Merah lagi tanah kubur orang tua tu, Broheng Ali dah menyanyi.
Dia dah lupa, orang tua itu la yg bagi greenlight utk dia bertanding di Pasir Mas dulu. Duit pencen wakil rakyat Pasir Mas itu la yg dia guna beli gula, garam, air paip bagi anak bini dia makan.
Karut sungguh Broheng Ali ni.
Mungkin dia fikir satu hari nanti dia tak masuk kubur.
Tulisan tersebut menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam bekas MP Pasir Mas itu kerana tidak sensitif.
Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam tadi antara lainnya menyebut bahawa pemergian Nik Abdul Aziz pada malam tadi “tidak mengejutkan” kerana “sudah lama tidak sihat”.
Ibrahim juga mendakwa allahyarham “tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri Kelantan”.
“Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan sebelum ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang.
“Rakyat Kelantan ramai menyanjung nya kerana beliau dikatakan ulamak dan di gelar tok guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan.
“Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak kemana dan hukum hudud gagal di laksanakan semasa hayat nya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun,” tulisnya di laman tersebut.
Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa akaun Facebook yang memuatkan tulisan itu merupakan akaunnya.
Namun, beliau menjelaskan bahawa ia ditadbir oleh seorang individu lain, katanya yang kini berada di luar negara.
Beliau juga menyarankan agar media tidak menyiarkan rakaman berkenaan, yang kini disebarkan meluas di Internet.
Semakan kira-kira jam 12.30 petang mendapati kenyataan berkenaan didapati dipadamkan.
Ia kemudiannya diganti dengan satu ucapan takziah yang ringkas dan juga satu gambar ungkapan doa dalam bahasa Arab.
“Ada pihak urus (akaun Facebook)... Tak payah guna kenyataan (awal) itu,” katanya melalui kiriman SMS.
Seorang pengguna Facebook antara lainnya menyifatkan Ibrahim bersikap "busuk hati" kerana sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Busuknya hati orang tua ini, moga bertaubat sebelum kau dijemput oleh pencipta," kata seorang pengulas yang menggunakan nama Nor Azlyna.
Seorang lagi pengulas, Rabiyatul Adawiah Ghani berkata Ibrahim perlu merenung kembali tindakannya.
"Semua orang dah screen shoot dan save di memori otak kenyataan awak itu. Kami minta awak mengucap panjang, kaji semula apa yang awak tulis," katanya.
Tidak kurang juga yang mahu Ibrahim menjelaskan lagi tindakannya.
"Saya nak bertanya kenapa Datuk padam status ini," soal Muhamad Zaid Farhan.
Jenazah Nik Aziz selamat disemadikan pagi ini dengan diiringi puluhan ribu penyokong di Pulau Melaka, Kota Bharu lapor Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment