MCA mudah melatah - Azizan.....???

on Sep 23, 2010




ALOR SETAR - MCA mudah melatah kerana sudah hilang taring dan sokongan masyarakat Cina menyebabkan mereka sering menimbulkan pelbagai isu negatif mengenai Kerajaan Negeri untuk mengaburi mata rakyat terhadap kelemahan mereka sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, MCA lemah dan tidak dipercayai masyarakat Cina kerana masalah dalaman mereka sendiri.
“Kini mereka tidak senang duduk dengan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah mentadbir negeri, sebab itu mereka buat macam-macam isu termasuk mendakwa ekonomi Kedah menguncup sehingga 30 peratus sedangkan fakta itu tidak benar. 


Mereka melatah sebab orang Cina sekarang pun tak lagi menyokong mereka,” katanya.
 Azizan mengulas kenyataan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menerusi akhbar ini semalam yang mendakwa ekonomi negeri kini berada pada tahap yang agak membimbangkan termasuk penguncupan sehingga 30 peratus berdasarkan maklum balas peniaga Cina serta memerlukan pakej rangsangan ekonomi oleh Kerajaan Negeri.

Azizan berkata, kebimbangan MCA sehingga menyebabkan mereka membuat kenyataan seperti itu adalah kerana berdasarkan peratusan pemilih baru yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DAP mencatatkan peratusan paling tinggi berbanding parti lain.

“Ini menunjukkan orang Cina kini memilih DAP, dan sebahagian pula memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.

Azizan berkata MCA kini berdepan dengan masalah serius apabila hilang sokongan pengundi Cina mungkin disebabkan kerana pemimpin parti itu tidak berkaliber dan dipenuhi dengan kontroversi.

“Presiden MCA dahulu, (Tun Dr) Ling Liong Sik kena hadap ke mahkamah atas skandal penipuan. Yang baru pula, (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek ada skandal seks. Jika pemimpin bermasalah, macam mana rakyat nak pilih jadi pemimpin,” katanya.

Azizan berkata, walaupun parti itu sudah lama bertapak di negara ini, namun pengaruhnya dilihat semakin menurun berbanding DAP.

“MCA bagaikan harimau lama yang sudah hilang taring. Mereka tidak lagi segarang dahulu,” katanya.

Utaraonline

Sumbangan RM 4 Billion - Agenda Untuk Musnahkan PAS......???

on

 PAS Pusat menyifatkan tindakan penyebaran gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan sebagai satu propaganda jahat memusnahkan nama baik PAS.

Selain menafikan PAS menerima cek itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga menyeru ahli PAS berhati-hati dengan isu yang cuba mengaitkan PAS tersebut.

"Kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

"Sehubungan itu, saya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar selam yang mendakwa Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) memberi sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu.

Replika cek tersebut diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat.

Nik Din semalam bagaimanapun menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Dalam pada itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

Beliau juga menafikan bahawa parti pernah melantik Nik Din mewakili beliau menerima replica cek tersebut.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Utaraonline

Persembahan lima bintang Nicol

on

ALeqM5jbM_RSRdDGshj_rsABTYtbnwLRYQ

KUALA LUMPUR: Pilihan pertama dunia Nicol David merangkul rekod kejuaraan lima kali syuash Terbuka Dunia dengan penuh bergaya di Sharm El Sheikh, Mesir semalam.
Pemain berasal dari Pulau Pinang itu terlalu handal buat pemain pilihan keempat Omneya Abdel Kawy dari Mesir dalam perlawanan akhir, mencatat kemenangan mudah 11-5, 11-8, 11-6 ketika mana pemain negara itu bergelut untuk memberi tentangan walaupun di depan penyokong sendiri.
Sebelum ini, Nicol telah merangkul kejuaraan Terbuka Dunia itu pada tahun 2005, 2006, 2008 dan 2009.
"Saya gembira dapat memenangi kejuaraan itu buat kali kelima.  Saya tidak menjangka memenanginya dengan straight set," kata Nicol yang dipetik dalam blog squashsite.co.uk.
Kejuaraan kelima beliau menyamai pencapaian pemain Australia Sarah FitzGerald, yang meraih kejayaan pada 1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002.
Kejayaan Nicol semalam merupakan kali ke 13 kemenangan ke atas Omneya dalam 14 kejohanan Persatuan Pemain-Pemain Skuash Wanita Antarabangsa (Wispa).
Nicol berada pada tahap prestasi cemerlang dalam Terbuka Dunia, memenangi kelima-lima perlawanannya tanpa menggugurkan walau satu set.
Dengan kejayaan ini, Nicol kini telah memenangi sebanyak 48 kejohanan Wispa sejak menjadi pemain profesional pada 2000. Kejayaan ini merupakan kali ke tujuh berturut-turut dalam kejohanan Wispa.

