Seluar dalam Saiful peningkan pendakwa? – Mohamed Hanipa Maidin

on Oct 31, 2014








Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata "nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!"
Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan. Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan (penetration) ke dalam anus Saiful.
Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.
Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit, mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.
Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!
Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apakah lagi sehari selepas kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.
Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.
P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.
Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14, iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna (forensically useless) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh!
Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani!
Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian!!!
Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti. – 30 Oktober, 2014.
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Photobucket

Zulkifli Noordin Yang Takut...?

on Oct 30, 2014



Zul Noordin Ketuai Peguam Anti-Anwar Desak Tindakan Terhadap Bekas Hakim Gopal Sri Ram

Sekumpulan peguam hari ini meneruskan tuntutan agar Majlis Peguam membuat ketetapan berhubung bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Liwat II.
Peguam terbabit, termasuk bekas naib presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin dan peguam pro-Akta Hasutan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, membangkitkan ketetapan Majlis Peguam sebelum ini bahawa hakim kanan yang bersara tidak boleh bertindak sebagai peguam di mahkamah.
Mohd Khairul sebelum ini mencadangkan pembentukan Majlis Peguam alternatif kerana badan sedia ada itu didakwanya mengambil sikap bersimpati dengan pembangkang.
"Tidak elok jika Majlis Peguam menggunakan dua prinsip berbeza apabila Anwar Ibrahim terlibat dan kewibawaan profesyen guaman pastinya tercalar dengan tindakan hipokrit seperti ini,” kata peguam berkenaan dalam satu kenyataan bersama.
Gopal Sri Ram semalam bertindak mengetuai barisan peguam Anwar dan mengemukakan penghujahan untuk pembelaan ketua pembangkang itu di Mahkamah Persekutuan.
Kumpulan peguam itu seterusnya menggesa Majlis Peguam meneliti isu tersebut serta mereka kerana ia akan memberi kesan ke atas imej badan berkenaan.
"Presiden Majlis Peguam tersebut mendiamkan diri yang boleh disifatkan sebagai tindakan hipokrit, dalam isu tindakan Gopal Sri Ram.
“Majlis Peguam gagal mematuhi ketetapannya sendiri dalam hal ini. Tindakan Majlis Peguam berdiam diri bercanggah dengan komitmennya untuk menegakkan keadilan tanpa takut atau memihak.
Para peguam yang menandatangani kenyataan bersama itu termasuk Faidhur Rahman Abdul Hadi, Azril Mohd Amin, Mohammad Yahya Zakaria dan Farah Nadiah Zainuddin.
Ia turut disokong oleh Zamzuri Mohamed Tahir, Ahmad Soffian Mohd Sheriff, Suhaimi Adnan dan Nadiah Hanum Md Nadzri.
Dalam ketetapannya, Majlis Peguam menggariskan prinsip bahawa hakim kanan dari mahkamah tinggi tidak harus bertindak sebagai peguam dalan pendegaran mahkamah, dan ini diamalkan sejak berdekad lamanya.
Badan tersebut menegaskan perkara itu dalam resolusinya susulan tindakan sekumpulan enam orang hakim yang bersara, yang menulis surat kepada Majlis Peguam untuk menyatakan kebimbangan mereka.
Sementara itu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui di Istana Kehakiman selepas menghadiri prosiding rayuan tersebut berkata beliau bersetuju dengan resolusi Majlis Peguam.
Bagaimanapun, pelantikan Gopal Sri Ram adalah keputusan peribadi ketua pembangkang itu, katanya.
"Secara peribadi, saya hormati resolusi Majlis Peguam, tapi saya fikir terpulang pada Anwar untuk buat keputusan,” katanya.
Para peguam Anwar, N Surendran dan Eric Paulsen turut mempertahankan pelantikan Gopal yang menurutnya tidak menjadi masalah kerana Mahkamah Persekutuan sebelum ini telahpun membuat ketetapan bahawa bekas hakim itu boleh bertindak sebagai peguam.
Surendan dan Paulsen memberi alasan bahawa Gopal selaku bekas hakim mahkamah persekutuan tidak mewakili Anwar di mahkamah yang lebih rendah tetapi yang setara dengan tahapnyna.
"Ini adalah Makamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini,” katanya.
- mkini


Photobucket

Kenapa Takut Gopal Sri Ram...?

on





Dulu Anwar Dikata Takut Dengan Shafee, Kenapa Sekarang Takut Juga Dengan Gopal Sri Ram?


