Reezal Merican Buta Maklumat atau BUTA PERUT?

on Oct 1, 2010








                                                                                                                                                                Setelah didesak oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang supaya 11 ADUN UMNO memulangkan gaji mereka (baca di SINI), Reezal Merican yang kini jelas tersepit dengan tindakannya sendiri cuba mengalih perhatian dengan meminta Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Foo agar tidak campur tangan aatau bersuara dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan kerana menurut Reezal Merican itu hal rumahtangga negeri Pulau Pinang.


Ini kerana sebelum itu Loke telah mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat.

Hmmm.. BUTA MAKLUMAT atau BUTA PERUT sebenarnya Ketua Penerangan Pemuda Umno,Pulau Pinang ini?


BUTA MAKLUMAT kerana tidak tahu menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan akan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.





Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara


BUTA PERUT kerana sanggup melakukan apa saja hingga sanggup menidakkan hak rakyat dan menganiayai 40 orang warga emas dari dari DUN beliau iaitu Penaga agar mengembalikan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya hanya dengan bersandarkan berasaskan maklumat yang tidak betul.


Isu wang ihsan: Pemuda Sosialis sifatkan Reezal hipokrit


KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemuda Sosialis DAP mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat dan hipokrit.


Ketua Pemudanya Loke Siew Foo berkata, buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Loke berkata, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

“Pada masa ini, kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi.

“Namun kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial,” katanya.

Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

“Saya yakin Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh Reezal,” katanya.

Soalan beliau di Dewan Rakyat pada 9 Jun lalu berbunyi “sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.”

Kata beliau, untuk maklumat Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu.

“Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.

“Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari.

“Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan Reezal,” katanya.

Oleh itu kata beliau, untuk pengetahuan Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh Reezal.

“Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan Reezal,” katanya.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Reezal sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan”.

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.


Gempar Lagi Mengemparkan :- Veteran Parti Dedahkan 'CD Konspirasi'...???

on

Gempar: Veteran Parti Dedahkan 'CD Konspirasi' Tentang Azmin Ali Menggunakan Reformis Untuk Gulingkan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim !!












Pemilihan PKR 2010 ini nampaknya semakin panas dan mendebarkan. Berbagai isu telah dimainkan antara penyokong pemimpin yang bertanding. Bermula dengan peringkat cabang hinggalah ke peringkat pusat sekarang ini. Jika dicabang-cabang, isunya timbul akibat sesetengah pihak tidak berpuas hati apabila calon yang disokong dan dijangka menang, tiba-tiba tertewas. Mulalah timbul perasaan tidak puas hati, biarpun pada awalnya masing-masing bersetuju untuk mengganggap pertandingan yang dijalankan adalah berbentuk "adik beradik". Namun, anehnya bila ada yang tertewas mulalah mengungkit berbagai-bagai perkara hingga menggoncangkan parti. Bermula dengan isu politik wang, ugutan, penipuan undi, pengundi hantu hingga kepada penggunaan kumpulan samseng. Semua ini menjadi rencah pertandingan, terutamanya bagi mereka yang tertewas. Namun, ada sesuatu yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak sebenarnya. Bak kata pepatah Melayu "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Maka inilah hakikatnya, sebelum pemilihan semuanya nampak cantik dan berjalan dengan baik belaka. Namun, selepas pemilihan barulah berbagai kebobrokan itu mula terdedah. Soalnya sekarang, apakah menjadi satu kesalahan apabila orang yang kalah mempertikaikan calon yang menang?.

