Star-Utusan Malaysia: Mana Satu Betul......???

on Sep 29, 2010



Dalam keghairahan menyerang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat, akhbar Star dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang bukan sahaja tidak disokong fakta, tetapi bercanggah antara satu sama lain.
Dalam laporan muka depannya hari ini, The Star menyifatkan kekalahan pemimpin pada peringkat cabang seperti Elizabeth Wong (Petaling Jaya Utara), Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak) dan Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang) adalah kerana mereka bukan “orang Anwar Ibrahim atau Azmin Ali.”
Utusan Malaysia (mukasurat 3) juga merujuk kepada kekalahan tokoh-tokoh sama tetapi  menyifatkan kesemua mereka sebagai “orang Anwar dan Azmin.”   Menurut Utusan, kekalahan mereka kononnya adalah bukti Anwar dan Azmin akan menghadapi masalah pada pemilihan peringkat nasional November depan.
Mana satu yang betul?  Mungkin sudah sampai masanya  untuk akhbar-akhbar arus perdana mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap hari untuk memastikan laporan yang diputar belit oleh mereka sekurang-kurangnya dibuat atas premis yang sama  sebelum menjajanya kepada rakyat.
Biarlah akhbar-akhbar berkenaan berpegang kepada slogan 1Malaysia, 1Fitnah dan mengelak daripada mengadakan dua tiga versi berlainan mengenai  fitnah yang sama.
Selain Utusan dan The Star, akhbar-akhbar lain seperti Berita Harian dan  New Straits Times turut menyerang PKR atas kekecohan yang berlaku di tujuh cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan setakat ini.
Kesemua mereka mendakwa kekecohan itu mencerminkan sistem satu ahli satu undi PKR gagal, malah memetik Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai berkata kekecohan itu bukti PKR tidak ada  kemampuan untuk memerintah.
Fakta “kecil” yang sengaja dilupakan oleh Muhyiddin  ialah kekecohan berlaku hanya pada tujuh Cabang. 159 Cabang mengadakan mesyuarat dan pemilihan tanpa sebarang masalah dan dalam suasana yang hanya menyuburkan demokrasi tulen dalam PKR.
Mungkinkah Muhyiddin berkata demikian kerana beliau, seperti dalam kes gurubesar rasis baru-baru ini, juga “tidak ada kuasa” untuk mengetahui fakta-fakta relevan sebelum membuka mulutnya?
Atau beliau mempunyai  apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai “selective amnesia”  iaitu hilang memori secara pilihan?.     
Pimpinan PKR tidak menafikan wujudnya masalah logistik dan keselamatan di segelintir Cabang yang memberikan kesempatan kepada samseng upahan dan bekas ahli parti itu menimbulkan kekacauan.
Kemungkinan anasir-anasir ini  dibiayai oleh pihak  tertentu supaya tindakan mereka dirakam oleh jurugambar dan jurukamera media arus perdana demi  memperlekehkan proses transformasi  PKR ke demokrasi tulen, tidak boleh ditolak.
Ini kerana kejayaan PKR melaksanakan pemilihan satu ahli satu undi akan menandakan satu lagi kejayaan  parti itu dalam hasrat menyuburkan proses demokrasi dalam parti dan seterusnya  mengembangkan hak itu kepada rakyat umumnya. 
Seperkara lucu mengenai dakwaan dalam laporan-laporan media arus perdana, adalah kononnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sedang menentukan calon mana menang pada peringkat Cabang.
Cukup untuk mengatakan bahawa dengan keahlian PKR mencecah hampir  500,000, adalah tidak waras untuk sesiapa mendakwa kedua-dua orang itu mempunyai keupayaan  begitu besar untuk mempengaruhi  minda ahli biasa dalam memilih pemimpin mereka.
Mungkinkah media arus perdana masih berfikir PKR sama seperti Umno, di mana pemimpin hanya perlu membeli  undi kira-kira 2,000 perwakilan untuk diangkat sebagai ahli Majlis Tertinggi?
Sekali lagi, biarlah fitnah yang “dijual” oleh akhbar dan stesen televisyen arus perdana kepada pembaca dan penonton mempunyai unsur-unsur  yang tidak terlalu karut, sehingga sukar untuk sesiapa menerimanya.  Jangan asyik syok sendiri sahaja.
  Add Comments


