Konsesi lebuh raya baru jadi sasaran MP pembangkang

on Oct 12, 2010

NONEAhli parlimen pembangkang terus memberi mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap Model Baru Ekonomi (NEM) ekoran rancangan untuk membina empat lebuh raya tol baru didedahkan dalam Bajet 2011.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua - yang tidak senang dengan pemberian konsesi kepada dua firma - PLUS Ekspressway Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) - berkata kerajaan perlu menyedari "impak negatif" daripada pelaksanaan penswastaan secara terus.

Semalam, akhbar Edge Financial Daily melaporkan bahawa PLUS akan menjadi operator konsesi dua lebuh raya, manakala PNB akan melaksanakan dua yang lain.

"Mengapa konsesi tersebut tidak ditenderkan? Beritanya mengenainya adalah satu kejutan," kata Pua (foto - tengah).

"Pertama, program transformasi ekonomi kerajaan memberi keutamaan dan memfokus pada pengangkutan awam. Kedua, nampaknya tiada langsung sebarang penunjuk mengenai asas yang terbuka dan kompetitif seperti yang dijanjikan di bawah NEB perdana menteri," katanya.

Pua (kanan) memetika pernyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan membenarkan tawaran yang kompetitif bagi aset pengswastaan serta nasihatnya mengenai dasar 'pertama-datang, pertama-dilayan'.

"Ketika menjadi timbalan perdana menteri, beliau mengakui bahawa 'pengalaman kita juga menunjukkan bahawa dengan memberikan eksklusiviti pada satu bahagian... mempunyai potensi nyata untuk meningkatkan kos akhir dan membebankan pelanggan dan pembayar cukai, "kata Pua, memetik daripada ucaptama Najib di Forum Ekonomi Jeddah pada Februari 2007.

Menurut Pua lagi, ucapan perdana menteri itu merupakan satu "pengakuan terbuka bahawa dasar penswastaan sejak 1980-an" telah gagal.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List