Ramai yang tertunggu-tunggu bilakah parlimen akan dibubarkan, akhirnya teka teki tak terjawab juga...yang terjawab hanyalah di Jepun...
Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sudah memutuskan untuk membubarkan Parlimen yang selewat-lewatnya Jumaat ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka bulan depan.
Laporan media, Nikkei dan Asahi Shimbun berkata, Noda akan memanggil pilihan raya seawal-awalnya 16 Disembar atau selewat-lewatnya 20 Januari tahun depan.
Mainichi Shimbun pula berkata, Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen Jumaat ini manakala pilihan raya umum diadakan 9 Disember,
Pilihan raya umum Jepun mesti diadakan musim panas depan berikutan mandat empat tahun penggal Parlimen sekarang akan berakhir
0 comments:
Post a Comment