Nurul Izzah dalam persaingan kuasa PKR...???

on Oct 12, 2010

"Fate rarely calls upon us at a moment of our choosing." - Optimus Prime
1. Ketika ini, persaingan jawatan dan kuasa dalam PKR lebih tertumpu pada pesaing-pesaing jawatan timbalan presiden, pertandingan berprofil tinggi yang sudah menarik perhatian sejak awal lagi.
Pertandingan jawatan ketua pemuda parti itu juga mendapat perhatian, walaupun masih tidak sehangat jawatan kedua tertinggi parti.


 Secara umumnya, selain pertembungan aliran liberal dengan konservatif dalam parti, persaingan juga melibatkan kumpulan kecil tertentu, dan individu-individu yang dilihat bakal mewarisi kepimpinan parti.
Selain Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim, Mutafa Kamil Ayub dan Tan Sri Khalid Ibrahim, Nurul Izzah Anwar merupakan individu yang banyak mendapat perhatian, kerana pelbagai sebab.
Selain menghadapi takdir dinobatkan sebagai "puteri reformasi" selepas reformasi tahun 1998, Nurul Izzah dilihat tidak dapat mengelakkan daripada terus mengharungi perjuangan politik, walaupun tidak semestinya sehaluan dengan apa yang disusuri bapanya.
Persaingan kuasa dalam PKR ketika ini, selain bakal menetapkan haluan fundamental parti yang bercita-cita menjadi parti liberal sebenar Malaysia itu, juga akan memberi kesan kepada perjalanan politik Nurul Izzah pada masa akan datang.
Siapa yang memenangi jawatan-jawatan tertinggi dalam parti akan secara langsung mendatangkan kesan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Kerana itu, tidak dapat dielakkan lagi beliau mengambil bahagian yang aktif dalam pemilihan kali ini, sehingga mengambil kira kemungkinan bertanding jawatan naib presiden.
Berdasarkan suasana panas persaingan kali ini, usaha Nurul Izzah untuk mencapai kedudukan tinggi dalam parti dapat difahami, tanpa mengira sama ada keputusan beliau ialah keputusan sendiri atau sebaliknya. Selepas pemilihan, kuasa yang menang dijangka menguatkan lagi pengaruh, dan memberi kesan langsung kepada beliau.
Kesan itu berkemungkinan sama ada positif atau negatif, tetapi perkembangan semasa menunjukkan kemungkinan kesan negatif itu agak lebih boleh dijangkakan.
Masa ini dapat dinilai sebagai masa yang kritikal untuk Nurul Izzah membuat keputusan bertanding; menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 di bawah kepimpinan baharu dan kemungkinan-kemungkinan melibatkan bapanya yang berdepan kes mahkamah.
Nurul Izzah juga berdepan cabaran besar melibatkan persepsi terhadap partinya, kerana hubungan kekeluargaannya dan harapan yang diletakkan oleh sesetengah pihak pada bahunya.
Sebagai ahli politik, Nurul Izzah mempunyai credential liberal yang agak boleh dipercayai (seperti juga Zaid, walaupun agak lama dalam Umno), walaupun masih dipengaruhi isu-isu melibatkan keluarganya.
Beliau berkelulusan sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat, dan berdasarkan apa yang telah dilalui, jelas beliau sememangnya disiapkan untuk memikul tugas yang lebih besar.
(Dalam kalangan pemimpin berprofil tinggi dunia yang pro-Barat, bapa beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai beberapa persamaan dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua pemimpin menjadi popular ekoran isu-isu yang hampir sama [dan terlibat dalam isu Israel pada masa yang hampir sama] dan mempunyai anak yang belajar di Universiti Johns Hopkins [anak lelaki Recep, Bilal Erdogan], yang dilihat bakal memainkan peranan penting dalam aliran politik yang dicetuskan oleh kedua-dua bapa terbabit. Pemikir Anwar juga ada menyuarakan pandangan agar Malaysia mencontohi Turki dalam beberapa perkara melibatkan politik.)
Nurul Izzah mempunyai wajah yang lebih mudah diterima rakyat pelbagai lapisan, dan tidak mempunyai bagasi sejarah seperti Azmin dan Zaid dan lain-lain.
Kekurangan ketara beliau ketika ini ialah pengalaman, yang jauh di belakang berbanding Azmin dan Zaid. Tetapi kekurangan ini mungkin boleh mendatangkan kesan persepsi bahawa beliau tidak berambisi besar, dan lebih selamat.
Apa yang paling jelas, kejayaan beliau selama ini bergerak dengan berhati-hati menunjukkan matlamat yang lebih jauh diletakkan, dalam kepimpinan parti dan juga di peringkat nasional.
Semua ini, akhirnya, bakal mendapat kesan yang besar daripada pemegang tampuk kekuasaan parti, selepas pemilihan tidak lama lagi.
2. Sejauh manakah PKR bersedia untuk menjadi sebuah parti liberal? Soal ini masih sukar dijawab, ekoran pragmatisme berlebihan parti itu yang dipandu sepenuhnya oleh seorang pemimpin, Anwar Ibrahim.
Sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-12, kemenangan beberapa orang wakil berhaluan kiri (yang sebenarnya agak sederhana dan pragmatik) memberi persepsi bahawa PKR bakal menerima input daripada pelbagai kumpulan.
Walau bagaimanapun, lama selepas penggabungan dengan PRM, hari ini dapat disaksikan PKR masih dikuasai satu kumpulan kecil, dengan Anwar sebagai ketua.
Kekalahan beberapa pemimpin berhaluan kiri di bahagian dalam pemilihan lalu memberi gambaran peminggiran yang sedang berlaku melibatkan mereka.
Pada masa sama, pemimpin liberal seperti Zaid turut cuba dipinggirkan oleh satu jumlah besar ahli dan pemimpin parti.
Dalam retorik politiknya, PKR masih cuba melayan tuntutan-tuntutan konservatif, dan bercakap dengan pelbagai bahasa kepada kelompok-kelompok berbeza.
Ini bagaimanapun tidak bermakna parti ini bergerak ke kanan. PKR kini menjadi lebih pragmatik dan tidak mahu ditafrifkan oleh mana-mana ideologi selain pasaran bebas dari sudut ekonomi dan pragmatisme dalam politik

