Pemilihan AMK : Badrul anggap persaingan 'adik beradik'

on Aug 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Pertembungan tiga penjuru pada pemilihan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) November depan seharusnya mengajak setiap ahli parti itu mengangkat semangat baru dalam PKR.

Demikian harapan salah seorang calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

"Saya tidak akan umum bertanding, biarlah 'adik beradik' dalam AMK yang menentukan pemimpin mereka dengan ruang demokrasi ini.

"Ini pertandingan dalam keluarga, pertandingan adik beradik takkan perlu abang memburukkan adik atau sebaliknya," ujarnya.

Padanya, Shamsul Iskandar Md Akin telah memberi sumbangan yang termampu sejak mengetuai AMK selama ini.

Rekod kepemimpinan Shamsul menurutnya sudah tentu memberi kelebihan pada Ketua AMK itu berbanding dirinya dan seorang lagi calon Ketua AMK, Rafizi Ramli.

"Kita perlu menyuntik budaya politik baru, bukan atas atas arahan atau sentimen atau retorik semata-mata.

"Cara berkempen harus seiring dengan semangat demokrasi yang melebar dalam AMK yang memberi kuasa pada ahli.

Menurutnya inisiatif akar umbi AMK Perak mengadakan dialog calon ketua AMK menjelang pemilihan kelak adalah baru dalam parti itu dan seharusnya disambut secara sihat oleh semua.

"Seharusnya dipertemukan semua, diberi ruang yang sama, bentangkan apakah tawaran (manifesto) yang nak dibawa serta ke mana AMK ini nak dihalakan," ujarnya.

Selain itu, pemilihan AMK kali ini juga jelasnya penting dalam suasana menjelang pilihanraya Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

Sehingga kini menurutnya, AMK tidak mempunyai satu cabang pun di Sarawak dan tindakan segera perlu diambil.

"Sarawak tidak lama lagi akan hadapi pilihan raya tetapi tidak ada satu pun cabang rasmi AMK sedangkan AMK mesti bina jentera dan kekuatan di sana...sebab potensi kita ada di sana," tambahnya.

-Harakahdaily-

Zakaria tidak tunduk kemahuan Zahid

on

Kontroversi doa khutbah Jumaat



PETALING JAYA: Khatib Zakaria Ahmad berkata tiada keperluan baginya untuk memohon maaf secara terbuka kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Tiada keperluan untuk saya memohon maaf kerana perkara ini telah dipolitikkan," kata beliau yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang ketika bacaan khutbah kedua Jumaat di sebuah masjid di negeri itu baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini berikutan desakan memohon maaf ini dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sambil mempertahankan tindakannya itu, beliau mendakwa isu tersebut sengaja dipolitikkan malah doa yang dibacakan berbentuk umum walaupun tidak menyebut nama Yang Dipertuan Agong.
"Bagi saya tidak perlu memohon maaf secara terbuka, sedangkan saya tidak bersalah dalam isu ini. Saya tidak gentar, saya benar dan betul. Saya sebut secara umum, tidak menyebut nama Yang Dipertuan Agong bukanlah derhaka.
Zahid harus bantu laksana hukum hudud
"Benda ini perlu dihentikan, kerana mereka sengaja memperbesar dan mempolitikkan isu ini," katanya.
Beliau menasihatkan Zahid agar memfokuskan hal-hal yang lebih penting berbanding isu tersebut.
"Zahid sebahagian daripada ahli majlis agama…..sepatutnya dia bantu kerajaan untuk laksanakan hukum hudud. Itu lebih penting, sebab hudud dapat membantu mengurangkan kes-kes jenayah yang semakin meningkat kini.
"Beliau patut bantu selesaikan masalah lain, bukan cuba memperbesarkan isu ini. Cukup-cukuplah, ini bulan puasa…," kata beliau.
Berhubung tindakan saman, beliau berkata ia masih dalam proses dan akan dilakukan selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
Zahid dilaporkan semalam berkata, khatib yang dikaitkan dengan isu itu diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yang Dipertuan Agong.
Beliau juga berharap agar Majlis Fatwa Kebangsaan dapat membuat satu keputusan rasmi berkaitan perkara tersebut.

Hubungan KJ Dan Nori Dingin.......???

on

q

Dah lama juga Satu Hala tidak menulis mengenai Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali seantero Malaya sebagai KJ. Dan kini semakin popular dengan nama Si Kitol pula.
Tiba-tiba baru-baru ini Satu Hala dapat satu khabar yang boleh disifatkan agak mengemparkan melibatkan KJ dan isterinya Nori Abdullah.
Hendak tahu tak...dengar cerita Nori dan KJ sudah tidak bertegur sapa....dan ada pihak kata dah tak duduk serumah pun.
Sumber berita.....sepupu KJ sendiri yang keje di Kedutaan Amerika Syarikat, Leni Abdul Latif....(sorry Leni, kena dedahkan).
Leni tak leh nak marah pasal mulut tempayan dia yang duk bercerita sana sini pasal rumah tangga KJ.
Ok...sambung balik.....
Hubungan dingin KJ dengan Nori agak nyata baru-baru ini apabila salah seorang pakcik KJ meninggal dunia, Nori datang asing, lambat dan tidak bertegur langsung dengan KJ.
Mereka-mereka yang hadir majlis pengebumian itu dapat melihat yang KJ dan Nori tak bertegur bukannya pasal itu majlis ada orang meninggal dunia, tetapi memang tak bertegur jenis masalah rumah tangga punya.
Kalau ikut mulut Leni, dah lama kedua mereka tak bertegur sapa....sebab itu kot dah lama kita pun tak tengok gambar KJ dengan Nori bersama.
Secara tepat takda siapa tahu punca jadi camtu....tapi mungkin pasal Maya Karin........
Apa pun, kepada KJ....dah la anda gagal sebagai Ketua Pemuda....janganlah gagal sebagai suami dan bapa pula.....
  
