Saya Bukan Rampas Nabil - Qasha

on Nov 10, 2010



qasha, nabil raja lawak, irma hasmie

nabil raja lawak, qasha, irma hasmie

nabil raja lawak, qasha, irma hasmie, kakak zeris nellydia


DUNIA hiburan gamat seketika apabila pelakon Irma Hasmie membuat pengakuan hubungannya dengan pelawak Nabil Ahmad telah menemui titik noktah.
Perpisahan tersebut dikatakan berlaku selepas Irma berjaya melihat kecurangan Nabil bersama wanita lain yang didakwa bekerja sebagai pramugari. Gambar-gambar kemesraan mereka dikatakan tersebar di Internet.
Bagaimanapun Nabil mahupun Irma mengelak untuk mengulas punca perpisahan tersebut tetapi hati Irma sebenarnya sudah tertutup untuk menerima Nabil sebagai kekasihnya lagi.
Dalam laporan mStar Online sebelum ini Nabil membuat pengakuan dia terpaksa menerima hakikat dengan perpisahan itu walaupun cintanya terhadap Irma masih belum pudar.
Ketika krisis hubungan itu diperkatakan, individu yang dikaitkan menjadi punca kehancuran cinta pasangan itu membuat pengakuan yang dia tiada kena-mengena dengan insiden yang didedahkan oleh Irma di dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.
Nik Zaris Uqasha atau dikenali sebagai Qasha, 18, menjelaskan dia juga tidak pernah terlintas untuk merampas Nabil daripada Irma sebagaimana yang digambarkan.
Malah Qasha yang juga seorang pelakon baru turut memberitahu dia amat kesal kerana dikatakan menjadi penyebab hubungan Nabil dan Irma putus.
“Saya kesal dan kecewa apabila ramai pihak yang menuduh saya sebagai punca perpisahan Nabil dan Irma. Ramai yang menyangka saya adalah individu yang terlibat seperti yang diceritakan Irma dalam akhbar Ahad lalu.
“Di sini saya jelaskan, pramugari yang dikatakan memakai boxer di rumah Nabil seperti yang dilaporkan itu bukannya saya.
“Saya tidak pernah bekerja sebagai pramugari. Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya harap semua masyarakat faham dan tidak membuat tuduhan membuta tuli terhadap saya,” katanya secara ekklusif kepada Mingguan mStar baru-baru ini.
Qasha yang turut membintangi drama berjudul Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah turut memberitahu bahawa dia tertekan apabila dijadikan subjek utama dalam insiden tersebut.
“Sebagai pendatang baru sudah tentu ia merupakan dugaan besar buat saya. Belum pun dikenali sebagai artis orang sudah memberi persepsi buruk kepada saya.
“Walhal hakikat sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan. Saya sedih dan takut dengan pandangan masyarakat terutamanya peminat-peminat Irma dan Nabil,” katanya.
Jelas Qasha dia sama sekali tidak mengenali pramugari yang didakwa menjadi punca masalah itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut perpisahan kedua-dua pasangan tersebut.
Lebih menyedihkan gambar-gambar yang tersebar antara dia dan Nabil seolah-olah memperlihatkan Qasha adalah wanita yang dikaitkan dalam insiden Irma “menyerbu” ke rumah Nabil itu tetapi hakikatnya ia adalah satu insiden yang berlainan.
“Saya mengenali Nabil melalui kawan atas kawan. Itupun selepas sebulan dia berpisah dengan Irma. Perhubungan kami hanya seperti kawan biasa dan tiada hubungan istimewa. Gambar mesra yang tersebar itu juga ketika kami keluar beramai-ramai.
“Tentang pramugari seperti yang dilaporkan dalam akhbar minggu lalu itu, Nabil pun tidak menceritakan kepada saya. Bagi saya ia hal peribadi Nabil dan saya tidak masuk campur,” katanya.
Selain itu, Qasha yang juga kakak kepada pelakon Zaris Nelydia ini turut menolak dakwaan kononnya dia terpasa melarikan diri bagi mengelak kontroversi ini terus meletus.
“Saya balik ke kampung saya di Kelantan sebab ingin menjenguk keluarga bukan disebabkan saya takut berjumpa dengan Irma. Ikutkan hati, saya mahu isu ini selesai dengan cara baik.
“Bukannya apa, saya berada di pihak yang benar dan tiada sebab saya perlu lari. Saya anggap ini adalah dugaan pertama saya dalam melangkah ke dunia lakonan,” katanya yang ketika dihubungi berada di kampung halamannya.
Qasha berharap dengan penjelasan yang diberikan ini semua pihak mendapat gambaran sebenar dan tidak terus mengaitkannya sebagai punca perpisahan pasangan artis itu.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List