Pemilihan PKR Permatang Pauh : Bolehkah Datuk MANSOR berbangga dengan kemenangannya?

on Sep 20, 2010





19 September 2010 dalam pemilihan PKR Permatang Pauh yang buat julung kalinya diadakan dan telah berjalan serentak dengan Mesyuarat Agong Tahunanan PKR Permatang Pauh buat kali yang ke 7 . Dalam pemilihan yang diadakan bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang juga telah menyaksikan Datuk Mansor Othman menang percuma kerana Che Mat atau Pak Tam yang sebelum itu mempertahankan jawatannya telah menarik diri pada saat – saat akhir.

Dikatakan penarikan diri oleh Pak Tam itu adalah kerana faktor kesihatan.

Dan secara rasminyaDatuk Mansor Othman telah diumumkan sebagai penyandang bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh.

Itu adalah penulisan seorang manusia yang hipokrit!

Ini kisahnya..


Apa yang sebenarnya berlaku ialah telah muncul satu tangan ghaib yang telah menalipon Pak Tam pada sekitar jam 3.00 petang hari Sabtu, menasihatkannya agar menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada Datuk Mansor.

Setelah habis masa untuk memikirkan nasihat itu pada sekitar jam 4.00 petang dengan disaksikan beberapa orang ahli-ahli PKR Permatang Pauh (Sorang tu aku tak tahu samada dia ahli ataupun bukan), Pak Tam menalifon kembali tangan ghaib tersebut menyatakan beliau akur dengan nasihat tersebut.

Dengan segera berita tersebut tersebar ke hamper seluruh Permatang Pauh melalui sms, bukan Permatang Pauh sahaja malah sampai ke Batu Maung yang berada di sebelau Pulau.

Dalam perbincangan dengan beberapa ahli-ahli PKR tersebut, Pak Tam telah diingatkan bahawa beliau disarankan untuk mempertahankan jawatan tersebut oleh akar umbi. bukannya disarankan oleh beberapa ahli-ahli PKR yang hadir disitu atas permintaan Pak Tam.

Akibat dari penarikan diri secara mengejut itu pasti akan menimbulkan kemarahan 40 orang wakil dari ranting-ranting yang telah bersetuju menyokong Pak Tam untuk mempertahankan jawatannya.

Penarikan diri oleh Pak Tam itu telah memaksa 5 orang yang bertanding dalam pemilihan tersebut membuat keputusan untuk menemui DS Wan Azizah bagi membincangkan hal campurtangan oleh tangan ghaib yang telah menasihatkan Pak Tam agar menarik diri.

Bagaimanapun tiada keputusan yang dicapai pada pertemuan jam 11.00 malam tersebut di sebuah rumah.

Dan dalam pertemuan tersebut mereka yang berlima tersebut setelah berbincang panjang telah juga mengingatkan DS Wan Azizah akan implikasi dari penarikan diri oleh Pak Tam secara mengejut ituoleh akar umbi.

Kerana bagi mereka, bukan semua ketua Ranting yang berada di Permatang Pauh akan boleh menerima penarikan diri Pak Tam secara mengejut itu.

Dr Molly... you really make me proud as PKR member.

Dan sebagaimana yang dijangkakan.. pada mesyuarat yang berlangsung pagi Ahad itu setelah DS Wan Azizah mengumumkan bahawa Pak Tam telah menarik diri dari bertanding dan kemenangan percuma diperolehi oleh Datuk Mansor dan Pengerusi mengulasnya bangun seorang Ketua Rating dari DUN Seberang Jaya mempertikaikan penarikan diri Pak Tam itu.

Yang dipertikaikannya ialah mengapa Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang telah ditulis pada malam 18 September tetapi diletakkan tarikh 17 September sedangkan menurut notis yang dikirimkan kepada 6117 ahli PKR Permatang Pauh jelas tercatat jelas Tarikh Akhir Bantahan /penarikan diri calon adalah pada 8 September 2010? KENAPA?

Apa gunanya digubal peraturan jika pimpinan sendiri tidak mahu mematuhi peraturan yang mereka sendiri gubal? Apa bezanya PKR dan UMNO disini?

