Kak Wan Vs. Shamsidar Taharin.......???

on Sep 23, 2010




Blog ini gelagatanwar mendoakan agar ‘group’ yang menyokong Zaid Ibrahim dikurniakan kekuatan untuk meneruskan pertandingan sengit pada ketika ini. Berkesempatan ke Bandar Maharani, Muar – untuk berjumpa dengan rakan-rakan; sokongan untuk Zaid di peringkat akar umbi jangan dipandang sepi. Ramai juga yang percaya, Zaid sahajalah yang mampu untuk mempertahan PKR daripada belenggu ‘geng sodomi’ yang suka menjatuhkan orang lain.
Zaid mesti berusaha keras, sambil mengharapkan ‘panggilan manja’ Kak Wan dapat membantunya dalam mendapatkan pencalonan tambahan. Nak bertanding Zaid dah lebih dari layak. Ini cuma nak mendapatkan ‘morale victory’. Panggilan manja Kak Wan lebih ‘valuable’ berbanding dengan ‘panggilan maut’ Pak Sheikh. Kak Wan lebih mampu untuk memujuk bukan MENGUGUT. Ini yang cantik.
Antara ayat Kak Wan: ‘jangan tengok Azmin sahaja….sanggup ke u nak tengok si ‘dia’ itu berada dalam parti’. Ramai yang tak boleh nak define ‘dia’. Tapi ramai yang kata, kalau PKR pilih Azmin; maknanya PKR juga memilih SHAMSIDAR TAHARIN sebagai ‘pemimpin’ parti. Ish, ramai yang takut dengan permainan ‘mandrem’ Shamsidar. Boleh tak tidur malam. Tak percaya? Cuba tanya KETUA UMUM yang kemaruk Shamsidar selama beberapa ketika. Nasib baik boleh ‘tapau’ sebab kawan-kawan. Kalau idak, pening kepala dibuatnya.
Zaid perlu gandakan kekuatan. Jangan terlalu bergantung dengan kekuatan ‘panggilan manja’ Kak Wan. Kena kuatkan jentera sendiri. Guna Lateefa Koya. Guna Jonson Chong.Guna Sivarasa. Guna semua. Jangan nak undur diri.
Selepas 78 cabang PKR selesai bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin memperolehi 43 pencalonan.
Manakala pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan.
Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.
Sebanyak 80 cabang PKR telah bermesyuarat sehingga hujung minggu lalu. Keputusan pemilihan calon di dua lagi cabang di Sabah – Sepanggar dan Pensiangan – belum dapat disahkan.
Kemampuan Azmin memang nampak macam ‘bottomless pit’. Berapa nak? Dia akan bagi. Lawatan ‘Santa Claus’ Azmin ke Sabah mendatangkan hasil yang cukup memberangsangkan. Dengan janji ‘up’ jika dapat pencalonan dan memastikan undi nanti. Memang Azmin hebat. Walaupun bukan Anggota Exco kerajaan Negeri; Azmin mampu mengumpul kekuatan kewangan yang sangat hebat.

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut.......???

on

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.

Kes Bunuh Muthuraja : Pegawai Polis minta RM1Juta dari isteri mangsa?

on














KUALA LUMPUR: Isteri ahli perniagaan India yang hilang tiba di Malaysia pagi ini untuk membantu siasatan tetapi beliau membawa bersamanya bukti yang boleh mendatangkan kesusahan kepada polis.

S Usharani, 24, membawa rakaman perbualan telefon di antara beliau dan seorang lelaki yang didakwa sebagai pegawai polis Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen PKR Kapar Manikavasagam, "pegawai polis" itu menelefon Usharani di Chennai dan menuntut sebanyak RM1 juta untuk pembebasan suaminya.

Muthuraja, pembiaya panggung wayang, dikatakan mempunyai hubungan dengan suspek-suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lowiya dan tiga yang lain. Beliau dilaporkan hilang Januari tahun ini selepas menemui peguam dua beradik itu.

Manikavasagam memberitahu hari ini bahawa apabila beliau menemani Usharani ke ibu pejabat polis daerah Kuala Langat, pihak polis meminta bukti rakaman itu tetapi beliau enggan memberi kepada mereka.


"Saya tetap tidak mempercayai mereka. Jadi saya mahu memberi rakaman ini kepada pihak media terlebih dahulu sebelum memberinya kepada polis," katanya, menambah beliau akan melakukannya pada sidang media esok.

