MP Wee witnessed Rahimi sign SD, claims PKR man

on Oct 12, 2010


Kedah PKR Youth Chief Saiful Izham Ramli said today that Wangsa Maju MP Wee Choo Keong had witnessed Rahimi Osman sign one of two contentious statutory declarations (SD) on June 29, 2008.
Saiful claimed that that the former PKR lawmaker acted as the commissioner of oaths when the SD was drafted.
“My statement to the police was that on June 28, 2008 in a room at Quality Hotel Shah Alam... I had taken statements from potential witnesses that were working and had worked at the office of Datuk Seri Anwar Ibrahim. Around midnight, a man named Rahimi Osman came to the room and gave his statement.
“After the statement was taken, I prepared a draft of the statutory declaration based on the facts given by Rahimi Osman,” Saiful continued.
“After he repeatedly read and made corrections to the draft, he then willingly signed the statutory declaration at the same place in the early morning of June 29 2008 in front of Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong, who is also a lawyer and a commissioner of oaths,” he told reporters outside the police’s Commercial Crimes Investigation Department headquarters here.
Rahimi had recently said he was forced to sign two statutory declarations implicating the prime minister and his wife in Anwar’s sodomy trial.
Earlier today, Saiful and PKR information chief Latheefa Koya were interrogated by the police for nearly one hour.
The two were being investigated under Section 119 of the Penal code for making a false statement, which carries a penalty of three years’ jail upon conviction.
Today, lawyers representing Latheefa and Saiful Izham also confirmed that a letter of demand has been sent to Rahimi.
“A letter of demand was sent on Friday. We gave him 24 hours to respond and we have not heard anything from him so we will pursue the necessary actions against him,” said N. Surendran.
According to the police report lodged by Rahimi, he had been made to sign the declarations under duress from Latheefa and Saiful at Quality Hotel back in June 2008.
“I was forced to sign two statutory declarations on June 2008 about Anwar and Saiful. The declaration was not true because I did not write it.
“I was forced to sign it because I feared for my safety... at that time there were hundreds of Anwar’s supporters and right-hand men around Quality Hotel,” said Rahimi.
The former aide also claimed that he was forced to stay at the hotel for several days after signing the SD.
The police report also stated that Rahimi had now made a new declaration.

Dakwaan samseng halang cabutan undi bazar disiasat

on

Kerajaan Selangor mengambil berat dakwaan wujudnya individu dan kumpulan yang menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat kaum India berhubung pengagihan bazaar sempena sambutan Deeepavali di sekitar bandar Klang.

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenainya oleh beberapa individu yang datang ke pejabat menteri besar minggu lalu.

Katanya, mereka tidak puas hati dan mendakwa adanya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan menghalang pihak berkuasa tempatan itu mengadakan cabutan undi secara adil bagi mengagihkan bazar kepada peniaga yang layak.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Faekah berkata, kerajaan negeri akan menyiasat secara terperinci dakwaan itu.

Katanya bagi membolehkan tindakan sewajarnya dapat diambil "demi memberi keadilan kepada peniaga kecil dari keturunan India yang mahu mencari rezeki secara halal".

"Semalam saya telah memanggil pihak Majlis Perbandaran Klang untuk berbincang menyelesaikan isu ini pada petang ini. 

"Kita sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salahlaku dalam mengendalikan tugasan ini dan akan memastikan kepentingan dan hak rakyat kebanyakan dilindungi," tambahnya.

Faekah juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah menuduh masyarakat India sebagai samseng seperti yang cuba dibangkitkan dan didakwa pihak-pihak tertentu.

"Tuduhan tidak berasas ini sengaja direka pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan menyatukan semua kaum," tegasnya.

Malah, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sejak lebih dua tahun lalu dibentuk hasil gabungan dan kerjasama jitu pelbagai kaum dan agama. 

"Kita berjuang untuk menghentikan politik perkauman yang telah diwujudkan BN dan ternyata tindakan mereka ini telah menimbulkan kesangsian antara kaum," tambahnya.

Wakil rakyat 'tidak sebulu' tutup mulut

on

Wakil rakyat yang dikatakan "tidak sebulu" dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, mengambil sikap berdiam diri menjelang konvensyen Umno negeri Jumaat ini bagi memulihkan 'kemelut' dalam parti dan pentadbiran negeri.