Beliau juga mempersoalkan adakah benar wujud tangan ghaib yang telah memaksa Pak Tam menarik diri? Kerana beliau telah terdengar akan wujudnya tangan ghaib tersebut, jika benar apa yang didengarinya itu, kenapa perlu ada pemilihan? Kenapa perlu membazirkan duit, membazirkan masa untuk mengadakan pemilihan tersebut? Biarkan saja tangan ghaib tersebut mengatur seluruh anggota PKR Permatang Pauh dengan sesiapa sahaja yang disukainya..

Katanya juga, jangan sangka selama ini PKR Permatang Pauh tidak pernah kalah dalam beberap siri PRU yang lepas PKR Permatang Pauh sudah kuat, sedarlah yang memberikan kekuatan dan kemenangan itu adalah penyokong-penyokong dari akar umbi.

Kemudiannya bangun pula seorang lagi ahli dari Ranting yang lain pula mempertikaikan tentang alasan yang tertulis dalam surat penarikan diri tersebut yang memberikan alasan faktor kesihatan.

Kata beliau apa gunanya kita mendoakan agar kesihatan Pak Tam pulih seperti sedia kala sedangkan dalam masa yang sama kita tidak yakin akan kesihatan Pak Tam akan kembali pulih seperti sediakala dengan menerima alasan beliau menarik diri atas faktor kesihatan?

Jawapan yang diberikan oleh DS Wan Azizah itu rasanya tak perlu ditulis disini.. Cuma bayangkan bagaimana seorang ibu memujuk anak kecilnya yang merajuk dan menangis kerana tidak dapat apa yang dihajatkan..

Bangun pula seorang lagi mempertikaikan akan kesahihan surat tersebut kerana baginya beliau telah lama mengenali Pak Tam dan tahu hati budi Pak Tam dan Pak Tam bukanlah semudah itu untuk menukar pendirian jika tiada arahan dari tangan gahib tersebut.

Itu adalah serba sedikit dari apa yang berlaku dalam Mesyuarat Agung PKR Permatang Pauh.

Apa yang menimbulkan tanda disini apakah tiada kekuatan atau keyakinan diri dalam diri Datuk Mansor untuk memenangi jawatan tersebut sehingga beliau perlu menggunakan tangan ghaib untuk memenangi jawatan Timbalan Ketua Cabang tersebut?

Bolehkah kemenangan sebegini dibanggakan? Kemenangan dengan meminta tangan ghaib menghilangkan cabaran terhadap beliau?

Dimanakah kekuatan sebenar beliau yang dikatakan telah menangangi 1001 macam masaalah di Penanti seperti yang didakwa oleh tangan ghaib tersebut?

Beliau sepatutnya malu dengan kemenangan tersebut, kemenangan yang jelas dibantu oleh tangan ghaib tersebut.. kemangan yang bakal memihak kepada sesiapa sahaja yang dibantu oleh tangan ghaib itu hatta sebatang kayu sekalipun..

Kami cuma mahukan pemilihan sesihat mereka ini..

Dan pemilihan PKR Permatang Pauh ini keputusannya juga memberikan satu isyarat yang amat jelas kepada tangan ghaib tersebut bahawa bukan semua pilihannya akan disokong oleh akar-umbi, apa yang akan disokong oleh akar umbi ialah kelompok yang berkerja bersama-sama mereka ketika menghadapi PRU mahupun PRK.. bukannya pemimpin yang diturunkan dari langit.

Dalam pemilihan ini wujud dua pasukan, satu pasukan memihak kepada calon pilihan kesayangan tangan ghaib tersebut yang telah menyelesaikan 1001 masaalah di Penanti kononnya dan satu lagi pasukan yang telah bersama akar umbi yang telah lama bergerak bersama-sama dengan Pak Tam dalam menjayakan semua Pilihanraya..

Biarpun Pak Tam ditewaskan oleh tangan ghaib, namun hasilnya akar umbi tetap memilih pasukan yang telah bersama-sama berkerja dengan Pak Tam selama ini..

Anuar Bin Che Mat (Anak Pak Tam la ni..) dengan poster
Team Pro Pak Tam

Hasilnya Permatang Pauh telah menyaksikan seluruh nama yang di bariskan sebagai calonkan oleh pasukan yang bersama Pak Tam (Pro Pak Tam) menang dan hanya seorang dari pasukan Datuk Mansor Othman itu memenangi jawatan AJK..

Dan ini adalah angka yang boleh dibayangkan akan diterima oleh Datuk Mansor jika tangan ghaib tidak memainkan peranannya..

