Pemergian TGNA Ke Ramatullah berita baik buat penyokong UG...?

on Feb 14, 2015




MALAM tadi, aku menonton berita di Astro Awani.  Banyak berkisar tentang berita kepulangan ke Rahmatullah, Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada Khamis malam Jumaat dan dikebumikan pada pagi Jumaat yang mulia siang tadi.  Al Fatihah. 

Tiba-tiba muncul suara mantan Timb Presiden PAS, Ust Nasa.  Beliau diminta mengulas tentang masa depan PAS dan PR setelah ketiadaan Tok Guru Nik Aziz.  Beliau menjawab, dengan tiadanya Anwar Ibrahim (dipenjara) dan Tok Guru Nik Aziz yang telah meninggal dunia, maka kajian semula boleh dibuat oleh PAS tentang kerjasama mereka dengan PR.  PAS perlu melihat kepentingan Melayu Islam, katanya.  Lagi pun katanya, DAP telah banyak menunjukkan sikap menolak dasar Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

 Ust Nasa pun mungkin secara tidak sengaja menyebut, sebenarnya usaha untuk bersatu dengan amno ini telah pun bermula di tahun 2008, namun gagal walaupun usaha itu mendapat restu Majlis Syura PAS. Cuma Ust Nasa tidak sebut usaha itu gagal disebabkan adanya Tok Guru Nik Aziz.  Ertinya, tepatlah seperti yang juga disebut oleh Us Ahmad Awang di dalam Muktamar beberapa tahun dulu iaitu UG memang wujud waktu itu. 

Paling mengejutkan, jika Tok Guru Nik Aziz pun tidak setuju dengan UG, apakah Majlis Syura waktu itu buat keputusan tanpa pengetahuan Tok Guru? Lupakan itu.  Ini bukan salah PAS.  Sekarang PAS pun sudah nyatakan tiada lagi UG.  Tidak mungkin PAS akan bekerjasama politik atau bergabung dengan amno.  Almarhum Tok Guru Nik Aziz pun selalu sebut, selagi dia hidup dia takkan redha PAS ber UG bersaama amno

 Nah, mungkin Ust Nasa melihat ini peluang terbaik.  Tok Guru Nik Aziz sudah tiada.  Anwar pun di dalam penjara untuk tempoh 5 tahun.  Peluang terbaik untuk Ust Nasa realisasikan cita-citanya yang gagal dulu.  Persoalannya, adakah penyokong-penyokong PAS kesemuanya bengap macam dia? Tabik Ketua Pemuda PAS, sdr Suhaizan Kayat di dalam berita yang sama, dengan tegas sebut adalah lebih baik PAS terus perkuatkan PR.



1.   Kalau Nak Pecah 2 PAS Malam Ni Kita Pecahlah - TGNA

Pasca PRU2008, UMNOBN buat pertama kalinya gagal mendapat 2/3 Kerusi Parlimen, kalah di 5 buah negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor mula "merisik khabar" pimpinan PAS. Khabarnya, pada mulanya UMNO tawar Kerajaan Perpaduan di Perak dan Selangor. Ini dikatakan punca berlaku kelewatan perlantikan Menteri Besar Perak dan Selangor.

Di Perak, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria khabarnya menjadi agen perunding kepada UMNO untuk menggabungkan PAS dan UMNO. Mufti Perak khabarnya mendakwa sudah dapat persetujuan Presiden PAS, tapi gagal mendapat persetujuan Mursyidul Am PAS, TGNA. Khabarnya juga, pujukan UMNO bukan setakat di Selangor dan Perak, tetapi juga ke Peringkat Pusat, membentuk Kerajaan Perpaduan (UG).

Rentetan kepada idea UG inilah menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008. Khabarnya, dalam mesyuarat tersebut TGNA dengan tegas ada menyebut, "Kalau nak pecah 2 PAS malam ni kita pecahlah". Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat dipastikan.

Pasca AGM tersebut menyebabkan kredibiliti Presiden terus dipertikai, dan spekulasi bahawa Presiden dikaitkan dengan agenda UG mula menjadi meluas. PAS mengalami sekali lagi sejarah hitam apabila Ustaz Nasharudin Mat Isa,Timbalan Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor, merangkap Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor dipecat dari parti PAS kerana dikaitkan dengan agenda UG. Kedua-dua tokoh ini sedikit sebanyak membongkarkan kronologi ke arah kerjasama PAS-UMNO (UG), sedikit sebanyak menambahkan kuah persepsi bahawa Presiden juga terlibat sama. Ini adalah "Episod Dingin" dalam PAS. Cakap-cakap kedai kopi mula menyatakan "flip-flop" Hj Hadi sebagai Pak Lah-Versi PAS, tidak lagi digeruni oleh UMNO seperti zaman Pemudanya.