Timbalan Presiden PKR: Adakah Khalid akan masuk gelanggang....????

on

khalid

KUALA LUMPUR: Persoalan utama muncul pada saat ini, adakah Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, akan turun ke dalam gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang semakin panas?
Sudikah Khalid masuk gelanggang bertarung bersama-sama dengan Naib Presiden Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Zaid Ibrahim yang terlebih awal menyatakan hasrat mereka untuk merebut jawatan itu?
Memandangkan penyertaan Khalid mampu memecah undi di antara dua tokoh utama PKR itu, namun beliau sehingga ini masih merahsiakan hasratnya untuk bertanding hingga ke suatu masa yang difikirkannya sesuai.
Apabila ditanya oleh pihak media, sama ada beliau akan bertanding pada pemilihan parti penghujung tahun ini, Khalid tersenyum kecil dan berkata, "saya akan umumkan selepas 5 Oktober depan."
Adalah difahamkan tarikh itu dipilih ketika mana penamaan di peringkat cabang dijangka selesai pada waktu itu.
Menurut senarai penamaan calon, Khalid setakat ini hanya menerima satu pencalonan untuk jawatan nombor dua itu, dari Masjid Tanah, Melaka dan beliau memerlukan satu lagi pencalonan untuk melayakkan diri.
Perlu dua pencalonan untuk layak
Apabila disoal lagi oleh para wartawan sama ada beliau akan bertanding mana-mana jawatan yang dicalonkan oleh cabang-cabang, beliau menjawab, "saya tidak tahu, ya….. kita memerlukan dua pencalonan untuk layak."
Khalid, yang juga ahli MPP, tidak memberi gambaran yang jelas, jawatan yang mana satu beliau akan bertanding memandangkan beliau juga menerima pencalonan yang mencukupi untuk jawatan naib presiden.
Jika beliau memperolehi pencalonan yang mencukupi maka pertarungan merebut jawatan yang menjadi tumpuan (nombor dua) menjadi lebih menarik kerana para penyokong Azmin didakwa telah mencabar Khalid untuk jawatan menteri besar.
Sehingga semalam, Malaysiakini melaporkan Azmin mendapat 43 pencalonan, meninggalkan Zaid jauh di belakang dengan hanya 21 pencalonan.
Sementara itu, naib presiden Mustaffa Kamil Ayub juga ketinggalan dengan 10 pencalonan sahaja untuk jawatan yang sama.
Pemimpin-pemimpin lain yang menerima pencalonan untuk jawatan timbalan presiden ialah Pengarah Strategik Tian Chua dengan tiga pencalonan dan Fuziah Salleh (1).
Bagaimanapun, Fuziah secara jelas menyuarakan hasratnya untuk bertanding jawatan naib presiden dan Tian Chua dilaporkan ingin menjauhkan diri dari jawatan itu.

TERBONGKAR :- Orang Najib Derma RM4 Billion DiKelantan.. Politik Jahat Umno....???

on

PAGI ini saya menerima satu e mail dari seorang penjenguk yang menamakan dirinya Hero yang memberi alamat sebuah blog yang dibangunkan oleh syarikat I'DA WorldGroup Sdn Berhad syarikat dimana orang bernama Abdul Rahim Abdul Wahab menjadi pengerusi eksukutifnya.

Apa yang tertera dalam blog ini ialah beberapa keping gambar Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Gambar beliau dalam majlis berkenaan mungkin boleh menyingkap misteri pemberian replika cek bernilai RM4 billion atas nama Pas Malaysia yang kini menjadi buah mulut di Kelantan. Jika diperhatikan juga gambar lelaki bertongkat dan juga sebelah kakinya tertutup dengan kaki seluar yang meleret ke lantai. Semacam rahsia besar di sebalik kaki seluar labuh sebelah itu.