Keputusan bagi Naib Ketua Cabang Permatang Pauh.
1 ~ Cikgu Alias Bin Said (kumpulan Pro Pak Tam) mendapat 127 undi.
2 ~ Ramli Bulat (dia ni kira calon Bebas lah…) mendapat 20 undi.
3 ~ Zainal Abidin Bin Saad (Kumpulan Pro Datuk Mansor) mendapat 72 undi.

Angka-angka tersebut jelas menunjukkan bahawa jika tiada tangan ghaib terlibat, Datuk Mansor akan tewas di Permatang Pauh!! Pasti Tewas..

Perlu diingatkan bahawa jika 2 kumpulan dari Ranting yang bertindak keluar Dewan dan meninggalkan majlis tanpa mengundi kerana menunjukkan protes terhadap penarikan diri secara tiba-tiba oleh Pak Tam itu angka yang diperolehi oleh Cikgu Alias itu akan jauh lebih tinggi..

Apa yang kita saksikan juga dalam pemilihan ini ialah demi menjaga status seorang TKM ataupun demi menjaga EGO seorang pemimpin Parti.. seorang pejuang yang telah bertungkus lumus berkerja untuk parti telah menjadi korban.. biarpun yang dikorbankan itu adalah orang yang telah menggerakkan seluruh jentera PKR Permatang Pauh untuk memberikan kemenangan kepada pemimpin tersebut..

Demi menjaga Imej dan juga EGO seorang pemimpin parti, peraturan atau etika pemilihan dilanggar lagi…

BERAPA BANYAK ETIKA SEBENARNYA YANG PERLU KITA LANGGAR UNTUK MENYELAMATKAN EGO ATAU IMEJ SEORANG PEMIMPIN??????


Buat Faekah andaikata anda terbaca artikel ini, sebenarnya pada malam perjumpaan tersebut anda berhadapan dengan beberapa orang dari golongan professional yang tidak menggunakan status mereka untuk mendapatkan jawatan didalam PKR.. pasai tu la umpan hang tak sangkut…

Dan buat DS Wan Azizah.. kami cuma mahu apa yang dicatit didalam peraturan di turuti oleh semua pihak biarpun pihak pimpinan sendiri sekalipun.. tiada niat untuk membawa PKR kejurang kehancuran..

Bagi kami apa yang jelas melanggar etika itu tetap melanggar etika biarpun ianya dilakukan oleh pihak yang menggubalnya..

Dan buat seluruh warga PKR Permatang Pauh yang telah memenangi apa saja jawatan biarpun sebagai pemeriksa kira-kira sekalipun..

TAHNIAH!! Dan Selamat Menjalankan Tugas..

Penduduk Cina Pandamaran marah, mahu Ronnie letak jawatan ADUN

on


Penduduk kaum Cina di Pandamaran,Klang mengadakan demontrasi mendesak Ronnie Liu meletak jawatan kerana didapati gagal memberikan khidmat kepada rakyat meskipun hampir tiga tahun menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu.
Penduduk yang berjumlah lebih 30 orang itu yang berkumpul di kawasan Pejabat DAP di Jalan Besar di situ kira-kira pukul 10.30 pagi sebagai menyatakan rasa marah mereka terhadap Ronnie yang didakwa tidak banyak menyelesaikan masalah mereka di kawasan berkenaan.
Rata-rata penduduk menyatakan punca utama mereka bertindak sedemikian ekoran masalah-masalah yang gagal diselesaikan oleh Ronnie antaranya untuk membantu menjaga kebajikan penduduk di kawasan itu selain usaha menaik taraf hidup serta persekitaran kawasan berkenaan seperti mana yang dibuat pada pilihan raya umum lalu.
Seorang penduduk wakil penduduk Pandamaran ketika ditemui, Tew Ying Liew menyatakan, perasaan kurang senang serta tidak puas hati dengan Ronnie mendapati tidak menjalankan tugasnya dengan sebagai wakil rakyat untuk masyarakat di Pandamaran.
Ronnie juga jelasnya langsung tidak memperdulikan masalah rakyat di kawasan tersebut setelah aduan yang dibuat oleh rakyat melibatkan pembangunan kawasan sehinggalah kepada usaha untuk membantu rakyat di kawasan itu.
"Bukan hanya tidak tunaikan janji, kita nak jumpa pun susah," katanya.
Beliau menyatakan lagi bahawa sebilangan besar penduduk Pandamaran hilang keyakinan serta kepercayaan mereka terhadap Ronnie yang suka berbohong daripada menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.
Dalam masa yang sama, kumpulan penduduk itu juga turut menyelar tindakan Ronnie yang memecat bekas pembantunya, Tee Boon Hock yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Menurut mereka, Tee telah banyak individu telah banyak membantu masyarakat di kawasan berkenaan dan pemecatan itu adalah tidak wajar dan tidak adil