Jangan Hampakan Harapan Rakyat Kepada Parti

Tambahan pula, jika mereka dapat membuktikan bahawa wujudnya berbagai penyelewengan dan penipuan ketika kempen dan pertandingan sebenar diadakan. Apakah bermaruah, jika seorang calon yang tewas mendiamkan diri sekiranya mereka tahu dan berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh pihak lawan?. Memang benar, bagi yang menang akan mengatakan "orang kalah memang akan melatah serta tidak puas hati". Namun, apalah erti kemenangan jika ia disulami dengan berbagai penyelewengan itu sebenarnya. Maka, disinilah letakkan tanggungjawab kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat siasatan dan serta mencari jalan terbaik untuk penyelesaiannya. Kita tidak mahu, parti rosak kerana sikap segelintir pihak yang "gila kuasa" dan "kemaruk untuk menang"?. Jika perkara ini gagal dibendung dengan baik maka kita khuatir akhirnya kepercayaan rakyat akan terhakis jua. Mungkin juga masalah sebegini akan menjejaskan prestasi Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan Pakatan Rakyat itu sendiri dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

CD Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Di Dedahkan


Banyak pendedahan panas yang berlaku sejak akhir-akhir ini, termasuk yang melibatkan calon-calon untuk jawatan tertinggi parti. Terbaru semalam, seorang bekas pemimpin tertinggi PKR 
mendedahkan rakaman "perbualan telefon" tentang "satu konspirasi" untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Ng Lam Yong (foto) iaitu salah seorang pemimpin veteran serta pengasas Parti Keadilan Nasional (PKN) suatu ketika dulu. Menurut beliau konspirasi itu dilakukan oleh Calon Timbalan Presiden PKR iaituAzmin Ali sendiri. Beliau memintan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam sidang medianya semalam, Lam Yong mendedahkan beliau menerima sebuah CD yang dihantar melalui pos ke rumahnya. Katanya, CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki selama 10 minit berhubung dengan perkara berkenaan. Tambah memeranjatkan, menurut beliau perbualan tersebut adalah melibatkan seorang yang amat dikenali iaitu Ramlan Abu Bakar,Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis). Ramlan dipercayai telah menggemparkan politik negara akibat kerelaannya melakukan "Demontrasi Bogel" di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun 2009 dulu, Ramlan dipercayai mengadakan demontrasi tersebut atas alasan kononnya sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat. Kes itu mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Malah ketika itu media memainkan isu bahawa wujudnya usaha Azmin untuk merampas kerusi Menteri Besar. Lantaran itu Azmin Ali dikatakan terpaksa letakkan jawatannya dari ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selepas gagal gulingkan Khalid dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Benarkah Azmin Yang Arah Demonstrasi Bogel

Dalam CD yang didedahkan oleh Ng Lum Yongitu, beliau secara jelas mengatakan amat mengecam suara Ramlan Abu Bakar (foto)namun tidak kepada suara yang satu lagi. Antara lain, Ramlan yang mengetuai "Skuad Bogel" itu memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid. Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawadia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Malah Azmin katanya telah membekalkan dokumen tentang rasuah bagi menjatuhkan Khalid. Perbualan tersebut bermakna Azmin telah merancang untuk menjatuhkan MB Selngaor itu sejak sekian lama katanya. “Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?” Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti.“Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu.” kata Ng, yang bertanding sebagaiCalon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju pada tahun 2008.

Pendedahan Di Lakukan Atas Kehendak Sendiri


Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang Ahli Parlimen Bebas) sedangkan beliau sepatutnya menjadi Ahli Parlimen menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa.
 “Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun.” katanya. Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan itu kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya(termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan isu ini sebelumrakaman tersebut tersebar luas. “Semalam, Syed Husin Ali hantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya rasakan perlu meneruskannya. Saya tidak tuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini.” katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.

Ramlan Mengaku Azmin Ada Tawarkan Habuan

Sementara itu semalam, Ramlan Abu Bakar (foto) jugamendakwa Naib Presiden PKR, Azmin Ali pernah menawarkan habuan kepada Reformis untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut Ramlan, antara tindakan Reformis yang ada kaitan dengan agenda tersebut ialah demonstrasi bogel di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 2009 serta aduan rasuah melibatkan Abdul Khalid kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata, semua tindakan itu bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid sekali gus memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. "Memang tidak dinafikan agenda perjuangan Reformis berasaskan rakyat, tetapi Azmin seorang yang amat bijak dalam konteks memanipulasi keadaan. Beliau gunakan kesempatan itu untuk mencalar imej MB. "Sebagai ahli politik, Azmin merupakan seorang yang bercita-cita besar dan antara matlamatnya adalah untuk jadi Menteri Besar Selangor. Saya dan rakan-rakan dalam Reformis menjadi alat untuk capai matlamat itu," katanya.



