Gempar Lagi Mengemparkan :- Veteran Parti Dedahkan 'CD Konspirasi'...???

on Oct 1, 2010

Gempar: Veteran Parti Dedahkan 'CD Konspirasi' Tentang Azmin Ali Menggunakan Reformis Untuk Gulingkan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim !!












Pemilihan PKR 2010 ini nampaknya semakin panas dan mendebarkan. Berbagai isu telah dimainkan antara penyokong pemimpin yang bertanding. Bermula dengan peringkat cabang hinggalah ke peringkat pusat sekarang ini. Jika dicabang-cabang, isunya timbul akibat sesetengah pihak tidak berpuas hati apabila calon yang disokong dan dijangka menang, tiba-tiba tertewas. Mulalah timbul perasaan tidak puas hati, biarpun pada awalnya masing-masing bersetuju untuk mengganggap pertandingan yang dijalankan adalah berbentuk "adik beradik". Namun, anehnya bila ada yang tertewas mulalah mengungkit berbagai-bagai perkara hingga menggoncangkan parti. Bermula dengan isu politik wang, ugutan, penipuan undi, pengundi hantu hingga kepada penggunaan kumpulan samseng. Semua ini menjadi rencah pertandingan, terutamanya bagi mereka yang tertewas. Namun, ada sesuatu yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak sebenarnya. Bak kata pepatah Melayu "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Maka inilah hakikatnya, sebelum pemilihan semuanya nampak cantik dan berjalan dengan baik belaka. Namun, selepas pemilihan barulah berbagai kebobrokan itu mula terdedah. Soalnya sekarang, apakah menjadi satu kesalahan apabila orang yang kalah mempertikaikan calon yang menang?.

Jangan Hampakan Harapan Rakyat Kepada Parti

Tambahan pula, jika mereka dapat membuktikan bahawa wujudnya berbagai penyelewengan dan penipuan ketika kempen dan pertandingan sebenar diadakan. Apakah bermaruah, jika seorang calon yang tewas mendiamkan diri sekiranya mereka tahu dan berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh pihak lawan?. Memang benar, bagi yang menang akan mengatakan "orang kalah memang akan melatah serta tidak puas hati". Namun, apalah erti kemenangan jika ia disulami dengan berbagai penyelewengan itu sebenarnya. Maka, disinilah letakkan tanggungjawab kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat siasatan dan serta mencari jalan terbaik untuk penyelesaiannya. Kita tidak mahu, parti rosak kerana sikap segelintir pihak yang "gila kuasa" dan "kemaruk untuk menang"?. Jika perkara ini gagal dibendung dengan baik maka kita khuatir akhirnya kepercayaan rakyat akan terhakis jua. Mungkin juga masalah sebegini akan menjejaskan prestasi Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan Pakatan Rakyat itu sendiri dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

CD Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Di Dedahkan


Banyak pendedahan panas yang berlaku sejak akhir-akhir ini, termasuk yang melibatkan calon-calon untuk jawatan tertinggi parti. Terbaru semalam, seorang bekas pemimpin tertinggi PKR 
mendedahkan rakaman "perbualan telefon" tentang "satu konspirasi" untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Ng Lam Yong (foto) iaitu salah seorang pemimpin veteran serta pengasas Parti Keadilan Nasional (PKN) suatu ketika dulu. Menurut beliau konspirasi itu dilakukan oleh Calon Timbalan Presiden PKR iaituAzmin Ali sendiri. Beliau memintan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam sidang medianya semalam, Lam Yong mendedahkan beliau menerima sebuah CD yang dihantar melalui pos ke rumahnya. Katanya, CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki selama 10 minit berhubung dengan perkara berkenaan. Tambah memeranjatkan, menurut beliau perbualan tersebut adalah melibatkan seorang yang amat dikenali iaitu Ramlan Abu Bakar,Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis). Ramlan dipercayai telah menggemparkan politik negara akibat kerelaannya melakukan "Demontrasi Bogel" di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun 2009 dulu, Ramlan dipercayai mengadakan demontrasi tersebut atas alasan kononnya sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat. Kes itu mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Malah ketika itu media memainkan isu bahawa wujudnya usaha Azmin untuk merampas kerusi Menteri Besar. Lantaran itu Azmin Ali dikatakan terpaksa letakkan jawatannya dari ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selepas gagal gulingkan Khalid dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Benarkah Azmin Yang Arah Demonstrasi Bogel

