Anwar Perlu Jadi Orang Tengah, Bukannya Berat Sebelah
Zaid ke, Anwar ke..semua ada salah. Azmin lagilah banyak salah. Apapun cubalah dulu selesaikan masalah kat bawah ini, melibatkan pemilihan PKR. Jangan jadi macam orang gila, asyik hentam sesama sendiri. Pastu jadi penipu pula, konon kononnya mereka maksum. Buat Anwar, ini cabaran buat anda. Kalau anda dah jadi pondan, baik hentikanlah hajat nak tawan Putrajaya. Nak tawan Pudu Raya pun belum tentu..
1. Kelewatan Membuka Pusat Mengundi
Kelewatan melampau pasukan petugas membuka pusat mengundi jelas berlaku di beberapa Cabang pada hari pertama pemilihan. Contohnya di Kota Baharu dan Tumpat di Kelantan hampir dua jam daripada waktu yang ditetapkan iaitu 10.00 pagi.
Ramai pengundi terpaksa menunggu lama dan oleh kerana hari tersebut ialah Jumaat, ramai meninggalkan pusat mengundi untuk solat Jumaat dan terus pulang ke rumah. Kehilangan pengundi bagi kedua-dua cabang ini dianggarkan setiap satu lebih kurang 250 pengundi.
Kelewatan juga berlaku di beberapa Cabang lain seperti Langkawi, Lenggong dan Alor Setar. Walaupun aduan dibuat, JPP tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengawas yang datang lewat malah menafikannya.
2. Pengawas Kelihatan tidak Bersikap Berkecuali
Sebilangan anggota JPP (termasuk Ketua Pengawas) kelihatan tidak berkecuali dalam menjalankan tugas. Ada yang memakai lencana salah seorang calon Timbalan Presiden (rakaman foto diperolehi).
Kami juga menerima Laporan seorang Ketua Pengawas Pusat pengundi dilaporkan secara terbuka memaksa pengundi mengundi salah seorang calon Timbalan Presiden semasa menjalankan tugasnya.
3. Penipuan semasa Proses Undi
Jumlah undian yang diistiharkan oleh JPP bagi pemilihan MPP Cabang Kubang Pasu tidak menyamai jumlah sebenar kedatangan pengundi seperti dalam buku daftar pengundi. Mengikut rekod buku daftar yang hadir 84, manakala keputusan yang diistiharkan oleh pengawas ialah 76 untuk DZ, 80 untuk AA dan 2 untuk Mustapha. Apabila disoal, beliau mangatakan yang hadir 158, tetapi apabila dibantah, keputusan diubah menjadi DZ dan AA mendapat 81 dan 2 untuk Mustapha.
Keputusan di Libaran, Sandakan amat mencurigakan kerana jumlah kehadiran amat tinggi daripada keadaan sebenar semasa mengundi. Lebih-lebih lagi jumlah kehadiran semasa MATC jauh lebih rendah.
Terdapat perbezaan ketara antara jumlah undi dengan jumlah kehadiran di peringkat MATC seperti di Hulu Selangor, Kelana Jaya, dan Klang.
Di Cabang Alor Gajah, ada surat pengakuan daripada ahli yang mendakwa beliau telah diberi kad ahli orang lain untuk mengundi.
Di Kelana Jaya, semasa MATC, pengundi dibenarkan mengundi walaupun terdapat perbezaan data-diri dalam buku daftar pengundi.
Di Cabang Merbok (ada rakaman gambar) menunjukkan Pengawas memangkah kertas undi serta mengarahkan pengundi memilih calon tertentu.
Di Cabang Bayan Baru dan Kubang Pasu, Pengawas mengarahkan pusat mengundi ditutup selama setengah jam selapas tamat tempoh mengundi. Dalam tempoh tersebut, tiada wakil calon dibenarkan berada dalam pusat mengundi. Wakil calon hanya dibenarkan masuk apabila proses pengiraan dimulakan.
Di Cabang Langkawi, AJK Cabang menyediakan dan mengisi borang bagi pendaftaran ahli baru dan ada yang terus dibenarkan masuk mengundi.
Perkara diatas adalah hanya sebahagian daripada banyak lagi aduan dan kejadian yang telah dilaporkan oleh beberapa pihak kepada JPP. (buktinya dari sini)
* Kalau Anwar nak sangat Azmin jadi timbalan isteri beliau, buat apa adakan pertandingan? menyusahkan orang lain je. Pastu membazir buat pemilihan. Ini semua mengarut. Berundurlah Anwar. Anda sudah kehilangan aura di mata rakyat. Bukan lagi ikon untuk orang muda...
0 comments:
Post a Comment