Mahkamah ‘Bini Puaka’: 19 saksi selesai memberi keterangan
Copy & Posted By mahi on
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selesai mendengar penjelasan kesemua 19 saksi yang memberi keterangan dalam kes ‘Bini Puaka’ membabitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Lima pelajar Universiti Malaya didakwa melakukan perbuatan khianat dengan mencurahkan minyak petrol ke atas permaidani beberapa jam sebelum Rosmah hadir bagi melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin, tahun lalu.
Jeffrey hilang kepercayaan terhadap Anwar.......???
Copy & Posted By mahi on
KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR Jeffrey Kittingan kini dikatakan hilang harapan dan kepercayaan terhadap Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penggantungan 12 pemimpin PKR Sabah minggu lalu.
Melihat kepada sikap Anwar yang tiada jauh bezanya antara PKR dan Umno, masalah yang tidak berkesudahan membelenggu Sabah juga dilihat hampir mustahil untuk diselesaikannya.
Rozali dicabar letak jawatan, tanding pilihan raya.......???
Copy & Posted By mahi on
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor.
Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.
"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan.
"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.
Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing.
"(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.
Sebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.
Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.
Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.
Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.
Pada 12 Julai lalu, Khalid menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu yang didakwanya hanyalah untuk melindungi kepentingan Rozali.
"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.
"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya.
Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.
"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya.
Sumber:- MalaysiaKini.
Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor.
Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan.
"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.
Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing.
"(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.
Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.
Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.
Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.
"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.
"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya.
Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.
"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya.
Sumber:- MalaysiaKini.
Zaid Ibrahim kini sedia tanding 'jawatan itu'
Copy & Posted By mahi on
| Walaupun pernah tidak berminat bertanding apa-apa jawatan dalam PKR sebelum ini, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim kita menukar fikirannya untuk merebut "jawatan itu" dalam pemilihan parti November depan. Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan berlaku sekiranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berminat merebut jawatan yang sama. Ini kerana, menurut Zaid (kiri), Khalid merupakan seorang pemimpin yang tidak suka menghentam atau memburukkan orang lain, sebaliknya lebih minat bekerja. "Sebenarnya, itulah pemimpin yang boleh membantu orangMelayu dan parti kita," katanya. Sebelum ini, ketika mengkritik etika pemilihan PKR, Zaid berkata beliau tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam parti tetapi hanya akan berkempen bagi pihak orang muda yang berkebolehan dan jujur. Kenyataannya ketika itu mengendurkan sedikit cakap-cakap beliau akan merebut jawatan timbalan presiden PKR bersama Khalid dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali. Alang-alang nak kena tempeleng Jawatan nombor dua parti itu kini disandang Syed Husin Ali sejak PKR bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini. Menulis dalam blognya hari ini, Zaid menjelaskan walaupun beliau tidak mahukan apa-apa jawatan, beliau terpaksa membuat keputusan baru ekoran asakan demi asakan terhadapnya. "Tapi itu pun kalau Tan Sri Khalid tak mahu jawatan tersebut," katanya dalam perenggan terakhir artikelnya berjudul 'Ibrahim Ali patut Berdialog'. Zaid menjelaskan, seperti ahli parlimen Lembah Pantai Nurul IzzahAnwar yang dicap "liberal" ekoran pandangannya berhubung konsep 'hak' dan 'kedudukan' Melayu, beliau sendiri turut dipandang serong ramai pemimpin PKR ekoran pandangannya dalam pelbagai isu. "Malah dalam masa pemilihan parti dewasa ini, saya telah mendengar bermacam kecaman, bahawa saya akan menjual hak orang Melayu. "Saya kononnya Melayu liberal yang suka mencari populariti murahan dengan bangsa lain dalam parti. "Dan yang paling dahsyat, yang saya akan menggagalkan perjuangan Anwar Ibrahim dan mungkin menjualkan parti PRK ini kepada UMNO suatu hari nanti jika saya diberi kuasa," katanya. Sumber:- Malaysiakini | ||
Khalid Samad: Nazir tolak majlis 'politik' PM
Copy & Posted By mahi on
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu programpolitik.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.
Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Salinan surat berkenaan diedarkan kepada para wartawan.
Tambahnya, tindakan itu dengan jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid bagi tujuan politik.
Katanya lagi, Khusrin (kiri) juga didakwa telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan untuk menjayakan program berkenaan.
"(Ini menunjukkan) Datuk Khusrin adalah ejen Umno yang salahgunakan jawatan dia untuk kepentingan Umno.
"Bila kita buat begitu (guna masjid untuk politik) macam-macam dia kata. Bila dia buat, dia (sanggup) merayu kepada nazir masjid," katanya.
"Masalahnya bila ada pengarah JAIS yang ada agenda politik dan tak ada ilmu, memberi alasan memalukan sehingga orang bukan Islam hilang minat untuk berdamping dengan Islam," katanya.
