Showing posts with label Pas. Show all posts
Showing posts with label Pas. Show all posts

Kubang Kerian Calon Mohamad Sabu, Dun Sarawak Bubar

on Mar 20, 2011

ADA dua berita yang mengejutkan saya hari ini. Satu berita dari Sarawak mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, katanya akan dilakukan pada Isnin depan. Notis mengenai pembubaran itu telah pun dihantar kepada Yang Dipertuan Negeri Sarawak.

Berita ini sudah pun diduga oleh banyak pihak.

Tetapi satu lagi berita yang benar memeranjatkan saya ialah dari Kelantan. Pas kawasan Kubang Kerian yang mengadakan muktamar kawasan hari ini katanya telah mencalonkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden Pas yang akan direbut pada muktamar awal Jun nanti.

Apa yang memeranjatkan, Kubang Kerian merupakan kawasan yang diketuai oleh Husam Musa, calon timbalan presiden dua tahun lepas yang turut menjadi calon untuk merampas jawatan berkenaan dari Nasharudin Mat Isa bersama Mohamad Sabu.

Pencalonan Mohamad Sabu itu memberi signifiken dan akan ditafsirkan dengan berbagai-bagai pentafsiran. Apakah ia satu tektik yang diatur sedemikian rupa untuk dijadikan ikutan kawasan-kawasan lain? Logiknya kalau tidak ada mengadakan masakan Kubang Kerian bermurah hati untuk membuat muqadimah mencalonkan Mohamad Sabu.

Sebelum ini saya ada mendengar desas desus mengatakan Husam akan memberi laluan kepada Mohamad untuk merebut jawatan timbalan presiden satu lawan dengan penyandangnya Nasharudin. Tetapi berat untuk saya menerima strategi demikian.

Mulanya saya tidak percaya akan desas desus berkenaan. Ia dianggap sebagai satu prejudis atau berita angin saja. Tetapi apabila hari ini kawasan Kubang Kerian mencalonkan bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu, ia mengesahkan desas desus itu. Soalnya apakah politik Husam di sebalik pencalonan Mohamad itu?

Ataupun pencalonan itu adalah kehendak kawasan Kubang Kerian dan tidak merupakan endorsement Husam? Kalaulah ia tanpa campur tangan Husam apakah Husam begitu lemah di kawasannya sendiri? Mengejutkan juga, katanya Husam hanya dicalonkan untuk merebut jawatan kuasa sahaja? Tetapi tidak sesuatu yang menghairankan kalau Husam benar-benar bersikap demokratik di dalam hal ini.

Sementara itu Pas Kawasan Kubang Kerian tidak membuat pencalonan terbuka untuk jawatan Naib Presiden dan Presiden dan menyerahkan kepada Jawatankuasa untuk berbuat demikian. Adalah dipercayai Pas Kubang Kerian akan mengekalkan ahli Parlimennya, Sallahuddin Ayub untuk jawatan Naib Presiden.

InsyaAllah saya akan ulas dan memberi gambaran mengenai perkembangan ini beberapa hari nanti setelah melihat reaksi dari tindakan Pas Kubang Kerian itu. Kita sama-sama renung dan selidiki apakah muslihat di sebalik ini ataupun tindakan Pas Kubang Kerian itu seolah memberi umpan beracun yang akhirnya termakan oleh Yang Dipertuanya sendiri?

MSO

Lebih 20 Adun Dan MP Kelantan Perlu Berundur PRU13 Nanti.....???

on Feb 9, 2011

imagePerjuangan adalah juga pengorbanan, ada masa dan ketika perlu berkorban, tidak perlu menjadi keras KERAK, cermin diri atau bahasa kasar nya kencing dalam tempurung untuk menilik dan menilai diri sendiri adalah lebih baik, berundur secara terhormat juga lebih baik daripada di terajang oleh pengundi2 melalui kertas undi.

Pas bukan kepunyaan mak bapak sapa2, pengasas nya dulu pun tidak berhasrat untuk di pusakai oleh keturuan nya dalam ertikata PAS ini hak aku kau peduli apa..