Tafsirkanlah dengan mata kepala kita sendiri apakah yang berlaku itu (penyerahan replica chek RM4 B) sebuah realiti atau pun satu ilusi semata-mata dan jangan mudah mempercayai laporan media penghasut. Kata orang gambar mempunyai seribu makna dan tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya jauhari yang mengenali maknikam seperti mana juga hanya Mat Maslan mengenali Felda![wm.kl.7:00 am 23/09/10]



Orang berkenaan sedang bersalam dengan Shabery Chik, Menteri Beliau dan Sukan, perhatikan kaki kanan lelaki berkenaan.
Orang berkenaan bersalam pula dengan Khalid Yunus, Presiden Pendaki Malaysia, perhatikan kaki seluar sebelah kanan orang berkenaan.Orang berkenaan bergambar ramai, den gan diapit oleh seorang perempuan bertudung dan seorang yang lowos.

MSO

Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol...???

on

     


KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.
Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.

Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.
Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.
Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.
Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.


ZAHID MD ARIP :- Jangan hidup bercerminkan bangkai....???

on

KUALA LUMPUR, 23 Sept: “Soal saudara lompat dan meninggal rakan seperjuangan itu adalah hak saudara, tetapi janganlah mengorbankan prinsip perjuangan, biarlah kita mati daripada hidup bercerminkan bangkai,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.  
Beliau menujukan kata-kata sinis itu kepada Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Mohd Zahid Md Arip yang mendakwa Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari cenderung kepada pembangkang.
Justeru, tegasnya PAS menyokong penuh pendirian Hata untuk mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik. 
“Sebenarnya inilah yang sepatutnya dipegang dalam etika kewartawanan, dengan  melaporkan secara jujur dan bertanggungjawab,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadi mangsa kepada media perdana di negara ini yang melaporkan berita fitnah dan bohong yang jauh menyimpang dari etika kewartawanan.
Beliau menambah, menjadi lumrah sebagai manusia, wartawan  tidak sunyi daripada kesilapan tetapi jika perkara itu berlaku sepatutnya dengan segera memohon kemaafan dan membetulkan kembali sebarang kesilapan.
Apa yang berlaku pada hari ini, ujarnya media yang pro Barisan Nasional tidak berpegang dengan etika itu.
Katanya, mereka sanggup membiarkan perkara itu berlegar dan melekat dalam pemikiran pembaca walaupun ianya bohong dan fitnah.
“Contoh yang terbaru ialah kes khatib membaca khutbah di Pulau Pinang dilaporkan Lim Guan Eng menggantikan Yang di-Pertuan Agong dalam doa,” ujarnya.
Begitu juga, katanya  Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching difitnah   bertazkirah dan memberi bantuan kepada ahli PAS di Surau Al-Huda, Kajang Sentral.
“Walaupun penjelasan diberi mereka masih meneruskan laporan fitnah ini, sikap yang ditunjukkan oleh media ini tidak menggambarkan sikap yang profesional,” katanya lagi.
Apa yang penting kepada mereka, ujarnya ialah dapat memenuhi agenda politik jahat tuan mereka.
“PAS sedar banyak juga wartawan jujur dalam laporan, tetapi dikhianati oleh ketua pengarang mereka untuk memenuhi citarasa golongan penindas rakyat di negara ini,” katanya.
PAS, katanya bukan minta dipuji, tetapi laporlah yang benar dan tidak kecil hati kalau berita mengenai PAS tidak dilaporkan tetapi tidak rela berita mengenai perjuangannya difitnah sehingga mengelirukan rakyat di negara ini.
Tambahnya, kemampuan untuk menjernihkan tanggapan  fitnah kepada PAS adalah terbatas melalui media Harakah yang  dikenakan dengan syarat-syarat yang ketat, sedangkan berita fitnah disebarkan oleh media BN ke pelosok kampung.
“PAS ingin mengingatkan Zahid Md Arip , bukankah dulu kita sama-sama menentang laporan media yang berat sebelah terhadap pembangkang ketika kita sama-sama menuntut keadilan dalam sebuah negara demokrasi.
“Kalau pun saudara sudah menyeberang di sana, janganlah lupa perjuangan kita semasa berada di atas pentas untuk menuntut hak sebuah parti politik di negara ini,” ujarnya.
Harakahdaily

Itu Baru Replika!!!! Umno dah terkejut beruk. Kalau betul2 macamana...???

on

Riuh seantario apabila media memainkan isu bahawa kerajaan Pas Kelantan mendapat derma sebanyak 4 billion. Fuhhh banyak tu. 10 tahun memerintah Kelantan pun tak tahu dapat ke tak jumlah sebanyak itu. Gempar dibuatnya. Bagi orang Pas memang tak masuk dalam kepala pun isu macam ni. Sebab kita tahu pendokong Pas yang menjadi tulang belakang adalah fuqara dan masakin. Kalau benar orang nak bagi derma pun, mereka buat sembunyi2. Yelahh! Ini kan kerajaan Malaysia. Umno-Bn bukan boleh senang tengok orang senang.. dengki le. Apatah lagi usaha untuk mencalarkan imej Tok Guru dan Kerajaan Pas di Kelantan berterusan.