Saiful-Farah: Rayuan Anwar Ibrahim ditentukan hari ini.......???

on


Jeng … jeng … jeng … Pada 9 pagi Isnin ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu tuduhan kes liwatnya digugurkan. Ini merupakan percubaan kedua Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat ke atasnya.
Penentu nasib Anwar nanti ialah panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop.
Pada pagi 17 September lalu, pihak pendakwa yang diketuai Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya mengatakan Anwar tidak ada hak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Ogos lalu. Menurutnya keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah itu bukan keputusan yang terakhir.
Berikutan itu, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh memohon kepada mahkamah memberi mereka masa untuk menyediakan persiapan hujah berikutan pihak pendakwaan tidak memberikan notis untuk membangkitkan isu itu.
Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop kemudian membenarkan permohonan Karpal dan menetapkan pendengaran bantahan awal pada 9 pagi, 20 September, tarikh yang sama kes liwat ini sepatutnya bersambung di Mahkamah Tinggi.
Anwar memfailkan rayuan itu berikutan dakwaan kononnya hubungan intim antara pengadu dan saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif menjejaskan kes itu. Anwar mendakwa menerusi hubungan sulit itu Saiful mempunyai akses kepada maklumat kes.-

Anwar nak jadi supreme leader…Ezam

on

Senator Ezam Mohd Noor dan Datuk S Nallakaruppan menjadi tumpuan wartawan ketika mereka berdua menghadiri Majlis Rumah Terbuka Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Serbaguna bangunan Parlimen awal petang Ahad.

Sebagai orang yang banyak tahu luar dalam PKR sejak ditubuhkan ia dibentuk mereka mungkin dapat memberi ‘ sudut pandang’ kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu sangat bertanding jawatan Presiden PKR dan kenapa Nurul Izzah sokong Datuk Zaid Ibrahim.

Bagi Ezam mudah saja.Katanya Anwar mahu mengekalkan statusnya sebagai the supreme leaderyang tidak boleh disentuh.

“Malulah Anwar …mana tau dalam keadaan sekarang ada sesiapa yang lawannya di jawatan Presiden,”katanya.

Katanya jadi Anwar merasa imejnya tidak tercalar dan tunjuk kepada semua orang siapa pun tidak lawannya sekalipun jawatan Penasihat PKR tidak ada dalam perlembagaan parti.

Ezam bertanya adakah ini yang dimaksudkan demokrasi yang hendak dibanggakan oleh PKR sedangkan pemimpin nombor satu takut nak berdepan dengan pilihan ahlinya.

Bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu itu menilai pemilihan PKR ini hanyalah berkisar kepada soal keluarga dan kawan-kawan rapat Anwar sahaja.

“Ia hanya melibatkan Anwar,Wan Azizah,Nurul Izzah…Azmin Ali dan beberapa kawan rapat lain,”katanya.

Katanya malah pemilihan jawatan dalam parti lain seperti UMNO,MCA malah DAP lebih demokkratik dari apa yang sedang berlaku dalam PKR.

Katanya sudahlah Anwar tidak mahu bertanding...sesiapapun tidak boleh bayangkan Wan Azizah atau Azmin akan kalah dalam pemilihan ini.

"Tetapi semua orang tahu dalam misalnya dalam MCA Ong Tee Keat kalah...begitu juga dalam pemilihan UMNO,"katanya.

Menurut Ezam beliau mendapat feedback bahawa sudah makin ramai ahli-ahli PKR di sana sini yang merungut bab ini.

Dalam pada itu katanya pemilihan PKR yang dikatakan kononnya nak diadakan dalam semangat kekeluargaan menyaksikan pertandingan ‘ gila-gila’ di cabang-cabang semata-mata kerana nak berebut jawatan.

“Saya dapat tahu di satu cabang di Selangor ni ada yang Exco Kerajaan Negeri PKR berentap dengan Exco Kerajaan Negeri PKR …cuba bayangkan sampai tahap itu sekali sedangkan masing-masing boleh berkompromi,”katanya.