[Pendedahan yang sungguh mengejutkan disaat pemilihan pucuk pimpinan parti yang semakin hampir sekarang ini. Soalnya sekarang, apakah benar Azmin yang merancang demontrasi Bogel itu agaknya, atau ia sengaja diada-adakan. Namun jika dilihat kepada pengakuan oleh Ramlan Abu Bakar sendiri selepas itu, memang seolah-olah ada kebenaran atas perkara ini. Wajarlah disiasat dengan rapi oleh parti, demi menjaga keharmonian dan nama baik di mata rakyat. Kita tidak mahu parti akhirnya rosak dek kerana ada pemimpin yang sanggup melakukankonspirasi jahat terhadap pemimpin yang lain. Cukuplah rakyat dibebani dengan isu konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa perlu ada konspirasi lain yang jelas sekali akan mengeruhkan keadaan itu agaknya. Namun, mungkin juga pendedahan itu sendiri juga merupakan konspirasi untuk menjatuhkan imej Azminmenjelangnya pemilihan parti November ini. Soalnya, mana satu yang benar sekarang? Hanya Azmin yang lebih mengetahuinya. Justeru itu janganlah kita terlalu taksub dengan apa jua pandangan dan pendedahan yang dilakukan disaat pemilihan yang bakal berlangsung itu sebenarnya. Cuma, "siapa yang makan cili, dia yang akan merasa pedasnya"]. 

Kontroversi: Wan Azizah Tiada Arahan Tindakan Displin Terhadap Datuk Zaid Ibrahim...???

on

Kontroversi: Wan Azizah, Tiada Arahan Tindakan Displin Terhadap Datuk Zaid Ibrahim Jika Hanya Berasarkan Kepada Fitnah Dan Maklumat Palsu !!




PETALING JAYA, 1 Okt [11.01 am] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan bagi mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti, Datuk Zaid Ibrahim (foto). Menurut biro politiknya, mereka juga tidak menerima sebarang aduan berhubung bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. 

Dalam satu kenyataan, biro yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut "menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini". Mengulas perjalanan proses pemilihan cabang, biro berkenaan meminta jawatankuasa pemilihan pusat PKR meneliti segala aduan keganasan, kekecohan dan tindakan liar yang melanggari kod tatalaku pemilihan bagi tujuan menggagalkan mesyuarat .

"Jawatankuasa pemilihan pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan ahli dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata biro itu. Kenyataan itu juga menjelaskan, PKR akan mengkaji kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan parti serta pimpinannya melalui media selepas kalah dalam pemilihan parti.


[Kenyataan Wan Azizah ini dibuat, mungkin dek kerana banyak terdapat laporan dan tuduhan yang dibuat kepada calon-calon yang bertanding untuk jawatan tertinggi sekarang ini. Memang banyak yang menggunakan alasan politik wang, ugutan, penyelewengan serta berbagai-bagai lagi selepas mengetahui gerak kerja lawan lebih kuat serta tersusun daripada kumpulan mereka.

 Senario ini ada;ah adat biasa dalam mana-mana pertanidngan. Oleh itu, kita amatlah mengharapkan agar perebutan jawatan tertinggi parti tidak akan menjadi seperti UMNO awal tahun lalu. Ali Rustam dikenakan tindakan displin dan dilarang bertanding bagi jawatanTimbalan Presiden UMNO gara-gara masalah peribadinya. PKR harus jujur dan ikhlas mengamalkan demokrasi jika mahu terus maju pada masa depan. Kenyataan dan tuduhan tidak berasas haruslah diketepikan demi menjaga nama baik calon yang bertanding serta parti itu sendiri].