Jadi pemimpin dan wakil rakyat seronok, kalau tidak mana ada yang secara sukarela memberi laluan, kalau ada pun jarang benar, tidak…..saya perlu di beri peluang sekali lagi, kerana banyak agenda2 yang saya rangka belum terlaksana, TAIK..Lahhh !, bukan semua……….apa agenda MU ?, keintelekan mu bertambah atau tidak, ilmu mu ?, kepedulian mu kepada pengundi2 mu ?, memikirkan untuk menjana ekonomi untuk pengundi2 yang mu wakili ?, apa perbezaan ketara yang mu fikir kan untuk pembangunan rohani dan jasmani tempat mu wakili ? apa ?, ada kah setelah mu bergaul dengan orang cerdik pandai bertambah pemikiran global mu ?, ada saya usahakan 2 3 4 biji rumah untuk golongan OKU bagi meringan beban mereka, itu jah ?……………..ada tahun lepas rakyat kawasan saya dapat saham LADANG RAKYAT…………..itu jah ?……………..tak tengok ke banyak program2 CAKNA itu dan ini ?……..itu jah ?……………kalau ini jah, tak yah ngaji tinggi, bodek ipar2, sepupu, ayah2, bapak sedara atau bina  kelompok tersendiri bagi mencari ruang untuk berada dalam saf pimpinan peringkat kawasan atau negeri, laku kan lah dengan apa cara sekali pun, samada memijak2 kepala kepala kawan janji aku dapat naik keatas, untung2 dapat pulak jadi calon bagi pilihanraya, oiiit ! tak lama parti adakan pilihan pimpinan, buat la group memasing.

Guna status wakil rakyat untuk kepentingan sendiri adalah khianat dan bacul atau mempermainkan mandat pengundi, tidak mesra di dalam DUN tapi popular di kawasan lain………..ppperghhh !, sibuk berniaga, membina rangkaian untuk tujuan mendapat kan kawasan2 balak, getah klon, melobi untuk membuka ladang2 baru di tanah2 kerajaan lalu di alibaba kan……………….ini yang celako nya wakil rakyat tahap ini, kalau MP pulak………takat pegi parlimen untuk tidur apa kajadah nya…..balik kekawasan di kelilingi oleh CUKONG2…………rentikan lah, bercita2 tinggi tanpa mengukur kemampuan, berangan nak jadi EXCO lah nak jadi speaker lah, tapi IQ zero, dengan memburuk2 kan kawan yang sama jadi wakil rakyat juga, ini nama nya AKAI Tak dak………..guna kepala lutut jah.

Ramai kalangan wakil rakyat buta dalam mencipta ISU untuk mematah kan hujah2 musuh, yang ramai nya macam burung TIONG, idea dari kepala hotak sendiri tadak………wakil rakyat bukan takat nak bincang hal2 PADANG BOLA jah….kah !kah ! kah ! padang bola ?……….jadi wakil rakyat kawasan A, tapi gi menyibuk ramai kawan2 dan popular kawasan B…….apa niii ?.

Jadi dengan ini insaf lah, anda sedang di perhatikan setiap gerak geri, kerana anda bukan dari parti umno apco, anda dalam gerakan Islam…………….

sumber  :-  http://guanomanikurai.blogspot.com

 PAS setuju tuduhan menteri rogol amah disiasat

on Jan 6, 2011


PAS menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu isu dakwaan seorang menteri merogol pembatu rumah Indonesia, diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Sambil mengalukan penafian keterlibatan yang dibuat Rais semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu isu itu disiasat dengan segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.

Di Indonesia, NGO yang mendedahkan isu ini, Migrant Care akan membuat satu sidang media khas sebagai menjawab isu ini selepas laporan mereka didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudiannya media khasnya laman web dan blog di Malaysia.

"Kita setuju bahawa isu ini perlu disiasat. Kita minta polis menyiasat dakwaan dalam blog-blog yang telah mendedahkan perkara ini.

"Kita tidak mahu nama baik Malaysia terjejas dan juga menjatuhkan imej Rais Yatim," kata Mahfuz ketika mengulas kenyataan Rais.

Semalam, Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membuat penafian berhubung dakwaan bahawa beliau terlibat mrogol pembantu rumah warga Indonesia.

Penafian itu dibuat selepas banyak pihak mendesak beliau tampil membersihkan nama ekoran beberapa blog melaporkan penglibatannya dalam kes itu.

Beliau mendakwa ianya tuduhan yang dicetuskan penulis liar blog dan parti politik pembangkang.

Sehubungan itu beliau pihak yang terlibat membuat tuduhan tersebut disiasat mengikut lunas undang-undang.

Rais turut memaklumkan beliau dan keluarga, sedia memberi kerjasama membantu siasatan dan menerima apa sahaja keputusan siasatan akhir nanti.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu siasatan menyeluruh dan telus dilakukan.

"Siasatan mesti menyeluruh. Kalau ada nama yang pelu untuk polis pergi ke Indonesia, polis kena pergi la," katanya lagi.

Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan.

"Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga mendesak kerajaan mengantung tugas menteri penerangan itu buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai. 

Kenyataan Media Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.....!!!

on Jan 4, 2011




Kenyataan Media
Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. 

Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang  tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Bertempat di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan.

Pertemuan Sulit........??? Apa Cerita Nya......???

on




Dalam pertemuan dengan pemimpin2 PAS, aku selalu di'assured'kan bahawa cakap2 mengenai UG ni adalah merupakan satu sejarah.

