SEKOLAH VERNAKULAR : Cakap le bahasa yang ramai orang faham......

on Aug 26, 2010

Tetap mansuhkan sekolah vernakular - MPM.

0111

PETALING JAYA: Majlis Perundingan Melayu (MPM) kekal dengan pendirian mereka agar sekolah vernakular dimansuhkan walaupun cadangan itu mendapat reaksi negatif daripada beberapa pihak termasuklah Pergerakan Pemuda MCA dan MIC.
Menurut ahli jawatankuasa MPM, Dr Zubir Harun pemansuhan sekolah vernakular itu kerana mahu mewujudkan sekolah integrasi nasional yang lebih baik.
"Kita mahu wujudkan lebih banyak sekolah integrasi nasional…..maka kita lihat cadangan ini perlu dilaksanakan. Tetapi ia terpulang kepada kerajaan sama ada mahu melaksanakannya atau tidak. Ia hanya cadangan daripada pihak kami," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Katanya, cadangan pemansuhan itu turut melihat contoh negara-negara maju lain yang hanya mewujudkan sekolah satu aliran berbanding di Malaysia.
Beliau mahu orang ramai melihat cadangan ini dari sudut positif memandangkan ramai pelajar-pelajar Cina yang tidak mahir menggunakan bahasa ibunda – Bahasa Melayu.
Perkara ini cukup dikesalinya sambil mempersoalkan mengenai tahap bahasa pelajar-pelajar terbabit dalam penggunaan bahasa ibunda.
Singapura tiada sekolah vernakular
"Cadangan ini melihat contoh negara maju lain seperti Singapura yang tiada sekolah vernakular tapi mereka menggunakan sekolah 1 aliran – Bahasa Inggeris.
"Hanya Malaysia masih wujud sekolah vernakular (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil). Tetapi lihat sahaja pelajar Cina yang tidak mahir berbahasa Melayu…apa akan jadi kepada masyarakat kita kelak?" soalnya.
Zubir menjelaskan cadangan itu timbul ekoran kenyataan dikeluarkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu 30 peratus ekuiti Bumiputera dimansuhkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Malah Dr Chua juga turut mendesak agar kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah aliran Cina kerana mendakwa pertambahan murid di samping kepentingan berbahasa Mandarin bagi menarik pelabur dari China.
"Sedangkan dalam perlembagaan termaktub bahawa hanya sekolah kebangsaan layak terima peruntukan kerajaan. Sekolah Agama yang sepatutnya dapat peruntukan juga tidak menerimanya," katanya yang juga merupakan Naib Presiden Perkasa.
"Jika banyak reaksi negatif diterima, kami sedia berbincang dengan MCA berhubung perkara tersebut," katanya lagi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List