Pulangkan Wang Gaji Anda Jika Haram.....Ada Berani Ke.....????

on


PULAU PINANG 30 SEPT : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi. -TVS



Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 – (RM)
Genting Malaysia Berhad - 949,802,170
Sport Toto - 509,739,584
Magnum Corporation – 396,477,793
Pan Malaysia Pools – 270,764,197
Pan Malaysia Racing – 138,576,130
Daily One Corporation – 18,082,749
Sandakan Turf Club - 18,182,034
Sarawak Turf and Equestrian Club – 29,776,000
JUMLAH 2.37 BILION



Sumber

Ini baru betoi…The Malaysian ‘Insider’...always inside maaa...???

on




Hebat betoi amoi ni.Namanya Boo Su-Lyn.Wartawan The Malaysian Insider .Sekali imbas macam ahli Puteri UMNO.Berkelumbung pulak you.

Mungkin dia baru ambil short course dari spy leman mana tah dan nak test power cara nak menyusup masuk diam-diam ke majlis taklimat tertutup orang untuk bikin kecoh satu negara.

Bagi yang belum tahu dialah yang duduk dalam majlis taklimat tertutup Puteri UMNO di PWTC dan melaporkan tentang 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Bila ada lebih waktu lapang elok juga The Malaysian Insider timbang-timbang idea buat pembedahan plastik pada Boo agar rupa dia jadi seiras Menteri Pelancongan Datuk Dr Ng Yen Yen supaya boleh menyusup dan dengar perbincangan dalam mesyuarat kabinet di Jabatan Perdana Menteri pada setiap hari Rabu.

Itu lagi meletop beb kalau boleh report .Gerenti dapat Anugerah Kajai. 
Atau tukar rupa macam YB Teresa Kok untuk masuk mesyuarat DAP.

Rasanya kalau makeup lebih sikit boleh jadi Dr Lo Lo untuk pasang telinga mesyuarat PAS.

Nurul Izzah punya wajah pun senang ditiru untuk masuk mesyuarat PKR.

Duduk dalam dengar dan buat laporan live .Tak gitu.

Kawan dengar ramai kawan-kawan budak press yang bengang habis dengan kes laporan The Malaysian Insider pasal isu Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin pada majlis taklimat tertutup babitkan Puteri UMNO pada Isnin lalu.

Kalau kena gayanya sapa pun tak ambil pot .

Ekoran laporan Boo timbul hu ha sakan dimana beliau didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Bab Hamin didakwa cakap rasis adalah satu hal lain.Tapi bagi kalangan rakan wartawan isu yang besar di sini ialah isu etika kewartawanan.

Ini etika jenis tok nenek sapa yang ajar boleh main ‘ intip’ berlakon duduk dalam majlis tertutup orang gitu.

Semua wartawan kecil besar tua muda tahu adab dan sopan serta undang-undang tak bertulis kalau majlis taklimat tertutup itu ‘ no coverage ’.TITIK.

Seorang wartawan veteran terdengar kata ‘ bullshit punya kerja ….kalau gila nak dapat story eksklusif pun…ini bukan caranyalah.’

Memang kadang-kadang susah nak bergaduh sesama rakan wartawan tak kira dari media apapun.

Sebabnya ada masa kita pun silap juga.

Cuma dalam bab ini bukan silap namanya.Memang clear buat kerja bodoh nak pekena orang.

Mungkin juga The Malaysian Insider nak perkenal budaya reporting baru.Main langgar aje majlis tertutup orang.

Bos-bos di The Malaysian Insider pun ada yang seangkatan dengan Kawan.Hairan juga dalam kes ni depa boleh jadi ‘terlalu pandai’.
 

Baguslah kalau itu caranya nak kejar jadi top website satu Malaya.Main hentam saja bro. 

Cuma sayang sikit kena jadi macam budak darjah satu yang tak faham kalau dalam majlis taklimat tertutup tu ‘ macam-macam hal akan dicakap dan londeh telanjang bulat’.

