Rahsia Ngeri Sungai Panchau.....???

on Sep 17, 2010

Polis menjumpai ratusan fragmen tulang manusia di dasar sungai


KUALA LANGAT: Sungai Panchau dekat sini kemungkinan memiliki lebih banyak rahsia mengerikan daripada yang dibayangkan.
Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai ‘kubur berair’ bagi mangsa bunuh.
Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu.
Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat.
Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan.
Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong.
Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu.
Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka.
Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas.
Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian.
Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam.
“Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini,” menurut satu sumber.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek.
“Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat,” katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam.
Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai ‘dihapuskan’ adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki.
Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan.

Bomoh Durjana.......???

on

SEGAMAT: Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.


Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.


Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.


Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.


Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.


Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.


Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.


“Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.


“Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.


Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.


Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh. “Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.


“Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan,” katanya.


Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.


Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban.


Batu vs Kayu

Zaid says will win — eventually

on


KUALA LUMPUR, Sept 17 — Datuk Zaid Ibrahim has been unfazed by the growing support for his contender, Azmin Ali, in the PKR deputy presidency race, claiming he would likely win the next round even if he faltered now.
Both party strongmen are due to slug it out to replace incumbent Senator Dr Syed Husin Ali, who opted not to defend the post in the party’s first direct elections since its formation in 1999 and merger with Parti Rakyat Malaysia in 2003.
The former Umno man, who created headlines last year when he quit the government and later joined PKR, told The Malaysian Insider in an interview that he would continue his campaign even if he lost in the coming polls.
“Well, if you lose once, it does not mean you will lose again. No problem. I will try again... I am still young, only approaching 60,” Zaid said when met at the Tropicana clubhouse near his residence here.
Looking relaxed, he said that it was “okay” that he was walking into this fight alone, claiming that in the long term, he was likely to win.
Unlike Zaid, Azmin has received endorsements for the deputy presidency race from a host of PKR leaders, including 20 MPs and 13 state assemblymen from Selangor and Negri Sembilan before confirming his candidacy yesterday.
“I will win. I am sure of that. If I do not get the support now, or if not tomorrow, then next year or the year after. You never know,” Zaid said.
The former de facto law minister expressed confidence that if all PKR members knew of his visions and goals for the party, they would back him 100 per cent.
“If they knew me, not just on a personal level, but if they understand in full what I want to do, then yes, why not?
“Unfortunately, our culture does not encourage discourse or debates. Instead, we are branded and people label you and you have to live with that label. It just takes time for people to see the kind of things you have to offer them,” he said.
Zaid pointed out that his brand of politics was clear-cut and vision-based, and that he was an “honest man” who did not believe in flip-flopping on his policies.
“I have been in politics for a long time. I was a minister before and I do not have the ambition to be somebody, the prime minister or something, at some point.
“I want to be a catalyst or someone who can help make the country a better place in terms of policies — that is why I left the government. I am very clear on what I want to do,” he said.
Zaid also said he believed he could bring more inclusiveness in the party and unite the factions.
“I do not like camps or cliques. I do not have preferred leaders. I do not have that sort of habit in me.
“I look at people for the value they give... for the contributions they make and that is how I judge them. I am slightly more open-minded in the way I look at things, and as a reformist party, we need new ideas, new people, the ability to tap into people’s strengths and I think I can play that role,” he said.
MT

Kebesaran ALLAH........

on




PERHATIKAN BETUL BETUL POKOK TU. APA YANG ANDA LIHAT....



Hadapan Masjid  Kg Kuantan,  Kuala Kubu

Tidak Ada PM Selepas Mahathir (Perang Dengan Najib Makin Terbuka)......???

on


Politik terlalu subjektif dan terlalu sukar dijangka. Ketika Najib naik takhta, beliau cuba mengangkat Mukhriz dan meminggirkan khairy. Tujuannya hanya satu, itulah cara untuk mengelak Mahathir dari mengacau pentadbirannya, sepertimana Mahathir mengacau pentadbiran Paklah. Namun sebaliknya berlaku, kini yang nampak ke depan membela Najib dan 1malaysia hanyalah Khairy. Sementara Mukhriz pula mula menunjukkan kuku, cuba menikam halus Najib dengan menyokong pendirian Mahathir terhadap PERKASA. Nyatalah di sini  Najib terlalu mentah dan kekurangan pencak untuk bersilat dengan Mahathir.

Semua orang tidak percaya Ibrahim Ali benar benar hebat hingga dapat menubuhkan Majlis Perundingan Melayu(MPM), jika  tidak dari idea kepala putar belit Mahathir. Semua orang juga percaya jika tidak kerana Mahathir, tidak akan ada NGO besar bernaung di bawah MPM, seperti MUBARAK misalnya.

