Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.......Ramlah Ram.

on Nov 10, 2010



Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.


Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.


Tahniah Ramlah Ram! comel je cara Ramlah bertudung. Ada kredit untuk Ramlah Ram kerana berpenampilan begini. Cuma janganlah gedik-gedik sangat ketika berada di pentas kalau dah nak menyanyi, kalau dah tak nak menyanyi pun ok juga.

Satu lagi cantik cara bertudungnya. Gayanya ditutup habis. Selepas ini janganlah jadi macam Siti Nurhaliza. Masa mula-mula bertudung dulu agak tutup semua juga, makin lama makin buka, makin lama makin buka. Tak apelah niat tu pun dah ada.

Jadinya tahniah sekali lagi untuk Ramlah Ram. Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu sedap juga.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List