Khalid juga mendakwa, sultan Selangor juga dimaklumkan dengan maklumat yang salah berkenaan kehadiran ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah masjid.
"Teo Nie Ching difitnah untuk beri tazkirah -- ini disalahmaklumkan kepada sultan sehingga sultan murka," katanya lagi.
Khalid turut menyelar pandangan yang ditimbulkan bahawa orang Islam tidak akan suka sekiranya orang bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan.
"(Mereka) sengaja nak timbulkan tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra," tambahnya.
Katanya lagi, pandangan itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang ingin "membina jambatan" dengan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
Tambahnya, pendekatan ini bertujuan menghilangkan kesangsian antara kaum dan agama seperti yang boleh dilihat melalui kunjungannya ke sebuah gereja sebelum ini.
Sumber:-Malaysiakini
Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Salah-guna kuasa
Permohonan untuk menganjurkan majlis itu, dijadualkan pada 17 Ogos lalu, dihantar oleh setiausaha kerja badan perhubungan Umno negeri.
Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid berkata permohonan itu juga dibuat menggunakan kepala surat Umno Selangor.
Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid berkata permohonan itu juga dibuat menggunakan kepala surat Umno Selangor.
Tambahnya, tindakan itu dengan jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid bagi tujuan politik.
Katanya lagi, Khusrin (kiri) juga didakwa telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan untuk menjayakan program berkenaan.
"(Ini menunjukkan) Datuk Khusrin adalah ejen Umno yang salahgunakan jawatan dia untuk kepentingan Umno.
"Bila kita buat begitu (guna masjid untuk politik) macam-macam dia kata. Bila dia buat, dia (sanggup) merayu kepada nazir masjid," katanya.
Mengulas lanjut, Khalid turut menyelar alasan yang diberikan Khusrin sebelum ini dalam menjelaskan halangan kepada orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.
Mandi hadas
Jelasnya, alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal."
Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas.
Jelasnya, alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal."
Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas.
Khalid juga mendakwa, sultan Selangor juga dimaklumkan dengan maklumat yang salah berkenaan kehadiran ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah masjid.
"Teo Nie Ching difitnah untuk beri tazkirah -- ini disalahmaklumkan kepada sultan sehingga sultan murka," katanya lagi.
Khalid turut menyelar pandangan yang ditimbulkan bahawa orang Islam tidak akan suka sekiranya orang bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan.
Bina jambatan
"Kelangsungan Umno atas dasar perbezaan dan perbalahan (supaya) ada buruk sangka, takut dan tak yakin, supaya orang sokong mereka.
"Kelangsungan Umno atas dasar perbezaan dan perbalahan (supaya) ada buruk sangka, takut dan tak yakin, supaya orang sokong mereka.
Katanya lagi, pandangan itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang ingin "membina jambatan" dengan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
Tambahnya, pendekatan ini bertujuan menghilangkan kesangsian antara kaum dan agama seperti yang boleh dilihat melalui kunjungannya ke sebuah gereja sebelum ini.
Sumber:-Malaysiakini
AKHIR NYA BERSARA JUA....................???
Copy & Posted By mahi on
IGP: Ismail Omar ganti Musa Hassan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.
Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.
Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.
DATUK DR. HASAN ALI........???
Copy & Posted By mahi on
Kes Surau Al Huda Pengarah JAIS akan Dipanggil
SHAH ALAM, 1 Sept - EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam satu kenyataan medianya menjelaskan pihaknya akan memanggil Dato’ Haji Mohammad Khusrin bin Haji Munawi selaku Pengarah JAIS untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh beliau membubar jawatankuasa surau berhubung dengan isu penyertaan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda kajang Sentral.
"Berhubung dengan isu penyertaan Teo yang telah diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu, saya telah diberi penjelasan oleh pentadbiran Surau Al Huda mengenai kejadian tersebut dan apa yang saya boleh perjelaskan disini adalah Ahli Parlimen Serdang memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang. Beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Parlimen Serdang.
"Beliau juga telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau hanya tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
"Tetapi perkara ini telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keroh. Keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak MAIS dan JAIS, dalam masa yang sama pengerusi serta Bendahari Surau dan Pembantu Khas kepada Teo telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Wakil Istana.
"Sejurus selepas pertemuan tersebut, keputusan telah diambil tetapi ia merupakan satu keputusan yang tidak dibayangkan dalam pertemuan itu dan seperti yang dilaporkan, keputusan yang diambil ialah membubarkan jawatankuasa surau dan MAIS mengambil alih pentadbiran surau tersebut," jelasnya.
Tambah Dr Hasan lagi akhbar telah membuat laporan yang berat sebelah mengenai kejadian ini, Teo dilaporkan menyampaikan ‘tazkirah’ serta dalam majlis itu beliau dilaporkan menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli-ahli PAS.