"Tak payah bincang lagi! Sudah tutup buku." Kata salah seorang dari mereka.

TGHApun dalam beberapa kenyataannya telah memastikan isu perpaduan ini adalah kisah zaman Pak Lah jadi PM.

TGNA apatah lagi. Sering kali beliau merujuk kepada keputusan beberapa Muktamar parti yang memutuskan untuk tidak berkerjasama dengan UMNO.

Tup tup cerita ni muncul lagi.

Khabarnya kali ini adalah inisiatif Pak Lah. Aku ingatkan dia tidur kat Sg. Pencala...he he!!

Namun apa jua bendanya, aku cuma mahu bersangka baik. Mungkin pemimpin PAS hadir pada majlis itu atas tanggungjawab mereka untuk memenuhi jemputan DYMM Yang DiPertuan Agong untuk bersantapan dengan baginda pada hari itu.

Atas dasar itu aku tak ada masalah. 

Cumanya kalau timbul isu UG lagi dan ianya atas inisiatif belah kita, aku rasa letih sangat. Lebih2 lagilah Konvensyen PR baru saja berlangsung tak berapa hari.

Wallahu'alam.

Hadi temu Nik Aziz selesai ‘isu’ pertemuan UG 24 Dis
Oleh Adib Zalkapli dan G. ManimaranJanuary 04, 2011

Gambar fail Datuk Seri Abdul Hadi AwangKUALA LUMPUR, 4 Jan — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berhubung isu perbincangan kerjasama kerajaan perpaduan atau yang lebih dikenali sebagai “UG” dengan pemimpin-pemimpin Umno akhir bulan lalu.

Pertemuan itu dikatakan telah diusahakan oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

The Malaysian Insider difahamkan pertemuan enam mata hari ini dipanggil ekoran siri pertanyan dan kemusykilan ekoran laporan bahawa pertemuan sulit telah diadakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu di sini.

Difahamkan Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa juga hadir sama pada pertemuan tersebut yang memfokus perundingan menyentuh soal kerajaan perpaduan sempena majlis santapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hadi dan Nasharudin dikatakan sebagai pihak utama kumpulan pro-Umno dalam parti Islam berusia enam dekad itu.

“Mereka (Nik Aziz, Hadi dan Mustafa) akan menangani kontroversi yang sudah tercetus ekoran pertemuan dan perundingan ke arah kerjasama kerajaan perpaduan sebelum Tuan Guru Nik Aziz secara rasmi memberikan penjelasan bagi pihak parti,” kata seorang pemimimpin parti itu.

The Malaysian Insider difahamkan ibu pejabat PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini ataupun esok.

Semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengakui pertemuan seumpama itu diadakan di ibu negara.

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu demi menjaga peraturan yang sepatutnya diikuti setiap pemimpin yang hadir.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Nik Aziz turut mengakui ada.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa,” kata beliau.

“Saya tidak boleh sebut (isi perbincangan) kerana ia didakan secara tertutup, kita perlu jaga peraturan jumpa orang besar, macam mana saya nak ulas,” katanya di Kota Baru semalam.

Pertemuan ketiga-tiga pemimpin itu akan diadakan di Kota Baru.

Laporan pagi semalam The Malaysian Insider menyebut, pemimpin-pemimpin PAS kini berhadapan dengan satu lagi ‘perbalahan’ ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini.

Khabar angin ini muncul hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunannya.

Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan pada 2008 dan 2009.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS sejak dua tahun lalu.

Sumber-sumber yang rapat dengan usaha terbaru itu untuk membawa ke pangkuan Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa kedua-dua Hadi dan Nasharudin akan diberikan peranan penting di Putrajaya jika parti berkenaan memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Nik Aziz terus bertegas menolak kerjasama sedemikian berdasarkan pengalaman masa lalu di bawah BN.

Sehubungan itu, The Malaysian Insider difahamkan majoriti anggota jawatankuasa kerja pusat PAS masih kabur mengenai pertemuan sulit itu dengan ada yang menyifatkan langkah sedemikian akan membawa malapetaka kepada parti itu memandangkan ia diadakan kira-kira seminggu selepas konvensyen kedua Pakatan Rakyat yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Abdullah merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas.

“Saya ada mendengar mengenainya tetapi tiada pihak yang menawarkan penjelasan rasmi (sehingga sekarang). Saya merasakan ia satu langkah gila memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

“Sukar bagi kami untuk membetulkan kerosakan (politik) yang wujud sekarang,” kata pemimpin itu yang tidak mahu namanya didedahkan.