Masuk hari kedua perbicaraan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, pertikaian terhadap kedudukan peguam Gopal Sri Ram tiba-tiba saja mulai kedengaran. 

Isunya cumalah kerana Gopal Sri Ram yang menjadi peguam Anwar ini pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan keadaan itu dikatakan boleh mempengaruhi lima hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu daripada membuat keputusan yang bebas dan adil.

Tambahan pula, Majlis Peguam pada mesyuarat 15 Mac lalu juga pernah mengemukakan usul agar hakim kanan atau hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang mewakili anak guam mereka di mahkamah atas alasan yang sama.

Dengan kedudukan Gopal Sri Ram mewakili Anwar dalam kes rayuan terakhirnya ini dan barangkali melihat kepada isu-isu kredebiliti Saiful Bukhari yang berjaya dibangkitkannya dengan kemas, teratur dan meyakinkan, mungkinlah kerana itu pertikaian terhadap peranannya sebagai peguam mula dipertikaikan.

Bukan saja Gerakan melalui Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang yang bersuara meminta Majlis Peguam menyatakan pendirian terhadap perkara ini, bahkan sekumpulan peguam pro UMNO turut juga bersuara.

Kumpulan peguam yang diketuai oleh Zulkifli Noordin, bekas calon BN Shah Alam, dalam satu kenyataan turut menuntut Majlis Peguam menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini untuk mengelakkan dianggap mengamalkan sikap "double standard".

Adalah dipercayai juga menjelang detik-detik berakhirnya kes rayuan Anwar ini, lebih ramai lagi pihak berkepentingan seperti pemimpin politik dan NGO, akan tampil bukan saja untuk menyatakan bantahan terhadap sikap Majlis Peguam itu tetapi juga tentang kedudukan Gopal Sri Ram yang dianggap boleh mempengaruhi para hakim yang mendengar kesnya

Bantahan terhadap kedudukan Gopal Sri Ram ini sebenarnya agak pelik kerana walaupun Majlis Peguam ada membuat usul berkenaan perkara itu tetapi Mahkamah Persekutuan sebagai responnya kemudiannya memutuskan bahawa hakim-hakim bersara boleh muncul sebagai peguam dalam kes-kes sivil di mahkamah dengan hujah   Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk meraih pendapatan bagi dirinya.

Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria sendiri pada 2013 pula pernah berkata, hakim yang bersara bebas bertindak sebagai peguam kerana mahkamah bertindak berasaskan merit.

Berdasarkan hakikat ini, secara logiknya tiada isu lagi bagi mana-mana bekas hakim untuk menjadi peguam atau dipertikaikan pendirian Majlis Peguam.

Peguam Shafee Abdullah yang menjadi ketua pendakwa dalam kes rayuan Anwar ini bagaimanapun tidak bimbang dengan kehadiran Gopal Sri Ram kerana ia merupakan hak masing-masing serta tiada sekatan daripada berbuat demikian.

Isunya, kenapakah ada pihak lain yang takut dengan kehadiran Gopal Sri Ram sebagai peguam ini?

Adakah ini sebagai persiapan awal mencari helah dan alasan kiranya Anwar didapati bebas nanti?

Jika dulu ketika Anwar mempertikaikan perlantikan Shafee Abdullah yang diketahui rapat dengan UMNO serta didapati berada di rumah Najib ketika Saiful membuat aduan diliwat serta berulangkali cuba menyingkirkannya sebagai ketua pasukan pendakwa, kenapakah beliau ditempelak?

Ketika itu Anwar diselar dan dipersenda kononnya takut kalah dalam kes rayuannya dan menghuni penjara sekali lalu didakwa sengaja mencari helah untuk menyalahkan perlantikan Shafee sebagai alasannya.

Ada juga pemimpin UMNO yang berkata, Anwar tidak seharusnya takut dengan Shafee kerana beliau hanyalah pendakwa tetapi yang menentukan bersalah atau tidak adalah hakim.

Tapi apa sudah jadi sekarang? Mereka yang dulunya seolah-olah terbuka dan meminta Anwar jangan takut dengan Shafee yang menjadi pendakwa, rupa-rupanya turut takut dengan Gopal Sri Ram yang hanya bertindak sebagai peguam.

Bolehkah dipulangkan "paku buah keras"  bahawa yang menentukan bersalah atau bebas adalah hakim dan bukannya peguam daripada kalangan bekas hakim?

