PANAS MEMANG PANAS.......APA DAH JADI NI.......???

on Sep 27, 2010

Hebat Memang Hebat.......Syabas....... Exco Selangor Xavier Jayakumar Tendang Dan Tumbuk Calon Ketua Cabang Kota Raja.........!!!!!!


Malu nya ada pemimpin macam itu......


Memang panaasssss…!!!!

Semalam seluruh negara telah disajikan dengan tingkah laku haiwan haiwan politik yang berada dalam sebuah parti yang enak diliwat oleh makhluk yang bernama Si Bangsat Anwar…..

Kelakuan seperti sundal sundal politik…, perangai seperti binatang binatang yang tidak mempunyai akal fikiran manusia, mereka semua telah mengizinkan seluruh rakyat negara ini mentertawakan aksi aksi bangang yang tidak bertamadun menghiasi proses pemilihan pimpinan ketua yang mereka mahu pilih…..

Yang paling dahsyat adalah insiden seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sri Andalas, Xavier Jeyakumar telah hilang tahap kesabarannya dengan menyerang, menendang dan menumbuk calon Ketua Cabang Kota Raja, KS Kotappan dalam dewan… Aksi ganas dan budaya samseng Xavier telah menyemarakkan lagi bahang kepanasan penyokong kedua dua pihak dan berlakulah pergaduhan sehingga memaksa campurtangan polis untuk menyuraikan keadaan.

Dilaporkan dua orang anak kepada KS Kotappan yang berusia 19 tahun dan 13 tahun juga dibelasah oleh samseng samseng upahan Xavier…! Ini menyebabkan budak berusia 13 tahun itu patah tangan, ketika updates ini dibuat, KS Kotappan dan anaknya itu masih dirawat di Hospital Sri Kota Klang.

Tindakan samseng Xavier yang berang terus menyerang KS Kotappan turut mengakibatkan seorang wanita melayu yang dikenali sebagai ‘Kak Cik’ pengsan. Difahamkan wanita tersebut berada dalam “maximum state of shock” kerana tidak menyangka seorang Ahli Kerajaan Negeri boleh berkelakuan seperti samseng jalanan sanggup mencederakan orang ditempat awam dikhalayak ramai…!

Manakala seorang calon Naib Ketua Cabang Mr Ayasamy yang menyokong KS Kotappan pula cedera teruk dipukul dengan kaki besi kerusi oleh calon Ketua AMK yang menyokong Xavier. Diberitakan Ayasamy cedera parah dan sewaktu dikejarkan hospital badannya berlumuran darah..!

Laporan polis sudah dibuat malam tadi di Balai Polis Seksyen 11oleh kesemua mengsa keganasan samseng upahan Xavier dan mereka mengharapkan pihak polis akan segera bertindak tanpa sebarang sikap pilih kasih kerana yang bersalah dalam hal ini adalah seorang Exco kerajaan negeri….

Mengikut laporan yang pihak Blogmaster terima, proses pemilihan PKR Kota Raja memang tidak tersusun sejak pagi semalam. Kehadiran ahli ahli yang ramai turut diragui kerana Xavier “membawa masuk pengundi hantu” sebanyak 3 buah bas dan 15 van dari Hulu Bernam dan Hulu Selangor.



Cara pengendalian oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti Peringkat Pusat [JKPPP] juga dilihat berat sebelah. Ketua JKPPP telah diketuai oleh Puan Sharifah Shahidah yang merupakan sahabat baik Xavier kerana mereka berdua adalah Timbalan Setiausaha Agung PKR. Walaupun pihak KS Kotappan banyak menegur beberapa salah laku penyokong dan petugas wakil Xavier namun tak diendahkan…! Sebagi contoh, meja untuk memangkah kertas undi dipaksa untuk berkongsi seramai 4 orang dan pengundi keliru untuk membuat pilihan apabila dua kumpulan penyokong yang berbeza ditempatkan dimeja yang sama. Pihak KS Kotappan pula menyedari senarai nama team beliau [cai] telah dirampas oleh pihak JKPPP dan ahli ahli “diajar” untuk mengundi Xavier…!