Seorang lagi pemimpin PAS menggambarkan tindakan mengadakan pertemuan pemimpin-pemimpin Umno sebagai satu pelanggaran resolusi mahu kekal dalam kerjasama Pakatan Rakyat.

“Pada tiga muktamar yang lalu kami telah memutuskan bahawa parti harus kekal dalam Pakatan Rakyat dan bekerja ke arah usaha mengambil alih peranan Umno,” kata seorang pemimpin Biro Politik PAS.

“Pertemuan itu tindakan melanggar disiplin dan mengkhianati (keputusan parti),” katanya.

Dalam pada itu, bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar mahu kepimpinan PAS mengeluarkan penegasan mereka mengenai pertemuan 24 Disember.

“Sebagaimana dikatakan oleh Datuk Nik Aziz, mesti ada perkara yang telah dibincangkan. Ahli-ahli ingin tahu apa yang dibincangkan dalam pertemuan ini, yang bukan sahaja dihadiri oleh pemimpin-pemimpin PAS, tetapi juga Umno, lebih daripada seorang pemimpin, malah ada yang mengatakan kehadiran Yang di-Pertuan Agong.

“Maka perlu ada satu penjelasan, saya rasa bukan sahaja di pihak PAS, malah Umno juga,” kata Ahli Parlimen Tumpat ini.

Kamaruddin juga tidak menolak isu itu mendapat perhatian ahli-ahli Pakatan Rakyat memandangkan ia diadakan kira-kira seminggu selepas konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

“Ketika konvensyen Pakatan Rakyat, kesemua pemimpin melahirkan pendirian mereka untuk bersatu dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat, tetapi tiba-tiba isu ini mendapat perhatian... jika dua hari lalu cuma orang cakap-cakap sahaja, tetapi sekarang Datuk Nik Aziz sudah mengesahkannya,” kata beliau yang turut merujuk kepada penerimaan Buku Jingga yang menjanjikan Program 100 Hari, yang menurutnya adalah usaha manifesto Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Tetapi sekarang ada perkembangan pertemuan ini, jadi ahli-ahli Pakatan Rakyat juga memerlukan penjelasan,” katanya.

Soal kerjasama politik dengan Umno menjadi isu kempen utama dalam pemilihan PAS 2009 ekoran pendedahan bahawa Nasharudin dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengadakan pertemuan dengan Abdullah dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo selepas pilihan raya umum 2008 bagi menerokai kemungkinan usaha membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu.

Usaha sedemikian juga dikatakan diadakan di Perak.

Pemimpin-pemimpin yang memihak kepada Nik Aziz kemudian menuduh Nasharudin berkonspirasi untuk membawa keluar PAS dari Pakatan Rakyat, tetapi timbalan presiden itu berjaya mempertahankan jawatannya dalam saingan tiga penjuru.

PAS memiliki 23 kerusi Parlimen dalam perikatan Pakatan Rakyat dan dua pemimpinnya menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan Kedah. Kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor pula diketuai wakil DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Jentera DHPP siap sedia turun ke Tenang

on Dec 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sudah mengatur perancangan untuk mendekati pengundi khususnya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.

Ketuanya, Balendran Balasubramaniam berkata, pihaknya bersama lajnah perpaduan nasional PAS juga sedang merangka isu-isu yang akan diketengahkan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Menurut beliau yang juga ketua DHPP Pahang, jentera pemuda DHPP peringkat negeri Pahang telah pun dikumpulkan dan diberikan taklimat khas mengenai PRK Tenang.
"Dua hari lepas saya kumpulkan pemuda-pemuda DHPP di Pahang untuk kita bergerak ke Tenang.

"Saya bersama lajnah perpaduan nasional pemuda pemuda sudah bagi penerangan kepada mereka bagaimana kita nak pergi jumpa pengundi," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Balendran memberitahu, antara isu yang akan dijelaskan kepada pengundi termasuk isu saman ekor yang ingin diswastakan kerajaan dan juga isu-isu setempat di Dun berkenaan seperti isu peneroka Felda.

"Kita akan mulakan dengan isu saman ekor yang nak diswastakan sekarang ini dan juga isu-isu setempat. Isu-isu begini mereka akan lebih mudah faham dan kita akan jelaskan kenapa mereka perlu memilih Pakatan Rakyat," katanya.

DHPP juga ujarnya akan membantu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberikan penerangan kepada pengundi-pengudi di Felda dalam Dun berkenaan.
"Untuk golongan Felda, memang kita peka isu mereka dan Mazlan Aliman pun dah bawa isu Felda jadi kita akan bantu beri penerangan dan isu berkaitan Felda akan kita tekankan.

