Star-Utusan Malaysia: Mana Satu Betul......???

on Sep 29, 2010



Dalam keghairahan menyerang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat, akhbar Star dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang bukan sahaja tidak disokong fakta, tetapi bercanggah antara satu sama lain.
Dalam laporan muka depannya hari ini, The Star menyifatkan kekalahan pemimpin pada peringkat cabang seperti Elizabeth Wong (Petaling Jaya Utara), Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak) dan Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang) adalah kerana mereka bukan “orang Anwar Ibrahim atau Azmin Ali.”
Utusan Malaysia (mukasurat 3) juga merujuk kepada kekalahan tokoh-tokoh sama tetapi  menyifatkan kesemua mereka sebagai “orang Anwar dan Azmin.”   Menurut Utusan, kekalahan mereka kononnya adalah bukti Anwar dan Azmin akan menghadapi masalah pada pemilihan peringkat nasional November depan.
Mana satu yang betul?  Mungkin sudah sampai masanya  untuk akhbar-akhbar arus perdana mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap hari untuk memastikan laporan yang diputar belit oleh mereka sekurang-kurangnya dibuat atas premis yang sama  sebelum menjajanya kepada rakyat.
Biarlah akhbar-akhbar berkenaan berpegang kepada slogan 1Malaysia, 1Fitnah dan mengelak daripada mengadakan dua tiga versi berlainan mengenai  fitnah yang sama.
Selain Utusan dan The Star, akhbar-akhbar lain seperti Berita Harian dan  New Straits Times turut menyerang PKR atas kekecohan yang berlaku di tujuh cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan setakat ini.
Kesemua mereka mendakwa kekecohan itu mencerminkan sistem satu ahli satu undi PKR gagal, malah memetik Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai berkata kekecohan itu bukti PKR tidak ada  kemampuan untuk memerintah.
Fakta “kecil” yang sengaja dilupakan oleh Muhyiddin  ialah kekecohan berlaku hanya pada tujuh Cabang. 159 Cabang mengadakan mesyuarat dan pemilihan tanpa sebarang masalah dan dalam suasana yang hanya menyuburkan demokrasi tulen dalam PKR.
Mungkinkah Muhyiddin berkata demikian kerana beliau, seperti dalam kes gurubesar rasis baru-baru ini, juga “tidak ada kuasa” untuk mengetahui fakta-fakta relevan sebelum membuka mulutnya?
Atau beliau mempunyai  apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai “selective amnesia”  iaitu hilang memori secara pilihan?.     
Pimpinan PKR tidak menafikan wujudnya masalah logistik dan keselamatan di segelintir Cabang yang memberikan kesempatan kepada samseng upahan dan bekas ahli parti itu menimbulkan kekacauan.
Kemungkinan anasir-anasir ini  dibiayai oleh pihak  tertentu supaya tindakan mereka dirakam oleh jurugambar dan jurukamera media arus perdana demi  memperlekehkan proses transformasi  PKR ke demokrasi tulen, tidak boleh ditolak.
Ini kerana kejayaan PKR melaksanakan pemilihan satu ahli satu undi akan menandakan satu lagi kejayaan  parti itu dalam hasrat menyuburkan proses demokrasi dalam parti dan seterusnya  mengembangkan hak itu kepada rakyat umumnya. 
Seperkara lucu mengenai dakwaan dalam laporan-laporan media arus perdana, adalah kononnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sedang menentukan calon mana menang pada peringkat Cabang.
Cukup untuk mengatakan bahawa dengan keahlian PKR mencecah hampir  500,000, adalah tidak waras untuk sesiapa mendakwa kedua-dua orang itu mempunyai keupayaan  begitu besar untuk mempengaruhi  minda ahli biasa dalam memilih pemimpin mereka.
Mungkinkah media arus perdana masih berfikir PKR sama seperti Umno, di mana pemimpin hanya perlu membeli  undi kira-kira 2,000 perwakilan untuk diangkat sebagai ahli Majlis Tertinggi?
Sekali lagi, biarlah fitnah yang “dijual” oleh akhbar dan stesen televisyen arus perdana kepada pembaca dan penonton mempunyai unsur-unsur  yang tidak terlalu karut, sehingga sukar untuk sesiapa menerimanya.  Jangan asyik syok sendiri sahaja.
  Add Comments