Posted Date : 2010-09-28 15:19:01
by Penganalisis Politik OIU
 

Bandingkan perkara-perkara berikut: (i) pemilihan jawatan Umno peringkat cawangan, bahagian dan negeri ditentukan oleh perwakilan dan ini terdedah kepada rasuah manakala (i) pemilihan jawatan Keadilan peringkat ranting dan cabang ditentukan oleh semua ahli dengan mekanisme 1 ahli 1 undi (hanya PKR yang pertama mewujudkan undian secara demokrasi) (ii) dalam Umo ditetapkan kuota untuk pencalonan Presiden, Timbalannya dan Naib Presiden di sini juga akan berlaku unsur-unsur rasuah di mana pencalonan di peringkat bahagian boleh dibeli (Najib berjaya menjadi Presiden Umno/PM kerana dot dot dot) manakala (ii) dalam Keadilan tidak ada kuota ditetapkan dan mana-mana cabang/negeri boleh mencalonkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (demokrasi yang diamalkan menyaksikan beberapa tokoh penting PKR tumbang samada ianya didalangi musuh-musuh dalam dan luar PKR, perlulah dikaji dan diselidiki perkara ini). Saya ingin mengucapkan tahniah kepada parti Keadilan yang satu-satunya parti yang ke depan menjana kekuatan demokrasi berperlembagaan. Rakyat tidak mudah tertipu dengan provokasi dan taktik pengacau yang ditimbulkan oleh bekas pemimpin PKR atau katak-katak dan askar upahan Umno untuk memporak-perandakan proses pemilihan Keadilan. Prof. Jumo Kesuma Wiranto Open International University


Posted Date : 2010-09-28 17:06:28
by andro
 

Kekecohan yang berlaku adalah disebabkan orang-orang BN yang ghairah merebut kuasa di PKR...belum daftar menjadi ahli pun nak mengundi....ternyata mereka berlumba-lumba menjadi Penyokong Pakatan Rakyat....isi borang keahlian dulu baru layak mencadang....bayar yuran....baru boleh mengundi....jgn rebut-rebut...


Posted Date : 2010-09-28 17:33:44
by Aida
 

Terima sahaja kenyataan. Tidak perlu menuduh pihak lain


Posted Date : 2010-09-28 20:46:56
by putar alam
 

Kalau sudah biasa dengan putar-belit, provokasi dan tak suka melihat pihak lain buat kerja betul...haha memang kerja putar-belit juga


Posted Date : 2010-09-28 20:56:23
by a to z
 

pada iada yang berada di luar parti keadilan tengok dari a ke z.anda tak tahu apa.cuma kami di cabang kapar saje yang tahu.


Posted Date : 2010-09-28 21:41:35
by sdan
 

kekecohan yang berlaku pun tak sehabat pemilihan dalam UMNO, Ceh Aida oi! 


Posted Date : 2010-09-28 22:52:25
by zainal
 

Hendak memulakan sesuatu yang baru bukannya mudah. Cabaran dan kelemahan tetap ada. Apa-apa pun, syabas kepada PKR yang berani membuat pembaharuan dalam pemilihan partinya.


Posted Date : 2010-09-28 23:02:41
by vetta affari
 

minat sungguh pemimpin BN khasnya UMNO dalam proses pemilihan PKR kali ini,komen itu,komen ini, takut jugak dia orang ni,PKR test POWER,BN/UMNO tengah perhati


Posted Date : 2010-09-28 23:04:35
by Sumpitan
 

Pemilihan untuk ketua cabang PR adalah telus tiada sogokan,kalaupun ada itu bukan kerja PR,ada orang2umno menang dalam pemilihan,setelah tidak dapat porjek masuk PR,bertanding menang sebab guna RM.Ahli PR KELAH TEROKKKK. 


Posted Date : 2010-09-28 23:13:44
by adik
 

kenyataan apa???