"Saya yakin bila DHPP dapat masuk ke kawasan Felda dan dapat berkempen di sana, mesti boleh bagi kefahaman kepada mereka kenapa bukan Islam boleh sokong PAS, kenapa mereka tidak? Anak muda Felda pun sudah cenderung kepada Pakatan," katanya lagi.

Edar risalah

Sementara itu, Balendran berkata, edaran risalah juga amat penting sebagai bahan kempen kerana ia lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh pengundi berbanding ceramah.

"Kami juga akan menyediakan risalah untuk diedarkan kerana sebelum ini dari pemerhatian kita, kalau kita bentangkan isu-isu dalam ceramah, keberkesanannya kurang kerana  kadang-kadang orang yang sama datang dengar ceramah.

"kadang-kadang orang balik kerja penat, tak sempat pergi dengar ceramah malamnya jadi boleh tengok bahan edaran yang diedar ke rumah mereka," katanya.
Bagaimanapun katanya, ceramah tetap perlu diteruskan sebagai aktiviti wajib khususnya kepada penyokong-penyokong PAS dan Pakatan yang sudah sebati dengan program sedemikian.

Sehubungan itu, DHPP akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Penyokong PAS Pusat dalam masa terdekat bagi membincangkan rangka risalah untuk dijadikan bahan edaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kerusi dun berkenaan yang terletak di Parlimen Labis, Johor pada 22 Januari depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.

PRU 13. PAS PERLU MAJORITI 'SIMPLE' TAWAN TERENGGANU..........???

on Nov 30, 2010




Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk kembali memerintah negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, akan datang.

Katanya, secara mudah PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dun bagi mencapai cita-cita tersebut.

Menurutnya, dengan 17 kerusi Dun PAS Terengganu sudah boleh kembali memerintah negeri dan Dun Kemasik antara sasaran parti.

“Secara mudahnya, ‘simple’ majoriti kita hendak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri dan sudah boleh memerintah negeri Terengganu.

“Dun Kemasik ini, duduk di kalangan orang yang boleh eksas dengan internet, golongan intelektual dan berpendidikan.

“Kita di Dun Kemasik juga ada cukup kekuatan jentera pilihan raya parti yang perlu disusun dengan strategi, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili PAS Terengganu pada Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Peringkat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik di Pasti Al-Abrar, Kampung Gelogor, Kertih, Kemaman paad 24 November lalu.

Katanya, PAS perlu meraih undi di kalangan pengundi atas pagar, pengundi muda serta pengundi  yang protes terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malah, menurutnya jika PAS berjaya mendapat tiga peratus undi dari kalangan pengundi yang pernah mengundi Barisan Nasional sudah dikira boleh menang.

“Kita dalam PAS ada tanggungjawab politik untuk menang pilihan raya. Kita mahu mengembalikan syariat Allah SWT.

“Jika tiga peratus sahaja pengundi Umno-BN datang kepada PAS, kita sudah boleh menang di Terengganu ini,” tegasnya.

Menurutnya, menjadi kewajipan PAS Terengganu menebus semula kekalahan parti sejak tahun 2004 untuk kembali memerintah negeri.

Pelancaran gerak kerja tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan lebih 300 ahli parti dari 10 Unit Peti Undi (UPU) di Dun Kemasik.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu,  Ustaz Arifin Deraman, Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun dan Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid.

UMNO BAYAR PAS SELANGOR........???

on Nov 10, 2010


Saari Sungip, ADUN Hulu Kelang bikin gempar apabila mempersoalkan dan memperkatakan tentang Skandal PKNS di mana penyalahgunaan dan penyelewengan berlaku termasuk penajaan jamuan majlis perkahwinan Syeikh Muzaffar, angkasawan negara bulan lalu.

Pendedahan yang dibuat oleh ADUN PAS itu memaksa Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Audit Profesional untuk melakukan siasatan. (MALAYSIAN INSIDER)

Macam ada apa-apa saja apabila Khalid bertindak sebegitu pantas dengan alasan PKNS sudah pun ada perjanjian integriti. Lebih menimbulkan keanehan apabila wujud kecenderungan untuk menggunakan jawatankuasa audit yang baru dan tidak menggunakan jawatankuasa sedia ada. Pada masa yang sama, pentadbiran telus, mulus, tulus, dan jerlus PKR Selangor tidak pula mengajak SPRM datang menyiasat sama, memandangkan berlaku penyelewengan di dalam GLC Selangor itu, terutama tentang gaji lumayan yang diberikan kepada pekerja-pekerja kontrak di PKNS Holdings, anak syarikat PKNS berbanding pegawai-pegawai tetap.

Belum pun lama, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, DIA BOLEH MENYIASAT SESIAPA SAHAJA. (Malaysiakini)

Apa permainan PAS Selangor dalam hal ini? UMNO sebagaimana yang diketahui, tidak mengungkit perkara ini. Bahkan tulisan Ketua Pembangkang Selangor yang 'diharamkan' daripada turut bersidang di DUN sehingga Julai 2011, juga kurang mendapat sambutan daripada ADUN-ADUN UMNO/BN Selangor.