Sapa pun tak payah nak temberang tentang bab-bab macam ni.

Mana tau mungkin Boo boleh terkencing dalam skirt dia kalau dia berpeluang jadi spy duduk dengar ‘ macam-macam’ depa cakap dalam mesyuarat tertutup DAP ke tau mana-mana persatuan Cina ke.

Ini biasalah dalam dunia ini.

Kalau bab nak mengena orang macam kes ini…macam-macam orang lagi boleh kena tak tentu pasal…

Kawan bukan tak faham-faham ini semua kerja-kerja nak kipas baikkkkkk punya bagi orang Cina dan India marah kat orang Melayu.

Kita bukan baru hidup sehari bro. 



Sumber

Penjenayah bijak hapuskan bukti :- KPN

on


KUALA LUMPUR – Kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain, digambarkan sebagai trend bunuh yang banyak berubah berbanding dahulu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kes bunuh dahulu dengan sekarang banyak perbezaan dari segi kaedah perlaksanaannya, kerana penjenayah kini semakin bijak menghapuskan bukti kejadian. 

“Jika dahulu, penjenayah hanya menikam mangsa untuk membunuh tetapi, trend itu telah berubah. 

“Sebagai contohnya kes membabitkan Sosilawati. Kita hadir di situ (ladang milik suspek utama di Ladang Gadong, Tanjung Sepat) bukan untuk berseronok tetapi untuk melakukan siasatan,” katanya ketika memberi penerangan berhubung konsep 4P di Bukit Aman, semalam. 

Katanya, cara pembunuhan yang semakin rumit untuk dirungkaikan itu memerlukan siasatan yang lebih teliti bagi memastikan penjenayah itu dapat dihadapkan ke muka pengadilan. 

Sosilawati yang merupakan pengasas produk Nouvelles Visages bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. 

Suspek mengakui mengikat, memukul, membunuh dan membakar kesemua mangsa, sebelum abunya dibuang ke laut. 

Suspek utama berusia 41 tahun yang ditahan juga dikaitkan dengan kes lain membabitkan saudagar batu permata dari India, Alall Kanthan Muthuraja, seorang kontraktor dari Kedah, Shafik Abdullah, 37, dan rakannya. 

“Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dengan secepat dan sebaik mungkin. Kita jangka dalam tempoh masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas majlis penerangan 4P tersebut.

Isteri jumpa seluar dalam wanita di bilik tidurnya....???

on

2010/10/01 KUALA LUMPUR: Kepulangan seorang isteri ke rumahnya di ibu kota selepas berhari raya di kampung disambut dengan kejutan besar apabila terserempak seorang wanita tidak dikenali di dalam kediaman itu, manakala suaminya tiada di rumah.

Apabila mengetahui wanita itu kekasih suaminya, berlaku pertengkaran sebelum isteri malang itu ditikam dengan pisau lipat menyebabkan dia cedera pada lengan kanan selain lebam di muka dan tubuh akibat diserang.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Selasa lalu di rumah mangsa yang berusia 28 tahun di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.

“Sebelum itu, kekasih suami wanita berkenaan cuba berhelah dengan memberi alasan dia kenalan adik ipar mangsa. Namun, mangsa tidak puas hati dengan jawapan itu kerana menemui pakaian dan seluar dalam wanita terbabit dalam bilik tidurnya.

“Berikutan itu berlaku pertengkaran sehingga wanita berusia 34 tahun terbabit bertindak ganas dengan mengeluarkan pisau lipat dan mengelar lengan kanan tangan mangsa sehingga berlumuran darah sebelum lari meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lebih malang suami mangsa langsung tidak menunjukkan tanda simpati kepada isterinya, sebaliknya menghubungi mangsa pada jam 8 malam dan mengugut mahu membunuhnya.

