SIAPA ANAK JATI ITU? (ASD) |
Di mana lucunya kenyataan itu?
Azmin mahu anak jati Selangor. Maknanya anak kelahiran Selangor kah? Maknanya Azmin tak mahu Anwar Ibrahim bertanding di Kajang kah? Bukan sebab Anwar Ibrahim tak cukup bagus. Tapi sebab Anwar Ibrahim bukan anak jati Selangor. Dia lahir di Cheruk To'Kun, Pulau Pinang.
OR54
Hahaha...Azmin buat lawak apa pulak ni?
Cer tengok keratan dari SPR ni:
KOD MISTERI NEGERI |
Siapa mamat yang namanya Mohamed Azmin bin Ali dengan kod negeri yang misteri itu? Bukan Azmin Timbalan Presiden PKR kah? Boleh pulak dia mengaku anak jati Selangor?
Alahai... Meh, Yong bagi sekolah sikit kat Azmin ni. Masa dia dok main guli entah di mana - tahun 1969 - Anwar Ibrahim sudah berjuang di Selangor. Ehmm...masa tu Kuala Lumpur masih dalam Selangor! Masa Azmin baru umur 10 tahun pula Anwar Ibrahim sudah masuk universiti Kemunting di bawah undang-undang ISA, sebab memperjuangkan penduduk Baling, pulak. Baling tu di Kedah.
Kalau Azmin mahu anak jati Selangor, baik pilih Hassan Ali bertanding di situ. Sah dia memang jati.
Kata Atuk:
Cakap siang pandang-pandang.
Cakap malam dengar-dengar.
Nota: Tanyalah pakcik Wiki, Azmin lahir di mana?
Nota: Tanyalah pakcik Wiki, Azmin lahir di mana?
0 comments:
Post a Comment