PRU13...! Siapa Tipu Siapa...?

on Jun 17, 2013




SEGALA-GALANYA bergantung dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Kalau insan Muslim hilang takwanya macammacam boleh dia lakukan.
Orang yang tidak bertakwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada istilah bagi mereka dosa dan pahala. Tipu-menipu terhadap manusia adalah perkara kecil saja bagi mereka.

Kepada Allah pun mereka boleh tipu tanpa sedar, orang yang bernama Islam ini, telah menipu Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 8 dan9 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat," padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9)

Inilah puncanya apa yang anda sebut, sebagai satu penipuan dalam PRU13 kalau betul ia berlaku. Sekarang dalam proses pembuktian, benar atau tidak penipuan berlaku, menjadi kewajipan kepada individu yang terlibat membuktikannya. Kalau gagal untuk membuktikannya, jangan disalahkan orang lain pula.

Saya sendiri secara peribadi mendapati dakwat kekal tidak kekal di jari saya, terus saya membuat laporan di Balai Polis Kangar, minta pihak polis menyiasat kenapa berlaku demikian.
Saya tekankan kepada pihak polis, bahawa ini kes tipu, dan memang sah tipu, Cuma tidak tahu siapa menipu siapa? Saya tegaskan sekali lagi kepada pihak polis agar lakukan siasatan, sama ada pembekal dakwat kekal menipu SPR, dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal, sedangkan yang dipesan adalah dakwat kekal.

Jika ini berlaku, menunjukkan bahawa pembekal telah menipu SPR, atau SPR memesan dakwat kekal yang tidak kekal, tetapi mencanang dan menghebahkan berulang kali, bahawa SPR akan menggunakan dakwat kekal.

Ertinya SPR menipu pengundi dan menipu kerajaan, atau kerajaan berpakat dengan SPR, sama-sama tahu menggunakan dakwat tidak kekal, akan tetapi canang dan hebahkan bahawa ia adalah dakwat kekal. Ini bererti kerajaan dan SPR berkonspirasi dengan menipu rakyat mentahmentah, walau bagaimanapun penipuan telah berlaku.

Siapa yang sebenarnya menipu? Polis berkewajipan untuk menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan kepada rakyat. SPR sepatutnya menjadi satu badan bebas dan adil, dalam erti kata ia menjalankan tugas dengan benar-benar kelihatan adil, akan tetapi apa yang berlaku nampak macam tidak telus dan tidak adil.

Persoalannya di sini, mengapa undi pos berjalan dengan tidak telus? Macam ada sesuatu yang hendak disembunyikan, dalam proses undi pos, rakyat berhak menuntut, hak itu adalah hak yang sah dari sudut undang-undang dan peraturan.
Sepatutnya SPR segera bertindak menjelaskan segala tuduhan dan rungutan serta kekeliruan dalam pengundian dengan pelbagai helah yang jelas tidak telus yang sepatutnya diberi penjelasan dengan sebaik-baiknya.

Mengapa berlaku sedemikian rupa? Apakah tidak boleh diselesaikan dengan bijak dan rasional hingga pihak yang mengemukakan bukti diajak untuk berbincang, berdebat dengan SPR.
Tiba-tiba SPR mengambil jalan mudah terus menolak dengan angkuh dengan tidak perlu untuk mengadakan sesi debat, kalau tidak ada masalah mengapa SPR tidak mahu berdebat?

Kalau semua perkara telus dan tidak ada penipuan dan kenapa debat itu ditiadakan?
Itulah peluang terbaik SPR untuk menjelaskan tuduhan yang mengatakan ia sengaja direkarekakan.
Melalui program debat, SPR boleh bersih, kerajaan selamat dan pilihan raya berlangsung dengan adil tanpa sebarang bentuk penipuan. Oleh itu maka terhindarlah segala bentuk spekulasi yang akan menyebabkan keadaan akan lebih gawat.

Kalau inilah sikap SRP, maka akan timbul lagi tuduhan demi tuduhan akan berlaku dan SPR dilihat macam terlibat. Oleh kerana itu penting sangat SPR dilihat sebagai sebuah badan yang telus, adil dan jujur.

Oleh Harun Din


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List