Nazri Kini Beban Terbaru Barisan Nasional!

on Nov 9, 2012





Tertekan dengan pendedahan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang berjaya membuktikan kaitan antara dirinya dan anaknya dengan jutawan balak dari Sabah, Michael Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz kini merupakan beban terbaru Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bukan setakat Pakatan Rakyat menempelaknya, malah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) juga membidas tindakan Nazri yang disifatkannya sebagai tidak profesional.

Nazri kini diasak bertubi-tubi berhubung dakwaan menerima habuan RM3 juta dari Chia dan anaknya, Mohamed Nedim menggunakan sebuah kereta mewah Hummer bernilai RM1.4 juta milik Chia tanpa alasan munasabah.

Berikutan pendedahan Rafizi, dia sendiri akan terbang ke Hong Kong minggu depan bagi mendapatkan maklumat sebenar sama ada dakwaan Nazri bahawa agensi anti rasuah negara itu, Independent Commision Against Corruption (ICAC) sudah menutup kes Chia menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam matawang dolar Singapura yang dikatakan milik Umno Sabah, benar-benar dilaksanakan.

Ahli parlimen Padang Rengas itu kini didesak supaya bercuti dari tugasnya sementara menunggu hasil siasatan ICAC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah Rafizi membuat laporan rasmi kepada suruhanjaya itu Rabu lalu di Putrajaya.

Dan hasilnya, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia semalam tidak membenarkan mana-mana pihak luar selain dari ahli parlimen dari menggunakan ruang sidang media di bangunan parlimen kununnya ia adalah hak eksklusif buat ahli parlimen dan bukannya pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula mendedahkan dalam satu mesej di Twitter semalam bahawa keputusan Pandikar sebenarnya bertitik tolak dari sebuah memorandum yang ditandatangani beberapa media pro-Umno mendesak Pandikar supaya menghalang pemimpin Pakatan Rakyat bukan berstatus ahli parlimen dari terus menggunakan ruang tersebut.

Dipercayai, Nazri adalah dalang di sebalik penyerahan memorandum tersebut yang diterima Pandikar pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, Nazri tidak mahu mengulas keputusan Pandikar dan tidak pula memberi sebarang komen berhubung penglibatan anaknya dan habuan untuk dirinya, sehingga hari ini.

Rafizi pula dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman blognya, rafiziramli.com menempelak tindakan Nazri mempergunakan Pandikar menghalang sidang media dari terus dibuat bagi mendedahkan lagi siri penglibatannya dalam skandal yang memalukan Malaysia itu.

Difahamkan, kedudukan Nazri akan diputuskan perdana menteri, Najib Altantuya dalam beberapa hari lagi setelah selesai mesyuarat Majlis Raja-Raja yang mula bersidang semalam di Kuala Lumpur.

Persoalannya, apakah Nazri kini bakal disingkirkan dari mempertahankan kerusi Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang kerana dakwaan Rafizi sungguh kuat hinggakan media pencacai Umno seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian langsung tidak mempertahankannya?

Apakah Nazri kini satu lagi 'kambing hitam' buat menjadi korban BN di saat parti yang memerintah Malaysia itu kini semakin hilang sokongan dari akar umbinya sendiri di seluruh negara?

Seluruh persoalan ini menuntut jawapan segera dari Nazri dan tidak mustahil, penyelesaian terhadap skandal terbaru ini mirip skandal bekas menteri wanita, Shahrizat Jalil yang tidak menyambung khidmat senator pada 8 April lalu.

Rafizi kini dianggap sebagai 'giant killer' sekiranya berjaya mengheret Nazri ke muka pengadilan dan seterusnya dihumban ke kancah hina lagi mengaibkan seperti mana yang 'dinikmati' Shahrizat sekarang!

JALAN PULANG




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List