Rancangan jahat jatuhkan Mursi Didedah

on Nov 27, 2012




Sebelum Presiden Mursi mengeluarkan keputusan yang mengejutkan dunia pada 22 November, Khamis lalu, satu maklumat yang sahih disampaikan oleh Badan Perisikan Negara bahawa terdapat satu perjumpaan sulit berlangsung antara Hamdin Sobahi, Tihani Gabali (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) dan Ahmad Az-Zindi (Presiden Kelab Hakim Mesir). Pertemuan rahsia ini berlangsung di rumah Murtadha Mansour (seorang peguam dan orang kanan Mubarak).

Mereka berbincang bagi hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan akan bersidang pada 2 Disember akan datang. Dalam sidang, mereka ini merancang untuk hakim-hakim membuat tiga keputusan berikut:

1) Membubarkan Dewan Senat (Syura)
2) Membubarkan Panel Penggubal Perlembagaan negara
3) Membatalkan Undang-Undang yang diumumkan oleh Mursi sekaligus Mursi akan dipecat dari jawatannya atas hujah beliau tidak menghormati perlembagaan yang beliau bersumpah dengannya di awal pelantikan dalam lafaz angkat sumpah. 

Apabila laporan perisikan ini sampai di atas meja Mursi, beliau tiada pilihan.Jika benar, tarikh 2 Disember merupakan tarikh hitam buat sejarah 25 Januari. Maka Mursi memintas lebih awal pada Khamis, 22 November lepas dengan keputusan baru seperti di bawah;

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula. (Kerana sehingga hari ini semua kes yang dibicarakan menyaksikan tertuduh dibebaskan oleh mahkamah ekoran pendakwaan yang dikemukakan terlalu lemah dari sudut bukti).

2) Bahawa semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah. Maka sekaligus menamatkan semua kes-kes pendakwaan yang sedang dibicarakan di mahkamah waktu ini. (Ia merangkumi kes pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Senat dan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan). 

3) Bahawa bagi Presiden Republik apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang. 

4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan (iaitu dilanjutkan selama 2 bulan) dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan. (Bagi mengelakkan Mahkamah Tinggi Perlembagaan membubarkan dua institusi milik rakyat ini seperti yang dilakukan kepada Dewan Rakyat yang telah dibubarkan).

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru. 

6) Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

Persoalan, bagaimana pertemuan sulit yang hanya dihadiri oleh beberapa individu di lokasi yang agak rahsia boleh terlepas ke tangan orang lain? Mungkin kehebatan Unit Perisikan Mesir. Yang pasti, ia satu 'campurtangan' Allah.untuk membantu Mursi dan kemenangan Islam. - laporan oleh Abdul Malik




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List