Tan Sri Musa Hassan...Adakah Lakonan atau Realiti

on Dec 2, 2012





Ingatkah lagi kisah perbicaraan Anwar dengan pemandunya Azizan tahun 1998 dimana tilam diusung, pegawai polis perancang utama waktu itu Musa Hassan, terpampang dikaca TV bila ia keluar dari mahkamah dengan menggayakan menjawab henfon bersama dengan pegawai pendakwa Ghani Patail yang menggunakan motor berkuasa besar..


Hasil khidmat bantuan mereka berdua membantu Mahathir menyumbat Anwar dalam penjara telah mendapat imbuhan yang cukup besar, Ghani Patail dapat menjawat Peguam Negera manakala Musa Hasan dengan sekelip mata dapat menjawat Ketua Polis Negara... 

Rasanya ramai yang ingat bagaimana kisah Musa menjadi KP Johor, bermacam laporan dan dakwaan dicerita selepas belaiu menjawat KPN,,, apakah laporan-laporan tersebut berfakta dan benar menyebabkan Musa Hasan tidak disambungkan lagi khidmatnya... 

Cuma aku duk terfikir, kenapa dah pencen baru nak cerita kisah lamanya,, patut semasa dalam khidmat dahulu bertegas, apa nak takut... 

Apa yang aku duk bimbang,,, apakah si Musa ni nak pancing atau ambik perhatian pemimpin Pakatan Rakyat,, ingat tak sebelum ini, Musa ni pernah keluar kenyataan yang beliau ditawar masuk politik,, tapi dia tak berminat,,, phiirahh..

Harus kita ingat perangai si Musa ni, sewaktu dalam perkhidmatan Polis , jauh berbeza dengan latar belakang Dato Fauzi bekas Pengarah Siasatan jenayah yang masuk PAS,, 

Begitu juga latar belakang keluarganya,, siapa bapanya sekadar guru tajwid yang cukup popular satu ketika dulu tetapi anak-anaknya ada jadi pelakon Jalaludin Hasan, dan Pemimpin UMNO Fuad Hasan.. 

Kesimpulan,,, harus hati-hati,, Najib dengan penasihat Yahudi APCO ada berbagai helah dan cara untuk meranapkan Pakatan Rakyat... Sejarah lampau Musa Hasan harus di nilai semula sebelum sesuatu masalah besar boleh berlaku,, 
Seorang pegawai kanan polis Haji Osman Abd Rauf (dah bersara dah pun) pernah bersuara pada aku sewaktu kes Anwar 1998,  ia berasa hairan, kerana sebelum ini ia pernah solat berjemaah sebanyak dua kali, Musa Hasan yang jadi imam,, tup-tup ia sanngup jadi pencacai Mahathir untuk dakwa Anwar hingga ke penjara... Kalau Augutine Paul sebagai Hakim tu orang kafir,, tak tahu hari balasan dunia akhirat,, tetapi Musa ni orang islam sanggup jadi begitu... 

Apakah Musa Hasan seorang pelakon handalan.......


http://manjongmari.blogspot.com

baca lagi

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List