Dengan mempertikaikan kehadiran Gopal Sri Ram, apakah mereka ini turut tidak percaya lagi dengan sistem kehakiman kita?

Semua ini bukan saja membuktikan bahawa dunia ini bulat dan kehidupan sebenarnya bagaikan roda, tetapi  inilah juga yang pepatah selalu mengingatkan, "kata dulang paku serpih, mengata orang rupanya diri sendiri yang lebih."     ( SH 30/10/2014)

Photobucket

Menyenggol...

on Oct 29, 2014







 Video aksi Datin Seri Rosmah Mansor menyenggol bahu Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis rasmi bersama pemimpin Indonesia menjadi viral dilaman sosial dan mendapat kritikan hangat orang ramai.

Insiden tersebut berlaku ketika Najib yang diiringi isterinya itu menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia ketujuh, di Jakarta Isnin lalu.


Rosmah yang duduk bersebelahan, mengalih pandangan ke arah Najib terlebih dahulu sebelum menyenggol kuat bahu Najib sehingga kejadian itu disedari orang yang duduk bersebelahan mereka.
Malah perlakuan Rosmah itu turut ditayangkan dalam slot berita perdana RTM pada hari yang sama.
Video berdurasi selama tiga saat itu secara jelas memperlihatkan tindakan Rosmah berkenaan sangat memalukan kerana sanggup memperlakukan Najib sedemikian rupa di hadapan umum.


Tingkah laku Rosmah itu bahkan menjadi ‘buah mulut’ rakyat Malaysia.


Salah seorang pengguna facebook, Terence Yeoh berkata, “tiada apa yang terkejut, rakyat Malaysia sudah tahu siapa ‘bos’ sejak dulu lagi”.


Murni Sootchi pula menyatakan: “punya lah kuat singgung…sekarang tahulah kita macam mana PERMATA dapat peruntukan RM711 juta dalam Bajet 2015″.


RosmahPengguna bernama Bigbosman Bos Buat turut membidas kelakuan Rosmah itu dengan berkata, “apa yang big mama menyasak kat situ..lepas itu buat perangai…menjatuhkan maruah PM je.. kampungan betullah…”.

Sarif Sharifuddin pula mempersoal – “agaknya di rumah macam mana yer…(Rosmah)”, tulisnya di facebook.


Ada juga yang memberi jolokan Rosmah sebagai ‘queen control’, ‘contoh wanita mithali, ‘Malaysia first lady’, selain menyifatkan tindakan Rosmah itu sebagai ‘memalukanMalaysia’.


 
Photobucket

PERATURAN BARU JPJ

on Oct 27, 2014




KETAHUI NOMBOR PENDAFTARAN, CERMIN GELAP DAN LAMPU 'STROBE'


Penguatkuasaan 
peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun depan.


Peraturan baharu itu menetapkan VLT bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Sementara itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas terhada pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ‘strobe’, lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi bermula 1 Nov depan.










Photobucket

Ali Abd Jalil kini di Sweden mencari suaka politik

on Oct 25, 2014




Ali bin Abdul Jalil, charged with Sedition in Selayang and Shah Alam where he is due to appear on 20th and 21st November, and adopted by Amnesty International Malaysia as a prisoner of conscience, is now in Sweden awaiting to have his application heard to be granted political asylum.
Rakyat Times was informed that he left Malaysia on 18 Oct and, from Bangkok, flew to Stockholm on the morning of 21 Oct, 2014.
Aam adli sweden 2
In Stockholm, Ali made his way to Amnesty International Sweden where he was advised on the procedure for applying for asylum status.
He was then taken to the asylum centre in Stockholm and later moved to another town, Morsta.
On 22 Oct, he was fingerprinted for identification purpose and handed his passport to the local Swedish authorities.
On 23 Oct, Ali was interviewed by the immigration authorities where he disclosed details of his pending cases in Malaysia.
Adma adli sweden
Rakyat Times has been informed that Amnesty International Sweden is making arrangements for Ali to be given legal representation.

Rakyat Times has also been made to understand that Ali has already been given a work permit and he is free to begin work immediately.