"Lebih baik saya mengambil sikap berdiam diri. Saya tidak mahu Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) kata, saya sengaja mencipta cerita. Kita tengoklah apa yang akan dilontarkan daripada perwakilan (peserta) yang dilantik," kata ADUN Alur Limbat Alias Abdullah.

"Bagi orang yang bercakap tidak jujur, mungkin dia kata semuanya baik. Bagi orang yang bercakap jujur, ia (konvensyen) ini sebagai satu refleksi, cerminan diri dengan melihat apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk sebagai usaha bagi menarik hati rakyat bahawa tiada parti yang baik selain BN," tambahnya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Alias adalah antara wakil rakyat BN Terengganu yang dilaporkan tidak sebulu dengan Ahmad Said.

Alias mengulas kenyataan setiausaha Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang dilapor berkata konvensyen itu diadakan antara lain bertujuan untuk "berkongsi dan mencadangkan idea baru bagi memperbaiki segala kelemahan yang mungkin ada dalam parti dan juga sistem pentadbiran kerajaan negeri".

Konvensyen dua hari itu akan disertai pemimpin parti semua peringkat, ilmuan agama, cendekiawan, golongan profesional, penjawat awam, pemimpin NGO, aktivis masyarakat dan generasi belia.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga pengerusi Umno Terengganu di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Alias yang juga timbalan ketua Umno bahagian Marang berkata, semua lapan bahagian di negeri itu akan menghandiri konvensyen tersebut.

Bahagiannya dan tiga bahagian lain - Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu - diberi masa untuk membentangkan idea dan cadangan mengenai tajuk "Keberkesanan Strategi Pembangunan Negeri Terengganu".

"Bahagian-bahagian yang lain, iaitu Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu, saya tidak tahu apa tajuknya... Terdapat juga slot untuk sayap-sayap parti, Mubarak, Veteran Umno, agensi kerajaan, GLC dan NGO," katanya.

Alias berkata beliau telah menerima jemputan ke konvensyen tersebut dan akan menghadirinya.

"Saya juga terpaksa membatalkan satu program di kawasan saya," katanya sambil menambah konvensyen itu diadakan secara tertutup.

Sementara ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh berkata konvensyen itu merupakan satu mesej daripada Hishammuddin untuk "mengalihkan fokus" daripada memikirkan tentang kemelut di negeri itu.

Katanya, konvensyen ini adalah untuk melihat agenda yang lebih besar iaitu bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

"Perkara (kemelut) yang berlaku, sudah berlaku... Kita perlu mengalih agenda yang lebih besar. Nak selesai dalam masa terdekat adalah perkara yang mustahil.

"Sebagai orang parti, kita perlu menjalankan tugas seperti biasa. Yang penting tidak ada sabotaj (sesama ahli)," katanya sambil mengesahkan akan menghadiri konvensyen itu.

Menurutnya, konvensyen itu diadakan susulan kunjungan Hishammuddin dalam majlis hari raya baru-baru ini dan pertemuan susulan dengan wakil-wakil bahagian selepas majlis tersebut.

Selain itu, Abdul Halim juga tidak menolak kemungkinan konvensyen ini diadakan kerana pilihan raya umum semakin hampir dan ia sebagai usaha mengingatkan bahagian supaya fokus dan bersiap sedia untuk menghadapinya.

Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM

on

gerakan
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang yang berakhir Ahad lalu dilihat masih belum meredakan krisis kepimpinan parti itu. Ia berikutan beberapa bahagian yang tidak berpuas hati, mengugut untuk menyertai parti lawan.


Menurut bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, parti yang baru ditubuhkannya, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah didatangi oleh beberapa ahli Gerakan yang bercadang membubarkan bahagian mereka kerana tidak berpuas hati dengan keputusan EGM berkenaan.

EGM pada 10 Oktober lalu memutuskan bahawa lebih separuh daripada 322 perwakilan yang mengundi menyokong Datuk Dr Teng Hock Nan kekal sebagai ketua Gerakan Pulau Pinang. Beliau menang dengan kelebihan 29 undi, manakala 145 perwakilan mahu Teng dilucutkan jawatannya. Terdapat satu undi rosak.