Tetapi berita sebegini bagi orang UMNO.. terbeliak bijik mata. Sebab hidup mati UMNO ni dengan duit. Itulah nyawa mereka. Itulah zikir mereka siang dan malam. Malaysia dah licin jadi macam lapangan terbang ni kerana pemimpin UMNO saling sibuk berebut untuk menggondolkan harta rakyat le. Sebut duit .. ternganga le mulut mereka. Melelh air liuq. Masuk biawak dalam kerongkong pun tak sadar. Bukan sikit pulak tu.. 4 billion.
Hah.. sedang PR dok mempersiapkan diri menghadapi PRU-13. Bersiap menuju ke Putrajaya. UMNO pun dok bercawat-gotel nak mempertahankan survival mereka… alih-alih ada orang nak bagi duit kat Pas 4 Billion. Mana tidak terkejut beruk deme. Berhenti nafas kat halqum agaknya. Awal-awal mereka dok rasa kena siap kain kapan awal-awal. Kalaulah mereka berlawan dengan Pas selama ini berjuta mereka tabor, sedang Pas bersenjatakan air-liur berceramah kehulu kehilir menggalas speaker. Disokong bersama para pendokong yang ikhlas tidak berbayar tetapi berjihad bagi menegakkan islam diatas mukabumi ini… inikan pula kalau berduit berjuta malah berbillion. Baik pemimpin UMNO beli tiket awal-awal lari ke Australia.
Bukan main lagi hulubaya UMNO menyuruh supaya disiasat hatta ke lubang biawak siapa yang nak bagi derma tu. Apa ke berniaga syarikat IDA World Group Sdn Bhd (IDA World) tu. Siapa dia pemiliknya? Cepat-cepat supaya PDRM & SPRM menyiasat. Tak cukup itu dikerah juga Jabatan Hasil menyiasat syarilat tersebut bayar income-tax ke tidak?
Hihihi… nak tergelak pun ada. Itu baru replika. Kalau cek betul-betul macamana? Naik sawan kot!

Kelantan cuma dapat replika cek RM4 bilion

KOTA BHARU: Hanya replika cek dengan angka RM4 bilion, diserah kepada Kerajaan PAS Kelantan oleh syarikat yang mendakwa mendapat kebenaran membangunkan kawasan luar pesisir Pantai Geting, Tumpat dengan kos lebih RM300 bilion.

Nik Din Nik Mat yang juga adik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau terkejut apabila dijemput menerima replika cek berkenaan, sedangkan beberapa pegawai kerajaan negeri turut hadir pada majlis anjuran syarikat itu, Ahad lalu. Saya tidak tahu ada acara pemberian RM4 bilion itu kerana dijemput syarikat berkenaan hanya untuk menghadiri majlis makan. Syarikat berkenaan hanya menyediakan replika cek dan tidak menyerahkan cek sebenar. Saya diberitahu, wang terbabit hanya diserah apabila projek di Tumpat itu berjalan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ahad lalu, syarikat tempatan, IDA World Group Sdn Bhd (IDA World) mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan di negeri ini.

Sementara itu, Nik Aziz menjelaskan, beliau dan kepemimpinan PAS Kelantan tidak tahu sumbangan RM4 bilion daripada syarikat tempatan itu.

Saya tidak tahu mengenai perkara itu dan setakat ini, pihak berkenaan tidak mengadakan pertemuan dengan saya mengenai pemberian itu. Sebagai ketua parti (PAS), saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini, hanya pagi ini saya mengetahui mengenainya, katanya selepas merasmikan Forum Model Baru Ekonomi (MBE) Merujuk Kepada Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Teringat dulu bagaimana kerajaan Malaysia ditipu oleh seorang hartawan Lubnan yang nak berderma 1 billion bagi mewujudkan Hospital Kanser.