Menyedari proses pengundian tidak berjalan dengan betul, maka pihak KS Kotappan telah memohon untuk proses pemilihan ini dibatalkan serta merta, lagi pun dibeberapa tempat lain seperti Kapar, Klang, Subang, Kuala Langat, Lembah Pantai telah dibatalkan setelah kekecohan berlaku…

Oleh kerana Xavier khuatir akan menerima nasib yang sama seperti Elizabeth Bogel Wong dan R Sivarasa, maka ADUN Sri Andalas ini tidak mahu proses pemilihan itu dibatalkan…




Demikianlah kisahnya….. Cerita ini wajib disebarkan untuk mencerminkan bagaimana rakusnya perebutan kuasa dalam sebuah parti yang sedang menuju kehancuran! Memang terdapat banyak tempat timbul kekecohan semalam, tetapi yang berakhir dengan inisiden pukul memukul, terajang menerajang, cedera mencederakan hanyalah di Kota Raja.

Semoga rakyat di negeri Selangor akan lebih celik untuk melihat sendiri…, inilah rupa dan tingkah laku pimpinan yang baru dapat memerintah sebuah negeri dan sedang bekerja kuat mahu memerintah negara kita….! Undilah PKR..!!!

Ikutilah Rakaman Rakaman Menarik Sepanjang Proses Mesyuarat Agung & Pemilihan PKR Di Negeri Selangor Semalam…......


Aku copy dari InfoCorner

Ikut Sapa Ni Jadi Macam Ni.......

on

Salah satu cabang PKR.......???

Bapak Borek Anak Rintek.....Sah Mewarisi Dari......???

on

Ada cubaan nak beli kerusi Naib Ketua Permatang Pauh





Pemilihan PKR Permatang Pauh telah berlalu DS Wan Azizah kekal sebagai Ketua Cabang manakala Timbalan Ketua Cabang telah dimenangi oleh TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman walaupun mendapat sikit tentangan.. biasalah Datuk.. inikan demokrasi.. lagipun sesuatu yang mudah untuk diperolehi itu jarang dihargai..

Dan Naib Ketua Cabang pula telah dimenangi oleh Cikgu Alias Bin Said yang mendapat 127 undi mengalahkan penyandang jawatan iaitu Zainal Abidin Bin Saad Pembantu Khas DS Anwar Ibrahim yang hanya mendapat 72 undi.

Akan ada dua lantikan bagi Naib Ketua Cabang, lantikan akan dibuat oleh Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang dan seharusnya nama yang akan dicalonkan itu dipersetujui oleh majoriti Ahli Jawatan Kuasa.

Percayakah anda jika dikatakan ada pihak yang sanggup menawarkan sehingga RM8,000.00 untuk mendapatkan jawatan Naib Ketua Cabang (lantikan ) itu?

Agak sukarkan??


Meskipun jawatan tersebut nampak seperti tidak mempunyai sebarang kuasa sebenarnya ianya mempunyai kelebihan, kelebihannya ialah sesiapa yang dilantik sebagai Naib Ketua Cabang ini akan terlibat dalam Biro Politik, iaitu Biro yang akan menentukan nama-nama yang boleh dicalonkan sebagai ADUN.

Maka tidak hairanlah jika ada pihak yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk melobi jawatan tersebut..

Pada hujung minggu yang lepas dua orang telah menemui Pak Tam untuk menyatakan kepada beliau bahawa sekeping cek yang tidak dijelaskan jumlahnya telah disediakan untuk mantan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh itu, kata mereka ini adalah saguhati kerana beliau telah menarik diri dari bertanding tempoh hari.

Namun tidak dinyatakan pula siapa yang telah menyediakan cek tersebut.. bagaimanapun siapa sebenarnya yang menyediakan cek tersebut akan jelas diakhir artikel ini..

Dan beberapa hari kemudian lelaki-lelaki tersebut kembali ke hospital menemui Pak Tam bagi menyerahkan wang tunai berjumlah RM8000.00 yang kononnya datang dari cek yang telah ditunaikan itu.Wang tunai tersebut telah diserahkan kepada anak perempuan Pak Tam yang kebetulan menjaga bapanya pada hari tersebut dan masih berada didalam simpanannya hingga kehari ini.

Perlu dijelaskan disini ialah kedua-dua lelaki tersebut tidak bertanding didalam Pemilihan Permatang Pauh yang telah berlalu itu.

Memang agak menghairankan kerana dalam rundingan atau perbincangan untuk Pak Tam menarik diri dari bertanding, Pak Tam tidak meletakkan sebarang syarat untuk menarik diri.. mengapa ada pihak yang begitu baik hati memberikan kepada beliau wang tersebut?