Terkini!: 'Waja Lancer' dengan 70% sentuhan teknologi Jepun....???

on

Proton bakal melancarkan model barunya, Waja Lancer bulan depan (November 2010). Berdasarkan gambar yang dispot dari laman autoinsider, amat jelas model baru proton itu adalah jelmaan semula yang diambil daripada model kereta Jepun, Mitsubishi Lancer.

Namun kelihatan ada beberapa perubahan yang menampakkan imej proton di bahagian gril hadapan dan logo proton yang menjadi trademarknya.

Mengikut penglihatan mata penulis, bahagian bumper pula ada sedikit semacam Toyota Camry. Hangpa nak kata bukan pun, lantaklah. ehe..

Berdasarkan apa yang diceritakan laman autoinsider Malaysia, Proton akan membuat pelancaran untuk model ini pada pertengahan bulan depan dan mungkin pada hari Khamis bulan November 2010.

Ketika pelancaran berkenaan, dijangka nama model kereta berkenaan juga akan diberikan yang masih lagi menjadi tanda tanya ramai peminat Proton Waja Lancer. Sehingga kini, nama rasmi model Waja Lancer masih lagi dirahsiakan oleh pihak Proton. Menurut sumber autoinsider, nama model itu belum dapat disahkan lagi.

Autoinsider juga menjelaskan, menurut ‘orang dalam’, kereta Waja Lancer mempunyai 30% buatan tempatan. Manakala 70% lagi adalah dibawa dari Jepun sebagai sebahagian CKD.

Bagi peminat kereta Mitsubishi Lancer yang mempunyai peruntukan sederhana (poket sederhana..ehe), mungkin menjadikan model proton ini sebagai pilihan mereka. Menurut sumber autoinsider, harga model ini sekitar RM75K hingga RM95K.