Utusan Malaysia; 16 jan 2006 `Hartawan' Lebanon Dr. Elie Yousef diberkas polis

KUALA LUMPUR 15 Jan. - `Hartawan' Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem yang mencetuskan kontroversi selepas hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna) akhirnya diberkas polis hari ini. Elie ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di kediamannya di Kondominium Villa Putra dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. Kata sumber itu, dia ditahan untuk membantu siasatan berkaitan beberapa kes penipuan yang dilaporkan kepada pihak polis. Sebelum ini, Elie yang mendakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) menyatakan hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Makna.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

SEMUA SUSPEK DISAMAN RM20 JUTA OLEH KELUARGA MANGSA.

on



Pmbunuhan Kejam Sosilawati dan 3 Rakan: Semua suspek disaman RM20j

KUALA LUMPUR: Waris jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dibunuh secara kejam di Banting, 30 Ogos lalu akan memfailkan saman RM20 juta terhadap semua suspek kes itu. 

Peguam Kamaruddin Ahmad daripada Tetuan Kamaruddin & Partners berkata,tuntutan itu mengambil kira kesan dan trauma dihadapi semua waris, termasuk anak-anak yang masih kecil serta hilang tempat bergantung. Tragedi ini menyebabkan suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, anak-anak kehilangan ibu dan bapa yang boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang teruk. Justeru, jumlah tuntutan ini dirasakan wajar, setimpal kesan dialami mereka yang disifatkan sebagai amat dahsyat, termasuk dari segi emosi untuk satu tempoh yang lama, katanya kepada Berita Harian. 

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dilaporkan hilang sebelum dibunuh secara kejam di Tanjung Sepat, Banting selepas menemui seorang peguam yang juga rakan kongsinya.

Turut dibunuh pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.

Bukit Aman mengesahkan semua mangsa dilaporkan dipukul hingga mati, kemudian diikat dan ditikam berkali-kali sebelum mayat dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Kamaruddin berkata, tuntutan saman itu akan difailkan plaintif termasuk ibu bapa, dua isteri serta 12 anak semua mangsa, termasuk yang masih kecil dan belum bersekolah.

Tuntutan ini boleh dibuat mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Undang-Undang Sivil 1956, katanya.

Kamaruddin berkata, pihaknya sudah berbincang secara tidak rasmi dengan ahli keluarga semua mangsa termasuk rakan kongsinya yang juga Pengurus Kamaruddin & Partners cawangan Putrajaya, Ahmad Kamil Abd Karim dan perbincangan selanjutnya akan diadakan di pejabatnya hari ini.

Kita berharap pihak berkuasa termasuk polis akan mengambil langkah sewajarnya bagi menghalang suspek utama menyorok atau memindahkan harta seperti kereta mewah milik mereka yang dilaporkan media, katanya.

Kelmarin, Kamaruddin berkata, firma guamannya menawarkan khidmat guaman percuma kepada ahli keluarga empat mangsa bagi memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap suspek kes itu bagi menuntut hak mereka yang kehilangan tempat bergantung.

Beliau berkata, proses memfailkan saman itu akan dibuat selepas semua suspek didakwa di mahkamah.

Tuntutan ini boleh dibuat mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Undang-Undang Sivil 1956.

Kita akan tunggu pendakwaan di mahkamah terlebih dulu, selepas itu baru kita tahu tuntutan itu dikemukakan kepada berapa suspek kerana ketika ini kita tidak tahu berapa ramai yang akan didakwa.

Jumlah keseluruhan tuntutan ganti rugi yang akan difailkan nanti juga bergantung kepada perbincangan selanjutnya dengan keluarga mangsa, katanya. 

BH

Zahida Rafik Dah Jadi Isteri Datuk Shafie Apdal, Betul Ke.......???

on

ZAHIDA RAFIK KAHWIN


First of all korang kena take note yang ini hanya gosip sahaja ok. Sama ada ianya sahih atau tak, kena tunggu tuan punya body keluarkan kenyataan.
Gosip ini boleh dikatakan agak mengejutkan jugalah dimana Zahida Rafik dikatakan sudah berkahwin. Ya, sudah berkahwin dan nama yang dikaitkan dengan Zahida Rafik tu ialah Datuk Shafie Apdal, Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
ZAHIDA RAFIK KAHWIN DENGAN DATUK SHAFIE APDAL
Datuk Shafie Apdal
Menurut sumber yang masih tak boleh dipercayai, Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup.
Hurm.. Kami taknak komen apa-apa pasal ni sebab dah nama pun gosip kan. Bukan boleh percaya sangat. Tapi kalaulah ianya betul, tahniah kami ucapkan. Cumanya, kenapa nak sembunyi-sembunyi? Takkan nak ikut langkah Bung Mokhtar dan Zizie Ezzete?

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List