Mahathir dan Ibrahim Ali sedar, jika Perkasa masuk gelanggang politik tentu sahaja belum tentu akan dapat balik deposit, menang jauh sekali. Tetapi kehadiran Perkasa bukan sia sia. Perkasa hadir untuk memendekkan hayat Najib berada di kerusi selesa PM. Jadi saban hari tugas Perkasa hanyalah memberi komen negatif terhadap pentadbiran Najib. Pada awalnya mungkin agak berlapik dan kurang jelas. Tetapi mutakhir ini belang mula kelihatan. Serangan demi serangan terhadap 1malaysia yang gah dicanangkan oleh Najib, buat Najib jadi benar benar pening.

Dalam apa jua peperangan, 'musuh yang berlagak kawan'lah yang akan meranapkan segala strategi terhadap musuh sebenar dan kini yang makin bercambah di sekeliling Najib hanyalah 'musuh berlagak kawan'. Dari mulut musuh berlagak kawan inilah maka munculnnya kata kata, "UMNO telah lemah", "UMNO sudah hilang sokongan orang melayu", "UMNO tidak lagi perjuangkan melayu", "rakyat tidak faham apa itu satu malaysia" dan macam macam lagi.

Saya tidak fikir orang secerdik Mahathir tidak faham apa itu 1malaysia. Tidak mungkin secepat itu mahathir hilang daya ingatan. Mahathir sangat sangat faham apa itu 1malaysia. Cuma mahathir ingin mewujudkan tekanan terhadap Najib, supaya Najib dapat menjelaskan dasar yang lebih terbuka terhadap semua kaum. Dengan dasar yang lebih terbuka terhadap semua kaum, maka sudah tentu Najib akan hilang kepercayaan di kalangan orang melayu.

Mahathir cuma ingin mewujudkan kebimbangan di kalangan orang melayu. Apa yang cuba digambarkan oleh mahathir hanyalah, jika pentadbiran Najib dibiarkan berpanjangan, hidup orang melayu akan terpinggir kerana naiknya kaum lain dengan dasar yang samarata. Seolah olah ketuanan melayu terancam.

Padahal Paklah dan Najib hanya mewarisi sisa peninggalan najis Mahathir. Negara yang porak peranda, ekonomi yang tenat, masalah sosial, hidup melayu yang melarat dan segala kepincangan adalah hasil dari dasar Mahathir. Najib cuma bernasib malang menerima 'ilmu saka' Mahathir. Mungkin jika Najib tau begini keadaannya bila jadi PM selepas mahathir meruntuhkan Malaysia, sudah pasti lebih baik Najib tanam kacang di Pekan.

Kini hari hari yang mendatang bagi Najib hanyalah hari yang menggerunkan. Senjata Mahathir seperti Ibrahim Ali, Muhyidin, Mukhriz dan lainnya akan terus menikam Najib. Hingga Najib benar benar tersungkur dari takhta. Usaha kini hanya menenggelamkan Najib, hinggakan akhbar dan televisionpun lebih menonjolkan Mahathir lebih dari Najib.

Jika Najib tersungkur kemudian digantikan oleh Muhyidin, dapatkah kita bayangkan  Muhyidin lebih berbisa dari Paklah dan Najib? Muhyidin tidak lain tidak bukan hanyalah ayam laga, yang juga bakal disembelih oleh Mahathir.

Dua-dua pun notebook

on


ini notebook



 ini pun notebook juga ...




Masih kah ingat dengan buku catitan kecil dengan trademark 555 atau sinonim dengan panggilan buku 555 yang suatu ketika dulu sentiasa ada dalam poket sesiapa sahaja yang bertujuan untuk mencatitkan sesuatu.

Biarpun gajet-gajet moden seperti iPad, iPhone, PDA, atau notebook komputer yang canggih-canggih cukup popular pada hari ini, namun notebook 555 ini masih tetap tidak ditinggalkan dan masih lagi famous, ia tetap survived !

Notebook 555 ini masih lagi tetap popular dan masih lagi digunakan oleh generasi-generasi orang-orang lama antaranya pekedai-pekedai runcit, kedai-kedai kopi mamak, mamak-mamak yang jual roti dan yang paling banyak diguna ialah oleh orang-orang yang kena perhatian polis dan AADK.

Seorang gurkah politik di'port' yang terlibat dalam industri percetakan bercerita bagaimana satu syarikat percetakan di sini masih lagi mengeluarkan kira-kira 50,000 ke 60,000 buah buku 555 itu setiap bulan untuk dibekalkan kepada pemborong untuk di edarkan kepada peruncit-peruncit di negeri ini.

