PKR AKAN JADI LEBIH KUAT.....???

on Nov 10, 2010

Azmin: Gesa Zaid Kemuka Bukti, PKR Tidak Goyah...






Datuk Zaid Ibrahim perlu mengemukakan bukti sahih untuk menyokong dakwaan kononnya kepimpinan tertinggi PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan pucuk pimpinan PKR yang sedang berlangsung.

"Beliau perlu menggemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya," kata Azmin Ali yang juga naib presiden PKR.

Azmin juga menyarankan Zaid yang juga Calon Timbalan Presiden PKR yang menarik diri daripada pencalonan semalam digesa mengadakan perbincangan bersama kepimpinan parti sebelum membuat keputusan menggunakan media perdana pro Umno-Barisan Nasional menyerang pucuk pimpinan parti itu.
Ahli Parlimen Gombak itu yang ditemui di lobi parlimen berkata, tindakan Zaid mengumumkan penarikan diri dan perletakan jawatan parti adalah tidak wajar selain menimbulkan persoalan berkenaan pendirian Zaid dalam memperjuangkan reformasi.
"Jika dilihat beliau telah menggunakan Utusan Malaysia untuk menyerang kepimpinan parti. Saya tidak faham jika beliau percaya kepada reformasi, mengapa tidak mengutarakannya kepada ahli. Bukan melalui blog, laman web atau Utusan dan TV3," ujar beliau di lobi parlimen  /TVNews

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List