Posted Date : 2010-09-29 00:50:46
by mohamad nazib bin ali
 

biasalah kan perkara/benda baru.......seperti bayi baru nak barjalan.adat laaaa jatuh bangun jatuh bangun dan selepas berlari terus meninggalkan umno-bn. kepada peminpin yang tewas bukan bererti kalah dalam perjuanga.perjalanan masih jauh lagi dan kena terus berjalan untuk berjuang.dalam beberapa pemilihan ranting dan cabang yang saya lihat.......nampaknya banyak pak itam yang memulakan membuat hal.cuba selidik apa masalahnya ni....

PAS Siap Siaga Hadapi Pilihanraya Kecil Dun Galas

on

KUALA LUMPUR 28 Sept - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS telah pun bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dan yakin parti itu dapat mempertahankan kerusi di kawasan tersebut berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima semalam. 

Keyakinan itu katanya berdasarkan persediaan rapi yang dibuat parti itu bagi menghadapi pilihanraya umum bahkan PAS menurut beliau juga telah bersedia untuk piliharaya kecil Dun Galas. 

"Saya ingin menyatakan bahawa parti (PAS) telahpun membuat persiapan awal bukan sekadar untuk menghadapi pilihanraya kecil Galas tetapi parti telahpun mempersiapkan untuk menghadapi pilihanraya umum. 

"Kita (PAS) tidak punya masalah untuk hadapi piliharanya kecil di Galas ini dan kita membuat persiapan dan persediaan yang terbaik untuk piliharaya kawasan ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di ibu negara dekat sini tengahari tadi. 

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata bahawa PAS tidak akan memandang rendah terhadap kebolehan parti lawan. 

"Saya rasa itu cabaran besar bagi PAS untuk mempertahankan kerusi ini dan saya tidak memandang rendah dan meremehkan kekuatan pihak lawan. 

"Tetapi apa yang penting parti mesti berada dalam kedudukan yang cukup kuat untuk bertarung bagi mempertahankan kerusi Dun Galas ini," kata beliau. 

Berikutan itu, menurut Salahuddin lagi, PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat pada 3 Oktober ini bagi membincangkan persediaan berhubung pilihanraya kecil bagi Dun berkenaan. 
 
"Saya yakin dan percaya bahawa antara agenda penting adalah bagi membincangkan tentang persiapan pilihanraya kecil di Galas berikutan kematian Adunnya semalam iaitu Che Hashim," katanya.   

Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru semalam akibat kanser usus.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas Dun Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. 

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan Dun yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain Dun Nenggiri dan Paloh.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi Dun Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian Che Hashim.

Manakala, mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun berkenaan akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker Dun Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Kes Sosilawati: AG bimbang kes diperbesar, laporan polis hujung minggu.....

on



Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akan diperbesar-besarkan.



Beliau berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan.



“Saya fikir ikut sahaja nasihat KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar). Bertenanglah dan biarkan kami lakukan tugas kami.



“Saya rasa pada masa yang betul dan apabila siasatan telah selesai, mereka akan memberi satu kenyataan yang wajar serta mendedahkan segalanya. Ketika itu, tiada sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.



Gani (gambar) ditanya sama ada beliau melihat campur tangan pelbagai pihak yang tampil membuat kenyataan berhubung kes itu, termasuk keluarga ahli perniagaan India, akan menjejaskan siasatan kes pembunuhan itu.

Ahad lepas, Ismail mengingatkan media agar tidak menulis cerita berunsur spekulasi berhubung kes itu, sebaliknya menunggu pengesahan daripada polis.

Peringatan itu dibuat berikutan laporan media bahawa dua kubur telah ditemui di ladang tempat Sosilawati dan tiga yang lain didakwa dibunuh.

Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shansudin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu, selepas mereka ke Banting, Selangor, untuk urusan penjualan tanah.

Pada 13 September lepas polis mengesahkan kesemua mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dibakar serta abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting.

Polis menemui tulang serta barangan lain dari sungai berkenaan dan telah menahan lapan suspek, termasuk dua adik beradik peguam, bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan kejam itu.