Jika benar Waja Lancer akan dijual dengan harga itu, sudah pasti ianya menggembirakan peminat Waja yang gemar membuat ubah suai Mitsubishi Lancer sebelum ini kerana ianya sangat murah.

Dengan kapasiti 70% sentuhan teknologi Mitsubishi dari Jepun dan kereta tampak lebih besar dengan harga sedemikian, ianya jauh lebih murah berbanding dengan kereta-kereta CBU dari Jepun.

Menurut sumber itu lagi, aksesori dalaman dan luaran seperti rim, tayar, bumper, cermin, kerusi, radio dan lain-lain beberapa bahagian kecil dan sebahagian besar bahagian utama dan kritis adalah dari Jepun.

Sumber asal: autoinsidermalaysia.blogspot.com

Panas! Gambar terkini 'Waja Lancer'...???

on





Walaupun dah lewat, mata tak mahu tutup lagi. Kebiasaan waktu begini dah diulik mimpi. Terfikir pulak pasal artikel penulis sebelum ni berkaitan ‘Waja Lancer’.


Sebab nak tahu sangat rupa bentuk sebenar ‘Waja Lancer’ yang menjadi buah mulut ‘penggemar proton’ dan ‘pembenci proton’ tu (penulis malas nak layan perbalahan depa tu).





Baik aku pi ‘menggoogle’ info terkini ‘Waja Lancer’ yang bakal keluar November depan, kot-kot adalah mane-mane penggemar kereta proton upload wajah sebenar ‘Waja Lancer’ itu. Mana tau kot-kot depa dapat spot kereta tu kat mana-mana.

Memang betul kat internet ni ada macam-macam termasuklah rupa sebenar ‘Waja Lancer’ yang penulis gian nak tengok tu. Tak tahu lah proton marah tak katt depa tu sebab dah pandai-pandai war-warkan wajah sebenar ‘Waja Lancer’ untuk tatapan umum.


Foto ini aku ambil dari azrilnazli.blogspot.com. Tuan punya gambar dia spot kat KLIA.







Jadi, penulis pun nak kongsi jugaklah dengan pembaca WarkahDaily, kot-kot hangpa belum tengok lagi, bolehlah tengok kat sini. Kalau hangpa dah tengok dulu lagi, hangpa boleh ulang tengok lagi. ehehe…





Wei…dengar cerita, proton tukaq nama Waja Lancer tu dengan nama lain bahkan nama Waja pun dah takdak dah. Dengarnya, depa bagi nama Proton Inspira. Betoi ke tak ntah.





Oklah, hangpa tengoklah sendiri. Aku malas dah nak tekan butang keyboard ni. Hangpa tengok gambaq, lepas tu hangpa imagine sendirilah apa yang hangpa nak imagine.






Gambar ni kredit untuk Lowyat.net dan aku sertakan sekali penerangan laman arenakereta.comberkaitan 'Waja Lancer' ni kat bawah ni. Depa spot kat Genting Highland. Mungkin pihak proton nak test naik bukit kot. Takut jadi macam exora, tak larat nak panjat bukit daa..


Arenakereta.com - "Ini ada berita baik buat semua yang masih sabar menantikan Proton Waja Lancer terbaru dilancarkan. Ingatkan selepas hari raya aidifitri tempoh hari akan ada pra-pelancaran, malangnya sampai hari ini sunyi sepi je. Tapi penantian tersebut rasanya terubat sikit apabila ada sahabat kita yang sudi berkongsi foto terbaru Proton Waja Lancer yang beliau bernasib baik terjumpa di Genting Highland. Khabarnya itu adalah ‘ujian jalan raya terakhir’ yang sedang dilakukan oleh Proton sebelum dilancarkan nanti. Kalau dilihat di dalam foto, terdapat dua buah Proton Waja Lancer iaitu yang berwarna merah dan putih. Sayangnya foto kurang cantik dan agak jauh.