Posted Date : 2010-09-28 15:19:01
by Penganalisis Politik OIU
 

Bandingkan perkara-perkara berikut: (i) pemilihan jawatan Umno peringkat cawangan, bahagian dan negeri ditentukan oleh perwakilan dan ini terdedah kepada rasuah manakala (i) pemilihan jawatan Keadilan peringkat ranting dan cabang ditentukan oleh semua ahli dengan mekanisme 1 ahli 1 undi (hanya PKR yang pertama mewujudkan undian secara demokrasi) (ii) dalam Umo ditetapkan kuota untuk pencalonan Presiden, Timbalannya dan Naib Presiden di sini juga akan berlaku unsur-unsur rasuah di mana pencalonan di peringkat bahagian boleh dibeli (Najib berjaya menjadi Presiden Umno/PM kerana dot dot dot) manakala (ii) dalam Keadilan tidak ada kuota ditetapkan dan mana-mana cabang/negeri boleh mencalonkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (demokrasi yang diamalkan menyaksikan beberapa tokoh penting PKR tumbang samada ianya didalangi musuh-musuh dalam dan luar PKR, perlulah dikaji dan diselidiki perkara ini). Saya ingin mengucapkan tahniah kepada parti Keadilan yang satu-satunya parti yang ke depan menjana kekuatan demokrasi berperlembagaan. Rakyat tidak mudah tertipu dengan provokasi dan taktik pengacau yang ditimbulkan oleh bekas pemimpin PKR atau katak-katak dan askar upahan Umno untuk memporak-perandakan proses pemilihan Keadilan. Prof. Jumo Kesuma Wiranto Open International University


Posted Date : 2010-09-28 17:06:28
by andro
 

Kekecohan yang berlaku adalah disebabkan orang-orang BN yang ghairah merebut kuasa di PKR...belum daftar menjadi ahli pun nak mengundi....ternyata mereka berlumba-lumba menjadi Penyokong Pakatan Rakyat....isi borang keahlian dulu baru layak mencadang....bayar yuran....baru boleh mengundi....jgn rebut-rebut...


Posted Date : 2010-09-28 17:33:44
by Aida
 

Terima sahaja kenyataan. Tidak perlu menuduh pihak lain


Posted Date : 2010-09-28 20:46:56
by putar alam
 

Kalau sudah biasa dengan putar-belit, provokasi dan tak suka melihat pihak lain buat kerja betul...haha memang kerja putar-belit juga


Posted Date : 2010-09-28 20:56:23
by a to z
 

pada iada yang berada di luar parti keadilan tengok dari a ke z.anda tak tahu apa.cuma kami di cabang kapar saje yang tahu.


Posted Date : 2010-09-28 21:41:35
by sdan
 

kekecohan yang berlaku pun tak sehabat pemilihan dalam UMNO, Ceh Aida oi! 


Posted Date : 2010-09-28 22:52:25
by zainal
 

Hendak memulakan sesuatu yang baru bukannya mudah. Cabaran dan kelemahan tetap ada. Apa-apa pun, syabas kepada PKR yang berani membuat pembaharuan dalam pemilihan partinya.


Posted Date : 2010-09-28 23:02:41
by vetta affari
 

minat sungguh pemimpin BN khasnya UMNO dalam proses pemilihan PKR kali ini,komen itu,komen ini, takut jugak dia orang ni,PKR test POWER,BN/UMNO tengah perhati


Posted Date : 2010-09-28 23:04:35
by Sumpitan
 

Pemilihan untuk ketua cabang PR adalah telus tiada sogokan,kalaupun ada itu bukan kerja PR,ada orang2umno menang dalam pemilihan,setelah tidak dapat porjek masuk PR,bertanding menang sebab guna RM.Ahli PR KELAH TEROKKKK. 


Posted Date : 2010-09-28 23:13:44
by adik
 

kenyataan apa???


Posted Date : 2010-09-29 00:50:46
by mohamad nazib bin ali
 

biasalah kan perkara/benda baru.......seperti bayi baru nak barjalan.adat laaaa jatuh bangun jatuh bangun dan selepas berlari terus meninggalkan umno-bn. kepada peminpin yang tewas bukan bererti kalah dalam perjuanga.perjalanan masih jauh lagi dan kena terus berjalan untuk berjuang.dalam beberapa pemilihan ranting dan cabang yang saya lihat.......nampaknya banyak pak itam yang memulakan membuat hal.cuba selidik apa masalahnya ni....

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List