Ditanya jika Jabatan Peguam Negara boleh meyakinkan orang ramai bahawa akan ada satu keputusan di akhir siasatan kes berkenaan, Abdul Gani berkata: “Setahu saya, dalam semua siasatan, sesuatu akan berlaku iaitu sama ada kami dakwa atau tidak. Itu adalah sesuatu yang pasti,” katanya.

Mengulas mengenai kertas siasatan kes berkenaan yang dikembalikan kepada polis, beliau berkata tidak ada tarikh akhir untuk penghantarannya.

“Saya perlu menunggu mereka menghantarnya (kertas siasatan). Biar mereka siasat kes tersebut secara terperinci kerana ia membabitkan kepentingan awam.

“Terdapat banyak perkara yang perlu disiasat. Saya tidak boleh memberikan tarikh akhir kepada mereka, tetapi saya tahu mereka sedang bertungkus-lumus.

“Dan mereka akan memberikannya kepada saya secepat mungkin. Malah, saya bertemu dengan mereka hampir setiap hari,” katanya.

Mengenai kawasan yang perlu disiasat semula, beliau berkata: “Banyak, tetapi saya tidak boleh memberitahu anda mengenai kelemahannya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai kertas siasatan kes Sosilawati dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

“Kita mempunyai kertas siasatan yang boleh dianggap sebagai mantap, tetapi terpulang kepada perbincangan kita dengan pihak Jabatan Peguam Negara. Iaitu sama ada mereka memerlukan kami untuk mencari bahan-bahan tertentu lagi dalam siasatan kami terhadap kes ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai laporan DNA kes itu, Mohd Bakri berkata polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak memberi tekanan kepada Jabatan Kimia berhubung perkara itu kerana mereka memerlukan masa bagi menjalankan tugas yang rumit.

“Kita mesti berikan mereka masa, pakar patologi, Jabatan Kimia, bagi menganalisis tulang yang kita jumpa. Untuk mendapatkan DNA, bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.

Mohd Bakri juga mengulangi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberita yang salah melaporkan kes Sosilawati.

“Saya mesti memberi amaran kepada anda (pemberita) kerana saya akan mengambil tindakan sewajarnya, kami telah memberikan peluang secukupnya bagi anda mendapatkan maklumat, namun bukan untuk menulis sesuatu yang tidak benar, jika tidak, kami akan mengambil keterangan daripada anda,” katanya.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata polis akan melawat beberapa lokasi lagi di sekitar Ladang Gadong, Banting untuk mencari bukti terbaru berhubung kes yang melibatkan suspek kes pembunuhan Sosilawati, berdasarkan beberapa petunjuk baru yang muncul dalam siasatan mereka.

“Anda semua perlu ingat, kita menyiasat dalam dua aspek, satu kes yang kita siasat sekarang iaitu kes (pembunuhan) Sosilawati bersama tiga orang, dan satu lagi ialah berkenaan kehilangan tiga orang, dan satu kes pembunuhan yang berlaku di Banting,” katanya. – Bernama 


Ulasan GB


Saya hairan dengan sikap Peguam Negara dan PDRM di dalam hal ini.

Kes pembunuhan Sosilawati adalah satu kes yang besar, bukan sengaja dibesar-besarkan, dan justeru tentulah banyak andaian dan spekulasi timbul di kalangan semua pihak selagi siasatan terhadapnya belum lagi muktamad.

Sepatutnya Peguam Negara dan PDRM berterima kasih di atas perbincangan yang banyak kerana ia mungkin input-input berguna yang boleh membantu siasatan. Tetapi apa yang berlaku ianya tidak dihargai malah cuba disekat di atas alasan "mengganggu siasatan".

Masyarakat begitu prihatin dengan kes ini. Apa tidaknya, seolah-olah baru semalam mangsa hidup kemudian tiba-tiba dibunuh dengan kejam. Kemanusian apakah lagi yang ada pada si pembunuh? 

PDRM menjalankan tugasnya, dan rakyat pula tetap akan tertanya-tanya terhadap tragedi itu, lantas pelbagai teori diketengahkan. Ia tidak boleh disekat. Mustahil untuk menyekatnya. Setiap orang melihat dari sudutpandangnya yang berbeza dan justerunya timbul pelbagai cerita 

Kerana apa? Untuk mengelakkan tragedi yang serupa tidak berulang lagi ke atas mana-mana anggota masyarakat kita.