Sementara itu Nallakarupan yang merupakan bekas rakan tenis Anwar tidak hairan langsung dengan tindak tanduk Nurul Izzah menyokong Zaid dan tidak Azmin Ali yang merupakan blue eye boy Anwar.

She knows he father is not proper (dia tahu bapanya tidak betul),”katanya ringkas menjawab soalan berkenaan.

Serentak dengan itu Nallakarupan juga mencabar Anwar supaya menjawab segala tuduhannya yang dibuatnya selama ini terhadapnya.

“Kenapa dia terus diam,” beliau bertanya sambil mengeleng kepala dan tertawa.

Pemilihan PKR: Mari teropong gerak langkah Anwar

on


Tentu ramai berasa pelik bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beria-ria nak jadi Perdana Menteri menolak pencalonan bertanding jawatan Presiden PKR.
Ketua Pembangkang itu mengulangi pendirian tidak mahu dicalonkan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti meskipun sehingga petang Ahad beliau sudah menerima tujuh pencalonan untuk jawatan presiden.
Seorang lagi yang dicalonkan untuk jawatan itu ialah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menerajui parti itu sejak ditubuhkan.
Pada 14 September lalu, Anwar menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan tetapi Majlis Pemuafakatan Kepemimpinan Selangor dan PKR Kedah mahu beliau bertanding kerusi presiden.
Dalam kenyataan hari ini, Anwar berterima kasih kepada cabang-cabang yang telah mencalonkannya untuk menggantikan Dr Wan Azizah.
“Saya minta jangan ada lagi pencalonan kerana saya telah buat ketetapan dan tidak akan bersedia mengambil jawatan presiden parti Keadilan,” kata Anwar.
Jelas Anwar, Dr Wan Azizah telah berjasa mengukuhkan parti dan kerjasama dengan PAS dan DAP.
“Dan, kepimpinannya masih diperlukan,” katanya.
Menurut Anwar beliau selesa untuk kekal sebagai penasihat PKR dan memantau parti agar tidak tergelincir daripada perjuangannya.
Walaupun, pendiriannya itu akan menimbulkan rasa kecewa dan tidak puashati cabang-cabang PKR yang mencalonkanya, Anwar tentu ada percaturan politiknya sendiri apabila berbuat demikian.
Ianya juga mungkin ada kaitan dengan kes liwatnya yang masih dalam perbicaaan.
Ataupun Anwar masih berharap Wan Azizah sekali lagi berperanan meraih simpati bagi mengerakkan reformasi ke 2 sekiranya beliau disabitkan kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Jika tidak, mustahil Anwar melepaskan jawatan penting yang boleh memberi keyakinan kepada DAP dan PAS terus kekal dalam pakatan rakyat sehingga tarikh pilihan raya umum akan datang.
Apapun seandainya Anwar kekal dengan keputusan itu, anak emas beliau Azmin Ali yang bakal tersepit dalam perebutan jawatan nombor dua kepimpinan parti itu.
Walaupun Datuk Zaid Ibrahim dilihat bukan saingan besar Azmin, namun jika beliau menang, timbul persoalan adakah ahli parlimen Gombak itu boleh sehaluan dengan Wan Azizah.
Ambil kira kenyataan bebrapa bekas pemimpin PKR yang sudah meninggalkan parti, mereka ada banyak cerita yang disembunyi.
Dalam pada itu, tindakan Nurul Izzah menyokong Zaid dalam pertembungan dengan Azmin, dianggap oleh ahli parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin sebagai signal bahawa Wan Azizah tidak mahu Azmin menjadi pemimpin nombor dua PKR.
Bagaimanapun, Anwar berkata, tiada perbezaan pendapat antara beliau dan anaknya mengenai jawatan timbalan presiden yang Azmin dan Zaid.
Kata Anwar, Nurul Izzah tidak terlibat langsung dengan kedua-duanya dan tidak berkempen untuk sesiapa.
“Dakwaan itu hanyalah fitnah semata-mata,” katanya.
Apakah pengakuan Nurul Izzah menyokong Zaid tidak betul atau fitnah semata-mata?
Malah, Wan Azizah juga masih membisu mengenai kedudukannya sekarang kecuali Anwar yang menyokongnya terus kekal sebagai Presiden.
Sepatutnya, jika Anwar seorang pemimpin yang berpaksikan demokrasi seperti kerap dilaung-laungkannya, beliau tidak boleh menyatakan sokongan kepada Wan Aziizah dan beri kebebasan kepada perwakilan mencadang dan memilih siapa layak mengisi jawatan itu selain Wan Azizah selepas Anwar menolaknya.
Semua ini menjadi semakin menarik untuk diteropong apakah sudah ada keretakan dalam keluarga Anwar gara-gara pemilihan parti sekarang ini.

