"Saya dizalimi, Nurul Izzah. Bapa akan lawan. Bapa akan pastikan keadilan terlaksana..." Demikianlah kata-kata yang ringkas, disampaikan melalui telefon oleh Anwar Ibrahim kepada anak sulungnya, Nurul Izzah pada malam sebelum 2 September 1998.
Peristiwa yang berlaku selepas panggilan telefon itu mengubah hidup seorang penuntut semesta pertama Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Berakhirlah fasa hidup Nurul Izzah sebagai anak Timbalan Perdana Menteri, memulakan pengalaman hidup yang baru - menyaksikan bagaimana bapanya dizalimi oleh satu regim yang disertainya untuk 16 tahun.
Ironinya, Nurul Izzah hanya bangga sebagai anak Anwar Ibrahim selepas peristiwa pemecatannya dari jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan. Nurul sebenarnya berasa malu, agak segan untuk diketahui identitinya sebagai anak TPM. "Kita tak tahu sama orang berkawan dengan kita, kerana dasar diri kita ataupun latar belakang ayah kita, keluarga kita? Jadi tentunya saya lebih selesa mengamalkan hidup yang low profileitu...," jelasnya.
Kebanggaan jadi anak Anwar Ibrahim
"Tetapi selepas ayah saya diperlakukan dengan zalim, menjadi tahanan politik, baru saya merasai kebanggaan menjadi anak Anwar Ibrahim," katanya dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 3 November 2010, yang berlangsung di kafe ahli Parlimen untuk kira-kira 45 minit.
Nurul Izzah (gambar kanan) meneruskan, "Kerana saya nampak... Saya nampak dengan mata saya sendiri bagaimana beliau begitu berani perjuangkan prinsip, berani tidak meletakkan jawatan, berani melawan, semua ini yang kita harapkan daripada ayah dan ibu kita untuk mengajar kita. Mereka tak boleh melindungi kita selama-lamanya. Mereka hanya boleh beri contoh bagaimana nak menangani cabaran."
Namun, Nurul semestinya tidak naif pada usia 18 tahun ketika itu, dan sudah tentunya beliau mampu meramalkan apa risikonya untuk melawan satu regim yang berkuasa untuk puluhan tahun. Apakah niat timbul untuk memujuk agar bapanya tidak melawan?
0 comments:
Post a Comment