PRU ke-13 mungkin selepas Tahun Baru Cina, kata Raja Nong Chik

on Nov 14, 2012




Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membayangkan pilihan raya umum (PRU) ke-13 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun depan memandangkan ketika itu ke semua perayaan yang disambut rakyat akan berakhir dalam ucapannya di Lembah Pantai. 

“Kita sudah menyambut raya haji, selepas ini kita akan sambut Deepavali dan Krismas. Kemudiaan tahun depan masyarakat Cina akan sambut tahun baru. 

“Tapi kita jangan lupa perayaan paling besar untuk rakyat, iaitu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam perayaan paling penting iaitu selepas tahun baru Cina,” kata Menteri Wilayah Persekutuan tersebut. 

Nong Chik mendakwa waktu tersebut adalah paling terbaik buat kerajaan memandangkan ketika itu rakyat Malaysia yang berbilang kaum berada dalam harmoni dan perpaduan kuat ketika itu.

“Setiap berakhir perayaan, perpaduan berbilang kaum di dalam negara ketika itu sangat kuat memandangkan seluruh rakyat Malaysia menyambut perayaan tersebut. 
“Apabila hubungan yang erat ketika itu saya harapkan ia akan dibawa hingga ke pilihan raya,” tambah Nong Chik. 

Walaubagaimanapun, Nong Chik berkata itu hanya satu ramalan tetapi keputusan penuh dan muktamad masih lagi ditangan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak. 
“Saya hanya meramal, tetapi waktu itu adalah sesuai. Namun, jentera harus bersiap-sedia dan mula mengerakkan kerja kempen di setiap tempat,” kata Nong Chik.

Dalam pada itu, Nong Chik merupakan antara calon yang disebut-sebut akan diletak untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13.

Malahan ketua Umno Lembah Pantai itu juga telah memaklumkan hasratnya kepada PM dan sedia untuk mengembalikan semula kerusi yang  telah dirampas daripada Umno pada 2008 lalu.

“Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam  pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding  Putrajaya dan Labuan,” katanya.
Kenyataan ramalan beliau juga dilihat seiring dengan kenyataan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim  Ali pada September lalu yang meramalkan PM akan mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina.

Irahim berkata langkah itu betujuan untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).
BN hilang sejumlah besar undi masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina dalam gabungan tersebut seperti MCA dan Gerakan – kalah di hampir kesemua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN).

Perkasa yang majoriti ahlinya terdiri dari ahli Umno, dilihat mencetuskan ketegangan apabila bersuara mengenai hak Melayu dan mendesak kerajaan agar memberikan lebih banyak peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.

“Saya tetap dengan pandangan saya, ramalan saya bahawa pilihan raya akan diadakan selepas raya Cina, tahun 2013,” kata beliau.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa BN mensasarkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan November, 60 hari selepas Bajet 2013 dibentangkan, sejurus selepas Najib dalam satu majlis memberikan isyarat dengan mengulangi perkataan 11, yang mana merupakan nombor kegemarannya.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List