Menurutnya yang sempat menginterview staf Proton yang sedang melepak di situ setelah penat memandu dari bawah ke atas, terdapat dua varian iaitu 1.8 dan 2.0, seperti kita semua sudah sedia maklum. Paling menarik ialah model 2.0 apabila sahabat kita tu diberitahu oleh staf Proton bahawa ianya akan mempunyai paddle-shift, auto cruise dan spoiler kecil yang sporty seperti model Persona. Versi 2.0 juga mempunyai kusyen berbalut kulit.

Dikatakan lagi bahawa Proton mengambil model Lancer EX untuk menggantikan Waja, dengan enjinnya masih sama cuma mereka menggantikannya dengan suspensi baru dan rim bersaiz 16 inci. Menurut maklumat itu lagi, division permotoran Proton iaitu R3 juga sedang membina model Waja Lancer R3, wow, memang hebat, semoga model naik taraf R3 akan turut dijual selepas ini. Menurut sahabat kita tu lagi, Proton menangguhkan dulu pelancaran Waja terbaru ini kerana mereka mahu kereta itu berada dalam keadaan sempurna apabila dipandu oleh pelanggan nanti.

Proton Waja Lancer dikilangkan di Shah Alam dan akan mula dijual bermula Disember 2010. Harganya dalam lingkungan RM60k-70k untuk versi 1.8 dan versi 2.0 berharga antara RM80-RM90k. Itu kata sahabat kita tu seperti apa yang diberitahu kepadanya. Rasa murah sangat dengan harga tu, tak mungkin. Antara RM70k-RM80k untuk versi 1.8 adalah lebih logik, dan versi 2.0 pula antara RM90k-RM100k, itu baru betul rasanya. Apa-apa pun kita akan tahu jugak bila tiba hari pelancaran nanti."


  • Klik gambar untuk besarkan
  • sumber Warkahdaily

UMNO, 'KAPAL YANG SEDANG ROSAK' - KU LI

on Oct 11, 2010



Petikan ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Bertempat Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi



"Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti ‘Tanah Air’.

Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.

Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya."

Macam mana nama Rahman Palil terpalit....???

on

Memang diawal-awal penyiasatan kes pembunuhan tragis Allahyarham Sosilawati ada disebut bahawa ada orang politik yang turut terlibat dengan suspek utama. Namun semakin kes itu terdedah penglibatan politik semakin disembunyikan.

Kata orang suspek utama, iaitu kedua-dua peguam dikatakan banyak terlibat dengan urusan tanah. Urusan tanah sebagaimana kita maklum melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Daerah dan Pihak Berkuasa Negeri termasuklah ketika itu EXCO kerajaan negeri.

Dalam laporan Malaysiakini hari ini di http://www.malaysiakini.com/news/144988
ada dilaporkan:

The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month. 

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.

Jahat sungguh Malaysiakini sehingga membabitkan nama seorang bekas EXCO dan seorang pemimpin Umno yang disegani yang juga seorang ADUN di Selangor. Jangan sebar fitnah.............Tetapi Abdul Rahman Palil ini memang sejak mula-mula jadi ADUN Sementa dan kemudian EXCO memang banyak terlibat dengan kes-kes tanah. Malah dalam kes PKFZ pun nama beliau ada dikaitkan.

Benarkah jahat Malaysiakini atau benarkah laporan itu?

Kalau benar terpalit dan terselit, alamat robohlah saki-baki kekuatan Umno yang tinggal di Selangor. Sama-samalah kita saksikan perkembangannya. Harap jangan ada yang menyembunyikan fakta. 


Roslan SMS

Ibrahim Ali Kurang Ajar

on

IMG_5775Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang enggan bangun apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta kesemua ahli parlimen berdiri dan bertafakur bagi menghormati bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong yang mati akibat kemalangan, Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata sungguh pun Edmund bukan seorang Islam dan bukan seorang Melayu, tetapi adalah menjadi adat dan nilai kita sebagai rakyat Malaysia menghormati antara satu sama lain.