Di sebalik kemenangan Teng, ada perwakilan yang berpendapat rasa tidak puas hati terhadap mereka yang mahu beliau dipecat diberikan tumpuan khas agara pembaharuan dapat dilakukan.

Huan yang sekarang ini adalah naib presiden PCM berkata beberapa pemimpin peringkat bahagian dan cawangan juga telah menyatakan minat mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat atau PCM.

Antara mereka, dakwanya adalah Kebun Sireh yang bercadang membubarkan bahagiannya bagi membolehkan ahlinya menyertai PKR manakala ahli bahagian Bukit Tengah pula dikatakan berminat menyerati DAP.

"Lebih banyak bahagian akan mengambil tindakan yang sama dan membubarkan bahagian masing-masing dan anggota mereka akan menyertai PCM. Orang yang patut dipersalahkan ialah diri Teng sendiri, kerana mengamalkan politik berpuak-puak,” Kata Huan.

Ketika dihubungi, ketua bahagian Kebun Sireh, Sim Chooi Kung mengesahkan anggota bahagiannya bercadang meninggalkan Gerakan kerana tidak berpuas hati Teng kekal ketua parti itu meskipun mereka mengundi menentangnya.

Menurut Sim, anggota Kebun Sireh yang dianggarkan berjumlah 250, bebas menyertai mana-mana parti tetapi kebanyakan mereka memilih PKR, meskipun parti itu tidak mempunyai bahagian di kawasan itu.

“Kami bercadang letak jawatan beramai-ramai dan menubuhkan bahagian PKR yang baru. Ahli akan bermesyuarat minggu ini sebelum kami mengumumkan keputusan rasmi,” katanya.

Ketua bahagian Bukit Tengah Lee Nam Sim pula keberatan untuk mendedahkan rancangan pembubaran bahagian itu tetapi memberitahu mereka akan bermesyuarat dalam sehari dua ini bagi membincangkan tindakan susulan.

"Selepas berbincang, kita akan membuat keputusan rasmi,” kata Lee.

Sementara itu, Teng berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung desas desus ada bahagian yang mahu meninggalkan Gerakan berikutan EGM berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Saya juga tidak akan memanggil untuk bertanyakan mengapa mereka mahu meninggalkan Gerakan. Kita akan lihat apa yang terjadi selepas ini,” katanya ketika dihubungi.

Adalah dipercayai ketua bahagian Kepala Batas Gerakan Jeffrey Beh meletakkan jawatannya hari ini bersama 300 penyokongnya.

Nurul Izzah tak layak tanding timbalan presiden

on

nurul izzah going for veep 230910 02


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya turut bersaing.

Menurut Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin, selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.

"Perkara ini kami berikan perhatian istimewa. Saya pun tidak tahu bagaimana beliau dikatakan mendapat tiga atau empat pencalonan. 

"Pihak kami semak dengan Nurul Izzah (kanan) sendiri, beliau pun tidak tahu," katan Raden Shamsulkamar.

PKR menetapkan setiap calon yang mahu bertanding mesti mendapat sekurang-kurang dua pencalonan minimum.

Keputusan itu dinanti-nanti kerana Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim pada 7 Oktober lalu mengumumkan beliau sanggup mengundurkan diri daripada bertanding jawatan itu jika Nurul Izzah turut menyertainya.

Zaid berkata, beliau bersedia 'melakukan apa yang terdaya' bagi membantu usaha Nurul Izzah kerana anak sulung Anwar itu "satu nafas baru" dalam PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raden Shamsulkamar berkata, pasukan pentadbir pemilihan juga membuat panggilan khusus ke cabang-cabang tertentu yang gagal menghantar pencalonannya pada masa yang ditetapkan.

azlanBeliau mengesahkah tujuh orang layak bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Selain Zaid, mereka adalah Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail; dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh.

Raden Shamsulkamar bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima tokoh-tokoh terbabit kepada pihak media.

Bagaimanapun, daripada rekod Malaysiakini (tidak rasmi), Azmin terus mendahului jauh di depan dengan pencalonan sebanyak 102.

Sementara itu, bagi pencalonan untuk jawatan naib presiden pula, difahamkan Nurul Izzah berjaya mendapat lebih daripada 30 pencalonan cabang.