Menurut gurkah politik di'port' ini lagi, buku notebook 555 ini masih menjadi 'demand' kerana ia adalah cara yang paling mudah untuk membuat sebarang catatan dan paling di kenali sebagai buku rekod hutang.

Gurkah politik di'port' yang seorang ini pun tetap membawa buku tiga lima ini kemana sahaja dia pergi walaupun ada mempunyai iPhone, kerana menurutnya buku tiga lima ini adalah cara paling senang dan paling cepat untuk merekodkan nombor telefon dan apa saja nota daripada menggunakan iPhone yang terpaksa guna banyak langkah, ke menu lepas search dan dua tiga lagi langkah, dan baru dapat disimpan nota dan rekod itu.

"It is time consuming" katanya dengan penuh bangga dengan ketawa yang berdekah-dekah yang macam musibat.
 

Siti Nurhaliza tarik diri sertai konsert........

on

Siti Nurhaliza tarik diri sertai konsert anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang 25 Sept ini




Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sepatutnya membuat persembahan selama sejam di Konsert Hari Malaysia anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya pada 25 September ini. 

Bagaimanapun Rabu kerajaan negeri menerima surat dari Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd memberitahu penyanyi popular itu menarik diri dari konsert berkenaan atas nasihat doktornya. 

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar di pejabatnya di Pulau Pinang Khamis atas sebab tiada masa untuk membuat perubahan maka konsert berkenaan dibatalkan. 

Beliau kecewa ini terjadi tetapi menghormatinya. 

Katanya surat pengesahan dari doktor Siti Nurhaliza yakni di Prince Court Medical Centre,Kuala Lumpur mengatakan beliau tidak boleh berjalan jauh atau terlibat dalam apa-apa aktiviti semasa menjalani rawatan turut diterima. 

Lim juga memberitahu Siti Nurhaliza Productions telah memulangkan sepenuhnya wang pendahuluan bayaran konsert kepada kerajaan negeri sebanyak RM60,000. 

Penyanyi itu juga kena tanggong kos bagi persiapan konsert berkenaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri setakat ini.

PANAS.......!!!.....Kenapa ni Nurul...???....

on



Hal-hal begini yang adakalanya kita terpaksa kena pinjam kata-kata... Lu fikirlah sendiri .Pelik bukan mengenangkan pendirian Nurul Izzah,Ahli Parlimen Lembah Pantai anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bab pemilihan jawatan PKR. 

Tempoh hari bersungguh-sungguh kata tak memihak antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka berentap jawatan Timbalan Presiden. 

Sebaliknya bila Senator Dr Syed Husein Ali secara rasmi umum undur diri dari jawatan Timbalan Presiden Rabu,beliau terus ubah nada dan ‘tunjuk belang’ sebenar. 

Nurul secara terbuka istihar beliau sokong Zaid semasa sidang akhbar di Kuching Khamis sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur setelah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli PKR negeri itu. 

Beliau tidak lagi berselindung dengan menilai Zaid sebagai pemimpin yang berwawasan dan PKR memerlukan pemimpin seperti ini. 

Dalam ucapan pada malam sebelumnya beliau mengingatkan ahli parti itu agar tidak memilih mereka yang musang berbulu ayam. 

Siapa agaknya yang beliau maksudkan kerana dalam sidang akhbarnya Nurul menjelaskan beliau tidak merujuk kepada Zaid sebagai musang berkenaan. 

Hairan bin ajaib ketika bapanya diketahui umum dokong Azmin tapi Nurul mengambil pendiriran sebaliknya. 

Apakah Nurul ikut angin ibunya Datuk Dr Seri Wan Azizah Ismail yang bukan rahsia lagi dingin terhadap Azmin. 

Kata orang kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.Ini sudah dua pokok yang bergoyang serentak. 

Mungkinkah perasaan peribadi tertentu lebih menguasai denyut nadi Nurul hingga negatif terhadap Azmin. 

Lojiknya memang tak lojik kerana Nurul sepatutnya lebih kenal Azmin yang sebegitu lama menjadi pegawai dan orang kuat bapanya luar dalam berbanding Zaid yang baru Julai tahun lalu menyertai PKR. 

Kalau sudah gandingan ibu dan anak tak sealiran dengan pandangan bapa salahkah kalau orang cakap pasti ada yang tak kena termasuk mengimbas kisah-kisah Anwar-Azmin yang didakwa bekas rakan tenis, Datuk S Nallakarupan. 