Adakah PAS Selangor sudah pun bekerjasama dengan UMNO untuk mensabotaj PKR yang menerajui pentadbiran negeri? Meskipun salah seorang ADUN PAS yang juga Exco Selangor, Iskandar Samad menafikan dakwaan tersebut, namun ramai yang tidak melihat selari dengan pandangan Iskandar Samad.

Khalid Ibrahim diserang dari segenap arah. Serangan daripada UMNO sebenarnya tidaklah terlalu hebat jikalau dibandingkan dengan serangan dari dalam kemnya sendiri. PAS Selangor pula sebelum ini lebih banyak mendiamkan diri dan hanya bersifat sebagai pengikut.

Namun apabila Saari Sungip yang mempunyai hubungan rapat dengan Azmin Ali mendedahkan tentang penyelewengan dan penyonglapan dana di dalam PKNS, pastinya ada sesuatu yang lebih penting daripada PKNS itu sendiri sedang berlaku. Pendedahan Saari Sungip, bukan setakat mendedahkan kepincangan PKNS sebaliknya mendedahkan juga sikap kronisme Abdul Khalid Ibrahim terutama tentang perlantikan Prof Erman Papzian sebagai perunding PKNS selama enam bulan dengan bayaran RM450,000.

Ternyata 'orang berkenaan' bukan sahaja mengidamkan jawatan besar dalam PKR, tetapi juga turut mengidamkan jawatan Menteri Besar. Anehnya, sepanjang menjadi ADUN, orang tersebut tidak pernah mempertahankan Menteri Besar dari partinya, tetapi lebih banyak mendiamkan diri.

PAS SILA AMBIL PERHATIAN......JANGAN PANDANG REMEH.......???

on Nov 6, 2010

Tak sedap bunyi nya kan ?……..jangan tanya pada pimpinan Pas kawasan Kuala Krai, tentu nya mereka akan kata beres, tak ada apa2 yang perlu di risau kan, ini kerana mereka ada kepentingan2 tertentu.
2 Dun yang aku maksud kan ialah Dun Manik Urai dan Dabong, yang lebih berpotensi untuk kalah ada lah Manik Urai, berbekal kan undi majoriti 63 undi di tambah dengan kawalan2 melampau terhadap Adun sekarang, seperti ada gap antara orang2 tertentu untuk mendekati Adun, kemungkinan kawalan ini bagi mengurangkan populariti Adun itu sendiri, samaada Adun itu sedar atau tidak hanya dia sendiri yang tahu.

Seolah2 ada satu komplot untuk menjatuh kan Adun sekarang dengan cara sedar atau pun tidak, ramai pimpinan peringkat cawangan rimas dengan individu2 yang menjadi PAGAR kepada Adun itu.
Pagar2 ini pada sestengah orang merupakan liablity kepada Adun dan Pas Manik Urai sendiri, antara pagar2 ada yang bercita2 untuk menjadi Calon pada PRU13 nanti, aku harap ini hanya andaian sesetengah orang Pas saja, ia nya juga di harap tidak menjadi kenyataan.

Pagar2 ini di katakan sedang membina rangkaian dan group sehingga ke peringkat Pas kawasan, di kata kan mendapat restu di pihak Pas kawasan.
Aku, aku tidak rapat dengan mana2 pimpinan, tapi aku PASANG telinga dan banyak perkara telah masuk dalam telinga aku.
Ada antara Pagar2 ini tidak jujur, ada yang melahap dan control perojek2, saham2 ladang rakyat di bagi kan kepada kroni2 dan ahli keluarga.

Dabong Ok setakat ni, saja jah aku nak gertak, aku harap ada penafian apa yang aku katakan, cuma nya ingin kepastian samada benar atau tidak sosek yang aku dengar.

Sekali lagi aku tegas kan, aku malas nak layan2 dengan individu2 ini secara direct, HAGAH dan hidung tinggi, lebih baik aku tak payah rapat, jangan ingat aku ada hutang dengan Parti Pas, kalau Pas ada hutang dengan aku, itu ya………….aku besar taik kuku pun tiada kepentingan dalam Pas, aku cuma mahu melihat Pas menerajui bumi Malaysia dan mendapat keredaan Allah jah, itu saja, kerana aku sedar siapa aku, oleh kerana Pas bukan Parti mak bapak diorang aku terpaksa ambil peduli.