Sumber itu berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

“Berdasarkan laporan mangsa, wanita yang menyerangnya mula mengenali suaminya sejak Mac lalu sebelum mereka menjalin hubungan intim. Wanita terbabit berjumpa suami mangsa di KL Sentral pada 9 September lalu sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa.


“Ketika itu mangsa tiada di rumah kerana pulang berhari raya di kampung di utara tanah air,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas laporan mangsa, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suami wanita berkenaan serta teman wanitanya secara berasingan di ibu negara, Rabu lalu.

“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.


Sumber

Hata Wahari tertanya-tanya:Siapa Ibrahim Ali dalam Utusan...???

on

Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan, apabila UMNO ditikam lidah sendiri setelah Setiausaha Agungnya menyatakan pendirian untuk menjauhi PERKASA.  Malah, Presiden PERKASA Ibrahim Ali dijulang lebih tinggi, seolah-olah lebih berpengaruh ke atas Utusan Malaysia, jika dibandingkan dengan sesetengah pemimpin UMNO.

Keadaan ini mencungkil kesangsian ramai, yang mungkin tertanya-tanya apakah yang membuatkan Ibrahim Ali begitu popular, sehingga dilihat terserlah dalam ruang dada Utusan Malaysia?  Bahkan kadang-kala Ibrahim Ali, pemimpin politik veteran yang pernah ditendang keluar UMNO, diberi liputan yang lebih besar dalam Utusan Malaysia, berbanding dengan pemimpin UMNO sendiri.


"Itu you kena tanya Editor, apa tujuannya, saya sendiri pun tengah mencari-cari.  Kenapa Utusan utamakan PERKASA, kenapa tak utamakan UMNO, sedangkan pemilik akhbar UMNO?  Kita pun pelik tentang ni, Ibrahim Ali ada saham banyak kat Utusan, banyak sangat ke?"

Keraguan ini dikongsi bersama Hata Wahari, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia baru, yang telah 15 tahun berkhidmat di Utusan Malaysia sebagai wartawan.  Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview kelmarin (28 September), Presiden NUJ yang mencungkil kontroversi sejak terpilih pada 17 September 2010 ini mendedahkan bagaimana dirinya menerima layanan dingin, selepas kenyataan untuk mengkritik majikannya dikeluarkan.

Isu yang dibawa Ibrahim Ali remeh temeh

Biarpun terkenal dengan lonjakan dari parti ke parti, Ibrahim Ali akhirnya diberi nafas baru untuk melanjutkan hayat politiknya apabila menubuhkan PERKASA, badan bukan kerajaan (NGO) yang lantang mempertahankan kepentingan Melayu.  Namun demikian, perjuangannya dipertikaikan oleh seorang wartawan Utusan Malaysia bernama Hata Wahari.

Hata Wahari yang mendakwa dirinya "pakar dalam parlimen" seketika dahulu, kerana ditugas khas untuk membuat liputan parlimen dan politik, kini dilarang untuk berbuat demikian.  Beliau yang pernah menolak untuk menulis berita Ibrahim Ali  tidak pasti sama ada peristiwa ini menjadi punca larangan tersebut.
"...saya pernah menolak menulis berita Ibrahim Ali, dia berucap di Parlimen dan saya tak tulis, editor suruh tulis tapi saya tak tulis.  (Mengapa?)... sebab benda dan isu tu remeh temeh, tidak penting, tak membina dan membangunkan minda, news (berita) lain lagi bagus."

Mengapa Ibrahim Ali mempunyai pengaruh yang begitu besar terhadap Utusan Malaysia, tanya wartawan MerdekaReview.

"You tanya saya, saya pun hairan juga, siapa Ibrahim Ali dalam Utusan?  Ibrahim Ali punya pencapaian, saya tak nampak pun, apa yang dia bantu orang Melayu, perjuangannya ada menyebabkan orang Melayu kaya ke?  Tak nampak lagi.  Ada menyebabkan lebih orang Melayu dapat biasiswa ke?  Tak nampak lagi, itu masalahnya.  Tak ada dia punya sumbangan sangat terhadap orang Melayu, kenapa kita nak utamakan dia, apa masalah?"
"Kalau you tanya, kenapa Utusan utamakan Ibrahim Ali, soalan ini saya tertanya-tanya sejak dua tiga tahun ni!" tambah beliau.