Satu hari yang lain pula ketika banyak pihak tertanya-tanya itu tiba-tiba Anak lelaki Pak Tam telah menunjukkan satu SMS yang diterima oleh bapanya..

SMS tersebut tertulis “Pak Tam terima kasih krn memberi amanah kepada Axxx utk memegang Jawatan Naib Ketua. Akan Axxx usahakan dgn telus, jujur n penuh dedikasi. Semoga Pak Tam cepat sembuh dan sihat selalu. Tolong cakap sama Cikgu n Amir semua tentang persetujuan ini supaya mereka tak salah faham dan akur kepada keputusan Pak Tam”


SMS yang menjelaskan kepada semua kenapa Pak Tam diberikan RM8000.00  tersebut. Wang tunai itu bukanlah kerana saguhati kerana Pak Tam telah mengundurkan diri dari bertanding, ianya dibayar agar salah seorang lelaki yang menghantar wang tunai itu dilantik sebagai Naib Ketua Cabang.

Lelaki yang merupakan ahli biasa dalam PKR Permatang Pauh tersebut pada awalnya telah dinasihatkan agar turut bertanding, namun begitu kerana memikirkan bahawa beliau pasti kalah maka beliau takut untuk bertanding. Beliau mencaturkan kedua-dua pihak atau kumpulan yang bertanding demi kepentingan yang hanya beliau yang tahu..

Sebenarnya dalam menentukan siapa yang layak dilantik sebagai Naib Ketua Cabang itu, Pak Tam kini tidak mempunyai sebarang kuasa dan Pak Tam juga telah menyatakan beliau tidak pernah berkata akan melantik penghantar SMS tersebut sebagai Naib Ketua Cabang.

Sehingga kehari ini mesyuarat masih belum dijalankan dan tiada sebarang lantikan bagi Naib telah dibuat, mesyuarat akan berlangsung setelah Timbalan Ketua Cabang pulang dari lawatan kerjanya keluar Negara.

Kepada lelaki yang sering berkata “ I selalu baca blog you..” itu.. hentikan segera segala percaturan atau permainan yang akan merosakkan Parti ini atau laporan cubaan merasuah akan dibuat kepada SPRM.


 AnakSungaiDerhaka.

Dasar Umno jadikan Melayu, Islam lemah.

on

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini menjadi lemah akibat dasar Umno yang sekular dan tidak mahu mengambil cara hidup Islam sebenar.
Menurut Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, dua hujah dan fakta mudah yang jelas menyokong dakwaan tersebut adalah berhubung isu melulusakan lesen judi, dan menyekat bantuan dan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Berucap pada satu majlis ceramah di sini malam semalam beliau berkata, terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula didakwa meluluskan cadangan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).
Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar dan dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Baru ni kita dah lawan dah judi bola yang diluluskan pada zaman Tun Dr Mahathir, sekarang Najib lulus pulak lesen kasino di Sabah.
"Adakah yang lulus ini Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua? Yang lulus ini adalah Umno, maka Umno lah yang merosakkan Islam dan menodai kesucian Islam," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.
Hujah kedua, jelasnya adalah berhubung penarikan semula bantuan kepada SAR yang juga dibuat pada zaman Dr. Mahathir yang didakwa terpengaruh dengan pidato Presiden Amerika pada waktu itu, George Bush.
Bush dalam pidatonya pada satu ketika dulu mengkritik sekolah agama di Pakistan yang didakwa sebagai tempat melahirkan pengganas yang kemudiannya turut dipercayai Mahathir.
Mahathir kemudiannya bertindak mengarahkan kerajaan menarik balik peruntukan kepada SAR.
"Yang tarik bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quaran kenal adab, adalah pemimpin Umno," katanya.
Dalam pada itu beberapa pihak telah mendesak Najib menjelaskan kebenaran dakwaan bahawa kerajaan akan membina kasino di Sabah tersebut.
Mereka berpendapat, rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini yang dilihat gemar mempopularkan judi.
Harakahdaily

Masalah Melayu.......???

on

Anak Melayu , pukul ibu Melayu, masalah Melayu.........

