HISHAMUDDIN TUNGGU PANGGILAN NAJIB.
KOMEN: Adakah Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Hussein Onn perlu menunggu panggilan Perdana Menteri baru hendak pulang bagi membantu kerja- kerja membantu mangsa banjir yang di bawah tanggungjawab beliau. Rakyat dalam kecemasan mengingatkan tentera sebagai harapan utama mereka. Semua ini harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calun Perdana Menteri- Anak Kelantan
Sewajarnya Unit Komunikasi Jabatan Perdana Menteri telah bertindak tangkas memberi penjelasan untuk membetulkan persepsi negatif ekoran tersebarnya gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib sedang bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Obama di Hawaii pada hari Krismas ketika negara sedang menghadapi bencana bajir yang terburuk dalam sejarah.Kepantasan ini diperlukan jika mereka menyedari dan menerima hakikat bahawa populariti Datuk Seri Najib dan isterinya berada pada tahap yang sangat rendah. Rakyat sinis terhadap kenyataan timbalannya bahawa Najib terpaksa bercuti kerana telah bekerja keras.
Lebih buruk anggapan ramai terhadap kepimpinan Najib apabila Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Hussein yang juga bertanggungjawab diatas pertahanan awam tidak kelihatan ditengah mangsa banjir yang sedang menghadapi berbagai kesulitan; kelaparan,keputusan makanan dan minuman, kehilangan harta benda dan ancaman maut. Di manakah beliau berada? Hishamuddin sepatutnya berada dalam negara sekalipun berhak untuk bercuti merehatkan badan di mana- mana.
Mustahil Jabatan Kaji Cuaca tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri atau kabinetnya terhadap kemungkinan Malaysia akan menghadapi cuaca buruk,hujan lebat,taufan dan banjir besar dan kemungkinan dilanda bencana.
Rakyat telahpun maklum setiap hujung tahun, menteri menteri kabinet mahu merayakan Krismas dan menyambut tahun baru dalam suasana yang lebih selesa,lebih bebas,lebih seronok terutama mereka dari anak anak keturunan elit yang biasa tinggal lama di UK tetapi kabarnya tahun ini mereka bercuti di Dubai(?).
Hishamuddin Hussein telah muncol sebagai jururucakap yang berkaliber besar dalam menyampaikan maklumat kemalangan MH370 sehingga kerana itu dia diberikan kelayakan oleh seorang wartawan dan kolumnis terkenal The Star untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi kehilangannya ketika 100,000 lebih rakyat di akar umbi berada dalam bencana menimbulkan seribu keraguan terhadap keperitahinannya menjiwai harapan rakyat.
Nasib baik Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yasssin berada dalam negara dan sedang cuba meyakinkan rakyat bahawa Najib terpaksa bercuti setelah berkerja keras untuk negara dan beliau telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan bencana yang sedang dihadapi negara.
Dalam keadaan genting, rakyat memerhatikan dari dekat dengan sikap yang kritikal saamada Tan Sri Muhyiddin Yassin berwibawa dan berkaliber untuk memikul tugas yang sepatutnya di jalankan oleh Perdana Menteri.
Penilaian ini sangat penting untuk masa depan rakyat dan negara dalam keadaan kepimpinan yang tidak stabil dan tidak menentu sekarang ini.
TERKINI: Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin hari ini ( 29 Disember 2014) telah mengadakan lawatan ke kawasan - kawasan yang dilanda banjir di Kelantan dan menemui mangsa -mangsa banjir dengan diiringi oleh pegawai -pegawai dan anggota tengera yang menjalankan kerja kerja memberi berbagai bantuan.
0 comments:
Post a Comment