Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan UMNO…!

on Jun 5, 2013



Think Mahathir

Tun Dr. Mahathir: UMNO tidak relevan lagi

oleh Harakah Daily
4hb. Jun 2003
KUALA LUMPUR: Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah UMNO yang sebenar kepada umum.

(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan UMNO… tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)
Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan UMNO dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.
“UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.
Mahathir berkata pemimpin UMNO kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.
“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.
Sekarang, Mahathir berkata UMNO sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.
“UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.
Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMMO lagi.
“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.
Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.
“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.
Akhirnya, Mahathir berkata UMNO hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.
“Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.
“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.

KOMEN
UMNO tidak relevan? Memang tepat sekali ! UMNODin Merican at RSGC(1946) berbeza dengan  UMNO Baru (1987) yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri dengan perlembagaan parti yang tidak bercorak demokrasi.
Kuasa di bawah Presiden UMNO tidak boleh di cabar seterusnya. Tun ingin memegang kuasa selamanya tetap beliau “bersara” dari aktif berpolitik kononnya dari tahun 2003.
Sekarang ini amat sukar untuk ahli UMNO memilih Presiden dan Timbalannya akibat manipulasi Tun yang begitu ghairah untuk menyandang kuasa sebagai Perdana Menteri selama mungkin. Kriteria yang diguna pakai  menjadi peminpin bukan lagi kebolehan. UMNO sekarang ini adalah parti  pengampu, feudal dan  dinasti.
Ini lah yang berlaku apabila TDM dipaksa melepaskan jawatan, beliau memilih AAB yang kemudian dikritik beliau sehebat hebatnya. Malah PM sekarang juga adalah dari senario yang sama.
Kesimpulannya UMNO hancur disebabkan oleh kerakusan beliau untuk berkuasa dan dikelilingi oleh mereka mereka yang kurang cerdik dan yang jadi kaki ampu. Jangan putar belitkan sejarah yang “direka” oleh beliau sendiri. Beliau sendiri yang suka memperlekeh pemimpin pemimpin UMNO .
Selain dari itu beliau juga memusnahkan sistem kerajaan dengan memilih mereka yang menyokong dasar-dasar  beliau sahaja. Ini bermula dari pemilihan Tun Ahmad Sarji sebagai Ketua Setiausaha Negara yang menurut perintah beliau dan juga Gabenor Bank Negara Jaafar Hussein. (Sebelum itu beliau tidak berani menyentuh Bank Negara kerana Gabenor Bank Negara seperti Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha tidak mengendahkan tuntutan beliau kerana perlantikan mereka dalah dari DYMM Agung).
Begitu juga kemusnahan di syarikat syarikat milik kerajaan (GLCs) dengan memilih mereka yang telah mengampu beliau didalam kerajaan untuk menerajui GLC sebagai ganjaran sewaktu pencen walau rekod mereka lemah atau tiada kaitan langsung dengan syarikat syarikat gergasi yang dahulunya diterajui oleh golongan professional dan menguntungkan !
Apa agenda Tun Dr Mahathir sebenarnya sekarang ? –Din Merican

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List