Mengenai perbualan telefon, Manikavasagam berkata, ia dalam bahasa Tamil dan "pegawai polis" itu menyebut namanya sebagai "ASP Suresh".

Ditanya adakah ini menunjukkan bahawa suspek-suspek utama itu (peguam-peguam yang hidup mewah), mempunyai hubungan dengan polis, beliau menjawab, "sudah tentu, kemungkinan mereka turut terlibat."

"Malahan firma peguam suspek (di Banting) terletak betul-betul di hadapan di seberang jalan dengan ibu pejabat polis daerah itu," tambah beliau.

Isteri melawat tempat kejadian

Manikavasagam berkata polis memberitahu Usharani bahawa mereka yakin suaminya telah dibunuh dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302.

Usharani dibawa ke Ladang Gadong di mana pembunuhan itu berlaku dan juga ke sungai di mana tulang-tulang manusia yang tidak dikenali ditemui.

Meskipun demikian, Manikavasagam berkata Usharani enggan mempercayai suaminya telah mati.

"Usharani kelihatan tenang apabila bercakap dengan polis tapi menangis di tempat kejadian. Beliau sungguh sedih tapi berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada polis dalam usaha mencari suaminya," tambah beliau.

Sementara itu, pihak polis meminta salah seorang anggota keluarga Muthuraja datang ke Malaysia untuk memberi bukti DNA bagi mempercepatkan penyiasatan.

Ditanya kenapa Usharani meminta pertolongannya, Manikavasagam menerangkan bahawa beliau telah diperkenalkan oleh rakan-rakan di India.

"Ramai orang di India mengenali saya melalui tugas saya," jelas beliau. "Orang ini secara kebetulan merupakan salah seorang daripada mereka dan memberinya (Usharani) nombor saya. Beliau (Usharani) menelefon saya meminta tolong dan saya setuju."

Manikavasagam memuji pihak polis kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik dan menekankan bahawa ini berhubung dengan keadilan untuk para mangsa dan bukan hanya untuk Muthuraja.

Usharani, yang menginap di sini bersama saudaranya, akan berada di Malaysia selama seminggu untuk membantu siasatan.


Free Malaysia Today

Kenapa Pulak Terlondeh Ni............???

on




Satu lagi projek tipu rakyat telah dilondehkan. Satu urusan jual beli yang tak masuk akai. Itu namanya urusan jual beli gileerrr babi!!

Orang... kalau jual mesti nak dapat untung, tetapi ini tidak. Orang jual ikut harga pasaran berdasarkan nilai semasa. Ini tidak... Tanah tersebut dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dari nilai semasa. Tak ke biol??

Sepatutnya KTMB boleh dapat RM400 juta. Ini ia cuma peroleh RM50 juta jer. Weh... banyak bezanya tu. Mengapa jadi begitu... ek??

Penjual tak untung... tetapi pembeli iaitu Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera pulak banyak beruntung dan bakal dapat keuntungan berlipat kali ganda setelah tanah tersebut dimajukan.

Persoalannya sekarang, keuntungan yang amat banyak itu nanti, akan masuk kantung siapa agaknya ya??

Kalau tengokkan nama... 'Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera' tapi orang masih sangsi dan skeptikal. Ha... ha... ha... Lanun ni, guna nama bumiputera, tetapi apakah ini satu projek bumiputera tipu bumiputera?? Bumiputera elit yang kaya raya dan yang terus menerus gila nak semakin kaya, TIPU bumiputera yang tak berada dan tak berapa nak kaya, macam kita??

Orang juga tertanya-tanya, apakah ini satu lagi permainan silap mata yang bertujuan untuk memperdaya kita?? Kita terpedaya tetapi 'mereka' yang kaya!!

Atau... apakah ini kerja kerajaan UMNO untuk menipu rakyat bagi mendapatkan dana segera untuk membiayai kos pilihan raya yang bakal diadakan tak lama lagi. Kemungkinan itu ada, memandangkan kantung UMNO yang dibiayai kerajaan secara 'diam-diam' sudah semakin kering. Apa tah lagi, ini bukan pertama kali mereka buat kerja seperti ini. Ingat skandal MRCB dan Realmild?? Itulah cara mereka menipu rakyat untuk mengisi kantung UMNO!!

Jadi, syabas kepada Nurul Izzah kerana berjaya melondehkan satu lagi projek menipu rakyat!! Dengan pendedahan ini, biar rakyat sentiasa peka dan bukak mata akan kerja kotor mereka. Dan... semoga timbul kesedaran untuk rakyat menolak kerajaan lanun ini!!