"Jelas,Ibrahim tidak bangun, beliau juga tidak menghormati dewan apabila bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbitnya, ini menunjukkan beliau seolah-olah tidak menghormati permintaan Speaker dan pemergian Ahli Parlimen Batu Sapi.

"Jadi, harus diingat beliau sebagai Presiden Perkasa, sudah tentu tindakan beliau memberikan gambaran beliau tidak menghormati seorang yang bukan melayu dan bukan Islam," ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang menyelar sikap Ibrahim menyatakan sekeras-kerasnya kecaman dan kritikan terhadap tindakannya yang dianggap sebagai biadap dan berbentuk provokasi.

"Beliau seolah-olah menunjukkan sikap dan pendirian yang beliau ingin orang Melayu ambil iaitu tidak perlu menghormati orang bukan Melayu. Bila dalam kes seperti ini apabila diminta mengambil pendekatan yang 'basic' dan 'simple', beliau terus duduk dan bercakap menggunakan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan permintaan Speaker.

"Beliau hendak menunjukkan gahnya konon semangat pejuang Melayu. Inikah nilai-nilai yang ingin kita benarkan di dalam parlimen kita ini?.

"Bagi saya, tindakan beliau yang bercanggah dengan semangat 1 Malaysia, bercanggah dengan perlembagaan negara yang inginkan kesatuan dan perpaduan bagi rakyat Malaysia, beliau sepatutnya dihalau keluar daripada parlimen.
ibrahim_ali_perkasa
Menurut Khalid lagi, apa yang malang adalah sikap itu dibenarkan dan kita tidak melihat ahli parlimen atau  kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional menghalau Ibrahim keluar daripada dewan.

Sikap yang ditunjukkan Ibrahim itu juga kata Khalid bercanggah dengan ajaran Islam di mana Rasullulah SAW sendiri menghormati jenazah walau pun si mati adalah seorang yahudi.

"Kita mendesak supaya parlimen mengambil tindakan yang tegas terhadap sikap biadap oleh Ahli Parlimen Pasir Mas itu," tegas Khalid dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen, tengahari tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail. Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub

Rahimi: Tanyalah Anwar siapa masukkan saya....???

on




Enggan menamakan sesiapa, Rahimi Osman meminta pihak berkenaan bertanyakan sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang siapakah yang membawanya masuk ke pejabat ketua umum PKR itu.

"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri. 

"Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi," kata bekas pembantu Anwar itu.

Rahimi dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan yang didakwanya tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR, iaitu siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?

Mustaffa juga mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rahimi juga menjelaskan beliau langusng tidak berkecil hati dengan kenyataan yang mengatakan beliau seorang sahaja beria-ia mempertahankan Najib dan Rosmah sedangkan kedua-dua mereka cuma berdiam diri.

"Saya bukannya beria-ia untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ianya dalam siasatan polis. 

"Biarlah polis buat kerja," katanya sambil menyifatkan Mustaffa sebagai terdesak dan "kurang perhatian" daripada bosnya sendiri.

Lagipun, menurut Rahimi lebih penting bagi perdana menteri memfokuskan kepada tugas utama sebagai 'kapten' yang mengemudi Malaysia.

Beliau juga menyelar tindakan pihak tertentu yang terus mempersoalkan kenapa beliau mengambil tindakan itu sekarang, walaupun mendakwa dipaksa menandatangani akuan bersumpah itu pada 2008 lagi.

Menurutnya, persoalan itu telah pun dijawab dengan penuh terperinci dan disiarkan dalam akhbar.

"Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin? 

"Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka," kata Rahimi.

Minggu lepas, Rahimi mendakwa dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya.

Jantung Kita Yang Tidak Mengenal Penat

on

Bagi kita, jantung adalah organ asas. ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit atau kira-kira empat puluh juta kali setahun. untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan tangan kita dan kemudian lepaskannya, kemudian terus buat genggaman dan lepaskannya. Berapa minit kita dapat berbuat begitu?