1 comments:

Keyman said...
Assalamualaikum sheih Tok Gawa... Yb Uji tu aku rasa orangnya bagus...banyak kali juga aku jumpa dia masa aku dok moh tok tua aku...Mungkin silap dia sebab terhutang budi kot.. Aku rasa bukan saja DUN Manik Urai dan Dabong dalam bahaya....Mengkebang dan Guchil pun sama.....Orang kampung aku kat Kg Slow Bedal dlm DUN Mengkebang ramai tak tahu sapo Tok wakil dia. Masa aku dok kat kampong tak pernah sekalipun jumpa dengan Tok wakil masuk kampong.....Turun2 lah retek ko kampong ambo ni...musim2 banjir ni tengoklah rakyat kampong...Mak ayah aku pindah 2-3 kali setahun...tak pernah lagi tok wakil jengoknya......Jangan dok harap ko tok ngulu joh....


DUN GALAS: Satu muhasabah...teruskan jihad!!!!

on Nov 5, 2010




Mencari kesalahan dan mengkambing-hitamkannya cukup mudah. Bolehlah disenarai kekurangan yang dicatat. Tetapi
bincanglah dalam program dalaman untuk muhasabah. Bagi diambil manfaat bersama.
Nak disalahkan UMNO-BN, itu memang kerja mereka. Kalau tidak taklah namanya UMNO-BN. Itu dah sedia maklum. Mereka akan mengambil segenap peluang dan kesempatan demi mengekalkan survival politik mereka.


Setiap apa yang baik itu datang daripda Allah dan kelemahan dan kekurangan itu datang daripada kita sendiri. Dalam pilihanraya, rakyat yang membuang undi. Mereka yang membuat keputusan. Dan setiap kaum itu tidak diubah oleh Allah Swt melainkan ia mengubah nasib mereka sendiri. Maka disana banyak lagi kelemahan an kekurangan kita semua sebagai pejuang untuk menegakkan agama Allah Swt yang perlu dibaiki serta perlu dimuhasabahkan sesama kita. Mesej kita belum mendasari ke akar umbi. Kepada setiap rakyat yang menjadi pengundi.  Sambung Baca Kat Sini

ANTARA DUA DARJAT - BLOGGER PAS

on

Blogger Pas : Kalau dah kalah terimalah, watpe nak cari pasal?




Khas untuk blogger ini. Samada dia sengaja mahu menghina ustaz harun din atau geram sebab kalah PRK di galas semalam, saya pun tak faham, namun suka untuk saya jelaskan disini bahawa ;


Kalah menang adat bertandingla, ada masa kita kalah, ada masa kita menang. Kalah tak bererti salah, menang tak bererti betul. Terpakai untuk semua situasi dan keadaan. Kena fahamla.


Rujuk printscreen di bawah ini ;





1. Ahli pas seperti ko yang perlu menilai balik setiap perbuatan dan penulisan ko. Apa tujuan ko tulis dan buka blog? Nak memastikan masyarakat terus yakin dengan pas, ataupun melemahkan semangat pas? Kalau beginila gaya ko berjuang tak perlu la membabitkan diri dengan pas. Cukupla2 dengan pelbagai tuduhan dan fitnah di lemparkan kepada pas, ko meneruskan ruangan ini hanya semata2 kalah dalam PRK. Kalah ini biasa. Kita bukan tak biasa kalah. Kita dah kalah banyak kali. Kalau ikut cara ko neh, dah berapa banyak agaknya orang2 dalam pas yang perlu kita cantas setiap kali kita kalah? 


2. Orang yang cintakan perpaduan tidak bodoh. Malahan mereka orang yang cerdik. Pas memang cerdik. Lebih cerdik dari sangkaan ko. Fikir guna logic sket. Kalau nak berpadu dengan umno, dah lama pemimpin2 kita buat. Tapi apsal mereka tak buat? Lagi satu cakap jangan emosi sangat. Jika pada hari ini umno berubah atas kuasa Allah swt, adakah kita perlu bermusuh dengan mereka seumur hidup? Fanatiklah pada islam, bukan pada politik, apatah lagi parti. Dan tentu-tentu ko yang membenci dalam artikel ini, tapi main lepas pula tuduh orang lain yang benci. Mana boleh buat macam tue. PAS kalah, itu adalah takdir Ilahi. Memang kekalahan pas adalah kesalahan pas. cukup la tue, kita muhasabah diri. Lebih baik dari ko yang tak pepasal mengamuk macam orang mati bini. Artikel ko neh, disebarkan oleh fatimah zuhri dalam wall nya tahu? Itu baru aku nampak satu, silap2 banyak dah penyokong umno yang sebarkan artikel ko neh. Neh yang ko panggil jemaah? podahh..