Yang nyata, sepertimana diakui oleh Ketua Polis Negara, tragedi itu sebenarnya BOLEH DIELAKKAN jika polis telah bertindak pantas semenjak hari pertama mangsa dilaporkan hilang. Ketika itu polis sudah pun menunjukkan kecekapannya untuk menciumi gerak suspek. Tetapi, polis tidak efektif di dalam strateginya bagi menyelamatkan mangsa.

Teruskan kerja. Kami tidak berhasrat lansung untuk menganggu tugas polis. Malah kita mahu semua pihak berkerjasama dengan polis supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat, tepat dan berkesan. 

kelabGB

Kit Siang Ingatkan PR Sedia Hadapi PRU-13 Dalam Enam Bulan.......???

on

SHAH ALAM 29 Sept - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memalu gendang pilihan raya apabila mengingatkan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia menghadapi PRU ke-13 yang akan diumumkan seawal-awal enam bulan dari sekarang.
Ini berdasarkan kepada gesaan Menteri Besar 'Mahkamah' Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menyeru semua komponen Barisan Nasional membuat persediaan bagi mengadapi kemungkinan PRU mengejut awal tahun depan.
"DAP dan Pakatan Rakyat mesti bersedia dari sekarang untuk menghadapi PRU-13 dalam masa enam bulan lagi," kata beliau semasa berucap pada majlis Hari Keluarga dan Pesta Makanan DAP Canning di Dewan Bulan Sabit, Ipoh Sabtu lalu.
Kit Siang berkata dalam tempoh 18 bulan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan tiga inisiatif iaitu dasar 1 Malaysia, Model Ekonomi Baru serta Program Transformasi Ekonomi (PTE) RM1.4 trilion yang mensasarkan ekonomi nilai tambah yang tinggi menjelang 2020.
"Bagaimanapun kesemua langkah besar Najib telah gagal untuk dilaksanakan melihat kepada respons lemah Bursa Malaysia terhadap PTE. 
"Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) tutup 1,469 poin pada hari Isnin, meningkat 6.30 mata kepada 1,475.99 pada hari Selasa apabila PRE dilancarkan. Tetapi menjelang penghujung minggu dagangan pada hari Jumaat, KLCI jatuh 28.80 mata kepada 1,451.19 poin. 
"Terlalu sedikit keyakinan rakyat terhadap PTE setelah dua inisiatif Najib diserang dan seterusnya dimusnahkan.
"MEB yang dilancarkan pada 30 Mac lalu diserang bertubi-tubi sehingga Najib terpaksa menjarakkan dirinya dengan mengatakan MEB bukanlah keputusan muktamad kerajaan tetapi sekadar usaha percubaan sekumpulan pakar yang melihat dari perspektif global!," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.
Tambah beliau, dalam kedua-dua perkara, individu yang mengetuai serangan terhadap program Najib tidak lain tidak bukan adalah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak faham konsep 1 Malaysia dan kesan buruk MEB jika dilaksanakan.
Kata Kit Siang lagi, dasar 1Malaysia umpamanya masih belum dibuktikan sebagai polisi negara yang mengamit komitmen penuh serta kesetiaan daripada anggota Kabinet Najib dan pentadbiran kerajaan sendiri.
Ini terserlah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan secara terbuka bahawa beliau 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian' dan hanya satu sahaja Menteri Kabinet, Datuk Seri Nazri Aziz yang bersedia menyatakan sebaliknya sejak 18 bulan lalu. 
"Terbaru, Mahathir meningkatkan retoriknya mengenai bangsa dan agama malah memberi amaran orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan.
"Ini adalah kemuncak sikap tidak bertanggungjawab daripada seorang yang telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan mewar-warkan konsep Bangsa Malaysia seiring dengan Wawasan 2020.
"Jika Pakatan Rakyat berkuasa yang akan hilang kuasa dan pengaruh ialah golongan Umnoputra sementara rakyat Malaysia terbanyak - Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban akan diperkasakan," tegas beliau lagi.
Kit Siang juga berkata Dr Mahathir telah menyerang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melalui kempen tidak beretika dan tidak jujur dengan memburuk-burukkannya hanya kerana beliau adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat yang popular sebelum rampasan kuasa haram Umno-BN.
Malah Dr Mahathir menunuduh Mohammad Nizar sebagai alat DAP dan mendakwa pentadbiran Nizar dianggap kerajaan negeri Cina oleh masyarakat Cina di Malaysia.
"Ini adalah satu tuduhan yang amat tidak berasas kerana tidak ada siapa pun yang menganggap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak sebagai pentadbiran Cina - ia adalah kerajaan negeri rakyat Malaysia dan diterima baik oleh semua kaum di negeri ini.
"Cara Mahathir memfitnah Nizar sama sepertimana beliau memburuk-burukkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman lebih 40 tahun dahulu, yang mana akhirnya Mahathir terpaksa meminta maaf dari Tunku.
"Sebagai bekas Perdana Menteri, Mahathir sepatutnya berhenti daripada mengamalkan politik perkauman dan agama," kata beliau lagi.