TIADA SOKONGAN HAJIJI LAWAN MUSA

on

MANTAN Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tuaran, Muhammad Nanti terpanggil menyokong penuh tindakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu, Marsah Muyong untuk tidak menyokong kepimpinan Ketua Bahagaiannya, Datuk Haji Hajiji Haji Noor sekiranya benar berlaku pergeseran politik Hajiji dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Muhammad selaku penyokong setia UMNO yang juga Ketua Cawangan UMNO Batangan Tuaran yang pernah menjadi Pencadang kepada Hajiji sebagai Calon UMNO/Barisan Nasional bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Sulaman dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu, menyesali pergolakan dan pertelingkahan politik kedua pemimpin tertinggi UMNO Sabah itu yang jelas disaksikan apabila Hajiji tidak menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Datuk Dahlan di kediamannya di Bukit Nabila, Kampung Penampang Baru Tuaran pada Hari Raya Ke Tiga yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

"Saya serta sebahagian penyokong UMNO Tuaran mempersoalkan ketidakhadiran Hajiji yang tentunya sedar bahawa Rumah Terbuka Aidilfitri Rahman itu dihadiri sendiri oleh ‘Bosnya’ yang juga merupakan pemimpin nombor satu Sabah selaku Ketua Perhubungan UMNO negeri dan juga Ketua Komponen Barisan Nasional (BN) Sabah dan merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) UMNO di peringkat Pusat.

"Sekiranya Hajiji tidak sehaluan dengan Rahman kerana ‘cemburu’ terhadap kehebatan politik pemimpin muda ini yang terus bersinar dan lantas diyakini Musa sebagai Setiausaha BN Negeri, tetapi Hajiji harus ingat bahwa majlis yang diadakan itu adalah sempena hari mulia bagi Umat Islam untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri dan merupakan saat terbaik bagi umat Islam melupakan pertelingkahan politik serta salahfaham yang berlaku sambil mengambil kesempatan untuk menzahirkan permohonan maaf di antara satu dengan yang lain," kata Muhammad yang sebelum ini mengkagumi kepimpinan Hajiji.

Muhammad yang merupakan Mantan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran amat menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Marsah yang menganggap tindakan Hajiji itu sudah tidak sopan ditunjukkan kepada Musa selaku pemimpin tertinggi yang dianggap oleh sebahagian penyokong dan ahli-ahli UMNO yang hadir sebagai tetamu kehormat di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri keluarga Rahman, Mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tuaran di Kawasan yang terletak di Daerah Tuaran dan berhampiran dengan Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman yang di wakili oleh Hajiji.

“Lupakah Hajiji terhadap jasa tidak ternilai Musa yang telah mengangkat beliau sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah selama dua penggal dalam Kabinet Negeri? Lupakah Hajiji terhadap pengorbanan Musa melantik Hajiji sebagai Bendahari Perhubungan UMNO dan BN negeri?,” kata Muhammad yang bagaikan tidak percaya terhadap kebingungan politik yang dihadapi Hajiji kini.

Menurut Muhammad, beliau dan rakan merasa tersinggung apabila mendapati Hajiji pada hari dan waktu yang sama sanggup menghadiri Majlis Penutupan Kursus yang dianjurkan oleh sebuah badan Agama di Pantai Dantai, Kampung Lok Nunuk Tuaran. Alangkah eloknya jika Hajiji hadiri seketika Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Rahman atau memberikan mandat kepada Setiausaha Politiknya, Kasim Razali untuk merasmikan majlis penutupan kursus itu?

Manakala seorang Ahli Umno yang tidak mahu disebut namanya, menganggap Hajiji sudah terlalu melayan perasaan politik sehingga lupa bahawa suka tidak suka dia harus menyambut ketibaan Musa di majlis itu.

Apakah Hajiji juga sudah dirasuki oleh tingkah ‘Celupar politik’ yang ditunjukkan secara terbuka oleh Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP), Datuk Chin Su Pin yang tidak sehaluan dengan pimpiinan Musa?