Azmin sendiri perlulah rasa tidak sedap badan dengan cacamarba macam ni. 

Jangan kata orang biasa tetapi ahli-ahli PKR sendiri pun tentu tertanya-tanya apa puncanya sampai jadi begitu. 

Siapa tahu ada perkara yang Nurul dan ibunya boleh bendung perasaan dikaca mata ramai tetapi bila datang bab perhitungan yang menyentuh jiwa begini mereka terpaksa tekan brek kecemasan. 

Mungkin demokrasi individu dalam membuat pilihan dijadikan alasan penyedap bicara.Cuma anihnya Nurul sealiran dengan segala bab politik dengan bapanya tetapi nampaknya dalam bab Azmin mereka ibarat simpul mati tidak boleh menyatu. 

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,Zaid dipetik dengan nada menyindir mengulas cara Azmin umum secara rasmi nak bertanding jawatan Timbalan Presiden di Kota Kinabalu pagi Khamis yang dibelakangi oleh sebilangan pemimpin PKR dalam sidang akhbarnya. 

Beliau merujuk kepada pengumuman Azmin yang dibuat di hotel lima bintang Tanjong Aru Beach Resort. 

“Dia ada stail” sambil menambah sindirannya dengan ungkapan “ menakutkan”. 

Zaid berkata cara tunjuk kuat begitu hanya akan mencetuskan suasana tegang dalam parti. 

Dakwanya beliau juga ada penyokong dikalangan ahli parlimen PKR tetapi tidak mahu pamer masa buat pengumuman. 

Kata Zaid ada banyak masa lagi untuk kempen kerana pencalonan belum lagi dibuat. 

Beliau juga kesal dengan keputusan Anwar tidak mahu bertanding apa-apa jawatan. 

Katanya jawatan Penasihat PKR bukanlah jawatan yang diiktiraf dalam perlembagaan parti.

Nazri Aziz Berentap Dengan Perkasa Perak

on



Perkasa Perak menegaskan pihaknya tidak akan menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 tetapi mahu melihat sejauh mana perikatan 13 komponen itu mampu menghadapi saingan Pakatan Rakyat (PR) kelak.

Merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail berkata, BN dan Umno tidak seharusnya bersikap angkuh bahawa mereka mempunyai sokongan kuat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.


“Nazri berkata Perkasa Perak tidak ada sokongan... kalau begitu apa perlu bising sehingga Umno kena menjauhi Perkasa.

“Apa perlu menyerang pertubuhan NGO yang kerdil macam Perkasa. Memang kami kecil dan Umno hebat, sebab itu Perak jatuh ke tangan PR dalam pilihan raya ke-12,” kata beliau dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider.
Zaini berkata, Perkasa Perak mahu menasihatkan Umno dan BN Perak jangan angkuh dan bercakap besar.


“Tapi orang nazak selalu cakap merapu... kami bukan parti politik tapi NGO, undi dari kumpulan yang dikatakan kecil dan tiada sokongan boleh bantu siapa menang dan siapa kalah.


“Kalau angkuh macam ini, apa-apa pun kita tunggu pilihan raya umum ke-13. kami tidak akan menentang BN, cuma kami nak tengok sejauh mana kekuatan BN lawan Pakatan,” katanya.
Perak merupakan antara negeri yang jatuh ke tangan PR, tetapi ia diambil alih oleh BN awal tahun lalu selepas tiga Adun mereka keluar parti.


Dalam kenyataannya semalam, Nazri yang mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia seolah-olah memperlekehkan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memberikan liputan meluas kepada pertubuhan bukan kerajaan sehingga mengetepikan pendirian Umno berkata, beliau berpendapat bahawa laporan tinjauan akhbar itu hanya berdasarkan temu bual terpilih dengan minoriti Melayu.


Nazri menegaskan, ia tidak semestinya menggambarkan pandangan akar umbi.
“Bagi saya, mereka tidak mewakili perasaan orang Melayu di akar umbi kerana orang Melayu yang menyokong PAS akan terus menyokong PAS tanpa mengira apa yang diperkatakan oleh Utusandan begitu juga pengikut PKR yang akan menyokong (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)... mereka tidak kisah apa yang Utusan kata, dan begitu juga yang membabitkan lain,” katanya lagi.

Nazri memberikan contoh persekitaran di bahagian Parlimen Padang Rengas, Perak dengan berkata, Perkasa tidak dapat mengocak pengundi-pengundi Melayu di kawasannya.

“Saya ketua Umno Padang Rengas... di akar umbi, tiada cakap-cakap mengenai Perkasa dan di bahagian saya, tiada mereka yang menyertai Perkasa.