3. Ahli seperti ko, amatla di alu2 kan keluar terus dari pas. Suka suki je nak kata orang lain sebagai taksub ataupun membuta tuli kepada pemimpin. Ko kena ingat. Setiap mereka yang membela pemimpin itu bersebab. Samada mereka rapat, mereka ada keuntungan, ataupun mereka ikhlas, hak mereka nak membela pemimpin berdasarkan kepada persepsi mereka. Selagi pemimpin mereka tak salah, biarlah mereka bela. Lainla kalau Harun Din suruh ko minum arak atau paksa ko rogol anak orang, barulah ko boleh melenting. Tindakan ko mengutuk Ustaz Harun Din ini amatlah tidak disenangi oleh aku. Andai katala Harun din ialah pro perpaduan, aku tetap rasa tak salah pun. Atas kapasiti islam, dia melihat perpaduan dan ukhwah sesama islam itu perlu bagi meneruskan apa yang telah Nabi saw tinggalkan. Namun mereka (pro - perpaduan) juga bukan bodoh, mahu bergabung sesuka ahti tanpa mengambil kira sensitiviti ahli2 pas, penyokong2 pas, dan sejarah silam pas bersama umno. Andai mereka tak fikir, dah lama pas - umno bergabung. Cakaplah sejuta kali alasan pun, bergabung sesama islam tetap lebih baik bergabung dengan orang bukan islam. Kena ingat tue, kita islam dulu, parti kemudian. Aku pun tak suka umno. Aku pun tak rela umno bergabung dengan pas, tetapi aku kena ingat, apa yang ada di dunia neh adalah hak Allah swt. Ianya pinjaman. Kebencian kita juga adalah pinjaman.


4. Dah tue, apa pula kelebihan ko? Dah ko suka2 nak melabelkan pemimpin2 pas sebagai bodoh apsal? Adakah kerana pemimpin2 pas tak pandai maki hamun seperti ko? Kita memang anggap pemimpin2 dalam pas adalah pimpinan terbaik, sebab apa? Sebab ianya di pilih oleh ahli pas. Suara majoriti memilih mereka. Ko nak kata apa pula? Kenyataan ko yang berbaur hasutan dan kebencian. Orang sibuk kaji kelemahan diri sendiri kenapa kita kalah kat galas, ko sibuk angkat batu baling kat ahli2 pas. Betul ke tindakan ko neh? Kena ke pada waktu nya? Dalam berperang, suka di ingatkan, kita bukan mahu musuh kalah dan tersepit. Tak tahu la mana istilah tue ko dapat. Dalam peperangan kita cuma mahukan menawan musuh. Musuh neh ada banyak jenis dan ada banyak pula cara untuk kita perangi musuh neh. Berbeza musuh berbeza la cara kita perangi. Bukan semua musuh perang perlu dibunuh dan dibiarkan tersepit. Betulkan dulu la persepsi ko. Melihat dari gaya dan penulisan, saya cukup yakin anda adalah manusia yang lebey berusia. Oleh itu, bergayalah sepertimana usia anda.


Ameno : Ini lah dia contoh manusia yang suka melatah bila dah kalah..

Inilah Punca PAS Kalah Dengan BN Di Galas.......???

on

PAS mendakwa, antara sebab kekalahannya dalam pilihan raya kecil DUN Galas ialah masalah akses kepada masyarakat Orang Asli.

Ia menjadi penyebab merosotnya sehingga 13 peratus di enam kawasan Orang Asli tersebut.

Di kawasan majoriti Melayu, PAS kehilangan sehingga 8 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangka sebelumnya.

Pengundi Melayu mewakili sebanyak 60 peratus daripada jumlah penduduk di situ.

Oleh sebab itu, kehilangan undi sebanyak 8 peratus memberi makna yang besar kepada PAS, menurut penasihat jenteranya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

PAS hanya dapat mengekalkan pengaruhnya di Sungai Terah, itupun dengan majoriti yang rendah.

Di kawasan pengundi Cina, sokongan masyarakat berkenaan juga nampaknya berkurangan berbanding 52 peratus pada Mac 2008.

Faktor kemenangan BN, diakui sendiri oleh pengarah jenteranya Tengku Razaleigh Hamzah, antaranya adalah hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini.

Tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, dan ia juga lebih aktif menggunakan media baru, termasuk salah satu media rasminyaUmno Online.

Kemenangan itu akan meningkatkan moral jentera BN dalam memenangi semula negeri Kelantan.

Dalam menghadapi gelombang ini, PAS perlu bersiap sedia.

Barisan pemimpinnya, khususnya di Kelantan perlu dipersiapkan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

PAS perlu meneliti faktor-faktor yang memberi kesan kepada pengundi luar dan pengundi muda ini.

Apakah isu-isu melibatkan pemimpinnya sendiri yang menjejaskan sokongan golongan ini?

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List