Saya Tak Main Politik Wang...!

on Oct 20, 2013





Datuk Saifuddin Abdullah gagal mengekalkan  jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh semalam apabila tewas dalam pertandingan tiga penjuru.

Saifuddin memperoleh undi sebanyak 204 undi berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta Datuk Akbar Abu yang mendapat 188 undi.

Setakat jam 8.00 malam tadi Saifuddin dikatakan berada dalam kedudukan nombor 39 dalam senarai Majlis Tertinggi (MT) Umno di mana hanya lima bahagian sahaja yang memilihnya.

Akur dengan keputusan itu, beliau menyifatkan kekalahannya kerana cuba membawa pembaharuan menolak politik wang untuk membeli undi perwakilan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru.Saya akur dengan keputusan perwakilan.

"Saya akur redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun Twitter @saifuddinabd.

Saifuddin yang adalah bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kalah pada pilihan raya lalu di kerusi Parlimen Temerloh ditangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Beliau merupakan Timbalan Ketua Umno Temerloh sejak 2009.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List