“Begitu di bahagian jiran Kuala Kangsar, Sungai Siput, Lenggong, Bukit Gantang... Perkasa tiada impak langsung,” kata Ahli Parlimen Padang Rengas ini.


Nazri menambah, Perkasa hanya dijadikan popular oleh Utusan Malaysia


Kes bunuh Sosilawati: Nyaris jadi mangsa kelima

on

KUALA LUMPUR: “Jika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008.


Usahawan yang juga ahli politik bergelar Datuk itu berkata, suspek utama kes pembunuhan itu yang juga seorang peguam menghubunginya pada 9 September lalu dan memintanya datang ke pejabat bagi mendapatkan wang bayaran penjualan tanah berkenaan.

“Suspek minta saya datang tapi pada hari berkenaan saya tiada di Banting kerana berada kampung di Johor untuk menyambut Aidilfitri keesokannya. Ini menyebabkan dia menyuruh saya datang pada 13 September pula,” katanya ketika ditemui kelmarin.


Katanya, dia membatalkan niat untuk ke pejabat guaman suspek selepas media melaporkan Sosilawati ditemui mati dipercayai dibunuh peguam terbabit yang juga rakan kongsi pembelian tanah berkenaan.


“Saya, Sosilawati dan peguam itu sebelum ini kenalan rapat sejak tiga tahun lalu,” katanya.


Sebelum itu, katanya, dia menghubungi suspek bertanyakan mengenai Sosilawati yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, namun peguam terbabit menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan dan dia hanya perlu hadir ke pejabatnya mendapatkan wang keuntungan penjualan tanah berkenaan seperti dijanjikan.


“Dalam perbualan melalui telefon itu, dia juga mengaku sudah dua kali memberi keterangan kepada polis dan memaklumkan tiada apa yang perlu dirisaukan. Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu dia ditahan polis,” katanya.


Menceritakan mengenai urus niaga tanah itu, Datuk berkenaan mendakwa berkata, peguam terbabit memujuknya melabur bagi membeli sebidang tanah seluas 12 hektar di Batu Feringgi milik seorang warga tempatan pada harga RM25 juta dan perlu membayar deposit RM2.5 juta.


“Saya bagaimanapun beritahu tiada wang sebanyak itu. Dia memberi idea supaya saya berkongsi dengannya, Sosilawati dan seorang lagi rakan bagi membayar wang pendahuluan berkenaan,” katanya.


Katanya, dia dan Sosilawati serta seorang lagi rakan bersetuju membeli tanah berkenaan selepas dipujuk suspek kerana dijanjikan tanah berkenaan memberikan pulangan lumayan kepada kami. “Pembelian tanah melalui syarikat Sosilawati itu diuruskan suspek yang mengambil masa enam bulan sebelum berjaya dijual kepada satu syarikat dengan harga RM29 juta,” katanya.


Katanya, semua nampak lancar apabila suspek menunjukkan dokumen perjanjian jual beli dan ketika itu tiada yang meragukan.



“Dia membayar kembali modal RM2.5 juta kepada kami dalam tempoh enam bulan selepas menerima bayaran deposit RM2.9 juta daripada syarikat yang membeli tanah berkenaan. Bagaimanapun, kami gagal memperoleh bayaran keuntungan RM4 juta seperti yang dijanjikan walaupun sudah dua tahun berlalu.

“Dalam tempoh itu, saya sering menghubunginya bertanyakan perkara berkenaan dan kadangkala marah dengan jawapan suspek kononnya ada masalah dalam pertukaran hak milik,” katanya.


Selepas dua tahun, dia dihubungi suspek menyatakan wang keuntungan berkenaan sudah diperoleh dan perlu hadir ke pejabatnya bagi mendapatkannya. Namun, takdir menyebelahinya apabila dia mendapat maklumat pada 12 September bahawa peguam itu ditangkap polis berhubung kes bunuh dan bakar Sosilawati dan tiga rakannya.


“Kemungkinan Sosilawati juga disuruh datang ke pejabat suspek bagi mendapatkan wang keuntungan berjumlah RM4 juta itu, namun kedatangannya dan tiga yang lain seolah-olah menempah ajal.


“Jika saya tidak menyedari kes pembunuhan itu, saya mungkin turut menerima nasib sama. Malah, saya diberitahu pihak berkuasa bahawa suspek dipercayai mengaku sudah merancang bagi membunuh saya dan rakan pada hari itu,” katanya.

Beliau membuat laporan mengenai kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat (IPPDKL), Selasa lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List