Gambar - Najib dan Ahmad Said, sama-sama menipu orang Melayu, Cina dan India, rakyat Terengganu pada 13 Disember 2008 |
Tidak ada sambutan gilang gemilang memperingati ulang tahun penubuhan Umno walau pun BN baru saja menang pilihanraya umum kali ke-13 dan kemenangan itu pun yang tidak sempat juga diadakan upacara meraikannya.
Selama 56 tahun hidup Malaysia diharungi, seingatan pemikiran ini, tidak pernah gabungan perikatan, dari simbol 'kapal layar' hinggalah gunakan simbol 'dacing' menjadi kelam kabut seperti waktu sekarang ini.
Tidak sampai 3 hari dari tarikh pilihanraya umum kali ke-13 pada 5 Mei, Utusan Malaysia meludah ke muka 'transformasi' Najib 1Malaysia, dan menuding kekalahan BN berpunca dari Tsunami Cina.
[Gambar - Najib dan Ahmad Said, sama-sama menipu orang Melayu, Cina dan India, rakyat Terengganu pada 13 Disember 2008]
Najib menjadi 'sesak nafas' dan terpaksa menukar samarannya, mempertahankan Utusan dan bertukar bukan jadi Perdana Menteri kepada semua, tetapi menjadi Perdana Umno-Putra.
Anak-anak muda di menara gading dituduh sudah tunjuk taring kerana dihasut oleh Pakatan pembangkang, begitulah lebih kurang kata pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), sebuah badan yang tidak lagi 'nuetral'.
Kalau ada dalam hati terpalit sedikit rasa jati kendiri, pasti pengerusi SPR itu tidak menjawab menggunakan label parti kerana badan pengendali pilihan raya sepatutnya lebih dari berpendirian 'atas pagar'.
Pengerusi SPR tidak perlu 'sesak nafas' dan mesti bercakap dengan nada 'penenang', bersabar dan mengambil tindakan meneliti semua aduan, membuat siasatan tanpa sebarang prejudis.
Menempelak anak muda dan mahasiswa yang dua, tiga kerat menyerahkan memorandum boleh menyebabkan 20 atau 30 ribu anak muda yang lain merasa 'dijerkah' juga.
Najib sudah tidak dapat menyembunyikan samaran 'transformer' nya, yang sepatutnya selaku perdana menteri 1malaysia tidak sayugia dia hanya menjadi perdana menteri umno, bukan PM melayu, bukan PM cina dan bukan PM india.
Sama dengan mentornya Mahathir yang juga 'sesak nafas' dengan kekurangan kerusi BN, terus mengutuk kaum cina sebaik mencecahkan kaki ke tanah malaysia sekembalinya dari Eropah, sedangkan dia pun bukanlah melayu tulin.
Sketsa drama pemimpin umno sama skripnya sejak berpuluh tahun dulu sedang semua parti lain mengalami transformasi, sebaliknya parti tulang belakang BN, umno yang menjaja transformasi tetap hidup umpama kaum pangan.
Ramai orang melayu yang di doktrinkan supaya menjadi ultra, sesiapa yang masuk belajar di ITM (kini UiTM) pasti masih hafal senikata 'anak kecil main api' walaupun mungkin tidak ingat sepenuhnya.
Dalam usaha melahirkan profesional yang boleh bersaing dengan pasaran global berbilang bangsa dan agama, tiba-tiba bakal 'pro' itu diajar menjadi seorang ekstrimis perkauman, hidup melayu, hidup melayu!
Ungkapan senikata dalam lagu 'anak kecil main api' itu jelas menerangkan maksud harta benda negara ini adalah milik rakyat yang mesti dipertahankan, yang sepatutnya diagihkan secara adil kepada semua rakyat kerana penjajah telah beredar.
Namun selama 56 tahun hidup ini, masih wujud sehingga sekarang kilang papan milik wakil rakyat umno, melambangkan pemimpin umno yang kaya raya mengaut harta 'nenek moyang kaya raya'.
'Tergadai seluruh harta' kepada siapa setelah 56 tahun negara merdeka?
Tiba-tiba sorang bekas hakim 'sesak nafas' dan menjadi 'sasau' serta berkata orang melayu akan balas dendam kepada orang cina? dan terlupa undang-undang yang dipelajari dan diamalkannya, kata-katanya itu adalah api perkauman yang menghasut.
Apa semuanya ini?
Sedang di negeri Darul Iman, yang jadi Menteri Besarnya masih berlagak 'ala' samseng 'taik kucing' (meminjam kata-kata P. Ramlee) mengugut semua pihak demi untuk meneruskan pemerintahannya.
Bukan hanya rakyat yang tidak mengundi BN menjadi mangsa dengan ugutan tidak akan ada pembangunan, bahkan 'khabarnya' PM yang sama parti dengannya, pun turut diugutnya, agar beliau kembali di tampuk kuasa.
Ahmad Said sendiri sebenarnya sudah 'sesak nafas' kerana berkali-kali dia 'mendabik dada' berkata sebelum pilihanraya, BN akan menang besar di Terengganu, namun bila keputusan diumumkan BN hanya lebih dua kerusi sahaja.
Sebaik usai angkat sumpah, Ahmad Said juga menjadi tidak sedar diri bahawa dia Menteri Besar untuk semua, bukan hanya Menteri Besar Umno, namun penyakit Najib yang 'sesak nafas' menjadi PM kepada Umno, dituruti oleh Ahmad Said.
Bukan Melayu, bukan Cina, bukan India yang sukar bernafas pada waktu ini, tapi pemimpin Umno dan Barisan Nasional!
http://buletinonline.net
0 comments:
Post a Comment