Wanita MCA Melaka Sertai Demo Anti Lynas Semalam...!

on Nov 26, 2012





Umum tahu bahawa negara malaysia memang mengamalkan demokrasi tulin seperti kata kata menteri menteri Barisan Nasional berserta sekutu sekutunya seperti Perkasa dan sebagainya.
Tetapi tulinnya hanya untuk golongan mereka, sanak saudara dan kroninya saja.

Berita yang menggemparkan negara adalah bilamana ketua wanita MCA yang juga pengasas MCA melaka Datuk Kian Sit Har telah hadir pada waktu semalam semasa himpunan anti lynas yang telah sampai ke dataran merdeka, jelas sebenarnya di dalam jiwa rakyat malaysia yang cintakan kesejahteraan, penolakkan kepada kezaliman Barisan Nasional dan umno telah sampai ke kemuncaknya.

Sit Har boleh di jadikan contoh dalam Barisan Nasional yang lantang menentang penindasan dan penganiayaan umno dan pemimpin BN dalam membuat dasar tertutup yang mana tidak pernah dan tidak mendengar akan suara rakyat yang tidak mahu kepada bencana bahan santau radioaktif lynas itu yang mampu untuk membunuh rakyat di sekitar kawasannya.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List