Dalam CD yang didedahkan oleh Ng Lum Yongitu, beliau secara jelas mengatakan amat mengecam suara Ramlan Abu Bakar (foto)namun tidak kepada suara yang satu lagi. Antara lain, Ramlan yang mengetuai "Skuad Bogel" itu memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid. Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawadia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Malah Azmin katanya telah membekalkan dokumen tentang rasuah bagi menjatuhkan Khalid. Perbualan tersebut bermakna Azmin telah merancang untuk menjatuhkan MB Selngaor itu sejak sekian lama katanya. “Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?” Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti.“Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu.” kata Ng, yang bertanding sebagaiCalon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju pada tahun 2008.

Pendedahan Di Lakukan Atas Kehendak Sendiri


Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang Ahli Parlimen Bebas) sedangkan beliau sepatutnya menjadi Ahli Parlimen menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa.
 “Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun.” katanya. Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan itu kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya(termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan isu ini sebelumrakaman tersebut tersebar luas. “Semalam, Syed Husin Ali hantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya rasakan perlu meneruskannya. Saya tidak tuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini.” katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.

Ramlan Mengaku Azmin Ada Tawarkan Habuan

Sementara itu semalam, Ramlan Abu Bakar (foto) jugamendakwa Naib Presiden PKR, Azmin Ali pernah menawarkan habuan kepada Reformis untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut Ramlan, antara tindakan Reformis yang ada kaitan dengan agenda tersebut ialah demonstrasi bogel di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 2009 serta aduan rasuah melibatkan Abdul Khalid kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata, semua tindakan itu bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid sekali gus memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. "Memang tidak dinafikan agenda perjuangan Reformis berasaskan rakyat, tetapi Azmin seorang yang amat bijak dalam konteks memanipulasi keadaan. Beliau gunakan kesempatan itu untuk mencalar imej MB. "Sebagai ahli politik, Azmin merupakan seorang yang bercita-cita besar dan antara matlamatnya adalah untuk jadi Menteri Besar Selangor. Saya dan rakan-rakan dalam Reformis menjadi alat untuk capai matlamat itu," katanya.



[Pendedahan yang sungguh mengejutkan disaat pemilihan pucuk pimpinan parti yang semakin hampir sekarang ini. Soalnya sekarang, apakah benar Azmin yang merancang demontrasi Bogel itu agaknya, atau ia sengaja diada-adakan. Namun jika dilihat kepada pengakuan oleh Ramlan Abu Bakar sendiri selepas itu, memang seolah-olah ada kebenaran atas perkara ini. Wajarlah disiasat dengan rapi oleh parti, demi menjaga keharmonian dan nama baik di mata rakyat. Kita tidak mahu parti akhirnya rosak dek kerana ada pemimpin yang sanggup melakukankonspirasi jahat terhadap pemimpin yang lain. Cukuplah rakyat dibebani dengan isu konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa perlu ada konspirasi lain yang jelas sekali akan mengeruhkan keadaan itu agaknya. Namun, mungkin juga pendedahan itu sendiri juga merupakan konspirasi untuk menjatuhkan imej Azminmenjelangnya pemilihan parti November ini. Soalnya, mana satu yang benar sekarang? Hanya Azmin yang lebih mengetahuinya. Justeru itu janganlah kita terlalu taksub dengan apa jua pandangan dan pendedahan yang dilakukan disaat pemilihan yang bakal berlangsung itu sebenarnya. Cuma, "siapa yang makan cili, dia yang akan merasa pedasnya"]. 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List