Terdahulu bercakap di parlimen, Nurul Izzah berkata beliau masig menunggu makluman rasmi daripada ibu pejabat PKR berhubung senarai yang layak bertanding.

Pakatan Rakyat akan kembali tawan Perak

on

5181e9ae0d921a979f34557cb11794a4KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan merampas semula Perak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun ada usaha untuk memindahkan para pengundi ke tempat-tempat tertentu, kata Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS itu, akan membincangkan pembahagian kerusi di kalangan parti komponen kemudian nanti.
Menurutnya, Pakatan Rakyat juga menilai calon berdasarkan masa pilihan raya diadakan tetapi memberi jaminan hanya calon yang berwibawa akan dipilih.
Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR memenangi PRU 2008 dan membentuk kerajaan negeri Perak sebelum digulingkan, dipercayai didalangi oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak pada 2009.
Ujar beliau, "kalau pilihan raya itu diadakan sekarang atau serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, Pakatan rakyat akan menang.
BN main kotor?
Nizar berkata, "cuma kita takut Barisan Nasional (BN) main kotor. BN telah memindahkan para pengundi ke kawasan sasaran mereka. Sebagai contoh, para pengundi PAS dari kawasan saya (Pasir Panjang) telah dipindahkan ke Dun Sitiawan.
"Tetapi oleh kerana DAP menang dengan majoriti lebih 8,000 undi di kawasan itu maka ia tidak boleh memberi kemenangan kepada BN," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Nizar juga berkata, politik dalaman PKR tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat termasuk kepada calon PKR.
Bagaimanapun, naib presiden PAS itu berkata, Pakatan Rakyat perlu menyebarluaskan maklumat kepada penduduk luar bandar termasuk di kawasan peneroka Felda.
"Di kawasan bandar atau separuh bandar, kita tidak ada masalah kerana mereka faham dengan apa yang berlaku," tambahnya.
Nizar berkata, prestasi pentadbiran Najib yang menurun dari 72% kepada 68% juga boleh membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU.
Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beberapa kenyataan Menteri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menimbulkan tanda tanya.
Ujar beliau, "bancian keluarga miskin di Perak menunjukkan seramai 2,000 keluarga tetapi menteri besar memberitahu terdapat hanya 700 keluarga sahaja. Kita tanya macam mana angka begitu, dia tidak boleh jawab.
"Kita tanya mengenai status tanah seluas 35,000 ekar di Gerik, juga dia tidak boleh jawab. Jadi biar rakyat Perak menilai pentadbiran BN Perak itu," katanya.

Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno...???

on


BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.
Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.
Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.
"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.
Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.
Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Konsesi lebuh raya baru jadi sasaran MP pembangkang

on

NONEAhli parlimen pembangkang terus memberi mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap Model Baru Ekonomi (NEM) ekoran rancangan untuk membina empat lebuh raya tol baru didedahkan dalam Bajet 2011.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua - yang tidak senang dengan pemberian konsesi kepada dua firma - PLUS Ekspressway Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) - berkata kerajaan perlu menyedari "impak negatif" daripada pelaksanaan penswastaan secara terus.

Semalam, akhbar Edge Financial Daily melaporkan bahawa PLUS akan menjadi operator konsesi dua lebuh raya, manakala PNB akan melaksanakan dua yang lain.

"Mengapa konsesi tersebut tidak ditenderkan? Beritanya mengenainya adalah satu kejutan," kata Pua (foto - tengah).

"Pertama, program transformasi ekonomi kerajaan memberi keutamaan dan memfokus pada pengangkutan awam. Kedua, nampaknya tiada langsung sebarang penunjuk mengenai asas yang terbuka dan kompetitif seperti yang dijanjikan di bawah NEB perdana menteri," katanya.

Pua (kanan) memetika pernyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan membenarkan tawaran yang kompetitif bagi aset pengswastaan serta nasihatnya mengenai dasar 'pertama-datang, pertama-dilayan'.

"Ketika menjadi timbalan perdana menteri, beliau mengakui bahawa 'pengalaman kita juga menunjukkan bahawa dengan memberikan eksklusiviti pada satu bahagian... mempunyai potensi nyata untuk meningkatkan kos akhir dan membebankan pelanggan dan pembayar cukai, "kata Pua, memetik daripada ucaptama Najib di Forum Ekonomi Jeddah pada Februari 2007.