"Pagi minggu 26 September 2010. Pagi yang menyibukkan dari pergi pasar, berkemas dan macam-macam hal. Baru nak duduk ambil nafas, terima panggilan talipon, ada kes remaja Melayu mabuk langgar kereta orang di taman perumahan malam sebelumnya. Baru nak rehat , talipon lagi,  datang cepat, no rumah ….. . Saya tanya jalan apa ? Dia kata jalan …. Bunyi memang kecoh, tak tahu lah, kes langgar ke , kes gaduh ke, rumah terbakar ke.

Sampai rumah yang dimaksudkan kecoh, rupa-rupanya kes remaja 14 tahun bergaduh dan pukul emaknya. Kawan saya yang talipon tadi pergi kejar dan tangkap remaja tadi. Memang kecoh, emak dah suruh bawa anak dia tempat lain.  

Untuk menenangkan keadaan saya dan kawan saya bawa remaja tadi jauh sikit, duduk dalam kereta, beri minum air kosong, tanya nama dan latar belakang. Bila dah reda, kami minta remaja tadi jumpa balik emaknya. Kalau ikutkan hati memang nak penumbuk je remaja tadi, tapi kalau kita marah, lagi dia marah.
 
Tak pula remaja tadi marah-marah, siap salam tangan dan cium tangan saya dan kawan saya lagi lepas tu.
 
Kenalah guna pendekatan lain. Itu baru satu kes, entah berapa banyak lagi kes macam ni.
 
Kalau nak Melayu bersatu. Mulakan dari rumah, dari keluarga sendiri, dari jiran tetangga sendiri. Masjid dan surau perlu dimakmurkan.

ADA KUASA MACAM MACAM BOLEH.........???

on





APA MACAM …......


Aroma kuasa nyata boleh buat orang yang waras jadi sasau.Sila teropong dentam dentum dalam PKR sekarang.Ada kawan-kawan tanya betul ke ni parti PKR yang anggun bergaya tu? 


Kenapa ye?Pemilihan-pemilihan dulu tak bunyi pun macam ni.Dulu kuasa tak ada siapa pun tak ada mood nak pegang jawatan. Buat habis ke beres aje .


Lepas PRU13 dah terasa lain macam punya geli.Maka tanduk dan buluh runcing dah menjalar keluar.


Tumbuk,gaduh,surat layang,fitnah,bantah keputusan dan segala maknenek berlaku depan mata semua orang dalam pemilihan PKR kali ini.


 Nak sampaikan lagu ‘ Kita Serupa’ pada Pak Sheikh........ 

MAKA GUGUR LAH PANGLIMA PERANG AZMIN........???

on

Panglima perang Azmin tumbang......macam-macam lagi ‘cacamarba’ warnai pemilihan........




Ketika Azmin Ali - anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului dengan selesa pencalonan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, pemilihan di peringkat cabang parti itu penuh dengan kejutan.
Beberapa pemimpin PKR yang dilihat penyokong kuat Azmin tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang.
Antaranya Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Exco Selangor yang panas dengan isu gambar separuh bogel, Elizabeth Wong tewas di Petaling Jaya Utara.
Lebih parah cabang Teluk Kemang menyintuk limau luka dengan mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dan Anwar yang tak mau bertanding apa-apa jawatan sebagai Presiden.

Kamarul Baharain cuma mendapat 137 undi manakala saingannya M Ravi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson mendapat 279 undi. 
Malah, Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub yang sudah cukup pencalonan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden juga tewas di Pasir Salak.
Inipun hanya jumlah diperolehi Agendadaily sebelum pemilihan pringkat cabang yang dijadualkan berakhir minggu depan.

