Zulkifli Noordin Yang Takut...?

on Oct 30, 2014



Zul Noordin Ketuai Peguam Anti-Anwar Desak Tindakan Terhadap Bekas Hakim Gopal Sri Ram

Sekumpulan peguam hari ini meneruskan tuntutan agar Majlis Peguam membuat ketetapan berhubung bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Liwat II.
Peguam terbabit, termasuk bekas naib presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin dan peguam pro-Akta Hasutan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, membangkitkan ketetapan Majlis Peguam sebelum ini bahawa hakim kanan yang bersara tidak boleh bertindak sebagai peguam di mahkamah.
Mohd Khairul sebelum ini mencadangkan pembentukan Majlis Peguam alternatif kerana badan sedia ada itu didakwanya mengambil sikap bersimpati dengan pembangkang.
"Tidak elok jika Majlis Peguam menggunakan dua prinsip berbeza apabila Anwar Ibrahim terlibat dan kewibawaan profesyen guaman pastinya tercalar dengan tindakan hipokrit seperti ini,” kata peguam berkenaan dalam satu kenyataan bersama.
Gopal Sri Ram semalam bertindak mengetuai barisan peguam Anwar dan mengemukakan penghujahan untuk pembelaan ketua pembangkang itu di Mahkamah Persekutuan.
Kumpulan peguam itu seterusnya menggesa Majlis Peguam meneliti isu tersebut serta mereka kerana ia akan memberi kesan ke atas imej badan berkenaan.
"Presiden Majlis Peguam tersebut mendiamkan diri yang boleh disifatkan sebagai tindakan hipokrit, dalam isu tindakan Gopal Sri Ram.
“Majlis Peguam gagal mematuhi ketetapannya sendiri dalam hal ini. Tindakan Majlis Peguam berdiam diri bercanggah dengan komitmennya untuk menegakkan keadilan tanpa takut atau memihak.
Para peguam yang menandatangani kenyataan bersama itu termasuk Faidhur Rahman Abdul Hadi, Azril Mohd Amin, Mohammad Yahya Zakaria dan Farah Nadiah Zainuddin.
Ia turut disokong oleh Zamzuri Mohamed Tahir, Ahmad Soffian Mohd Sheriff, Suhaimi Adnan dan Nadiah Hanum Md Nadzri.
Dalam ketetapannya, Majlis Peguam menggariskan prinsip bahawa hakim kanan dari mahkamah tinggi tidak harus bertindak sebagai peguam dalan pendegaran mahkamah, dan ini diamalkan sejak berdekad lamanya.
Badan tersebut menegaskan perkara itu dalam resolusinya susulan tindakan sekumpulan enam orang hakim yang bersara, yang menulis surat kepada Majlis Peguam untuk menyatakan kebimbangan mereka.
Sementara itu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui di Istana Kehakiman selepas menghadiri prosiding rayuan tersebut berkata beliau bersetuju dengan resolusi Majlis Peguam.
Bagaimanapun, pelantikan Gopal Sri Ram adalah keputusan peribadi ketua pembangkang itu, katanya.
"Secara peribadi, saya hormati resolusi Majlis Peguam, tapi saya fikir terpulang pada Anwar untuk buat keputusan,” katanya.
Para peguam Anwar, N Surendran dan Eric Paulsen turut mempertahankan pelantikan Gopal yang menurutnya tidak menjadi masalah kerana Mahkamah Persekutuan sebelum ini telahpun membuat ketetapan bahawa bekas hakim itu boleh bertindak sebagai peguam.
Surendan dan Paulsen memberi alasan bahawa Gopal selaku bekas hakim mahkamah persekutuan tidak mewakili Anwar di mahkamah yang lebih rendah tetapi yang setara dengan tahapnyna.
"Ini adalah Makamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini,” katanya.
- mkini


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List