Menurut Pua lagi, ucapan perdana menteri itu merupakan satu "pengakuan terbuka bahawa dasar penswastaan sejak 1980-an" telah gagal.

Pengerusi GPMS Kedah Letak Jawatan

on

Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Moidin Terpaksa Meletak Jawatan Dek Kerana Hilang Kepercayaan Pada NGO Yang Sering Jadi Alat Politik UMNO Itu !





ALOR SETAR 12 Okt [2.03 pm] - Naib PengerusiGabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Lukman Moidin (foto) hari inimengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Lukman berkata, peletakan jawatannya disebabkan beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadisecara keterlaluan. 

"Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tertua dan pernah bertanggungjawab untuk mendaftar semula GPMS Kedah, saya amat kesal apabila kepimpinan GPMS Kedah gagal untuk menghalang usaha-usaha ‘nakal’ beberapa individu yang menggunakan nama GPMS untuk menjayakan kehendak peribadi yang semakin keterlaluan,”katanya. 

Beliau yang memegang jawatan itu bermula pada 2009berkata usaha untuk membetulkan keadaan itu juga sukar dantidak mendapat sokongan kepimpinan GPMS Kedah menyebabkannya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.


[Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Lukman Moidin kerana berani untuk berada di landasan kebenaran. Sememangnya rakyat dan pelajar amat hairan dengan NGO yang bernama GPMS ini. Mereka lebih banyak berpolitik, dipolitikan dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab. Misalnya dalam isu bahasa Melayu untuk subjek Sains dan Matematik yang diperjuangkan oleh rakyat dulu, mana pergi pemimpin GPMS?. semuanya menikus dan tidak berani untuk bersuara biarpun bahasa ibunda kita dihenyak-henyak. Begitu juga dalam isu pelajar Melayu "wajib" mendapat biasiswa jika dilihat kepada perlembagaan. GPMS juga berdiam diri biarpun biasiswa itu kini djadikan pinjaman. Akhirnya Ibrahim Ali (Perkasa) yang memperjuangkan nasib pelajar sebelum ini. GPMS hanya berani menjadi juara isu Namewee (kononnya perkauman) serta isu-isu yang tidak relevan untuk diperjuangkan oleh mereka. Sebab itu kita tidak hairanmenjadi tradisi GPMS dimonopoli oleh puak-puak UMNO].

PDO

Fitnah Terhadap DSAI tersebar dalam SMS!!!!

on

Inilah SMS fitnah yang sedang tersebar luas menerusi khidmat pesanan ringkas@SMS.
SMS ini telah dihantar kepada sahabat saya pada hari jumaat yang lepas(Mungkin dihantar secara rawak). Teks yang ditaip dalam Bahasa Inggeris ini berbunyi:

"Don't let Anwar manipulate us like fools. He wants Azmin to win so that only his group can continue to make money and be powerful. Azmin is using Shamsidar to control Anwar. Pls don't support Azmin n Anwar Pls spread this SMS to PKR members TQ....."

Itulah teks yang tertulis dalam SMS itu dan jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu ia berbunyi:

"Jangan biarkan Anwar terus memanipulasi kita seperti orang bodoh. Dia inginkan Azmin menang supaya kelompoknya sahaja yang boleh terus mengaut wang dan berkuasa . Azmin pula menggunakan Shamsidar untuk menguasai Anwar. Tolong jangan sokong Azmin dan Anwar sila sebarkan SMS ini kepada ahli2 PKR Terima Kasih ....." 

Selepas saya membaca SMS itu spontan mulut saya berkata:

"Confirm ini kerja U*NG*K"

SMS ini kononnya memberi gambaran bahawa ia dihantar oleh ahli PKR sendiri, namun kita sedia maklum bahawa hanya U*NG*K sahaja yang sanggup melakukan perkara seperti ini...SMS ini bertujuan untuk memecah-belah PKR namun saya cukup yakin bahawa penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ahli mahupun penyokong PKR,DAP dan PAS sama sekali tidak akan termakan dengan fitnah yang murahan dan tidak beretika ini....

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List