Dalam perkembangan berkaitan,Nurul Izzah yang diketahui menyokong Zaid juga menang sebagai Ketua Cabang Lembah Pantai.Beliau mendapat 429 undi menewaskan tiga calon lain.
Melihat kepada kekalahan Kamarul Baharin dan Johari – antara orang kuat Azmin, timbul banyak persoalan sama ada ahli parlimen Gombak itu yang sudah memperolehi 78 pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden boleh menewaskan Datuk Zaid Ibrahim.
Ada sumber PKR mendakwa, perwakilan cabang menghantar mesej awal kepada Anwar dan Azmin bahawa ‘team Azmin’ tidak akan menang mudah dalam pemilihan utama November ini.
Bagi mereka, kalau Ketua Umum itu mahu Azmin menang pencalonan, mereka boleh bagi tetapi soal undi pada pemilihan kelak, ahli-ahli peringkat bawahan akan menentukan.
Itulah padah diterima Kamarul Baharin, Johari, Elizabeth dan juga Mustafa Kamil apabila ahli-ahli menggunakan ‘kuasa mereka’.
Kekalahan Kamarul Baharin dan Johari yang boleh dianggap panglima Azmin pasti mengejutkan beliau kerana dalam menyatakan sokongan kepadanya, kedua-dua ahli parlimen itu yang paling ke depan.
Baru-baru ini Kamarul Baharin sendiri mengetuai kumpulan membuat ikrar bersama ahli parlimen PKR yang lain bahawa mereka tidak akan ‘lompat parti’ ketika beberapa ahli parlimen parti itu keluar dan jadi ahli parlimen Bebas.
Kamarul juga mengetuai kumpulan menyatakan sokongan terhadap Azmin jika Naib Presiden itu bertanding menentang Zaid bagi jawatan nombor dua parti itu.
Sebenarnya, banyak pemilihan cabang PKR dalam suasana kelam kabut dengan risiko pemilihan digantung sekiranya keputusan tidak memihak selera Anwar dan Azmin.
Ada juga insiden pergaduhan antara kumpulan yang bertanding termasuk kejadian membalik kotak undi seperti di cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat.

Di Kota Raja keadaan menjadi tidak terkawal hinggakan kotak undi terpaksa dibawa ke ibupejabat PKR di Tropicana.

Di Petaling Jaya Selatan pemilihan terpaksa ditangguh kerana urusetia tidak cukup kertas undi.

Elizabeth Wong pula telah membuat bantahan atas kekalahannya kerana mendakwa pemenang Lee Chin Chen adalah ahli PKR cabang Petaling Jaya Selatan bukan Utara.
Timbul dakwaan penggunaan gangster dan wang untuk meraih undi dan menakut-nakutkan perwakilan.
Apapun, Azmin yang dilihat selesa dengan pencalonan besar belum boleh goyang kaki atau tidur lena kerana ‘mesej’ yang dihantar pada pemilihan cabang boleh menjadi mimpi buruk kepadanya.
Sekiranya, pencalonan yang diterima itu dijadikan ukuran, memanglah Azmin sudah pasti menumpaskan Zaid atau Mustafa Kamil.
Bagaimanapun, tidak mustahil Azmin akan terperangkap dengan mainan perwakilan peringkat bawahan yang sudah bosan dengan beliau serta Anwar yang mahu menguasai parti tanpa memberi laluan kepada pemimpin lain.
Tidak mustahil Zaid yang kini mendapat 29 pencalonan akan menang pada pemilihan kelak kerana pencalonan yang diterima olehnya mungkin ikhlas daripada perwakilan yang mahu melihat perubahan dalam PKR.
Kini ramai berdebar-debar menunggu keputusan pemilihan November nanti untuk melihat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kekal Presiden, Zaid timbalan manakala Nurul Izzah Anwar antara dipilih Naib Presiden.
Jika ini berlaku, Azmin boleh ucapkan ‘sayonara’ kepada PKR kecualilah Anwar mahu terus membela Adun Bukit Antarabangsa itu dengan mewujudkan satu jawatan yang tiada dalam perlembagaan parti sama seperti Ketua Umum asalkan Anwar dan Azmin tetap bersama.
Agendadaily

Bila Zaid Diinterview Mingguan Malaysia.....???

on

Image Hosted by ImageShack.us

DALAM akhbar Mingguan Malaysia terbitan Utusan Melayu hari ini ada menyiarkan temuramah Zaid Ibrahim yang menyentuh khusus mengenai isu perebutan jawatan dalam PKR khasnya mengenai perebutan jawatan timbalan presiden PKR yang akan tertumpu kepada beliau dengan Mohamad Azmin Ali. Wakaupun ada seorang lagi calon Mustafa Kamil Ayub tetapi perlawanan hakikatnya kini adalah antara Zaid dengan Azmin.


Saya sedikit terkejut dan tidak sangka kalau Zaid memilih media itu untuk dijadikan wadah baru kempennya.
Saya juga seorang terbuka dan berpegang kepada profesional. Tetapi bagi saya sikap terbuka dan liberal Zaid dalam memilih akhbar berkenaan untuk meluahkan perasaanya dan sedikit sebanyak menjelaskan hasratnya bertanding tidak begitu tepat dan boleh memberi kesan negatif kepadanya juga.