Calon UMNO DUN GALAS...Bazlan Baharudin...........???

on

image

Ketua Pemuda bahagian Umno Gua musang, Bazlan Baharuddin seorang yang banyak mendapat tender2 kantin dan asrama sekolah2 di Kelantan serta mempunyai syarikat kawalan keselamatan, mamat ni memang liar dalam mendapat kan apa2 kepentingan KERAJAAN melalui Umno dan melobi orang2 atasan Umno, dia mempunyai ramai musuh2 kalangan penender2 kantin dan asrama sekolah.





BAZLAN SECURITY SDN BHD 
ALAMAT: 
PT 7742 Aras 1,Taman Mesra, 
Jalan Persiaranraya, 
18300 Gua Musang,
 
BAZLAN BIN BAHARUDDIN 
MOF No: 357-00018831
Address: No 39,Perumahan JPN 18300 Gau Musang,Kelantan 
State: Kelantan 
Country: Malaysia 
Contact Person: Bazlan Baharuddin 
Phone: 09-5667465
 

Ketua Pemuda bahagian, Bazlan Baharuddin ketika dihubungi berkata, mesyuarat itu akan membincangkan antara lain persiapan jentera parti dan pemilihan calon. 
Katanya, mesyuarat itu akan dihadiri oleh semua ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dari 24 cawangan Umno di DUN Galas. 
"Parti mahu mendengar pandangan akar umbi secara menyeluruh mengenai pilihan kecil ini termasuk aspek persiapan jentera, peruntukan kewangan, logistik dan calon. 
"Kita tahu Galas kubu kuat BN, tidak pernah kalah kecuali 2008, yang mana sebabnya tidak jelas hingga sekarang," katanya. 
Mengenai pemilihan calon, Bazlan berkata, ia terserah kepada Tengku Razaleigh dan pucuk pimpinan Umno lain.
"Dari tinjauan kita (Umno), mereka mahu calon tempatan, sentiasa turun padang dan sesekali boleh minum bersaam pengundi di kedai kopi," katanya. 
Di Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri berkata, seorang pemimpin tempatan akan dipilih  sebagai calon BN  bagi pilihan raya kecil Galas.
 
Wah ! nampak, apa bazlan kata, calon muda beb, sapa lagi kalau bukan dia ?, permulaan rentak umno gua musang sudah bermula, dia juga di katakan tidak sebulu dengan ketua bahagian Ku Li dalm isu pencalonan melawan presiden Umno dan isu royalty petroleum dan gas Kelantan.
 
Lagi menyusul perihal mamat ni…….






