Yang Anwar ni pun satu, yang jadi bangang fakta sampai macam tu pasai apa. Takkan dia tak sedar kut yang 230ribu dengan 500ribu tu jauh sangat bezanya. Kalau contohnya dia kata "dekat setengah juta" pun tak kena pasai jauh sangat.
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam. - BHarian.
Bharian juga melaporkan:
Macam mana dia (Anwar) tahu kononnya sehingga 95 peratus anggota tentera dan polis nak pergi mengundi dia... tidak masuk akal, adakah dia fikir anggota tentera dan polis tidak ada perasaan langsung dengan pelbagai isu berbangkit?Yang Anwar ni pun satu, yang jadi bangang fakta sampai macam tu pasai apa. Takkan dia tak sedar kut yang 230ribu dengan 500ribu tu jauh sangat bezanya. Kalau contohnya dia kata "dekat setengah juta" pun tak kena pasai jauh sangat.
Dia adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang menangani segala kerenah Anwar ini. Orang yang banyak memfitnah dan melakukan pembohongan ini, insya-Allah Tuhan akan tunjuk, katanya kepada BH, semalam. - Ibid.
Yang bab 95% tu tak payah la nak spin gila-gila pasainya Anwar pun kata "dia dibagitahu..." Siapa yang bagitau tu aku pun tak pasti tapi yang jelasnya dia tak berbohong dan tak fitnah disitu.
Cuma yang aku herannya, pasai apa Timbalan Pengerusi SPR ni takmau ulas pasai dakwat kekal yang katanya akan kering dalam masa 3 saat dan akan kekal paling kurang 3 hari.
Pasai nak tutup kemaluan akibat kegagalan dakwat kekal tu la kut yang dia sunguh-sungguh nak spin fakta bangang Anwar ni dengan harapan orang ramai tak ikut Anwar protes penipuan dalam PRU13 dan akhirnya akan lupa pasai dakwat kekal yang lawak tapi celaka tu.
0 comments:
Post a Comment