Zaid mungkin dapat meluahkan segala hajatnya, atau tidak mempunyai media lain untuk berbuat demikian maka beliau perlu menerima akhbar berkenaan. Tetapi sepatutnya sebelum beliau menerima akhbar berkenaan beliau seharusnya menghitung dulu apakah kesediaan untuk diinterviu oleh akhbar itu memberi keuntungan kepadanya atau pun tidak. Beliau juga sepatutnya pandang belakang melihat apa yang telah akhbar itu lakukan kepadanya dan juga partinya itu.

Sebagai ahli politik Zaid bukan saja perlu tegas dan berani tetapi beliau juga kena bijaksana. Beliau tidak boleh melihat atau merasakan sikap terbuka dan profesional yang ada kepadanya, juga ada kepada orang lain. Beliau perlu melihat sentimen ahli PKR dengan akhbar berkenaan. Bukankah akhbar berkenaan ditolak oleh PKR dan dari keadaan itu apa sebenarnya yang Zaid harapkan dari interviu berkenaan. Justeru saya melihat yang untung daripada interviu berkenaan akhbar itu, bukannya Zaid. Interviu itu juga tidak lebih daripada perbuatan Zaiud untuk melepas geramnya saja.

Saya tidak mahu mengatakan Zaid terperangkap ataupun sengaja 'mencari' akhbar berkenaan sebagai perlarian untuk meluahkan isi hatinya. Yang jelasnya akhbar berkenaan adalah musuh kepada parti PKR terutamanya akhbar yang membenci penasihat parti itu sepanjang masa. Malahan beliau sendiri pernah menjadi sasaran parti berkenaan seewaktu pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kebebasan dan sikap profesional Zaid dalam hal ini belum boleh diterima ahli PKR secara umumnya. Di sini Zaid tidak pandai meraba perasaan ahli PKR yang diharap akan menyokongnya. Jadi apa alasannya? Tentu Zaid ada alasan lain yang tersendiri.

Mungkin pengkhianatan akhabr berkenaan kepadanya boleh dimaafi Zaid. Mungkin akhbar itu sudah membuat apologi senyap kepadanya. Ataupun ada kontra terhadap tindakan Zaid sebelum ini terhadap akhabr berkenaan. Di mana kalau tidak salah Zaid cadang menyaman akhbar berkenaan kerana dirasakan memfitnahnya. Apakah dengan mendapat ruang untuk berkempen menerusi interviu itu akhbar berkenaan mendapat kebebasan dari disaman Zaid?

Dalam situasi kini bila Zaid menggunakan akhbar berkenaan ia tidak mendapat kebaikan. Ahli PKR yang membenci akhbar berkenaan akan marah. Hampir semua pemimpin PKR dicemuh oleh akhbar berkenaan. Ahli tidak akan membaca akhbar berkenaan jadi mesej yang hendak disampaikan mnerusinya tidak akan sampai ke bawah.

Jadi saya tidak tahu dimanakah relevansinya Zaid sedia untuk diinterviu oleh akhbar berkenaan. Apakah kerana rasa frustnya sudah memuncak maka beliau tidak ada pilihan lain melainkan bercakap kepada akhbar berkenaan. Apakah Zaid tidak bertanya kepada penasihatnya sebelum berbuat demikian ataupun beliau bertanding tanpa ada mana-mana pihak mengurusnya?

Di sini dalam memaraih simpati, lawannya agak cerdik darinya. Saya pasti akhbar berkenaan akan cuba mendapatkan Azmin untuk diinterviu untuk dilagakan antara keduanya dengan tujuan berlaku berontakan kepimpinan dalam parti itu. Sudah tentu Azmin tidak akan melayaninya. Dan penolakan Azmin itu menyebabkan ahli PKR melihat Zaid rapat dengan akhbar berkenaan. Di sinilah imej Zaid akan jatuh dan keikhlasn Zaid juga akan diperkatakan. Ringkasnya langkah Zaid memberi muka kepada akhbar berkenaan tidak fasal-fasal menguntungkan Azmin.

Zaid barangkali lebih arif dalam politik manusia sering tidak rasional. Seseorang yang ingin terlaku rasional dan terbuka serta tegas juga akan menjadi mangsa kepada dirinya sendiri. Dalam politik kena tahu arah tiupan angin dan peka membaca keadaan serta selera penyokong dan ahli. Dalam politik tidak ada keikhlasan, kejujuran dan kebenaran. Yang ada ialah tipu muslihat, adu domba dan juga munafik setiap saat. Dunia politik (humanisme dan materialisme) itu sendiri adalah kloni subur para munafikun.