 

Muakakakkkak..aa.gedebak.gedebuk..tinggg.tong...bammm..boom..dushhh..powwwwww..adussssss...muaakakakkakaa..bunyi gerombolan UMNO-BN yahudi berebut nak jadi calon dalam PRK DUN Galas Kelantan yang akan menjelang tiba.nantikan di skrin komputer anda..muakakakkaa




warta365

Dua lelaki “pembuat senapang” ditahan

on

KUALA PILAH – Dua lelaki bersaudara pakar membuat senapang dan seorang pelanggan mereka ditahan oleh polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungkak kira-kira pada pukul 2 pagi semalam.
Enam pucuk senapang yang dirampas oleh polis itu diledakkan oleh letusan angin dan menggunakan bebola besi sebagai peluru.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt. Jaafar Baba berkata, pada awalnya polis menyerbu mereka disebabkan terdapat maklumat tentang dadah dan ketika dikepung, suspek berada dalam keadaan khayal dan mereka turut menjumpai dua bungkus dadah jenis syabu.
"Suspek berusia 37 dan 28 tahun. Suspek membuat senapang angin itu dengan bahan terpakai dan menjual senjata itu dengan harga RM300 selaras,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Selepas disoal siasat, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun dari Kampung Sungai Dua Kecil pada pukul 4.30 petang hari yang sama yang dipercayai telah membeli senapang itu daripada mereka, katanya.
Mereka semua akan didakwa di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali. – Bernama

PRK Galas Sudah Mula Hangat.......???

on

PRK Galas Sudah Mula Hangat; Muhyiddin Bimbang Tengku Razaleigh





Jangkaan Pilihantaya Kecil (PRK) akan diadakan berikutan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menjadi suasana politik semakin 'hangat'.

PAS membuka langkah dengan menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil.

Isu Semasa Dan Sentimen Tempatan Jadi Tumpuan

Sehubungan itu, penasihat jentera pilihan raya Pas Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata isu semasa dan sentimen tempatan dijangka menjadi tumpuan pada PRK DUN Galas yang bakal diadakan

Katanya kemenangan Pas pada pilihan raya umum sebelum ini pun banyak bergantung kepada kedua-dua isu itu.

"Sebab itu, kita menganggap pilihan raya kecil kali ini adalah suatu medan ujian penting kepada Pas dan Barisan Nasional," katanya kepada Bernama hari Selasa.

Wan Abdul Rahim berkata sentimen setempat di Galas berdasarkan kepada komposisi pengundi kerana kawasan itu mempunyai ramai pengundi daripada kalangan Orang Asli.


Polis Kelantan sedia

Dalam pada itu, Polis Kelantan dilaporkan bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya 

Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terbabit dalam suasana aman dan harmoni.

Pemimpin Umno Tuduh Pengundi DUN Galas Silap, 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa pengundi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Galas, Kelantan telah melakukan kesilapan dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau berkata, kononnya pengundi DUN Galas tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan.

Beliau menambah tohmahannya, ramai pengundi di DUN tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Kononnya, kata Sabri lagi, sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN).


Umno akan Letak calon tempatan

Umno tidak ada pilihan kecuali akan akur dan meminta restu daripada Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. menyebut secara khusus, Umno akan meletakkan calon tempatan dari Gua Musang yang diketuai oleh Tengku Razaleigh

Katanya, beliau berharap dan percaya, Tengku Razaleigh akan membantu Pengerusi Perhubungan Umno Dato' Mustapa Mohamad, memenangkan BN dalam PRK DUN Galas.

"Apabila pilihanraya kecil diumumkan, kita akan pilih calon dari Gua Musang, yang diketuai oleh Tengku Razaleigh (Hamzah), kita percaya Tengku Razaleigh, sebagai ketua bahagian akan membantu Datuk Seri Mustapa (Mohamed), selaku Pengerusi Perhubungan Umno bagi memastikan kemenangan BN,"kata Muhyiddin selepas menyampaikan ucapan di Forum International Herald Tribune.

Muhyidin berhati-hati dan berharap Tengku Razaleigh tidak menjadi halangan kerana Tengku Razaleigh sering mengeluarkan kenyataan kontra terhadap dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional.

Tengku Razaleigh berterus terang menyebelahi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dalam isu royalti petroleum bahkan beliau sanggup menjadi saksi dalam saman kerajaan Kelantan dan Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan.


PAS Yakin Menang

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman semalam.

Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas dijangka diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Che Hashim Sulaiman, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Hashim yang menghidap barah usus menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Betis, Gua Musang lewat malam tadi sebaik tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

apakhabarganukita

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List