Jantung kita, yang bersaiz sebesar penumbuk kita, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kita tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti sekalipun ketika kita tidur


Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyelenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.

Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari.

Tahukah kita berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kita merasa penat sekiranya kita cuba mengeringkan sebuah tab mandian menggunakan sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kita tidak dapat melakukan tugas sukar ini.

bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti.

Kita, misalnya akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kita perlu berbaring atau berehat tetapi jantung kita tidak pernah letih. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah Allah menjadikannya sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih

Ku Li menggalas beban Umno-BN

on


AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah adalah ahli Umno. Menang kerusi parlimen di atas tiket Umno-Barisan Nasional.Oleh itu jika Tengku Razaleigh (Ku Li) menerima pelantikan yang ditandatangani Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, Galas, memang beliau berhak.

Malah jika pun Umno-BN hendak memilihnya sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, tiada yang boleh pertikaikan, kerana beliau adalah ahli Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang.


Sebaik mana pun pandangan kita terhadap Ku Li, beliau tetap Umno, mewakili BN yang dari segi ideologi dan politiknya, berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Namun, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membuat pendirian yang jelas. Sesiapa sahaja calon BN di Galas, PAS tetap akan menentangnya.

Tegasnya, yang PAS tentang bukannya individu Ku Li, tetapi Umno-BN keseluruhannya.

Cumanya, yang menjadi musykil bagi rakyat kebanyakan adalah, mengapa baru sekarang Ku Li ada kononnya nilai dalam Umno? Mengapa Umno-BN beriya-iya menunggu Ku Li pulang dari London untuk memuktamadkan keputusannya?

Apakah Ku Li bersedia untuk menerima tugasan bak kata pepatah 'bagai mendukung biawak hidup'? Terpulang kepada Ku Li memutuskannya.

Dalam semua pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008, jentera pilihan raya BN diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Busuk-busuk pun, Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang menguasai jentera pilihan raya.

Mengapa dalam kes Galas ini, awal-awal lagi Muhyiddin sudah menolak jawatan ini kepada Ku Li? Apakah Muhyiddin sudah surrender (angkat tangan) kerana banyak janji beliau di Manek Urai masih belum tertunai?

Janji pembangunan atau projek-projek yang hanya akan diberikan jika calon BN dipilih sebenarnya adalah rasuah dan ugutan. Jika tidak menang pun kebanyakan janji atau projek 'instant' BN semasa pilihan raya, akan terhenti sebaik sahaja calon BN tewas.

Bila janji pilihan raya tidak ditunai, maka Umno-BN sudah membuat penipuan terhadap rakyat. Dalam konteks PRK Galas ini, apakah kerana Muhyiddin sudah penat 'menipu', maka Umno-BN mahu membawa seorang 'penipu' yang baru untuk mengelabui mata pengundi?

Ku Li adalah ahli politik veteran, anak raja yang amat dihormati dan disegani di Kelantan. Nama beliau begitu 'besar' di Kelantan. Tetapi pada Umno-BN, beliau tidak ada nilai sedikit habuk pun.

Sejak Ku Li kembali semula ke dalam Umno pada tahun 1996, beliau pernah dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dalam waktu yang singkat. Itu pun pada zaman Tun Mahathir Mohamed jadi PM.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd Najib Tin Razak, Ku Li 'tidak dipakai' langsung. Malah media massa yang dikuasai Umno pernah menyerangnya begitu teruk sewaktu beliau berhasrat bertanding jawatan Naib Presiden (zaman peralihan Mahathir-Abdullah) dan jawatan Presiden, untuk menentang Abdullah.

Pada waktu itu beliau tinggal satu lagi kouta pencalonan untuk melayakkannya bertanding jawatan Naib Presiden. Kouta itu datang dari Umno Gua Musang. Perwakilan Mesyuarat Umno Bahagian Gua Musang menyerahkan mandat kepada AJK Bahagian untuk membuat pencalonan. Lalu dalam pencalonan itu dipilih nama Ku Li sebagai calon Naib Presiden.