InsyaAllah... PRU13 kita punya!!

Sumber dari sini dan sini.

Yahoo!!! Bakal Naib Presiden PKR. Go Izzah.....!!!

on



KUALA LUMPUR 22 SEPT: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan media hari ini, mengumumkan untuk bertanding kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau akan memberi penjelasan lanjut mengenai keputusan itu pada sidang media Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai, 1-2 Jalan Pantai Murni 6, Kampung Kerinchi esok.

Gobala umum bertanding Naib Presiden PKR

on



PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrisnan hari ini mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding Naib Presiden PKR menjelang pemilihan  kali ini.
Beliau dikatakan membuat keputusan sedemikian untuk cuba mewujudkan suasana yang adil dalam pemilihan PKR yang dilihat terjadinya banyak sobotaj secara berterusan dalam menindas calon-calon lain yang bertanding.
Gobalakrishnan"Saya harap pengumuman ini adalah satu jalan terbaik untuk bersaing secara adil bagi jawatan naib presiden tanpa wujud calon yang akan cuba mensabotaj calon lain.
"Perjuangan reformasi bersama-sama pemimpin dan ahli parti perlu diperingatkan kembali agar tidak berlakunya pertelingkahan ataupun dengki untuk merebut jawatan tertinggi," katanya ketika sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, pertandingan pemilihan pemimpin dalam PKR ini sepatutnya tidak perlu wujudnya persaingan agresif hingga berlakunya penghinaan dan penindasan.
Gobala berkata, tindakan sabotaj dilihat berlaku di beberapa negeri di mana sesetengah calon yang bertanding mendapat senarai nama ahli untuk dihubungi bagi menyokong calon tersebut.
"Tindakan mendedahkan senarai nama kepada sesetengah calon adalah tidak adil dalam PKR dan cara ini bukannya cara perjuangan parti," tegas beliau.
Tidak puas hati
"Saya mendapat maklum balas dari ahli parti sendiri yang tidak puas hati terhadap pendedahan nama-nama mereka sehinggakan ada calon meminta mereka memilih calon tersebut," jelasnya.
Tambah beliau, jika berlakunya penindasan yang ketara akibat membezakan jangka masa seseorang ahli untuk bertanding, pemimpin baru yang berkaliber gagal untuk membantu mengukuhkan parti.
"Saya tidak menyokong tindakan sesetengah pemimpin PKR yang sanggup menghasut pemimpin lain untuk menyokong pencalonan mereka kerana mereka kononnya ahli lama dalam PKR.
"Perjuangan PKR yang sebenarnya adalah memberi peluang kepada semua pihak untuk menjawat jawatan tertinggi tanpa berpihak kepada mana-mana kroni," ujarnya.
Katanya, pencalonan beliau bagi jawatan Naib Presiden telah mendapat sokongan padu dari 10 cabang yang di antaranya cabang Subang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Utara, Kota Raja, Rembau, Klang, Serdang, Rasa, Puchong dan Kepong.
"Walaupun kebanyakan calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden adalah golongan India, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan jika saya menang adalah untuk membantu semua kaum termasuklah Melayu dan Cina.
"Saya ingin maklumkan bahawa saya bertanding tanpa bergantung kepada mana-mana pemimpin tertinggi PKR untuk memenangi pemilihan kali ini,"katanya

HAPUSKAN SEMUA KEMPULAN SAMSENG @ GANGSTER.

on

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/images.jpg

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis menumpukan usaha membanteras gangterisma secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Jika pihak Polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangterisma tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja. Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang Menteri.

Gejala gangterisma ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli Politik yang melindungi mereka. Kumpulan gangster ini ada di mana-mana dalam negara kita. Dalam pilihanraya pun mereka boleh muncul seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di kawasan Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan Ah Long.

Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka.

PAS berharap agar pihak Polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster ini. PAS mahu satu jaminan daripada pihak Polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.

Negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah. Dan amat merisaukan jika dalam negra sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa. Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Syed Husin nyanyuk: Zaid diingat tak sombong, angkuh.

on

Naib Presiden PKR Azmin Ali mengesa Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali sebagai "nyanyuk" dan "lupa" berhubung kedudukannya sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau sedih dengan kenyataan terbaru Zaid itu kerana sebagai orang lama, Syed Husin telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang ujian yang jauh lebih getir berbanding generasi baru dalam PKR hari ini.

azmin ali pc in parliament 020709 02"Saya sedih kalau Datuk Zaid Ibrahim meneruskan serangan-serangan peribadi seperti ini," katanya yang juga ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia hari ini melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.

Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.

"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Dalam laporan itu, Zaid juga berkata, oleh kerana permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranannya belum menjadi jawatan rasmi dan mungkin selepas diluluskan, "mungkin ia akan diberikan kepada orang lain".

Syed Husin: Dia macam cili, dia rasa pedas
Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini hari ini, Azmin juga berkata, Syed Husin telah terlibat dan istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan lebih sedekad lalu, termasuk merengkok dalam penjara lebih lapan tahun.

"Janganlah orang baru seperti Zaid ini menyinggung perasaan seorang pemimpin lama yang telah diuji dalam perjuangan ini," kata Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut Azmin lagi, berbeza dengan Syed Husin, "dia (Zaid) tak faham apa makna perjuangan". 

"Sebab itu saya nasihatkan supaya beliau melihat kembali kepada Pengisytiharan Permatan Pauh. Baca, hayati, jangan sombong dan angkuh. Jangan ingat kita tahu semua. Hentikan sikap ego," katanya.

Pengisytiharan Permatang Pauh pada 12 September 1998, sebelum Anwar ditahan kali pertama, dianggap sebagai asas kepada ideologi dan dasar-dasar penting bagi pembentukan PKR.

Dengan nada tenang, Azmin bagaimanapun mengajak semua pihak supaya bermuafakat dan berbincang penuh semangat kekeluargaan berhubung perkara itu.

"Kalau benar beliau mengeluarkan kenyataan itu, saya minta supaya beliau tarik balik dan tidak meneruskan tindakan seperti ini yang amat memalukan anggota dan pemimpin dalam PKR yang telah lama bersama Syed Husin Ali," katanya.

syed husin aliSementara itu, mengulas wawancaranya yang mengundang pelbagai reaksi itu, Syed Husin hanya mengucapkan terima kasih atas pujian dan kejian terhadapnya.

"Terima kasih banyak. Untuk yang istimewa: Dia makan cili, dia rasalah pedasnya!" katanya tidak menyebut secara langsung individu itu.

Jam tangan jadi petunjuk

on

SUNGAI PETANI - Seutas jam tangan yang disahkan milik seorang kontraktor yang dilaporkan hilang April lalu, Mohd. Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, berkata dia dipanggil oleh polis untuk mengenal pasti jam tangan berkenaan ketika ke Banting minggu lepas bagi membantu siasatan.
"Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang, saya cam jam itu sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Bunga Raya, di sini semalam.
Samson Nahar berkata, Mohd. Shafiq yang berasal dari Perak tinggal di sebuah rumah sewa di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Ceritanya lagi, selepas menyedari ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Mohd. Shafiq, dia terus menghubungi semua rakan-rakan serta pihak-pihak yang pernah berurusan dengan suaminya termasuk lelaki yang ditahan itu.
"Semua orang jawab tak tahu, tapi lelaki itu seorang sahaja yang bagi jawapan ada jumpa suami dan beritahu suami saya ke luar negara dan akan balik lima enam hari lagi.
"Tapi bila saya tanya pergi mana, dia kata rahsia dan dari situ saya rasa pelik dan terus pergi ke rumah sewa suami di Kuchai Lama untuk mencari pasport suami saya," katanya.
kosmo

Gelang emas Sosilawati dihantar ke Jabatan Kimia

on


SEBAHAGIAN daripada individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes 
pembunuhan Sosilawati dibawa ke HKL untuk menjalani ujian DNA semalam.


KUALA LUMPUR - Polis masih belum dapat memastikan sama ada seutas gelang emas yang ditemui di sebatang tali air berdekatan kunci air di Kampung Sungai Lang, Banting kelmarin merupakan milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam bersama tiga lelaki pada 30 Ogos lalu.
Sumber memberitahu, gelang tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia bersama dengan bahan bukti lain yang ditemui sebelum ini untuk melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).
"Gelang tersebut belum lagi ditunjukkan kepada ahli keluarga mangsa. Mereka akan dipanggil untuk melakukan pengecaman dalam tempoh terdekat," katanya.
Sementara itu, lapan individu termasuk dua wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati dan tiga yang lain dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani ujian DNA semalam.
Kosmo

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List