"Berdasarkan rentetan kejadian di atas saya telah mengambil inisiatif berikut saya telah memanggil Jawatankuasa Surau Al Huda untuk menjelaskan kepada saya kejadian yang sebenarnya, selain itu juga saya telah menerima penjelasan daripada Teo dan menghormati hasrat beliau untuk menyembah ampun maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
"Saya akan cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat, mereka perlu memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak-pihak yang berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi. Dengan cara ini diharapkan kejadian yang berlaku di Serdang tidak berulang.
"Dalam pada itu saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih detail dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di Negeri Selangor," sambungnya lagi.
Polis Malaysia tunggu pengesahan penahanan Soosai di India
Copy & Posted By mahi on
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia belum menerima sebarang pengesahan berhubung penahanan seorang lelaki yang didakwa sebagai penjenayah Malaysia, Michael Soosai, yang dilaporkan diberkas di Chennai, India, pada Khamis lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, sehingga kini, tiada pengesahan dibuat oleh polis India yang mengenal pasti lelaki itu sebagai Soosai walaupun ketika ditahan lelaki itu menggunakan nama Karuna Raj.
"Secara rasmi, saya belum terima apa-apa, dan saya telah arahkan supaya Interpol kita menghubungi rakan kita di India supaya mereka dapat berikan cap jari lelaki itu bagi memastikan sama ada dia adalah Michael Soosai, kerana lelaki ini dikehendaki (di India) berhubung dakwaan membunuh," katanya kepada pemberita pada pelancaran Ops Sikap ke-22 di Menara Telekom di sini hari ini.
Selain kes pembunuhan di Selatan India, Soosai juga dikehendaki oleh polis Malaysia kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan membabitkan hampir RM1 juta.
Soosai, 47, bersembunyi sejak hampir 10 tahun lalu setelah didakwa memalsukan kematiannya di Malaysia. Dia didakwa membunuh seorang rakyat Malaysia, N. Subramaniam di Cheyyur, dalam daerah Kancipuram di India pada 2002.
Musa berkata, sekiranya lelaki itu disahkan sebagai Soosai, polis Malaysia akan membantu pihak berkuasa India untuk menjalankan siasatan.
Ketika diminta mengulas mengenai Wee Meng Chee atau yang dikenali sebagai Namewee berhubung klip video terbarunya yang didakwa berunsur perkauman, Musa berkata kes itu akan dirujuk kepada Peguam Negara setelah siasatan selesai.
Wee, 27, yang pernah mencetuskan kontroversi dengan klip video lagu "Negarakuku" telah memberi keterangan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada 9.20 malam tadi.

Bekas MP Tanah Merah antara tiga digantung keanggotaan UMNO
Copy & Posted By mahi on
ANAH MERAH - Tiga anggota Umno Bahagian Tanah Merah termasuk bekas Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Shaari Hassan digantung keanggotaan parti selama tiga tahun, kata Setiausaha Umno bahagian Ahmad Ismail.
Beliau berkata, dua lagi ialah Pemangku Ketua Umno bahagian Nik Kamarulzaman Sulong dan bekas anggota jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Bahari Mohd Nor.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Ahmad berkata, penggantungan Shaari berkuat kuasa pada 10 Ogos lepas, manakala penggantungan Nik Kamarulzaman dan Bahari pula bermula 12 Ogos.
"Bagaimanapun tribunal Lembaga Disiplin tidak menyebut sebab-sebab mereka digantung dan surat yang saya terima bertajuk 'tindakan tatatertib ke atas ahli Umno'," katanya.
Beliau berkata, surat pengantungan kesemua mereka ditandatangani oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 30 Ogos, setelah mesyuarat Lembaga Disiplin pada 27 Ogos lepas mendapati ketiga-tiga anggota terbabit bersalah.
Beliau berkata, Shaari disabitkan mengikut fasal 20.9 (c) Perlembagaan Umno dan dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti atau dipilih sebagai calon pada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum akan datang.
Manakala Nik Kamarulzaman dan Bahari pula, katanya dihukum mengikut fasal 20.9(b) dan dibaca bersama fasal 6.2.2 Perlembagaan Umno, iaitu mereka digantung hak-hak keanggotaan selama tiga tahun atau satu penggal yang mana terkemudian, iaitu hak untuk memilih, dipilih atau dilantik untuk sebarang jawatan dalam parti.
"Penggantungan terhadap ketiga-tiga mereka ini harus menjadi pengajaran kepada anggota agar menggunakan saluran parti dalam menyelesaikan sebarang permasalahan," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad menyeru semua anggota merapatkan barisan dan tumpuan kepada gerak kerja memperkasakan parti dan berkhidmat untuk masyarakat sebagaimana disarankan oleh Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada Jun lepas, bekas Setiausaha Umno bahagian itu Amran Abdul Rahman dipecat setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno bahagian Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalannya Baharuddin Yusof.