Kontroversi: Wan Azizah Tiada Arahan Tindakan Displin Terhadap Datuk Zaid Ibrahim...???

on Oct 1, 2010

Kontroversi: Wan Azizah, Tiada Arahan Tindakan Displin Terhadap Datuk Zaid Ibrahim Jika Hanya Berasarkan Kepada Fitnah Dan Maklumat Palsu !!




PETALING JAYA, 1 Okt [11.01 am] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan bagi mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti, Datuk Zaid Ibrahim (foto). Menurut biro politiknya, mereka juga tidak menerima sebarang aduan berhubung bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. 

Dalam satu kenyataan, biro yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut "menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini". Mengulas perjalanan proses pemilihan cabang, biro berkenaan meminta jawatankuasa pemilihan pusat PKR meneliti segala aduan keganasan, kekecohan dan tindakan liar yang melanggari kod tatalaku pemilihan bagi tujuan menggagalkan mesyuarat .

"Jawatankuasa pemilihan pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan ahli dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata biro itu. Kenyataan itu juga menjelaskan, PKR akan mengkaji kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan parti serta pimpinannya melalui media selepas kalah dalam pemilihan parti.


[Kenyataan Wan Azizah ini dibuat, mungkin dek kerana banyak terdapat laporan dan tuduhan yang dibuat kepada calon-calon yang bertanding untuk jawatan tertinggi sekarang ini. Memang banyak yang menggunakan alasan politik wang, ugutan, penyelewengan serta berbagai-bagai lagi selepas mengetahui gerak kerja lawan lebih kuat serta tersusun daripada kumpulan mereka.

 Senario ini ada;ah adat biasa dalam mana-mana pertanidngan. Oleh itu, kita amatlah mengharapkan agar perebutan jawatan tertinggi parti tidak akan menjadi seperti UMNO awal tahun lalu. Ali Rustam dikenakan tindakan displin dan dilarang bertanding bagi jawatanTimbalan Presiden UMNO gara-gara masalah peribadinya. PKR harus jujur dan ikhlas mengamalkan demokrasi jika mahu terus maju pada masa depan. Kenyataan dan tuduhan tidak berasas haruslah diketepikan demi menjaga nama baik calon yang bertanding serta parti itu sendiri].

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List