Malah, Hata Wahari tidak faham mengapa dibangkitkan isu artikel 153, "Kalau dia (Ibrahim Ali) nak perjuangkan artikel 153, benda itu ada dalam Perlembagaan.  Siapa nak pertikaikan?  Saya tak berani pertikaikan Perlembagaan.  Mungkin you akan tanya, tapi siapa pertikaikan Perlembagaan?  Benda tu memang dalam perlembagaan!"

"Presiden sepenuh masa"

Hata Wahari membeliakkan khalayak ramai apabila mengeluarkan tiga kenyataan yang sudah semestinya tidak menyenangkan pihak majikannya (pengarang kanan) dan bosnya, UMNO.
Bermula dengan kritikan terhadap Ketua dan pengarang kanan kerana "berkhidmat untuk memenuhi keperluan tuan politik", disusuli pula dengan kritikan terhadap kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam isu larangan media, Hata Wahari  baru-baru ini menyangkal pula tulisan Awang Selamat.  Hata Wahari memberi tamparan sengit apabila berterus-terang bahawa "laporan berat sebelah" merupakan punca sebenar penurunan edaran Utusan Malaysia.

Keberanian dan kelantangan Hata Wahari disambut dengan pujian dan tepukan.  Namun, di sebalik "semangat berkobar-kobar" yang diperlihatkan dari Hata Wahari, ramai mungkin tidak mengetahui bahawa beliau telah "dibekukan" oleh pihak atasannya setelah kenyataan tersebut dikeluarkan.

"Saya memang tidak diberi apa-apa tugasan, saya sekarang ni seperti Presiden (NUJ) sepenuh masa, " Hata Wahari sempat menyindir dirinya.  "Sudah masuk hari kelima saya tidak diberi apa-apa tugasan atau susulan, selepas kenyataan...(dikeluarkan).  Sebelum kenyataan (dikeluarkan) memang tiap-tiap hari saya ada buat berita.  Sebenarnya, pada hari saya buat kenyataan, saya ada dapat berita eksklusif..."

Namun, tiada lagi berita untuk Hata Wahari pada keesokannya.  "Saya tidak diberi apa-apa berita, saya duduk senyap dalam office (pejabat), masuk pukul 10 pagi dan balik pukul 6 petang.  Saya tak kisah, hak dia orang nak bagi tugasan, pada masa sama saya cari berita, sama ada mereka nak pakai atau tidak, terpulang kepada editor."


Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu....???

on

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.

Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan Felda perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka tersebut yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.

Dalam kes sebelum itu juga, Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan Felda menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan ekoran Felda memanipulasi  penggredan kelapa sawit.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS Pusat berkata, tindakan Felda menipu peneroka tidak ubah seperti bau busuk yang sedang melanda Felda.

Beliau juga yakin dan percaya, Felda sedang berdepan laluan sukar apabila satu demi satu penyelewengan terhadap peneroka mula terdedah.

Turut serta pada sidang media sama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Peguam Mohamed Hanipa Maidin.

Di penghujung sidang media itu, beliau juga merayu kepada Felda agar tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam, sebaliknya membayar terus kepada peneroka.




Umno 'Bunuh' Politik Ku Li....???

on

Rahsia Allah, siapa yang tahu. Itulah hakikat setiap perkara yang terjadi, pasti ia mengandungi hikmah dan kebijaksanaan.

Isu minyak kelantan sedang 'gelegak'. Semakin membuak apabila Kerajaan kelantan pimpinan PAS telah mengambil sikap menyaman pihak Petronas dan kerajaan malaysia atas penafian hak royalti minyak Rakyat kelantan.


tengku Razaleigh sendiri telah bersuara. menyatakan kesedian untuk menjadi saksi dalam menentukan hak rakyat kelantan dalam mahkamah nanti. Keadaan ini, cukup menggerunkan UMNO.