Dengan pencalonan Umno Gua Musang, maka Ku Li layak bertanding jawatan Naib Presiden. Tetapi Jawatankuasa Pemilihan Umno, membatalkan kelayakan Ku Li, atas alasan pencalonan tidak dibuat dalam mesyuarat agung.

Mengikut amalan demokrasi memang Ku Li layak. Memang biasa perwakilan serah mandat kepada AJK. Namun itulah demokrasi dalam Umno. Punya mereka bersungguh-sungguh menyekat Ku Li, sampai pencalonan yang dibuat secara demokrasi, dikatakan tidak sah.

Pada zaman Abdullah, Ku Li dihina lagi teruk. Selain hanya Gua Musang mencalonkan beliau ke jawatan Presiden, media milik Umno-BN, khususnya NST menyerang Ku Li, menghinanya lebih teruk daripada pembangkang. Buruknya Ku Li pada mata mereka sukar hendak dilakarkan di sini.

Sama juga pada zaman Najib. Soal tidak dilantik sebagai menteri atau anggota MT, itu memang hak Najib.

Tetapi rakyat tidak lupa bagaimana Ku Li diserang dan dihentam begitu teruk oleh media pro Umno semata-mata dalam perkara tertentu beliau bersependapat dengan PAS atau Pakatan Rakyat.

Ku Li juga menerima serangan yang dahsyat sewaktu beliau naik ke pentas bersama pemimpin PAS Kelantan menuntut wang royalti sebagai hak rakyat Kelantan.

Selama ini pun Ku Li bukannya 'putera idaman' Umno-BN. Bukan juga anak tiri Umno, malah dilayan sama teruk dengan Pakatan Rakyat.

Jika hendak disenaraikan kembali berita, rencana akhbar, televisyen yang menyerang Ku Li cukup banyak. Mungkin naik meluat kita membacanya.

Namun penulis percaya, Ku Li 'sedar diri'. Beliau tahu bagaimana penerimaan pemimpin Umno di peringkat Pusat terhadap beliau.

Lagi pun Umno Gua Musang yang diketuainya selama ini, bagaikan anak tiri kepada Umno Kelantan.

Wallahua'lam, barangkali tawaran sama ada pengarah atau calon PRK dibuat, beserta dengan tawaran-tawaran lumayan yang tidak didedahkan kepada umum.

Terpulang kepada Ku Li untuk menerima atau menolaknya. Sama ada Ku Li menerima atau menolak pelawaan Umno, beliau seharusnya bersedia untuk menghadapi apa jua risiko.

Sekadar lontaran buat Ku Li, apakah jika BN menang kerusi Dun Galas, adalah itu petanda Ku Li akan diterima oleh Umno-BN? Apakah keputusan itu bakal menunjukkan Umno Kelantan akan melayan Umno bahagiannya dengan baik?

Jika pun Umno-BN menang, apakah Ku Li ada kedudukan mengagihkan peruntukan untuk meneruskan janji-janji politik BN semasa PRK?

Takut-takut nanti Ku Li 'menang sorak kampung tergadai'. Usahlah Ku Li, 'tiada beban batu digalas'.  Detikdaily

Wan Azizah atau Zaid Ibrahim...???

on

WALAUPUN demokrasi dikatakan diamalkan sepenuhnya dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR, seseorang tidak sepatutnya bertanding hanya kerana ada pencalonan merebut jawatan tertentu.

Memang, dua pencalonan sudah melayakkan seseorang bertanding. Tetapi selain pencalonan, tentulah ada perkara lain yang perlu difikirkan secara serius sebelum mereka memutuskan berlawan. Apakah mereka layak untuk jawatan yang calonkan? Apakah mereka bersedia memikul tanggungjawab sekiranya terpilih? Apakah dengan menawarkan diri bertanding tidak akan menjejaskan perpaduan parti?


Perlu juga ditanyakan ialah, apakah sekiranya seseorang yang dicalonkan itu bertanding dan menang tidak akan timbul soal seperti pilih kasih, nepotisme, dan sebagainya. Semua ini perlu difikirkan supaya selepas pemilihan nanti PKR tidak dilihat seperti parti anak-beranak.