On 24 Oct, Ali was moved to a place in central Sweden and that he is well and now awaits the completion of the process by which he hopes he will be granted asylum in Sweden. rakyattimes



Photobucket

JANJI ANWAR

on








Photobucket

BERSOLIDARITI UNTK SIAPA...?

on



Tarikh 27, 28 dan 29 Oktober 2014 adalah tarikh yang akan masuk dalam sejarah Malaysia. Kalau tak masukpun, mungkin akan tercatat dalam Wikipedia. Ketiga-tiga tarikh itu ada kaitan dengan 3 orang penting di Malaysia. Mungkin boleh menjelaskan masa depan 3 orang penting itu.

Siapa orang penting itu?

Pada 27 Oktober 2014 akan terjadi sejarah ini:

HANG NADIM MODERN

Ramai juga penyokong Major Zaidi, antaranya, kumpulan pahlawan yang juga banyak berjasa kepada negara:

SIAPA YANG PATUT DISIASAT?

Pada 28 Oktober 2014 pula, sekumpulan ahli PAS akan mengiringi Haji Hadi, Presiden PAS ke Mahkamah. Menurut sumber, pada hari itu plantiff akan mengemukakan 2 orang saksi lagi.

SAMAN PERIBADI ATAU PARTI?

Pada 28 dan 29 pula kes Liwat 2 Anwar Ibrahim. AMK mengajak untuk bersolidariti dengan Ketua Umum PKR.

KES PERIBADI ATAU PARTI? 

Lantak komer nak bersolidariti dengan ketua komer masing-masing. Yang penting apa yang komer   buat mesti dilakukan dengan bijaksana (with wisdom) dan nampak bijaksana (wise). 

Kami sedang memerhatikan:

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan merasa.

Pengundi Malaysia yang mahu pilihanraya bersih pula pula patut bersolidariti dengan siapa?

BERSOLIDARITI UNTUK MAJOR ZAIDI

Satu dunia sudah tahu dakwat kekal yang digunakan oleh SPR tidak kekal. Satu dunia sedang menunggu tindakan SPR terhadap pembekal dakwat kekal yang menipu rakyat Malaysia. Oleh kerana itu Major Zaidi patut dapat medal kerana membongkar penipuan dakwat kekal ini, bukan didakwa.

Yong Suka Kuning.


Photobucket

Yang Sepatutnya Kita Pegang

on Oct 21, 2014






Photobucket

AKU TETAP MENENTANG SENTUH DAN BELAI ANJING INI DIPROMOSIKAN LEBIH2 LAGI TERHADAP PENGANUT UGAMA ISLAM.

on





TERBACA KISAH INI....

Ada nampak anjing kat depan tengah-tengah tu? 

Naahh... yang segak bergambar dengan anjing tu, semuanya kan tokoh-tokoh Islam yang tersohor. 

Mufti Kelantan Haji Wan Musa dan Dr Burhanuddin Al-Helmi tokoh besar PAS, dan Raja Kelantan pun ada situ. Silakan tengok gambar ni, diambil pada 1930an.

Saya taipkan semula di sini dalam tulisan rumi: Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing.

Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa.

Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.

Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :

Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang.

Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?

Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.

Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak.

Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.

Bagi Hj Nik Abdullah, kesemua pandagan yang mewakili setiap mazhab empat iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali boleh diamalkan oleh orang ramai, walaupun dengan cara 'talfik' (campur aduk) di antara satu sama lain.

Cuma apa yang beliau ingatkan ialah agar amalan mereka tidak terkeluar daripada lingkungan mazhab empat itu.

Menurut beliau, perbezaan pendapat di antara ulama-ulama mujtahid mutlak itu hanya berasaskan daya ijtihad masing-masing berpandukan Al-Qur'an dan AL-Hadith .

Tambahan pula, tiap-tiap Imam yang mengasaskan mazhab mereka masing-masing itu tidak menyalahkan pandangan-pandangan yang berbeza di antara mereka, dan tidak pula mewajibkan orang-orang kemudian supaya mengikuti kesemua pandangan mereka masing-masing'.

Bapa Hj Nik Abdullah iaitu bekas Mufti Kelantan Hj Wan Musa, Haji Abas Taha yang merupakan Qadhi Besar Singapura dan tokoh besar PAS iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah antara tokoh Islam yang menyokong pendapat Hj Nik Abdullah.



Photobucket

Penjelasan Ustaz Iqbal Parjin yang bersama di majlis “Touch A Dog”

on



Touch_Dog
Penjelasan dari Ustaz Iqbal Parijin yang diundang bersama di “I Want to Touch a Dog” 


Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk libertarian perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.
Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media.
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List