Kuasa tuhan menjangkaui segala-galanya, apabila satu DUN yang berada di bawah parlimen Gua Musang yang merupakan Kuli adalah MPnya, iaitu DUN Galas terpaksa diadakan Pilihanraya kecil. Ia bersebab, kematian ADUNnya ekoran sakit barah yang dihadapi sejak sekian lama.

peliknya, sehari selepas berita kematian ADUN Galas, pihak BN sudah mengeluarkan kenyataan tentang siapa yang menjadi 'Ketua Perang' bagi PRK yang bakal dihadapi tidak lama ini. Kuli telah terlantik, dan kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan presiden BN, Muhyidin Yasin.

Jika difikir sekali, sudah pasti keputusan menetapkan Kuli sebagai "ketua perang BN' bagi DUN Galas adalah satu perkara yang ganjil, dan tertimbul banyak persoalan. Ini kerana, secara yakinnya, mesti isu royalti minyak menjadi isu penting dan maha panas yang bakal dimainkan oleh PAS, dan PR. Di kala ini pula, Kuli adalah wakil rakyat berkulit UMNO/BN yang tidak sealiran dengan keputusan UMNO/BN, iaitu terlalu kuat mempertahankan hak rakyat kelantan itu.

Justeru, keputusan penetapan Kuli sebagai 'ketua perang' adalah perkara yang cukup mempunyai motif dan agenda yang tersusun. Apakah ia adalah hasil nasihat APCO yang dibayar RM 77 Juta oleh kerajaan barisan nasional setahun?

Jika inilah keadaan yang berlaku, dilihat ada beberapa faktor tindakan BN meletakkan Kuli sebagai kepala perang. Antaranya, [1] mungkin mahu menutup mulit Kuli dari bersuara lagi dalam isu royalti minyak, atau, [2] mahu membunuh 'politik Kuli', sekiranya dia berusaha memenangkan calon BN, disebabkan kelantangan beliau dalam mempertahankan hak royalti Kerajaan Kelantan pimpinan PAS, [kuli akan dilihat lidah bercabang, kerana memenangkan calon BN, walhal dalam isu royalti berbelah pihak kepada PAS kelantan] atau [3] membunuh 'politik Kuli' dalam BN, jika diandaikan Kuli tetap juga mempertahankan hak royalti minyak kelantan di kala PRK sedang terjadi [BN akan berkata, Kuli sedang berusaha menangkan calon PAS, bukan calon BN], atau banyak lagi andaian-andaian disebalik motif BN melantik Kuli sebagai 'ketua perang'.

Yang pastinya, dimaklumkan bahawa Kuli sudah menerima tawaran untuk menjadi 'ketua perang', tetapi kita tidak tahu apa perancangan kuli selepas ini.

Jika Kuli tetap mempertahankan Royalti minyak kelantan, waima dia menjadi Ketua Perang BN, Kuli akan menjadi hero oleh rakyat kelantan, waima tidak dilihat hero dikalangan pimpinan BN.

Jika kuli menarik diri dari menjadi ketua perang BN, disebabkan mahu mempertahankan hak royalti minyak rakyat Kelantan, Kuli tetap dikira sebagai Hero disisi rakyat Kelantan, waima tidak dilihat bacul disisi pimpinan BN.

Mustahil Kuli dalam usia senja ini, masih lagi mahu dilihat hero oleh pimpinan BN. Tidakkah dia bercita-cita dilihat sebagai negarawan? Sudah pasti, hero disisi rakyat adalah petanda sebenar untuk dilihat sebgaai negarawan.

"Ambo Tuo doh, fikir sama kekubur etek" Menurut cerita, begitulah perkataan Kuli dikala orang bertanya, kenapa Kuli terlalu pertahankan hak royalti kelantan. Benarkah kuli bercakap sebegini, Allah sahaja maha mengetahui.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List