* SENGAJA saya timbulkan soal nepotisme dan parti anak beranak ini sebab sudah ada cakap kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah, akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Malah, seorang Ahli Majlis Tertinggi parti, Zaid Ibrahim, sudah menyatakan akan memberi laluan – dan menyokong – anak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merebut jawatan No.2.

Nurul menerima tiga pencalonan untuk melayakkan bertanding jawatan itu. Bukanlah hendak memperkecil bekas ‘Puteri Reformasi’ itu, tetapi pada saya ada ramai lagi calon lebih sesuai dengan jumlah pencalonan lebih tinggi, termasuk Zaid sendiri menerima 38 pencalonan.

Nurul masih terlalu awal untuk bertanding jawatan itu. Berilah peluang kepada orang lain yang lebih senior. Kalau saya jadi Nurul, paling pun saya hanya akan bertanding Majlis Tertinggi.

Katakan Nurul menang dan menjadi Timbalan Presiden. Ibunya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menang Presiden (beliau menerima 123 pencalonan untuk jawatan itu), ayahnya pula menjadi Penasihat yang berfungsi ketua parti.

Bayangkan No.1 Wan Azizah, No.2 Nurul Izzah, dan Anwar kekal sebagai ketua, sahlah PKR yang lahir berikutan reformasi itu betul-betul parti anak beranak. Sebab itu saya yakin cakap-cakap Nurul akan berlawan jawatan Timbalan Presiden itu hanyalah gimik untuk menghangatkan suasana.

* DENGAN Wan Azizah menerima pencalonan paling tinggi (123) jawatan Presiden, kemungkinan besar doktor pakar pergigian itu menang, kecualilah jika Anwar yang menerima 15 pencalonan, bersedia menentang isterinya.

Walaupun ada desakan sesetengah pihak supaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu bertanding jawatan No.1, ramai berasa Anwar, dengan masalah peribadi yang belum selesai, tidak akan bertanding. Itu langkah yang bijaksana.

Zaid menerima tiga pencalonan untuk jawatan No.1 itu. Sama ada beliau bersedia bertanding jawatan itu, bergantung kepada sama ada Nurul berlawan jawatan No.2 atau tidak. Seperti yang dilaporkan media beliau mungkin akan bertanding jawatan Presiden sekiranya Nurul bertanding Timbalan Presiden.

Dari segi pencalonan beliau sudah kalah dengan Wan Azizah. Tetapi, semua setuju pencalonan tidak semestinya diterjemahkan menjadi undi. Maka, siapa tahu Zaid akan menang dan menjadi Presiden baru PKR.

Tetapi, sekiranya dia tewas pun, itu masih tetap kedengaran gah, sebab tewas jawatan No.1. Itu tentulah lebih baik daripada tewas jawatan Timbalan Presiden.

* BAGI jawatan Timbalan Presiden, dari segi pencalonan Zaid adalah calon kedua popular. Beliau menerima 38 pencalonan jauh di belakang Azmin Ali yang mendapat 102 pencalonan. Lain-lain yang dicalonkan ialah Mustaffa Kamil Ayub (17), Tian Chua (5), Tan Sri Khalid Ibrahim (4), Wan Azizah (3) dan Nurul Izzah (3).

Sekiranya pencalonan betul-betul bertukar menjadi undi, Azmin akan menang jawatan No.2 penting itu. Tetapi, pencalonan tidak semestinya akan menjadi undi.

Dalam perlawanan bola sepak, ramalan paling hebat pun selalunya tidak menjadi, sebab bola bulat. Pertandingan PKR pun macam bola. Sekiranya betul-betul wujud demokrasi – tidak ada politik wang, tidak ada ugut-mengugut, dan tidak main pawang (ha ha ha!) – keputusan pemilihan November nanti mungkin mengejutkan. Bola mungkin memihak kepada Zaid.  Detikdaily

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List