Jika sedemikianlah hala tuju politik Hajiji muktahir ini, maka sudah pasti ianya tidak akan mendapat sokongan dan dibiarkan seperti ‘Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya’.

 SABAHKINI.NET

Kes Sosilawati: Jangan cepat memuji polis

on

Lawyers for Liberty amat khuatir kerana ramai ahli-ahli politik dan berbagai pihak lain terlalu cepat memuji pihak polis dalam menyelesaikan kes pembunuhan ngeri Sosilawati Lawiya (gambar bawah) dan tiga orang rakannya yang lain.
Apa yang diperlihatkan dalam kes ini sebenarnya amat jauh sekali daripada kecekapan, daya saing dan profesionalisme yang seharusnya dipamerkan pasukan polis.  Kes ini menunjukkan pihak polis hanya bertindak dengan tegas apabila melibatkan kehilangan seorang "Datuk" kaya dan terkenal.  Dalam masa yang sama tidak memperdulikan atau bersikap sambil lewa terhadap kes-kes kehilangan/ pembunuhan dan kes-kes jenayah komersil.
Selanjutnya dilaporkan bahawa lebih 20 orang yang mungkin dibunuh oleh para penjenayah yang sama.
Bagaimana para penjenayah yang disyaki ini, termasuk dua orang peguam terkenal yang digantung kelayakan profesional guamannya itu dapat melakukan jenayah tersebut dalam jangka masa yang lama dengan kekebalan undang-undang tanpa sebarang tindakan pihak polis?
Maka wajarlah persoalan yang ditimbulkan pihak akhbar barangkali pihak polis telah "dibeli".
Apakah pihak polis kekurangan sumber ataupun sibuk menyiasat dan menganggu ahli politik pembangkang dan pengkritik dengan isu-isu remeh temeh daripada mengambil kira jenayah sebenar dengan lebih serius?
Apakah kita harus terkejut dengan tahap keyakinan orang ramai yang begitu rendah terhadap pihak polis dan pandangan bahawa pihak polis rasuah dan bertindak sebagai pelindung golongan kaya dan berkuasa semakin kukuh?
Lawyers for Liberty (gambar kanan) mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara yang baru bahawa pihak polis akan mengambil tindakan serta-merta terhadap kesemua laporan orang hilang dan mereka yang didapati cuai akan diberi amaran keras.
Tidak seperti kenyataan Ketua Polis Selangor yang bersungguh-sungguh mempertahankan pasukan polis dalam isu ini.  Ketua Polis Negeri patut tidak terus menafikan soalan-soalan yang wajar, bilamana kebarangkalian kecuaian pasukan polis atau rasuah telah mendorong berlakunya banyak lagi jenayah dan kami mendesak diadakan suatu sisatan terhadap kegagalan-kegagalan ini.
Perkara ini mengenangkan kita kepada kes Norizan Salleh yang tidak sepatutnya menerima tembakan sebanyak lima kali dari anggota polis.  Bila aduan keprihatinan ditimbulkan oleh mangsa dan pihak-pihak lain, pasukan polis dan Menteri Dalam Negeri terus menolak aduan tersebut dan mempertahankan tindakan polis itu sebagai betul.
Jika kesnya diambil serius, Aminulrasyid, mangsa polis remaja berusia 15 tahun itu tidak akan terbunuh dalam hujan tembakan peluru, di bawah keadaan yang sama dengan Norizan.
Sikap sinis pasukan polis, bertindak sesuka hatinya tanpa menghormati undang-undang dan piawaian prosedur operasi, tidak akan timbul jika para pegawai kanan polis dan Menteri Dalam Negeri tidak semudah dan secepatnnya dengan secara berterusan melindungi pasukan polis sepenuh-penuhnya serta menolak aduan apabila memang terdapat bukti penembakan sesuka hati, keganasan dan merekacipta bukti.
Begitu juga dengan kes semasa ini, Sosilawati dan kenalannya tidak akan dibunuh jika pihak polis menyiasat kesemua kes orang hilang sebelumnya dan kes-kes jenayah perdagangan yang berkaitan dengan penjenayah disyaki.
Kami seterusnya mendesak Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan serta-merta bagi membetulkan kegagalan profesionalisme dan kecekapan pasukan polis - yang teramat penting sekali dengan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Pihak Polis (IPCMC) sepertimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Di Raja Pembaikan Operasi dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia pada tahun 2004 - serta mengambil serius setiap kes-kes jenayah dan tidak bertindak hanya apabila terkena kepada para Datuk kaya dan terkenal.
*Kenyataan oleh N. Surendran, dari Lawyers for Liberty.

