Saifuddin.. Kami Bukan BODOH.....!!!

on Nov 10, 2010


 
Teringat diawal zaman reformasi dulu siapa mamat yang melarikan diri ke Indonesia eeek......???

Mustaffa Kamil Ayub yang telah memberikan tempoh 48 jam kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya menghentikan pemilihan 2010 ini telah mendakwa 162 aduan kepincangan atau salah laku atau apa yang sepatutnya tidak dibenarkan berlaku tetapi telah berlaku dalam Pemilihan 2010 ini. 

Tetapi menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR, kenyataan yang sekaligus menafikan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.

Jika Saifuddin mengatakan hanya enam aduan rasmi yang telah dikemukakan kepada JPP bagaimanapula dengan sebahagian laporan salahlaku yang telah diserahkan kepada JPP yang disiarkan oleh UrekaAsia di SINI jumlahnya kelihatan lebih dari enam nampaknya.. tak tahulah pula.. mungkin blog tersebut juga berniat jahat terhadap PKR ......


Dalam menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden , Saifuddin berkata “Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,” dan “Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,”

Sokongan kuat akar umbi?? Kuatkah sokongan jika yang turun mengundi di kebanyakkan Cabang jumlahnya tidak melebihi 30% malah di Permatang Pauh sendiripun tak sampai 5%, Adakah peratusan itu cukup bagi mengatakan akar umbi menyokong kuat? Sabah lain cerita..

Saifuddin juga menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.   Ini nak kasi keliru le ni. Dah menang kat cabang kompom le menang kan.....Rupa nya tidak nanti kata satu ahli satu undi..... Ayat penyedap ciplak dari UMNO le tu.

Bagi yang mencari rezeki dengan memakan gaji.. apabila anda menyerahkan notis meletak jawatan biarpun setelah dipujuk anda pasti akan mendengar ayat yang berbunyi lebih kurang begini “ Nak Resign jugak ka? Ish.. management dah bincang untuk menaikkan gaji anda” atau ayat ini “ Resign jugak? Company baru saja nak beli kereta untuk kegunaan awak” ataupun ayat ini “Saya dah proposed untuk kenaikkan pangkat awak kepada top management.. awak nak resign jugak….”

Tujuan sebenar ayat yang anda pasti akan dengar bila meletakkan jawatan setelah dipujuk itu ialah cuma untuk menimbulkan perasaan kesal didalam diri anda terhadap tindakan anda meletakkan jawatan.. sama dengan ayat Saifuddin diatas tu..

Ayat ini pula.. “Jika ada unsur manipulasi, Zaid tidak akan menang di satu cabang pun,”.. adalah sama dengan ayat ini "jika SPR tidak adil, pembangkang tak boleh menang walau satu kerusi pun di Parlimen, tak boleh rampas satu negeri pun di negara ini." Ayat siapa??

Itu adalah ayat yang telah dikeluarkan oleh pemimpin UMNO dalam membela SPR yang dipertikaikan kredebilitinya oleh kita..

Saifuddin.. Ahli PKR menyokong PKR kerana mereka tidak bodoh untuk menyokong UMNO.. jadi janganlah cuba memperbodohkan kami..

Ini buat teman-teman yang membaca blog ini.. ramai yang menyuarakan akan kehairanan mereka dengan gaya penulisan aku sejak akhir-akhir ini.. ada yang mengatakan seolah-olah aku berada dipihak sana (Pihak UMNO la).. sebenarnya tidak.. aku tetap berada di sini.. aku mengkritik sebegini rupa kerana aku telah mendengar dan melihat dengan mata aku sendiri kepincangan yang telah berlaku.. Aku mengkritik sebegini rupa kerana aku hanya mahukan satu Pemilihan yang telus dan adil buat semua yang bertanding..

Bukti yang ada jika didedahkan akan mengundang malapetaka buat para pemimpin yang bertanding baik Dato Zaid mahupun Azmin.. Mus tak ada.. dan pasti akan digunakan oleh UMNO untuk menyerang kita bila PRU tiba..

Aku tak kisah siapapun yang menang sebagai Timbalan Presiden biar Azmin atau Dato Zaid mahupun Mustafa Kamil (Yeop) sekalipun aku tetap akan menyokong mereka, kerana bagi aku mereka adalah ahli PKR sebagaimana aku juga…

Kalau diperhatikan Blog aku ini banyak menyiarkan artikel berkaitan Dato Zaid ini hanya kerana aku sedar kebanyakkan yang menjenguk blog yang tidak seberapa ini adalah Ahli PKR yang bila mereka menjenguk Suara Keadilan Online mereka jarang melihat artikel mengenai Dato Zaid yang jelas tidak adil buat seorang Ahli PKR yang diangkat sebagai pemimpin oleh Ahli PKR sendiri yang bertanding dalam Pemilihan ini..

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List