dan benar-benar berlaku adalah penting kita menahan segala gejala reaksi yang buruk yang tidak mahu perubahan itu dengan penuh kesabaran. Kita harus sentiasa memohon dari yang Maha Esa agar kita sentiasa berada di dalam sepenuh keredhoanNya..

Kita yakin segala tanda-tanda awal dan dalil-dalil yang berlaku untuk perubahan itu kian hari kian jelas. Bagi kita, apa yang perlu dilakukan ialah untuk bersabar dan sentiasa memohon segala keredhoanNya dalam segala perlakukan yang kita lakukan semata-mata untuk kebaikan masyarakat dan rakyat negara kita. Waallahualam.


http://www.aspanaliasnet.blogspot.com/


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List