Ahmad Busu Terkejut Dikatakan Meninggal Dunia

on




PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di rumahnya di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.
Dia yang beransur pulih dari penyakit strok itu menepis khabar angin tentang berita kematiannya yang tersebar melalui laman web sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
"Saya masih sihat, saya sendiri terkejut apabila ramai rakan artis dan wartawan yang telefon saya bertanyakan hal tersebut.
"Berita itu juga telah menyebabkan pihak keluarga saya di kampung cemas, daripada mana berita yang mereka dapat pun saya tidak tahu?" ujarnya yang dihubungi mStar Online, Ahad.
Pelakon yang mempunyai empat orang cahaya mata itu memberitahu masih menerima rawatan susulan pada setiap bulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Alhamdulilah, kini saya masih lagi menerima rawatan di PPUM pada setiap bulan. Malah sudah 70 peratus penyakit strok yang saya alami sejak tahun lalu semakin pulih.
"Kini saya sudah boleh berjalan tanpa mengunakan tongkat," katanya yang menasihatkan agar mereka yang menyebarkan sesuatu berita tentang kematian lebih berwaspada.

Abby Abadi Dedah Norman Mahu Rujuk Semula

on




PETALING JAYA: Ketika isu tuntutan wang hantaran RM11,111.11 daripada Abby Abadi terhadap Norman Hakim kecoh "diperdebatkan", timbul cerita panas baru di mana Norman pernah meluahkan perasaan mahu rujuk semula dengan Abby.
Abby berkata, Norman juga pernah meluahkan kata-kata sayang terhadapnya dalam tahun ini termasuklah "saya rindu awak".
"Dia pernah berkata mahu berbaik semula dengan saya tetapi saya buat tak tahu sahaja. Cukuplah dengan apa yang saya terkena sebelum ini," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar, Ahad.
Kata Abby, dia sudah masak dengan perangai Norman dan perasaan terhadap lelaki itu telah lama hilang.
Beritahu Abby, walaupun dia dilihat seperti begitu membenci Norman apabila membaca kenyataan demi kenyataan yang dipaparkan, hakikatnya, Abby tidak pernah menganggap Norman sebagai musuh mahupun kawan.
Cukuplah Norman sekadar menjadi seorang ayah kepada tiga orang anaknya, Mohamed Danish Hakim,7, Marissa Dania Hakim,5, dan Maria Danisha Hakim,2.
“Baru-baru ini, pihak media telah menyiarkan yang saya dan Norman sudah berbaik semula, tetapi sebenarnya tidak. Susah nak cakap, memang sepanjang kami berpisah, hubungan saya dengan dia sekadar biasa-biasa saja," katanya.
Kata Abby lagi, selepas bercerai dia berharap hatinya lebih tenang, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada sahaja masalah diantara dia dan Norman sehingga membuatkan dirinya tertekan.
Malah lebih parah apabila Norman dikatakan mula lepas tangan hal berkaitan anak-anaknya.
“Kalau nak ikutkan, besar tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarga walaupun sudah bercerai, dia perlu mengambil kisah tentang anak-anak.
Mungkinkah Norman akan membuat perjanjian wang hantaran kepada tunangnya, Memey, seperti yang dibuat kepada Abby dahulu?
“Tapi lain pula jadinya. Saya akui dia ada menjenguk anak dan membeli barang-barang untuk mereka, tetapi tidak sekerap dahulu. Apalagi bila berdepan dengannya untuk berbincang tentang hal ini, ia menjadi semakin rumit.
“Sebab itu saya berani membuat kenyataan kepada umum kerana ini saja caranya, demi anak-anak, walaupun orang akan mempertikaikan saya.
“Biarlah apa orang nak kata, sebab saya tahu saya tak akan dapat apa-apa faedah bila buat kenyataan sebegini, tapi ia lebih untuk kebajikan anak-anak saya,” ujarnya.

Lima Remaja Hamil Akan Daftar Masuk Sekolah Harapan Isnin

on




JASIN: Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.
"Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.
"Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut, Ahad.
Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.
Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela.
"Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina.
Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan," katanya.
Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan sistem pembelajaran yang sama.
"Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan indentiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan," katanya.
Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut. -BERNAMA

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List