Pada tahun 2010, Utusan Malaysia melapurkan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO. Sesetengah bercakap seolah-olah Hj Hadi meludah ke langit dengan merujuk kepada Amanat Hadi 1981.

Kenyataan HjHadi itu mendapat perhatian besar semua masyarakat khususnya aktivis PAS. PAS dikatakan masih keliru dan berada di persimpangan ke mana halatujunya terutama dalam menghadapi PRU13. "Episod Dingin" dalam PAS terus berlaku seolah-olah ada "PERTEMBUNGAN IJTIHAD" antara TGHH dengan TGNA. Bagi mencerahkan keadaan kusut masai tersebut, Akhbar Harakah telah memewancara Presiden Hj Hadi isu lapuran Utusan Malaysia. Kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'.

Soalan: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?

Jawapan: ………..Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.

Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.

Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.


Ramai melihat jawapan Presiden bukan menafikan lapuran Utusan Malaysia, tetapi sebaliknya senada seirama dengan Utusan Malaysia. Ianya tidak mencerahkan suasana muram tetapi menambah luka kepada sebahagian ahli. Cakap-cakap kedai kopi mula mengatakan Hj Hadi semakin lunak dan mesra dengan UMNO. Hj Hadi yang suatu masa dulu dianggap "Singa PAS" sudah mula berubah, tidak seperti dulu. Persepsi HjHadi adalah Pak Lah-versi PAS terus diperkatakan di kedai-kedai kopi.

Bagaimanapun, muktamar demi muktamar, penegasan dibuat bahawa PAS komited dengan Tahaluf-Siyasi gagasan Pakatan Rakyat. Ramai berpendapat, Hj Hadi "terpaksa" menerima ketetapan tersebut demi menjaga hubungan dengan Mursyidul-Am, TG Nik Aziz. Anwar Ibrahim pula dikatakan lebih mesra dan senang bertemu TGNA. Keadaan ini seolah-olah mengajak dan mengimbau kisah-kisah lama di zaman pemuda Anwar dan Hj Hadi, "bertemu di ABIM, bertempur di medan politik".

PRU13, sepertimana ramai sediamaklum, PAS menyusut di Parlimen dari 23 kerusi (2008) kepada 21 kerusi walaupun digembar gemburkan PAS mampu menang sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen.

Jatuhnya Kerajaan PAS Kedah mengulangi sejarah Kerajaan Pas Terengganu di bawah HjHadi. Tidak kurang juga suara-suara nakal menyalahkan HjHadi yang mengekalkan Ustaz Azizan sebagai punca PAS kalah di Kedah. Dalam keadaan momentum yang kuat dan terbaik Pakatan Rakyat, kegagalan PAS merampas kembali Terengganu dari UMNO juga bagaikan menambah gula dan garam sejauh mana kredibiliti PAS.

Isu Kota Damansara dikatakan punca masyarakat umum melihat tiada persefahaman yang kukuh dan kuat dalam ikatan Pakatan Rakyat. Ada yang menyatakan HjHadi "terpaksa" menerima Tahaluf-Siyasi dengan DAP,PKR, tapi sebenarnya "tiada di hati", salah satu penyebab Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13.

Kehadiran menantu Hj Hadi dalam Majlis Syura PAS Pusat dikatakan "mengeruhkan" lagi suasana "Episod Dingin" dalam Pas. Dalam hal ini, khabarnya pemimpin PAS dikatakan tidak mampu bersuara demi menjaga maruah Presiden. Namun, Khalid Samad mengambil pendekatan berbeza dengan "menyanggah" menantu Hj Hadi, Ustaz Zaharudin dalam isu Kota Damansara. Ustaz Zaharudin bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan bangkit melawan Khalid Samad dengan menyatakan sasaran sebenar Khalid Samad adalah Presiden sendiri dengan membuat analogi Khairy-Pak Lah-Mahathir.

Bagaimanakah kesudahan "Episod Dingin" ini dalam PAS?. Mampukah Presiden Parti, Hj Hadi menyelesaikan gelombang dalam cawan yang sudah melimpah keluar? Apakah bintang Hj Hadi semakin pudar? Apakah peralihan kuasa HjHadi kepada pengganti Ulama baru satu penyelesaian?
kredit - MalaysianInsaf


Monday, October 22, 2012

2.     Gerombolan Jumpa TGNA (19 okt) Merayu Ajak Bersatu.. wakaka! kesian

Belasahan Terbaekkkk TGNA

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” Tuan Guru Nik Aziz.


Satu syarat yang tidak akan ditunaikan oleh umno walau terpaksa menghunus keris sekali pun. wakaka.

Inilah berita asal

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.

“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.

Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.-sinarharian
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List