-Malaysia-Instinct.com-

Tubuh Parti Cinta Sabah: PKR gantung 12 ahli

on

Jawatankuasa Disiplin PKR mencadangkan 12 anggotanya digantung keahlian satu tahun ekoran aduan penglibatannya dalam penubuhan Parti Cinta Sabah.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata pejabatnya pada 25 Ogos telah menerima hasil siasatan itu yang mengesahkan berlakunya perlanggaran disiplin mengikut Fasal 27.7 perlembagaan PKR.

Menurut fasal itu, setiap anggota hendaklah patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti.

Menurut Saifuddin lagi, hukuman itu hanya akan berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan mesyuarat majlis pimpinan pusat yang akan bersidang pada 29 Ogos ini.

"Pada masa yang bersama 12 penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos nanti," katanya.

Kesemua 12 pemimpin itu ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang, Guandee Kohoi.

SPYSHOT PROTON WAJA BARU.......???

on

Tentu ada yang teruja untuk melihat Proton Waja baru ini yang akan dilancarkan lepas Aidilfitri. Model Waja Lancer ini tentu akan memikat generasi muda, apatah lagi ia lebih murah rm20,000 daripada model asas Mitsubishi Lancer berkenaan.

Berikut foto spyshot lancer yang sedang diuji dengan lambang Mitsubishi ditampal atau ditutup.
16
14
okok
17
ini pula lakaran grafik model waja. pemukanya berasaskan model persona dan saga..wajalancer-theo-1-450x348
wajalancer-theo-2-450x201

SEKOLAH VERNAKULAR : Cakap le bahasa yang ramai orang faham......

on

Tetap mansuhkan sekolah vernakular - MPM.

0111

PETALING JAYA: Majlis Perundingan Melayu (MPM) kekal dengan pendirian mereka agar sekolah vernakular dimansuhkan walaupun cadangan itu mendapat reaksi negatif daripada beberapa pihak termasuklah Pergerakan Pemuda MCA dan MIC.
Menurut ahli jawatankuasa MPM, Dr Zubir Harun pemansuhan sekolah vernakular itu kerana mahu mewujudkan sekolah integrasi nasional yang lebih baik.
"Kita mahu wujudkan lebih banyak sekolah integrasi nasional…..maka kita lihat cadangan ini perlu dilaksanakan. Tetapi ia terpulang kepada kerajaan sama ada mahu melaksanakannya atau tidak. Ia hanya cadangan daripada pihak kami," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Katanya, cadangan pemansuhan itu turut melihat contoh negara-negara maju lain yang hanya mewujudkan sekolah satu aliran berbanding di Malaysia.
Beliau mahu orang ramai melihat cadangan ini dari sudut positif memandangkan ramai pelajar-pelajar Cina yang tidak mahir menggunakan bahasa ibunda – Bahasa Melayu.
Perkara ini cukup dikesalinya sambil mempersoalkan mengenai tahap bahasa pelajar-pelajar terbabit dalam penggunaan bahasa ibunda.
Singapura tiada sekolah vernakular
"Cadangan ini melihat contoh negara maju lain seperti Singapura yang tiada sekolah vernakular tapi mereka menggunakan sekolah 1 aliran – Bahasa Inggeris.
"Hanya Malaysia masih wujud sekolah vernakular (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil). Tetapi lihat sahaja pelajar Cina yang tidak mahir berbahasa Melayu…apa akan jadi kepada masyarakat kita kelak?" soalnya.
Zubir menjelaskan cadangan itu timbul ekoran kenyataan dikeluarkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu 30 peratus ekuiti Bumiputera dimansuhkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Malah Dr Chua juga turut mendesak agar kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah aliran Cina kerana mendakwa pertambahan murid di samping kepentingan berbahasa Mandarin bagi menarik pelabur dari China.
"Sedangkan dalam perlembagaan termaktub bahawa hanya sekolah kebangsaan layak terima peruntukan kerajaan. Sekolah Agama yang sepatutnya dapat peruntukan juga tidak menerimanya," katanya yang juga merupakan Naib Presiden Perkasa.
"Jika banyak reaksi negatif diterima, kami sedia berbincang dengan MCA berhubung perkara tersebut," katanya lagi.

Joe Radzwil, Aida Rahim cerai talak satu

on

PETALING JAYA: Joe Radzwil menceraikan bekas isterinya Aida Rahim dengan talak satu di Mahkamah Syariah di sini, pagi ini.
Lafaz itu dibuat dihadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad selepas kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik.

Muktamad: Felda diarah bayar peneroka RM11 juta

on



Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.
Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.
Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.
Keputusan sebulat suara

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.
Menurut Alauddin, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.
Mahkamah Tinggi Kota Baharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.
Jumlah meningkat

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.
Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

Satu lagi agenda untuk duduki kerusi MB

on

Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa buruk negara


Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

"Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru-hara," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian di majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.

Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa ahli parlimen LembahPantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.
Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.

Katanya, sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan, juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri.

Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik.

- Bernama

Keluarga 4 remaja simbah cat di surau minta maaf

on

Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.

NONETurut hadir, pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.

"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.

Katanya, beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya.

NONEYeow berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.

Yeow berkata, MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.

Selasa lalu, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

- Bernama

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List