JANGAN SALAHKAN CINA TOLAK BN...!

on May 11, 2013




SEPATUTNYA dari awal-awal lagi Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali diambil tindakan undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDM) dan bukannya membiarkan begitu sahaja atas perbuatannya menyuruh umat Islam membakar gereja dan bible yang menggunakan perkataan 'Allah'.

Perbuatan Ibrahim Ali telah menaikkan sentimen orang Cina, India dan bumiputera bukan Islam di Sabah dan di Sarawak; tidak hairanlah jika yang menerima tempiasnya ialah BN yang hampir kecundang jika tanpa bantuan Sabah dan Sarawak.
Andai kata ada orang kuat UMNO menegur perbuatan biadap Ibrahim Ali agar jangan sentuh sentiment agama dan bangsa; mungkin dapat meredakan kemarahan masyarakat Cina dan India yang beragama Kristian dan BN akan mempertahankan kerusi yang telah dirampas PKR dan DAP.

Kemarahan masyarakat Cina dan India tidak sama dengan orang Melayu. Orang Melayu jika marah suka menimbulkan hura-hara dan bergaduh sesama sendiri, kononnya untuk menunjukkan anak jantan!

Sebaliknya, Kaum Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam hanya menyimpan rahsia kemarahan dan hanya melepaskan geram pada pilihanraya untuk menghukum pemimpin BN dan kerajaan yang cuai dan gagal menjalankan tugas menjaga keharmonian.

Terdapat pemimpin UMNO yang mendabik dada bahawa tanpa sokongan orang Cina dan India; mereka boleh menubuhkan kerajaan kerana yakin orang Melayu akan menyokong mereka 100 peratus.

Kebiadapan ahli UMNO Sabah dan Semenanjung semakin jelas kerana suka melakukan Vandalisme sehingga sanggup merosakkan poster atau jentera kempen Pakatan Rakyat; terutama Ketua Pemuda UMNO Semporna, Abdul Aziz Jamman yang telah menghasut ahli-ahlinya agar merosakkan poster Pas dan PKR sehingga mencetuskan pergaduhan antara satu sama lain.

Apabila dilaporkan kepada polis, polis pula takut campurtangan kerana yang membuat onar itu ialah orang UMNO sendiri. Lainlah halnya jika ahli pembangkang yang melakukannya; 'tangkap dulu baru bicara'?

Di Sandakan juga, poster calon Bebas Libaran habis ditumbangkan oleh ahli UMNO. Laporan polis yang dibuat sama juga jawapannya; tidak diambil tindakan disebabkan pelaku musnahnya orang UMNO.

Dalam pada itu, beberapa tuan punya hotel di Semporna, mengadu bahawa orang UMNO yang menggunakan nama Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Shafie Apdal tidak membayar bil hotel sehingga ke hari ini.

Salam Hormat,

JIKRUN MOHD HANIS
Kg Sungai Tohok, Semporna




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List