Tubuh Parti Cinta Sabah: PKR gantung 12 ahli

on Aug 26, 2010

Jawatankuasa Disiplin PKR mencadangkan 12 anggotanya digantung keahlian satu tahun ekoran aduan penglibatannya dalam penubuhan Parti Cinta Sabah.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata pejabatnya pada 25 Ogos telah menerima hasil siasatan itu yang mengesahkan berlakunya perlanggaran disiplin mengikut Fasal 27.7 perlembagaan PKR.

Menurut fasal itu, setiap anggota hendaklah patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti.

Menurut Saifuddin lagi, hukuman itu hanya akan berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan mesyuarat majlis pimpinan pusat yang akan bersidang pada 29 Ogos ini.

"Pada masa yang bersama 12 penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos nanti," katanya.

Kesemua 12 pemimpin itu ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang, Guandee Kohoi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List