Justeru kalau Zaid berlawan dengan Azmin dan menggunakan akhbar berkenaan kerana ingin menunjukkan sikap terbukanya, sikap profesionalnya, beliau telah salah dan melakukan kesilapan besar dalam politik yang berteraskan kepada prinsip 4C.

Saya sangat membimbangi bila Zaid mengadakan temuramah dengan akhbar berkenaan menyebabkan semangat para penyokongnya yang kecewa dengan akhbar berkenaan akan menurun. Saya lihat dari Interviu apa diperolehi Zaid hanya meluahkan rasa hatinya saja tidak lebih dari itu.

Pada saya apa yang Zaid inginkan dari PKR dengan apa yang beliau lakukan itu sia-sia saja. Berdasarkan itu saya cukup pasti selepas ini kalau beliau kalah beliau akan meninggalkan PKR atas alasan perjuangan parti itu tidak mampu memenuhi kehendaknya. Atau setidak-tidaknya kerajinannya seperti mana hari ini akan tergenjat sedikit. Selalunya perangai orang politik tidak mudah berubah walaupun di rendam dalam tujuh lautan. Saya sudah lama memerhati hal ini.

MSO

Najib tolong suruh Nazri "shut up!" sebelum PRU13........???

on



Bekas Perdana Menteri  berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.

"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.


"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya hari ini.

Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini.

(Sumber : Utusan Malaysia)

Apa cerita ni? Sungguh tak manis, tak cantik dan tak sopan perkara-perkara sebegini berlaku. Adalah tidak sopan membiarkan Che Det yang berumur 85 tahun melontar kata-kata sebegini di hadapan himpunan orang-orang Melayu dan umum.

Nazri tak habis-habis "attack" Che Det dan langsung tak menghormati bekas pemimpin yang telah banyak berjasa. Apa jasa Nazri?

Nazri merupakan rakan baik Najib semasa sama-sama di dalam Pemuda UMNO dahulu seharusnya menjaga tertib dan adab apabila memperkatakan sesuatu pada Che Det kerana kebiadapan beliau boleh menjejaskan nama baik rakan karib beliau Najib Tun Razak.

Sikap kurang ajar dan biadap bukan budaya Melayu yang sebenarnya dan juga bukan warisan penjajah Inggeris kerana Inggeris yang benar-benar Inggeris pun hormat-menghormati pada "senior citizen".

Mungkin Nazri juga sudah hilang kesopanannya seperti mana anaknya sendiri yang telah hilang kesopanan dihadapan belaiu.

Kita tidak faham apa kelebihannya Najib menyimpan pemimpin yang sebgini yang tidak mendatangkan hasil hanya membawa bebanan kepada pentadbiran Najib. 

Inilah sikap segelintir pemimpin UMNO apabila sudah sedap makan keju sambil hisap curut jasa orang-orang tua langsung tidak dikenang. Lupa daratan. 

Detikdaily

Nik Aziz Akur Kehendak Parti.

on



KOTA BARU, 26 Sept — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menyimpan sedikit pun perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan itu yang telah disandangnya sejak 1990.

Nik Aziz (gambar) berkata ia bukan kehendaknya tetapi adalah keputusan pucuk pimpinan PAS sendiri yang mahukan beliau terus memegang jawatan itu.

“Saya sendirilah jadi Menteri Besar ini tak ada tamak sikit habuk tapi telah dipilih oleh parti. Jadi Menteri Besar, kalau boleh nak suruh orang lain (ganti) tapi lepas setahun, setahun, lepas sepenggal, sepenggal (terus memegang jawatan itu),” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mursyidul Am PAS itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas semalam yang mengingatkan pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Menurut Mahathir keadaan itu jika dibiarkan tidak mustahil suatu hari kelak negara ini akan menjadi seperti Singapura dimana bangsa Melayu dan umat Islam tidak lagi bebas bersuara.
Mengulas perkara itu, Nik Aziz berkata apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu diterimanya dengan baik dan boleh dijadikan sebagai peringatan kepada semua pihak termasuk daripada parti pembangkang. — Bernama

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List