Saari Sungip, ADUN Hulu Kelang bikin gempar apabila mempersoalkan dan memperkatakan tentang Skandal PKNS di mana penyalahgunaan dan penyelewengan berlaku termasuk penajaan jamuan majlis perkahwinan Syeikh Muzaffar, angkasawan negara bulan lalu.
Pendedahan yang dibuat oleh ADUN PAS itu memaksa Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Audit Profesional untuk melakukan siasatan. (MALAYSIAN INSIDER)
Macam ada apa-apa saja apabila Khalid bertindak sebegitu pantas dengan alasan PKNS sudah pun ada perjanjian integriti. Lebih menimbulkan keanehan apabila wujud kecenderungan untuk menggunakan jawatankuasa audit yang baru dan tidak menggunakan jawatankuasa sedia ada. Pada masa yang sama, pentadbiran telus, mulus, tulus, dan jerlus PKR Selangor tidak pula mengajak SPRM datang menyiasat sama, memandangkan berlaku penyelewengan di dalam GLC Selangor itu, terutama tentang gaji lumayan yang diberikan kepada pekerja-pekerja kontrak di PKNS Holdings, anak syarikat PKNS berbanding pegawai-pegawai tetap.
Belum pun lama, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, DIA BOLEH MENYIASAT SESIAPA SAHAJA. (Malaysiakini)
Apa permainan PAS Selangor dalam hal ini? UMNO sebagaimana yang diketahui, tidak mengungkit perkara ini. Bahkan tulisan Ketua Pembangkang Selangor yang 'diharamkan' daripada turut bersidang di DUN sehingga Julai 2011, juga kurang mendapat sambutan daripada ADUN-ADUN UMNO/BN Selangor.
Adakah PAS Selangor sudah pun bekerjasama dengan UMNO untuk mensabotaj PKR yang menerajui pentadbiran negeri? Meskipun salah seorang ADUN PAS yang juga Exco Selangor, Iskandar Samad menafikan dakwaan tersebut, namun ramai yang tidak melihat selari dengan pandangan Iskandar Samad.
Khalid Ibrahim diserang dari segenap arah. Serangan daripada UMNO sebenarnya tidaklah terlalu hebat jikalau dibandingkan dengan serangan dari dalam kemnya sendiri. PAS Selangor pula sebelum ini lebih banyak mendiamkan diri dan hanya bersifat sebagai pengikut.
Namun apabila Saari Sungip yang mempunyai hubungan rapat dengan Azmin Ali mendedahkan tentang penyelewengan dan penyonglapan dana di dalam PKNS, pastinya ada sesuatu yang lebih penting daripada PKNS itu sendiri sedang berlaku. Pendedahan Saari Sungip, bukan setakat mendedahkan kepincangan PKNS sebaliknya mendedahkan juga sikap kronisme Abdul Khalid Ibrahim terutama tentang perlantikan Prof Erman Papzian sebagai perunding PKNS selama enam bulan dengan bayaran RM450,000.
Ternyata 'orang berkenaan' bukan sahaja mengidamkan jawatan besar dalam PKR, tetapi juga turut mengidamkan jawatan Menteri Besar. Anehnya, sepanjang menjadi ADUN, orang tersebut tidak pernah mempertahankan Menteri Besar dari partinya, tetapi lebih banyak mendiamkan diri.
0 comments:
Post a Comment